Ahad, 3 Jun 2012

GEMASINDAH di - FACEBOOK

Salam sauadara pembaca yang dihormati ..silalah juga ke GEMASINDAH@FACEBOOK..alamatnya :-

http://www.facebook.com/groups/423813547650655/

Assalamualaikum...gemasindah kembali...Salam

Salam sejahtera pembaca laman blogspot gemasindah yg dihormati,

Sudah sangat lama GI tidak menulis dilaman ini. Alhamdulillah sudah ada gerak untuk menulis semula, tambahan pula PRU 13 sudah sgt hampir. Keadaan kita umat melayu sgt bercelaru skrg ini..tidak banyak yg berubah.

PRU 13 ini pada kita sbg umat melayu / Islam sgtlah penting untuk menentukan bukan shj nasib kita tetapi juga akan nasib anak cucu kita pd tahun2 mendatang.

Orang bangsa asing khususnya rakyat malaysia keturunan cina dan barangkali juga orang India akan terus berharap kpd sokongan org prg melayu dari PAS terutamanya dan juga melayu melayu PKR untuk CUBA merebut kuasa dari org melayu ( UMNO ) pada PRU 13 ini. 

Jika org melayu masih lagi mahu melayani perasaan marah, kecewa serta dengki khianat masing masing...kebarangkalian org cina dapat menguasai politik satu satunya negara melayu didunia ini sangatlah tinggi.

Kita semua tahu..pangakatan pembangkang sememangnya dikudakan oleh kuasa kuasa asing khasnya Amerika / Zionis untuk menawan malaysia secara halus yakni melalui " boneka kuasa politik " kerana hanya ada dua buah shj negara islam yang masih belum ditawan oleh mereka yakni Malaysia dan Iran.

Keberangkalian menggunakan " kuasa tentera " untuk menawan Malaysia adalah TIPIS berbanding Iran kerana apa yang kita katakan sebagai "faktor singapura". 

Kita juga tahu bahawa politik DAP dan juga Pakatan Rakyat amat sesuai dengan kecenderungan Lee Kuan Yew untuk menyertai dan menguasai Malaysia spt penyataan hajatnya kepada Chen Man Hin pada satu ketika masa dahulu.." dapat sehari jadi Perdana Menteri Malaysia ...kira cukuplah pada LKY sebelum mati.

Kita juga tahu bahawa singapura adalah ajen dan sekutu Yahudi Zionis dalam menguasai dunia..

Walaupun GI melalui lamanblog ini pd masa yg lalu sgt KRITIS terhadap pimpinan UMNO, pada masa menghampiri PRU 13 ini , kita eloklah melupakan apa juga kelemahan dan kemarahn kita buat seketika kerana yg sgt penting pada kita ialah PENERUSAN PEMERENTAHAN MELAYU / ISLAM dinegara ini.

Dalam hal mengekalkan penguasaan politik melayu ini kita TIDAK ADA PILIHAN melainkan meneruskan sokongan kpd UMNO / BN. Ini bukanlah kerana faktor UMNO / BN ini sangat baik..tetapi kita sebenarnya TIADA PILIHAN dikeranakan penguasaan DAP didalam Pakatan Rakyat.

Sekiranya Pakatan Rakyat juga memperjuangkan Penguasaan Politik Melayu, barangkali kita boleh BERALIH ARAH menyokong mereka. Ini TIDAK..nampaknya politik PR bukan sahaja memperjuangkan ideologi Malaysia Malaysia yang menjadi TERAS perjuangan politik DAP tetapi yang paling menggerunkan ialah perjuanagan LIBERALISMA dan PLURALISMA yang didokong oleh Kristian - Yahudi untuk meneruskan PERANG SABIT zaman moden mereka..

Sebagai orang lama , saya MENYERU semua umat melayu / islam supaya merenung sedalam-dalamnya...saya juga tidaklah berapa suka pada pimpinan UMNO sekarang ini tetapi mereka bukanlah kekal selamanya ..kita terpaksalah berkorban rasa sekali lagi demi masa depan anak cucu kita..

Ikhlas dari..

Gemasindah.