Selasa, 18 Mei 2010

BN & SIBU ..BERSULUH DIMALAM YANG TERANG

Nampaknya setiap kali BN kalah Utusan Malaysia ( UM ) akan meletakkan berita kekalahan itu dalam ruangan kecil dibahagian dalam akhbar tersebut. Jika BN menang ia akan jadi berita muka hadapan. Tidak perlulah begitu ..kemenangan atau kekalahan merupakan prime news dan perlu disiarkan dimuka hadapan.

Kita juga lihat kekalahan di Sibu menimbulkan semacam histeria …hari ini juga UM penuh dengan macam macam berita yang menggambarkan kekalutan itu…post mortem demi post mortem..analisa itu dan analisa ini …pendapat itu dan pendapat ini…janji itu dan janji ini….

Yang paling menggelikan hati ialah kenyataan pemimpin peringkat tinggi parti PAS yang mengtafsirkan kemenangan DAP itu sebagai tanda masayarakat Cina sudah menerima konsep Negara Islam yang diperjuangkan oleh PAS.

Waaduh satu kenyataan yang amat simplistik…amat memudahkan perkara tanpa perlu memecah otak membuat analisa kajian dan sebagainya…samalah dengan dakwaan Nik Aziz yang membenarkan bukan Islam membaca dan menggunakan ayat ayat suci Al-Quran dalam kempen politik…sebagai satu cara dakwah berkesan agar mereka masuk Islam…adduh satu hujah yang sangat mencabar kewarasan berfikir..dan amat membangangkan kita sebagai pembaca.

Juga komen TS Taib Mahmud yang nampaknya lebih realistik berbanding kerisauan dan kekalutan pemimpin BN yang lain..katanya saekor ayam jantan berkokok belum pasti hari dah nak siang…

Bagi gemasindah..apa yang berlaku di Sibu hanya menjelaskan satu fakta yang telah jelas iaitu politik perkauman di Malaysia sudah hampir sampai ke kemuncaknya.

Nampaknya nasihat negarawan Dr Mahathir tidak diendahkan oleh semua pihak. Pemimpin DAP dan Pakatan Rakyat dibiarkan secara berleluasa memainkan isu perkauman dan isu agama ..tanpa sebarang kawalan oleh pihak yang berkuasa.

Barangkali kawalan hanya akan dilakukan bila kaum kaum di negara ini sudah dibakar hangus pertimbangan kemanusiaannya oleh perasaan benci membenci antara kaum…dan bila parang dan pedang sudah diasah ….barulah mahu bertindak…nasi yang sudah menjadi bubur jika dimasak semula berpuluh kali pun tidak akan menjadi nasi semula …

Pada masa era Dr Mahathir dahulu, kita tidak menghadapi masalah ini walaupun parti parti yang sama dan kaum yang sama berada dalam permainan kancah politik negara.

Masalah politik perkauman ini bermula dengan bebasnya Anuar dari penjara dan Khairy Jamaludin menghantarkan paspot untuk Anuar berubat ke Eropah dan Pak Lah melawan arus bos lamanya dengan menghapuskan dasar Demokrasi Terpimpin Dr Mahathir dan menggantikannya dengan Dasar Liberalisma nya.

Hasilnya ..ya inilah hasilnya…kecelaruan yang boleh mendatangkan padah buruk kepada semua orang…semua rakyat Malaysia ..tidak mengira kaum. Jika perselisehan kaum berlaku Si Amat yang bersahabat baik dengan Si Lim tidak akan dapat menyelamatkan satu sama lain…sebab gelombang perkauman ini amat dahsyat.

Jadikanlah malapetaka di Thailand sebagai satu teladan yang lebih dari teladan . Walaupun pergaduhan di Thailand bukan berasaskan perkauman tetapi sebab bersebab ianya berlaku adalah sama dengan keadaan kita di Malaysia ini ..iaitu ketamakan dan kerakusan segelintir manusia untuk memperolehi kuasa dan kekayaan menjadikan nyawa manusia sebagai landasan dan bahan korban.

Politik perkauman sudah tentu berkedudukan lebih tinggi sebagai PEMUSNAH UTAMA dasar SATU MALAYSIA Tok Najib. Dari satu pihak kerajaan menghabiskan ratusan juta untuk menerapkan nilai perpaduan dihati nurani rakyat….disatu pihak lagi Lim Kit Siang, Anuar Ibrahim & Nik Aziz hanya menggunakan aiu liur dan pembesar suara untuk memusnahkan impian DS Najib yang juga menjadi impian ramai rakyat Malaysia yang waras.

Jadi apa yang DS Hisham nak tunggu…bertindaklah sebelum terlambat. Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna.

Gemasindah turunkan disini tulisan rakan bloggers belantan dan unspinners untuk renungan tambahan :-

DARI BLOG BELANTAN & UNSPINNERS


Kalau dilihat ceramah DAP penuh dengan ugutan berbau perkauman. Dalam siri ceramah DAP segala jenis hasutan telah mereka keluarkan malah ada seorang penceramah mereka dengan bangganya mengatakan, negara ini dari zaman nenek moyang kita (cina) lebih dulu telah berada di Malaysia. Malaysia bukan milik melayu!.

Nampak tak bertapa teruknya DAP memainkan sentimen perkauman, segala fakta dan sejarah tentang kedatangan kaum Cina telah mereka buang ke longkang, hasutan dan fitnah sahaja yang mereka angkat dan jual sebagai fakta dan penceramah cuba meniup sentimenMalahan hari ini pun majoriti kaum Cina dan India dan Bumiputera Melayu dan kaum Bumiputera Sabah dan Sarawak menerima kontrak sosial ini perkauman dikalangan pengunjung yang datang supaya membenci kaum melayu.

Adakah penyokong-penyokong PAS bertakbir ketika itu bagi menyahut seruan DAP itu! Apakah penyokong-penyokong PAS terlalu dunggu untuk menerima apa sahaja yang dikatakan oleh DAP tanpa dapat mempersoalkannya walaupun kepala mereka sendiri sudah dipijak-pijak oleh DAP!

Selama 50 tahun tidak ada sesiapa yang menyoal kontrak sosial ini. . Disebabkan politik peribadi ahli poltik yang mempunyai kepentingan peribadi dan agenda dalam melemahkan kuasa Melayu dalam pada yang sama telah mengelirukan pemahaman kontrak sosial yang telah dipersetujui oleh nenek-moyang mereka, pihak ekstrimis dan penyanggah sekarang ini mempersoalkan kontrak sosial ini.

Lebih malang lagi, Majlis Peguam kini telah menjadi seakan sebuah parti politik yang percaya bahawa kepakarannya dalam undang-undang akan mengecualikan ianya daripada dipersoal tentang kelayakannya dan objektif politiknya.

Kini bangsa Melayu telah menjadi semakin dihimpit dan sedaya upaya menangkis serangan terhadap pencabulan kontrak sosial yang telah dimertai sekian lama.

…………………………………………………………………………………………….............................................


Berkenaan Dato Najib yang asyik menyalurkan wang RM18 juta untuk sekolah Cina, dan missionary school. Maaf saya mahu cakap. Ini seolah2 langkah yang tidak berfikir.

Baik di Selangor lagi di Sarawak, keadaan sekolah orang Melayu dan khususnya Iban begitu daif dan akses ke pendidikan kurang. Kenapa perlu RM18 juta diberi kepada sekolah missionary yang jauh lebih hebat dari sekolah2 kerajaan di Semenanjung????

Hentikanlah memberi kepada pihak yang tidak memerlukan. JIka mereka tidak hargai, hentikan bantuan mee segera ini. Berikan pada yang memerlukan dari pengundi yang menyokong.

………………………………………………………………………………………............................................

Semua pihak dalam BN perlu bermuhasabah. Di Sibu, kami hairan kenapa MCA tidak datang membantu? Kenapa tiap kali PRK, hanya UMNO yang bersungguh datang membantu? Dimana komponen parti yang lain?

Parti politik Cina khususnya nampak sangat tidak boleh diharapkan membantu. Adakah mereka kini duri dalam daging BN yang membantu DAP menjadi parti untuk orang Cina dan biar saja parti mereka lenyap? Pasti mereka nafikan, tapi kami percaya MCA, Gerakan, dan belum pasti SUPP seolah2 membantu DAP.

MCA. dan Gerakan tidak kritik pembangkang dan biarkan DAP bermaharajalela. Malahan mereka membantu melemahkan parti tunjang dengan kritikan mereka.

Adakala mereka menuntut perkara sama yang dimahukan pembangkang dengan alasan konon ianya kehendak kaum mereka. BUkankah mereka yang berpura2 menuntut keadilan untuk semua bangsa?

Nampaknya mereka sedia melihat negara berpecah belah berdasarkan kaum.

Masalah kita kini adalah kaum Pribumi pun berpecah belah sesama sendiri. Salah pemerintah juga yang sedikit demi sedkit kelihatan tidak menjaga kebajikan kaum pribumi.

Rakyat tidak bodoh. Mereka boleh lihat apa yang berlaku. Dunia Internet akan mendedahkan segala kepincangan kita. Jangan lihat rakyat untuk mudah diotak katik. Hentikan rasuah.

Bagi kerajaan meyakinkan rakyat mereka serius menghadapai rasuah, tangkap dan dakwa perasuah. Tidak kira pembangkang atau kerajaan atau Menteri atau Tan Sri.

Sekian. The Unspinners

2 ulasan:

  1. Mari joint usrah PAS baru tahu ape itu perjuangan islam dan ape itu perjuangan melayu

    BalasPadam
  2. salam,
    dalam konteks negara kita malaysia melayu adalah kekuatan tertunggaknya negara. Bagi saya kita mesti perhebatkan perjuangan melayu, dan secara lansung AGAMA ISLAM akan turut sama.
    crackPY, dalam perjuangan politik kita mesti mengikut dimana negara kita berada.Jangan perlekehkan perjuangan bangsa.

    BalasPadam