Salam saudara pembaca sekalian, marilah sama sama kita berdoa agar kita bangsa Melayu yang beragama Islam dapat terus bersatu dalam satu wadah perjuangan walaupun kita selalu berbeza pendapat.
Sama-sama jugalah kita berdoa agar pemimpin kita di berikan Taufik & Hidayah oleh Allah SWT agar menjadi pemimpin yang ikhlas berjuang demi bangsa dan agamanya. Tentulah untuk menjadi pemimpin dan manusia yang baik kita perlu mencontohi Peribadi Junjungan kita Nabi Muhammad SAW.
Rasanya tidaklah berapa susah hendak diamalkan sebab peribadi baginda berteraskan 4 perkara sahaja iaitu SIDDIQ / AMANAH / TABLIQ / FATONAH iaitu JUJUR / AMANAH / MENYAMPAIKAN & CERDIK.
Ada kalanya gemasindah rasa jemu dan malas untuk meneruskan blog ini dan hanya mahu bertumpu keblog http://fakirabdillah yang memberikan rasa tenang dan nikmat membicarakan hal hal keagamaan & ketuhanan. Kita tidaklah perlu menggunakan perkataan dan cara menulis yang boleh mengusik hati manusia lain.
Tetapi menulis berkaitan perjuangan bangsa dan agama, amat sukar untuk tidak menyentuh perasaan orang lain khasnya mereka yang secara relanya menawarkan diri untuk berjuang demi bangsa dan agama tetapi bila diberi amanah itu jadi leka dan lupa akan mauduk mereka berjawatan tersebut.
Kita wajib INGAT bahawa apa yang kita nikmati sekarang sama ada berbentuk pembangunan mahupun keamanan ataupun kemudahan adalah hasil pemikiran, perancangan dan kerja kerja kuat orang atau pemimpin terdahulu.
Yang demikian apa yang akan dihadapi oleh generasi akan datang iaitu anak anak dan cucu cicit kita pada hakikat bergantung kepada pemikiran, perancangan dan kerja kuat kita sekarang ini.
Sebagai rakyat biasa kita sebenarnya ada peranan masing masing mengikut peringkat dan kedudukan kita yang berbagai itu walaupun kecil tetapi perlu dilakukan.
Sebagai contoh rakyat kampong yang menjadi penerima secara umum wajarlah meluahkan perasaannya sebagai penerima ..kemukakan kepada pemimpin melalui cara cara yang berhemah. Jika kita memilih untuk mendiamkan diri sambil memendam rasa tidak puashati dan bertindak mengundi pembangkang pada PRU 13 nanti, itu dikatakan kita tidak memainkan peranan kita sebagai pendokong parti yang membela nasib kita orang melayu.
Dalam banyak perkara bangsa melayu dan orang Islam jauh ketinggalan. Maka adalah perlu kita meneliti akan apa yang ketinggalan itu dan apa yang menyebabkan kita ketinggalan itu. Ini sebenarnya kerja pemimpin yang kita lantik dan pilih melalui pemilihan peringkat parti mahupun pada masa Pilihanraya.
Contohnya kita ketinggalan dalam pemilikan harta harta dibandar khasnya pemilikan rumahkedai. Mari kita lihat Bandar Gemas sebagai contoh. Kedai kedai lama semuanya dimilikki oleh orang bukan melayu kerana 40 atau 50 tahun yang lalu bapak bapak atau datuk datuk mereka telah membina atau membeli rumah rumah kedai itu. Wajar juga kita ingat bahawa datuk nenek orang cina khasnya datang ke tanah Melayu bukan membawa ketulan emas tetapi membawa bersama budaya kerja kuat dan budaya berniaga mereka.
Hari ini kita buat rumahkedai baru di Gemas Square, hampir semua milik bukan Melayu juga. 50 tahun nanti ( tahun 2060 ) anak cucu kita akan bertanya kenapakah datuk aku dulu tidak beli rumahkedai ini...kalau dibeli tidaklah perlu aku menyewa kedai sahabat cina aku ini.
Namun kita wajarlah berdiri diatas tanah. Kita tahu kita tidak mempunyai wang ringgit untuk membeli harta tersebut. Apa pun orang cakap hingga mulut berbueh kita masih lagi tidak mampu untuk membelinya untuk diwariskan kepada anak cucu kita.
Tetapi kita wajar berusaha juga. Kita wajar gunakan kuasa politik yang kita ada sekarang untuk kepentingan bangsa kita. Itu yang kita masih ada ..ya sedikit kuasa politik. Wajib kita ingat jika kuasa politik ini berubah ketangan bukan melayu tentu keadaan akan bertambah rumit kepada bangsa melayu.
Contohnya BANDAR BARU PASIR BESAR. Orang Melayu wajar berterimakasih kepada Tuan Haji Omar Isa yang membangunkan kawasan rezab Melayu untuk dibangunkan yang sebahagiannya dibangunkan rumahkedai dan dijual pada harga yang munasabah dan mampubeli oleh orang Melayu.
Hari ini kita lihat oleh kerana orang bukan melayu tidak bersaing untuk membeli semua kedai kedai itu menjadi milik melayu dan kita lihat juga bangsa melayu mampu berjaya dalam pelbagai bidang perniagaan.
Untuk mengatasi perkara pemilikan harta / rumahkedai melayu dibandar ini kenapa tidak pemimpin kita baik ADUN mahupun Ahli Parlimen lebih lebih lagi Menteri Besar yang semuanya Melayu, yang semuanya berjanji untuk menolong Melayu..membuat dasar agar semua gerai gerai milik Majlis Daerah diberikan kepada peniaga peniaga Melayu dengan SISTEM SEWA-BELI berbanding sistem sewa abad sekarang ini.
Kalaulah kita hendak berlaku adil kita gunakan sistem kuota 7 : 2 :1 dan akhirnya kita orang Melayu ada pemilikan sebanyak 70% gerai gerai dalam bandar.
Contoh yang kedua, sekarang ini Jalan Kg Londah- Palong sedang dibina dan dengar khabar tanah 60 ekar berhampiran Loji Air akan dibangunkan sebagai Projek Perumahan oleh PKNNS.
Yang demikian dengan pembangunan itu dan dengan keperluan perumahan anggota tentera ..pemimpin kita seperti ADUN dsb wajarlah membuat perancangan sekarang ini untuk membangunkan kawasan tersebut ...dan sentiasa ingat dihati jika dibangunkan hendaklah menguntungkan bangsa Melayu.
Jika kawasamn kampong Londah ini diwartakan sebagai Rezab Melayu...maka yang boleh membeli rumah dan rumahkedai tentulah bangsa melayu sahaja. Adakah kita bimbang tidak ada pembeli melayu ? Kita perlu ingat hampir semua bakal pembeli jika dari golongan angkatan tentera berbangsa Melayu.
Soalnya kenapa tiada usaha dari pemimpin kita baik ADUN mahupun PARLIMEN lebih lebih lagi Menteri Besar yang semuanya Melayu yang semuanya berjanji nak tolong Melayu tidak MEWARTAKAN TANAH ITU SEBAGAI REZAB MELAYU...sedangkan status tanah itu sekarang ialah Jelai Gemas Forest Reserve sedangkan masih banyak tanah rezab melayu yang diambil belum diganti.
Gemasindah nak bertanya kepada orang pemuda memakai nama islamik ISLAMULHAQ ..adakah tulisan gemasindah ini MERAPU ? Adakah apa yang dicadangkan ini satu kemerapuan yang bodoh ?
Atau pemimpin sanjungan ISLAMULHAQ Datuk Saziman tidak peduli akan hal ini kerana terlalu sibuk atau pemimpin sanjungan ISLAMULHAQ Tok Jenabnya ...tidak mahu berfikir dan tidak mahu menerima fikiran orang semata mata kerana dia Wakil Rakyat .
Come on young man use your brain.....jangan jadikan alasan muda untuk mengaku kurang kematangan......
Sekali lagi gemasindah ingin menyeru kepada kepimpinan UMNO Gemas khasnya Ketua Cawangan baik UMNO mahupun Pemuda, Wanita & Puteri jangan tutup mata akibat tidak mahu menyinggung hati pemimpin.
Jadilah pejuang tulen dengan berani mengatakan yang benar.
Gemasindah...berharap YB Datuk Zainab & YB Dato Saziman ..pick up isu Pembangunan Tanah Kampong Londah ini. Merayulah kepada YAB Menteri Besar agar mewartakan tanah tersebut sebagai Rezab Melayu dan bangunkanlah tanah tersebut demi rakyat melayu.
Gemasindah bukan anti pembangunan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan