Rabu, 12 Mei 2010

GEMASINDAH in relaxing mood....TAK USAH BERATKAN OTAK FIKIR HAL NEGARA ITU KERJA TOK NAJIB.....

Salam saudara pembaca semuaga sentiasa dalam Rahmat Allah SWT...

Mari kita relax sekejap...tak usah fikirkan hal UMNO / PAS / PKR atau apa ke. Tak usah fikir hal hal negara. Itu kerja Tok Najib & TS Mahyudin..bukan kita yang suruh dia orang yang hendak..nak buatlah kerja.Issh dah mula fikir berat dah..STOP.

Entri ini diambil dari library blog gemasindah.....

RIHAT SEBENTAR – REFRESH YOUR BRAIN….
Sila baca artikel dibawah …jangan fikir apa apa ..percaya ke tak percaya ke ?
Artikel pinjaman dari entah blok siapa …dah lupa.


Sejauh mana anda percaya kewujudan makhluk yang bernama BUNIAN di alammaya ini, tertakluk kepada pengalaman, cerita dan pembacaan anda. Di bawah ini saya paparkan sedutan dari satu artikel panjang mengenai pengalaman seorang insan mengembara mencari kebenaran. Realitinya terlalu banyak rahsia alam yang kita tidak ketahui dan kisah sebegini semakin lenyap ditelan masa terutama apabila manusia sudah meminggirkan kepercayaan terhadap unsur ghaib. Masih ingatkah filem dan lagu seniman P. Ramlee "Puteri Bunian"?

Cerita di bawah ini akan memberikan satu suntikan kesedaran bahawa makhluk ghaib ini masih lagi wujud dan hidup bersama-sama manusia di alam mereka sendiri di atas muka bumi ini. Kita tidak menyedarii kehadiran mereka disekeliling kita. Silakan terus membaca:

Sejak zaman Nabi Allah Sulaiman alaihissalam lagi cerita ini telah didengar iaitu Isterinya yang bernama Ratu Balqis. Ratu Balkis adalah merupakan kacukan antara bapanya seorang Manusia dan ibunya adalah golongan Jin. Banyak tempat pula di seluruh Malaysia ini ada perkampungan Bunian dari cerita-cerita rakyat, malahan dibelakang rumah saya di kampung dahulu pun ada perkampungan Bunian.
Saya semasa kecil selalu bermain-main diperkampungan mereka dan sampai sekarang saya masih ingat nama-nama rakan-rakan sepermaainan saya itu. Malah saya juga sentiasa diikuti oleh 3 orang Puteri Bunian kemana saja saya pergi dulu. Mereka nak kawin dengan saya tapi atok saya larang sebab katanya mereka itu menyusahkan hidup manusia sahaja. Atok saya cakap mereka itu umurnya dah berpuluh ribu tahun, dah tersangat tua tapi yang hairannya mereka nampak sebaya je dengan saya.
Saya tak ada apa-apa niat pun pada mereka. Malah saya tak tahu apa itu kawin, jadi saya buat tak tahu saja lah. Tapi bila saya merantau, mereka pun hilang entah kemana. Tak dapat dikesan sampai sekarang.

Sebenarnya orang kampung selalu minta saya tolong dapatkan barang-barang di alam Bunian itu. Tapi saya buat tak reti je, malas nak layan orang tua-tua tu sebab minta barang yang bukan-bukan. Saya pun tak faham kenapa mereka beria-ia benar untuk mendapatkan barang-barang di alam Bunian itu. Ketua Kerajaannya adalah seorang Ratu, seorang perempuan. Anak-anak dialah yang suka ikut saya. Ratu ini juga baik dengan ibu saya. Mereka selalu berbual-bual, tak tahu pula saya apa yang dibualkan mereka. Mereka ini pun selalu juga bertandang ke rumah saya. Terutama bila Hari Raya Puasa, sungguh meriah di dalam perkampungan mereka. Tapi kami saja yang nampak, kawan-kawan manusia yang mengaji Qur’an dengan saya nak sangat tengok tapi mereka tak nampak. Bila mereka ajuk saya, mereka kena ketuk dengan kayu oleh budak-budak Bunian tu. Itu sebab mereka tak berani main-main dengan saya.

Menurut Abang Hassan yang tinggal di Hulu Langat Selangor, mereka ni pun berpuak-puak juga. Mereka mempunyai bahasa mereka dan kerajaan mereka tersendiri. Sewaktu saya mengunjungi rumahnya terdapat satu rumah kosong dibelakang rumahnya. Apabila saya kata saya nampak rumah tu dia terus mengajak saya memasuki rumah itu. Rupa-rupa nya dia telah berkahwin dengan seorang Puteri Bunian berketurunan Sabt, beliau fasih berbahasa Sabt dan mempunyai 6 orang anak. Keturunan ini semuanya beragama Islam, Dia kata tiada seorang pun yang tahu dia ada isteri Bunian. Di dalam rumah itu terdapat sebuah Singgahsana yang diperbuat dari tembaga kuning semuanya siap dengan kelengkapan bantal-bantal dari baldu emas serta meriam naganya sekali, semua kelengkapan Istana, Tombak-tombak, Panji-panji dan semua kainnya dari kain cindai buatan tangan. Bau di dalam ruang rumah itu sangat harum, semua pengasuhnya dan hulubalangnya terdiri dari Bunian yang jumlahnya agak ramai juga.

Rupa-rupanya dibelakang rumah usang itu ada rahsia besar kawasan Kerajaan Bunian Kaum Sabt yang tidak diketahui umum. Yang menjadi hairan, kenapa mereka boleh menerima dan melayan saya dengan istiadat istemewa mereka? Rupa-rupa ia ada kaitan dengan kisah silam saya semasa dikampung. Mereka kenal akan rakan-rakan Bunian saya dan orang yang pernah tinggal berjiran dengan kaum seperti mereka dari kaum Thyu. Ia seperti telah ada tanda pada kita yang mereka kenal. Barulah hari itu saya tahu bahawa Bunian yang tinggal dibelakang rumah saya dahulu semasa dikampung ialah dari kaum Thyu. Kaum Bunian Sabt dan Thyu adalah bersaudara dan mereka semuanya Islam.

Oleh itu kemana pun saya pergi mereka akan kenal dari tanda yang mereka beri pada saya, walaupun dari puak-puak lain kaum Bunian ini. Abang Hassan pun menyatakan hasrat Ratu mereka supaya saya juga dapat menerima adik iparnya sebagai isteri saya, tetapi saya tolak kerana masih ingat pesan Atok saya supaya tidak berkahwin dengan mereka kerana ia akan menyusahkan saya. Keputusan itu mereka terima dengan agak suram tetapi terpaksa menerimanya juga kerana ketegasan saya sendiri. Begitulah cerita mengenai Abang Hassan.

Dilain ketika, saya telah membuat ekspedisi sendiri ke Gunung Ledang untuk menyusuri kebenaran akan cerita Lagenda Melayu Lama berkenaan Puteri Gunung Ledang disitu. Sayang sekali National Geography tidak dapat mengikuti serta, kalau tak tentu dapat tangkap gambar dan boleh buat program TV (gurau saja).

Setelah beberapa hari disana maka nampaklah pintu untuk masuk ke Alam Bunian itu, saya pun masuk dan didapati sebuah Kerajaan Bunian yang sangat besar dan luas disitu. Dari atas puncak Gunung itu dapat di lihat bak kata melayu lama, “sayup, saujana mata memandang” akan luasnya kerajaan Bunian tersebut. Ia sangat cantik dan tersusun, pemandangannya juga turut memukau mata. Rumah-rumah mereka dibina tersusun dilereng-lereng gunung seperti verinda-verinda (beranda-beranda) diperbuat daripada kayu bulat dan dilengkapi dengan atap dari jerami halus di ikat rapi.

Ia langsung jauh berbeza dari mitos cerita Melayu Lama di dalam filem atau pun yang diceritakan buku-buku hikayat lama. Ia jauh lebih indah daripada itu. Kemudian Nenek Kebayan keluar dari lubang gua yang bercahaya dengan wajah yang sangat tua terbongkok-bongkok bertongkatkan kayu cemeti berbuku-buku dan bengkang-bengkok. Dia bertanya akan hajat hamba, hamba katakan hendak bertemu dengan Puteri Gunung Ledang.

Dengan tak semena-mena dia bertukar menjadi seperti seorang puteri yang sangat jelita. Hamba terus bertanya adakah dia itu Puteri Gunong Ledang, Ya! Jawabnya pendek. Jadi tuan Puterilah yang dipinang oleh Sultan Melaka untuk dijadikan Pemaisurinya? Ya! Sambungnya lagi. Kenapa Tuanku menolak akan pinangan tersebut? Tanya hamba lagi. Dia tidak layak, katanya. Siapa yang tuan Puteri kata tidak layak, tuan Puteri kah atau Sultan kah? Tanya hamba. Dia hanya tersenyum dan ketawa kecil dan melangkah masuk, kemudian menoleh semula kepada hamba seraya berkata, diluar sana ada sebuah kenderaan. Jika tuan hamba hendak pulang gunakan kenderaan itu, disitu juga ada hadiah untuk tuan hamba, katanya sambil menunjuk pintu keluar istananya.

Terima Kasih tuan Puteri, tetapi sebelum hamba melangkah pergi, bolehkah hamba melihat-lihat kawasan Kerajaan Tuanku ini? Hamba memohon. Dia hanya mengangguk-anggukkan kepalanya dan berlalu pergi.

Saya pun keluar dari ruangan itu menuju ke verindanya, dari situ dapat ditinjau seluruh kerajaan itu dari kiri kekanan, dari atas hingga kebawahnya dengan penuh menakjubkan sekali. Tidak pernah terbayang dan terfikir adanya kerajaan seumpama itu di Maya Pada ini. Setelah melihat-lihat seluruh kawasan itu, saya pun melangkah ke pintu keluarnya yang terdapat sebuah pedati kuno, (seperti di dalam cerita orang Rom) dihadapan pedati itu terletak 2 buah tempayan tembaga kuning bertutup rapat. Alangkah terperanjatnya saya bila saja meletakkan kaki diatas pedati itu, dengan tiba-tiba ia ditarek terbang oleh seekor burung purba zaman Jurasik, melayang ke udara mengelilingi Kerajaan Bunian dan melihat mereka melambai-lambaikan tangan dari setiap Verinda-verinda rumah mereka dikiri dan kanan lereng gunung itu.

Saya diterbangkan ke Johor Baharu tepat ke halaman rumah saya. Macam mana burung ni tahu rumah saya? Bisik hati saya. Saya turun dan menarik tempayan-tempayan tembaga itu turun. Serta bingkas burung itu juga terbang semula ke udara dan hilang dari pandangan.

Saya bawa tempayan itu masuk ke dalam rumah, kemudian membersehkan badan untuk solat subuh. Selepas berehat saya pun teringatkan tempayan-tempayan itu. Bila dibuka saja penutupnya, kelihatan terdapat ketulan-ketulan emas di dalam satu tempayan dan batu-batu permata di dalam tempayan yang satu lagi. Kemudian saya tutup semula dan pergi membuat kerja saya.

Selang seminggu saya buka sekali lagi tempayan itu dan mendapati kedua-dua isi tempayan itu telah bertukar menjadi batu-batu hitam yang tidak berharga. lantas saya katakan "Kalau dah Jin tu, Jin jugalah namanya.” Telah saya jangka pekara ini akan berlaku.

Bagaimana sekarang, adakah anda masih lagi tidak percaya kewujudan mereka setelah membaca kisah ini? Jika anda ingin mengetahui lebih banyak lagi maklumat alam ghaib, sila terus membaca artikel sahabat saya sepenuhnya: ak atar yg mereka pakai wadduh

Gemasindah percaya akan kewujudan bunian….selalu dengar mereka bercakap tapi tak faham..cakap satu ayat ketawa satu ayat…minyak atar yg mereka pakai wadduh sedap dan sangat lembut baunya….Tak percaya tak apa !!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan