Khamis, 20 Mei 2010

YANG RINGAN RINGAN SAHAJA.....CHE MAT SWEDEN

Salam saudara pembaca,

Hari ini gemasindah nak tulis perkara ringan ringan sahaja.

Orang putih yang menerajui teknologi komputer ini kepala otak dia orang kalau satu hari nanti dijual ..agaknya tak ada siapa yang nak beli..sebab dah takda isi lagi dah. Barangkali dalam pasaraya yang jual otak manusia ..otak yang paling tinggi harganya ialah..otak orang melayulah sebab banyak lagi isinya.

Hari hari kita mengadap komputer, kita tengok sajalah gajet WIDGEO tu...boleh pula merekodkan sesiapa saja yg masuk blog kita..seluruh dunia pulak tu..macam mana cara maklumat itu ditangkap dan disebarkan ? Cepat pulak tu...

Gemasindah perhatikan melalui gajet WIDGEO, ada pengunjung dari Oslo, Sweden ..setiap hari tidak miss melawati blog ..gemasindah ini..so brother or rather sister ..thank you very much...sudah pastilah pengunjung itu faham cakap melayu walaupun belum pasti melayu...

Ini mengingatkan gemasindah tentang sahabat gemasindah bernama CHE MAT SWEDEN. Mungkin ramai orang Gemas mengenalinya sebab dialah satu satunya orang putih yang tidak pernah tidak bersongkok atau berketayap di Gemas ini walaupun bersongkok dan berketayap ini bukan budaya orang putih.

Ini kita ( termasuk gi ) kena belajarlah ..kita memang pandai cakap ..masuk kandang kambing membebek dan sebagainya..CHE MAT SWEDEN ini masuk Kandang Melayu ..nampaknya lebih melayu dari sesetengah orang melayu yang beriya-iya nak jadi orang putih walaupun dia tahu badannya coklat.

CHE MAT SWEDEN ialah suami primadona Filem Melayu tahun 60-an, Seniwati Rokiah Jaafar...heroin Filem PONTIANAK. Gemasindah panggil seniwati ini Kak Rokiah sahaja. Sebenarnya Kak Rokiah bukan binti Jaafar. Jaafar itu nama bekas suaminya..saorang orang kuat Cathay Kris di Singapura dahulu. Barangkali Jaafar ialah bapa seniman Sarjan A.Galak sebab A.Galak ialah anak kepada Seniwati Rokiah.

Kak Rokiah adalah anak jati Kg Londah. Saudara maranya masih lagi ramai di Kg Londah. Itulah agaknya, bila dah berumur walaupun merantau jauh ke Sweden Kak Rokiah bertekad untuk pulang dan menghabiskan sisa hidupnya di tempat tumpah darahnya Kg Londah Gemas, Negeri Sembilan.

Kini Kak Rokiah dan suaminya CHE MAT SWEDEN tinggal di Kg Londah bersama kucing kucingnya. Entah apalah sebab kedua suami isteri ini suka sangat kat kucing..bukan satu dua ekor kucing tinggal bersama mereka..berpuluh puluh. Kak Rokiah selalu kata..sian kat kucing ini...kucing merupakan salah satu binatang kesayangan Nabi Muhammad katanya.

Mengikut maklumat Kak Rokiah masa muda muda dulu, entah apa sebabnya merajuk dan merantau jauh ke Eropah membawa sekali beberapa orang anaknya...( agaknya A.Galak tak ikut ) Akhirnya bekerja dan tinggal di Sweden sebagai jururawat...dan mendapat kerakyatan Sweden. Agaknya kat Swedenlah CHE MAT bertemu dengan Kak Rokiah lalu jatuh cinta ..masa dah berumur ni pun Kak Rokiah masih cantik dipandang mata apatah lagi masa muda muda dulu...

Sampai hari ini Kak Rokiah masih Rakyat Sweden tetapi telah mendapat Taraf Permastautin Tetap Malaysia. Anak anak Kak Rokiah masih berada di Sweden sebab dah jadi rakyat negara tersebut. Barangkali pelawat tetap laman gemasindah dari Oslo ini anak Kak Rokiah kot....

CHE MAT Sweden ini dulu bekerja dengan INTERPOL. Disini ( di Gemas ) dia buka kedai roti dan pizza secara kecil kecilan , mula mula di Kg Londah, kemudian pindah ke Gemas di Gerai MDT dihadapan Pejabat Daerah..kemudian pindah semula ke Kg Londah , kini di Kg Hala Cara Baru. Roti dan pizza masakan CHE MAT memang sedap. Pada lidah gemasindah pizza CHE MAT setanding pizza yang dijual di Pizza Hut. Orang Gemas yang nak makan pizza tak payah pergi Segamat, datanglah kekedai CHE MAT di Kg Hala cara Baru.

Gemasindah selalu juga berbual bual dengan CHE MAT. Nampaknya ilmu agama Islamnya sangat bagus..dia betul betul belajar tentang agama dan mengamalkan hidup cara Islam. Kalau sembahyang Jumaat, dia jarang naik kereta atau motosikal sebab dia kata berjalan kaki ke Masjid lebih banyak pahalanya. Dan dia sanggup berjalan lebih satu kilometer untuk ke Masjid dari rumahnya.

Gemasindah....kurang percaya kata kata CHEMAT Sweden..katanya kereta Proton buatan Malaysia lebih baik dari kereta Volvo buatan Sweden.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan