Khamis, 13 Mei 2010

KERAJAAN PR SELANGOR TERUK - MENINDAS RAKYAT

CONTOH TERUKNYA PERANGAI KERAJAAN PAKATAN RAKYAT SELANGOR

Saorang sahabat gemasindah ( melayu ) telah membeli sebidang tanah di Paya Jaras, Selangor dengan keluasan l.k 1 ekar.

Beliau telah memohon untuk memecahbahagi tanah tersebut kepada 4 lot untuk dibahagikan kepada adik beradiknya.

Bayaran awal ( belum masuk premium ) yang dikenakan oleh kerajaan PR Selangor untuk memproses permohonan itu ialah sebanyak RM 40,000.00.

Disamping itu beliau dikehendakki menyediakan jalan masuk selebar 60 kaki ( termasuk rezab jalan ) . Ditanah tersebut ada sebatang anak sungai. Untuk membina jambatan ( juga selebar 60 kaki ) beliau dikehendakki melantik konsultan yang senarainya disediakan oleh kerajaan negeri . ( konsultan yang tidak disenaraikan tidak dibenarkan ) . Bayaran konsultan masih belum diketahui.

Disamping itu kerajaan negeri Pakatan Rakyat juga telah mengambil sebahagian tanah sahabat gemasindah itu untuk melebarkan sebatang jalan berhampiran. Kerajaan PR enggan membayar sebarang pampasan. ( ini bertentangan dengan Kanun Tanah Negara )

Sahabat gemasindah itu berkata inilah dosa aku jadi ahli UMNO agaknya.

Gemasindah…………

Bagi melayu yang menyokong Pakatan Rakyat termasuk saudara saudara dari parti PAS & PKR eloklah berfikir semula …. Fikirkan apa agaknya nasib orang melayu jika Pakatan Rakyat yang didominasi oleh DAP memerentah negara ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan