Jumaat, 14 Mei 2010

TAMPIN / GEMAS NEWS ----Tok Jiman Terlalu Sibuk

Gemasindah terdengar beberapa orang AJK UMNO Bahagian Tampin dari Zon Gemas merungut kerana sudah beberapa kali terpaksa menghadiri mesyuarat AJK Bahagian di Kuala Lumpur. Ada yang terpaksa balik barangkali tidak cukup duit nak tinggal dihotel sampai Gemas jam lima pagi.

Gemasindah terfikir susah juga ya nak menjadi Menteri - amatlah terlalu SIBUK hingga nak balik mesyuarat di Tampin pun tidak ada waktu.

Jika begitulah TERHADNYA waktu Tok Jiman...macam mana hendak turun padang seperti syor Tok Najib...nak dengar dan lihat sendiri masalah rakyat dan perkuatkan UMNO ? Ada ke masa Tok Jiman nak bermesra - mesra dengan Datin ? jangan camtu tok..merajuk datin sok...payah.

Ada saorang AJK Pemuda UMNO Tampin beritahu gemasindah....kadang kadang elok juga kalau Ahli Parlimen & ADUN kita tidak ada jawatan dalam kerajaan ...barulah dapat berkhidmat kepada pengundi kerana tidak ada alasan KESIBUKAN TUGAS.

Tambah AJK Pemuda itu , kita kat Gemas ni tambah malang brader berbanding Gemenceh sebab bukan sahaja tidak dapat tengok Ahli Parlimen , nak tengok muka Wakil Rakyat Tok Jenab pun tak dapat juga..terlalu sibuk menjalankan tugas tugas EXCO.

Begitu jugalah halnya dengan Tok Kudin, Timbalan Ketua UMNO Bahagian..SIBUK juga, duduk di Kuala Lumpur, hanya hujung minggu kalau tak sibuk dapat balik kawasan...itupun cuma balik gemenceh maklumlah sedang berhajat nak gantikan Tok Kamil sebab Tok Kamil bukan ada menang apa apa jawatan dalam bahagian.Agaknya dia lupa Tok Jiman ada kekasih hati kat Monceh tu.....

Jadi pemimpin tertinggi UMNO Bahagian Tampin yang ada dekat kawasan cuma Tok Amin Reparlah NAIB KETUA BAHAGIAN ...yang duduk kat Jelai tu. Bila Tok Jiman & Kak Jenab sentiasa sahaja sibuk, Tok Amin lah kena pikul tanggungjawab memperkuatkan UMNO yang nampaknya kehilangan sokongan anak anak muda khasnya di Felda.Jangan Tok Amin fed up dan berkata LANTAK KAU-lah dah kira baguslah tu.

Baru baru ini gemasindah dengar Tok Jiman ada mencadangkan agar mesyuarat Agung UMNO dibuat pada waktu malam....betul tak betul belum dapat gemasindah sahkan.Maklumlah kalau nak telefon Tok Jiman tak kan dia nak jawab...dengar khabar dia dah tahu siapa sebenarnya gemasindah ini...maka bertambah menyampahlah dia...Gemasindah tak kecil hati pun sebab ..ada juga hajat nak tulis bodek membodek dia .... tapi takda pun bahan yang nak puji puja dia ..nak buat camno.

Kalaulah benar nak buat mesyuarat malam...wah wah kita pecah rekod ...lah boleh masuk rekod guiness...mesyuarat UMNO Pusat pun kalah ..apa lagi mesyuarat UMNO bahagian Pekan dan Pagoh...wah banggalah kita jadi ahli UMNO bahagian Tampin sebab Ahli Parlimen kita lebih sibuk dari Ahli Parlimen Pekan dan Ahli Parlimen Pagoh.

Ahli ahli UMNO Bahagian Tampin wajar sangat berbangga kerana mendapat Ahli Parlimen Menteri yang berjiwa rakyat..siang malam bertugas hingga tak cukup siang mengalahkan KESIBUKAN Perdana Menteri.

Bila sampai waktunya eloklah calunkan Tok Jiman bertanding Jawatan Presiden UMNO Malaysia . Itupun kalau adik sepupunya SETUJU. kalau adik dia tak setuju biarlah dua beradik tu berembat sesama sendiri...

Gemasindah...sian tengok ahli ahli UMNO yang totok..macam gemasindah jugalah.

2 ulasan:

  1. salam,
    pasal mesyuarat agung bahagian nak buek malam tu..dicadangkan maso taklimat dan penyampaian bantuan mesyuarat agung UMNO cawangan 2010.
    nampak eee peratus yang ado setuju yooo.
    sobab kek dio sibuk bebona, mesyuarat kono buek malam dan maso pun pendek yooo...
    bolun paneh kerusi dah nak abih..
    camano tu?
    tak solosai masalah lah jawab eee...
    loteh den!

    BalasPadam
  2. Isu memang sonang nak ditimbulkan....setiap perkaro yg berlaku ado baik..ado buruk e... Tok Jiman kito dah mintak pandangan dalam perjumpaan dgn sumo ketuo2 cawangan (ado yg tak hadir) dan kebanyakan stuju..tanpa bantahan pun.... Dio mintak excuse kerana keesokkan hari e dio nak rasmikan Persidangan bhgn lain... apo salah e... Kenkadang kito nak cari salah org ni memang sonang, walaupun kito ponah buek kesalahan yang samo mcm org yg kito komplin tu....
    Takyah kito nak isukan perkaro yg remeh temeh tu... sok kok kono kek btg idung sendiri camno... kito kono samo2 fikir apo kaedah yg terbaik utk maso dopan org melayu...bukan tahu komplin jo.... buek apo nak sakitkan hati org lain... sodangkan hati kito sendiri pun takleh nak jago..
    Kito jgn jadi org yang kufur nikmat Allah walaupun kito antaro hambo Allah yg bertuah diberi nikmat itu.... apo salah e kito nasihat caro baik...caro seorang muslim... bukan mengato... tak baik tu...kenkadang kito ni lai toruk pado org yg kito katokan tu.... bawak2 lah Istighfar bebanyak yo...wallahualam...

    BalasPadam