Jumaat, 7 Mei 2010

CERITA SAORANG PEMUDA DARI FELDA JELAI.......................

CERITA SAORANG PEMUDA DARI FELDA JELAI………
Ramai lagi yang saperti pemuda itu..

Gemasindah semasa menggerakkan kempen keahlian PERKASA telah berpeluang berbual-bual dengan saorang pemuda berumur 25 tahun dari Felda Jelai yang mengaku menjadi ahli parti PAS. Antara fakta yang membuatkan gemasindah berfikir panjang ialah :-

1. Dalam keluarga pemuda itu hanya ayah dan ibunya merupakan ahli dan penyokong UMNO.
2. Kesemua 6 orang adik beradiknya merupakan penyokong parti pembangkang – 2 orang penyokong PAS dan 4 orang penyokong PKR
3. Menurut pemuda itu hampir 60% generasi kedua Felda Jelai yang bekerja diluar merupakan penyokong parti pembangkang. Yang tinggal di Felda Jelai sebahagian besar tidak peduli hal politik. Yang lain lebih condong kepada parti pembangkang.
4 Bos tempat pemuda itu bekerja ( di-Pekan Gemas ) saorang pemuda India yang kaya bukan sahaja saorang ahli PKR tetapi setiap hari mempromosikan PKR kepada pelatih pelatih yang belajar di Institute Kemahiran Swasta yang dikelolainya. Hampir semua pelatih di Institute itu menyokong parti pembangkang.
5. Antara hujah yang perlu difikirkan ialah kata kata bos India pemuda itu “ saya ialah aktivis PKR tulen tetapi saya guna orang UMNO untuk dapatkan lesen dan dari setiap pelajar saya dapat RM 15,000.00 bagi satu sesi latihan kemahiran “ . Tak guna sokong BN ..sebab ramai pemimpinnya korup.

Gemasindah bertanya kepada pemuda tersebut kenapa tidak sokong UMNO dan kenapa berminat hendak menjadi ahli PERKASA ? Ini jawapan pemuda itu.

1 Pimpinan UMNO Jelai terdiri dari mereka2 yang tidak pandai dan terdiri dari kroni yang sama ..dah lama sangat jadi pemimpin..puluh puluh tahun. Kata pemuda itu ..saya lulus universiti ..tak kan saya nak berketuakan orang yang lulus darjah enam . Gemasindah tanya pemimpin PAS di Jelai lulus universiti ke ? Pemuda itu menjawab…takdalah lulus universiti tetapi mereka lebih alim dari pemimpin UMNO.
2 Pemimpin UMNO termasuk pemimpin Pemuda UMNO…bongkak dan sombong suka mengungkit-ngungkit akan jasa jasa mereka kepada masyarakat..tetapi sebaliknya berjuang kerana nak senang hidup. Gemasindah kata kepada pemuda itu..semua orang ada kepentingan diri ..itu sifat semula jadi manusia…pemuda itu jawab…kalau bertahun2 dia sorang dan keluarganya sahaja yang nak jadi pemimpin ..itu menunjukkan yang diperjuangkan ialah kepentingan diri dan keluarga…ada lebih ramai orang yang boleh menjadi pemimpin tetapi kena cantas..

Kenapa minat nak jadi ahli Perkasa ? Ramai ahli Perkasa orang UMNO ..tanya gemasindah kepada pemuda itu ? Isi kandungan jawapan pemuda itu adalah seperti dibawah :-

1 Saya tidak setuju parti PAS & PKR join dengan DAP. DAP parti rasis dan ultra kiasu orang cina katanya. Saya sokong PAS sebab UMNO tak suka saya . Semangat Melayu saya tinggi . Kalau DAP memerntah…melayu mati pak cik kata pemuda itu.
2 Saya sebenarnya berjiwa UMNO tetapi saya menyampah dengan pemimpin UMNO peringkat bahagian dan di Jelai.
3 Saya masuk PAS sebab PAS bagi saya peluang untuk berbakti dan PAS tahu hargai perjuangan saya
4 Saya takda masalah masuk Pemuda UMNO kalau diberi peluang aktif. Jiwa saya jiwa UMNO ..tapi saya menyampahlah …katanya.

Gemasindah bertanya kenapa tidak suka pemimpin tempatan UMNO. ADUN Gemas saorang EXCO Kerajaan NSDK sedangkan Ahli Parlimen Tampin saorang Menteri Pusat ?

Pemuda itu menjawab dengan bertanya ?

Apa yang kita rakyat dapat Pak Cik ? Nak cari kojo kek gomeh pun payah ? Nak jumpo dio orang lagi payah…sibuk memanjang…

Gemasindah….

Pemuda tersebut terus isi borang dan bayar RM 10.00 tanpa banyak cerita. Dia juga minta borang kosong untuk diphotocopy. Menurut pemuda itu dia sendiri boleh membawa bersama lebih 200 kawan kawannya menjadi ahli PERKASA.

Pemimpin UMNO perlu mengkaji dan siasat sama ada apa yang dikatakan oleh pemuda itu berkaitan sokongan generasi kedua Felda terhadap UMNO betul atau tidak. Sekiranya betul hanya generasi pertama yang menyokong UMNO maka akhirnya UMNO akan pupus apabila golongan tua berkurangan akibat meninggal dunia. UMNO kena buat sesuatulah jika nak terus memerentah.

Pimpinan UMNO Bahagian Tampin ..eloklah ambil serius akan perkara ini lebih lebih lagi perkara saperti bos India pemuda Jelai itu…dapat faedah dari Kerajaan tetapi terus menerus bantai kerajaan….memang ramai india dan cina macam itu. Melayu pun ramai juga…….ini membuatkan ahli UMNO tulen terus kecewa dan kecewa. Gemasindah tidak akan lari dari UMNO. Dulu kini dan selamanya tetap UMNO..mana ada pilihan lain …dari segi parti ..tetapi dari segi ..meneruskan perjuangan melayu…kita dah ada PERKASA. Bagi yang sayang pada melayu..mari ramai ramai ..sertai PERKASA…tiada keuntungan peribadi melainkan kepuasan jiwa…

1 ulasan:

  1. sekarang PERKASA memperkasakan umno bn la woi..

    BalasPadam