Jumaat, 7 Mei 2010

UMNO DUN GEMAS SUNYI & SEPI....

UMNO DUN GEMAS …senyap / sejuk & sepi

Sekarang ini dah bulan Mei 2010
Dalam kita kehulu dan kehilir dah tahun 2013….sekejap saja rasanya kalau hidup kita tak boring….

UMNO Gemas sejak akhir-akhir sunyi dan sepi…kekadang lupa pulak kita ini ada UMNO….kenapa senyap & sepi…UMNO rasa selesa ke ?

Parti PAS & PKR …tak duduk diam sayang…..kempen & gerakkerja mereka berjalan siang & malam…janganlah sangka air tenang tiada buaya..sayangku UMNO…..kita kat peringkat bawah ni tahu…yang kat atas tu tak tahu ke ?

Siapa yang sepatutnya mengepalai aktiviti UMNO DUN Gemas ? Wakil Rakyat ke ? naib Ketua Bahagian ke atau Naib Ketua Pemuda atau semuanya sekali ??

Come on wahai yang berjiwa UMNO …

Janganlah rasa selesa sangat. Ingat nasi kalau dah jadi bubur …susah nak dijadikan nasi semula !!!! Beringatlah sebelum kena..bila nak duduk mencangkunglah dulu….ikut hati mati..ikut rasa …terluka ..ikut cakap enggang makan buah beluluk ..ikut cakap orang kita akan masuk lubuk…

Kami ni nak mengingatkan saja…janganlah buat perangai tradisi…bila akar umbi bersuara …baut komen sikit sikit….anggap kami pembangkang, pengkhianat, dan terus gam….terus marah marah..terus boikot….tak usahlah camtu…lapangkan dada …guna rasahati yang tulus & ikhlas….fikirkanlah apa yang kami sampaikan…..ya !

Zaman dah berubah…dunia dah maju kak ooi …abang ooi…Kami kat akar umbi tahu apa yang terjadi diakar umbi..lebih lebih lagi yang berkaitan dengan anak anak muda yang bertambah ramai tu…..

Pada Kak Nab kalau boleh jangan jadi macam Tok Yasin …rosak dek Pak Itam… Janganlah pula Kak nab rosak dek…….budak yang kerja di Pejabat Daerah tu…ramai yang dah bersungut..berjela jela ..tentang hal ini dikedai kopi.

Gemasindah tak kenal pun budak tu…tapi gemasindah masih ada 2 telinga..jadi nak sampaikan pada Tok Kak Enab …tupun kok nak nonga..kok tak nak nonga..nonga yolah….esok jangan cakap apo tak boritau….ese dulu…ni bagitaulah ni Kak Nab ooi….

Yang bersungut dikodai kopi bukan orang lain bona ..suku sakat kito yo ..takdo orang lain doh..sedara maro kito lakolah kak oi.

Gemasindah…suka suasana hiruk pikuk…

1 ulasan:

  1. salam bro,

    lobih kurang samo kek UMNO bahagian tu...
    horok pikok sesamo sondiri yo...jiko semacamtu lah gayo eee...lotehlah orang kek umbi.

    BalasPadam