Selasa, 4 Mei 2010

TSB ULU LADANG / RISDA BANYAK SANGAT ADUAN.....

Gemasindah banyak sangat mendengar aduan dari pemilik tanah Pinggir Ulu Ladang yang sedang ditanam semula oleh RISDA melalui Skim Tanaman Semula Berkelompok / TSB

Minta sangatlah Pengarah RISDA Negeri Sembilan datang melawat dan selesaikan masalah yang ditimbulkan oleh kontraktor tanam semula itu. Antara aduan ialah :-

1 Menanam anak getah dalam semak tanpa kawasan diracun dahulu
2 Banyak sangat anak getah yang mati
3 Kebun semak tidak diracun
4 yang dah hidup...pokok tidak subur

Dengar khabar kontraktor dibayar upah menanam pada kadar RM 2.00 sepokok tetapi hanya bayar RM 0.20 kepada buruh Indonesia yang buat kerja menanam itu. Takkanlah nak untung RM 1.80 sen sepokok. Kalau benar yang dibayar kepada buruh 20 sen sahaja memang setimpallah dengan cara menanam dalam semak itu.

Yang akan rugi nanti ialah pemilik tanah iaitu orang kampong.

Sekiranya susah sangat Penyelia RISDA nak selia kontraktor , bagi sahajalah upah RM 2.00 untuk kerja menanam itu pada pemilik tanah..biar mereka tanam sendiri dan dapat sedikit upah.

Gemasindah.....harap Pengarah RISDA NSDK ambil tindakan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan