Ahad, 23 Mei 2010

PERSEPSI ORANG MUDA & GOLONGAN MENENGAH MELAYU TERHADAP UMNO.....


Saorang blogger muda dengan username ROCKDATBONE menulis dilaman blognya yang bertajuk KEBENCIAN BELIA MELAYU INTELEK KEPADA UMNO saperti dibawah :

Setelah hampir lapan tahun saya mengikuti dunia politik,saya mendapati suatu yang amat jelas dalam Umno.Saya jelaskan dalam bentuk poin poin

Sistem pancung memancung pemimpin muda yang berintelek dalam Umno agak kronik.

Ketidakpercayaan pemimpin atasan kepada pemimpin bawahan kerana pada persepsi mereka,pemimpin bawahan akan cuba merampas kuasa mereka.

Persepsi rakyat terhadap Umno bahawa Umno telah banyak buat duit dan menyertai Umno akan memberikan segala kemewahan dan peluang telah menyebabkan ramai golongan peniaga berada dalam Umno dan golongan ini menggunakan duit untuk menang ketika bertanding.

Jika pemimpin bawahan menegur pemimpin atasan mereka dianggap derhaka,maka akan dipinggirkan.

Tukang bodek terlampau ramai sehinggakan tukang tegur menjadi terpinggir dan dibiarkan.

Kepentingan peribadi mengatasi segala-galanya.

Belia Intelek Melayu tidak diberi peluang untuk berpolitik dalam Umno kerana takut merampas kedudukan pemimpin lain.

Mungkin inilah sebab Belia Intelek Melayu lari daripada UMNO.Bolehkah kita mengubahnya.Terus terang saya katakan,saya cukup sayang pada UMNO dan cukup sayang kepada Melayu dan Islam.

…………………………………………………………………………………………..................................................

Ulasan gemasindah adalah seperti berikut
:-

Adalah menjadi pengetahuan umum bahawa salah satu punca utama UMNO tidak mendapat sokongan Golongan Muda dan Golongan Menengah Melayu ialah sikap pemimpin UMNO diperingkat Cawangan dan Bahagian yang MENUTUP PINTUNYA dari penyertaan apatah lagi penglibatan golongan berpelajaran kedalam UMNO.

Akibatnya bukan sahaja diperingkat cawangan yang menjadi barisan hadapan UMNO dipimpin oleh orang yang kurang pandai tetapi begitu jugalah halnya diperingkat pimpinan bahagian.

UMNO Bahagian Tampin boleh dijadikan satu contoh yang baik.

Melainkan Ketua Bahagian , hampir semua AJK Bahagian terdiri dari mereka mereka yang hanya mendapat pendidikan akademik peringkat sekolah menengah. Ada juga yang hanya bersekolah rendah.

Ini diburukkan lagi oleh permainan politik Ketua Bahagian yang menentukan hanya mereka yang menjadi YESMAN TERBAIK dikalangan yesman yesmannya untuk menjadi barisan AJK Bahagian. Seperti yang dikatakan oleh rockdatbone ini dijayakan dengan mudah oleh Ketua Bahagian yang ada kuasa dan ada wang ringgit.

Masalah mutu barisan kepimpinan UMNO yang dilihat tidak berwibawa ini menjadi lebih TERUK apabila hampir semua AJK Bahagian itu merupakan orang orang lama yang sudah berkhidmat sebagai AJK Bahagian berpuluh puluh tahun. Keadaan ini memberi gambaran bahawa UMNO menghadapi masalah Ketandusan Pimpinan membuatkan generasi muda bertambah meluat dan menjauhkan diri malah menghentam UMNO.

Dalam kes Kepimpinan UMNO Bahagian Tampin pemilihan ramai kontraktor Kelas F sebagai AJK Bahagian & AJK Pemuda Bahagian sebenarnya bukanlah satu aset bagi UMNO tetapi menjadi satu liabiliti yang melemahkan UMNO.

Umum melihat bahawa pemimpin pemimpin ini berjuang bukan kerana semangat untuk memperkasakan UMNO atau orang Melayu tetapi untuk memperkasakan diri sendiri. Lebih lebih lagi apabila pemimpin pemimpin ini mula berlagak kaya dan mewah sedangkan mereka sebenarnya tidaklah semewah dan sekaya mana berbanding orang bukan melayu.

Yang demikian apakah PERSEPSI orang muda malah masyarakat Malaysia amnya terhadap UMNO ?

Pertama UMNO ialah Parti Orang Kurang Pandai ( bahasa halus )
Kedua UMNO ialah Kelab Elite Kumpulan Tertentu Sahaja
Ketiga UMNO ialah milik Ahli Kelab bukan parti orang ramai
Keempat UMNO adalah parti perjuangan ahli perniagaan
Kelima UMNO bukan medan perjuangan Melayu lagi
Keenam UMNO ialah parti sekular yang tidak mempunyai nilai kepimpinan beragama

PERSEPSI PERSEPSI ini bukannya persepsi yang diwujudkan oleh jentera propoganda parti lawan tetapi persepsi yang wujud hasil budaya UMNO sendiri. Maksudnya UMNOlah yang wujudkan persepsi persepsi ini.

Adalah lazim bagi orang muda bersemangat tinggi dan aktif didalam apa juga aktiviti yang disukainya. Apabila ruangan untuk berjuang secara aktif didalam UMNO tertutup, mereka mencari parti lain untuk berjuang dan bergiat aktif.

Akibatnya bukan sahaja UMNO ketandusan ahli dan para pemimpin yang cerdik tetapi akhirnya menjadi SATU KELAB ELITE yang kini bukan lagi tidak disukai tetapi dibenci oleh orang ramai iaitu rakyat jelata. Mengikut Rockdatbone peratusan orang muda golongan ini ialah sebanyak 70%, satu angka yang sangat tinggi.

Disamping itu UMNO juga terpaksa berhempas pulas dalam bersaing dengan parti lawannya yang kini terdiri dari ramai cerdikpandai berbanding UMNO.

Perkara sikap tutup pintu dan budaya cantas mencantas ini memang dalam pengetahuan Pimpinan Tertinggi UMNO. Ketegasan untuk menyelesaikannya telahpun diucapkan berkali-kali namun setakat ini tidak ada apa apa perubahan dilakukan dan UMNO masih tetap menjadi KELAB ELITE ORANG KURANG CERDIK yang terus mengekalkan pemimpin kurang cerdik yang sama berabad-abad hingga ramai yang dipencenkan oleh Malaikat Maut atas arahan Allah Taala..

Barangkali golongan muda yang terpelajar tidaklah mahu perubahan drastik seratus peratus dilakukan dalam komposisi ADUNAN KEPIMPINAN antara golongan terpelajar dengan golongan berpengalaman.

ISU-nya ialah mereka langsung tidak diterima didalam UMNO kerana pintu UMNO tertutup rapat.

Fenomena ini berlaku bukannya di cawangan dan bahagian tertentu sahaja. Ianya berlaku diseluruh cawangan dan bahgian UMNO seluruh negara.

Barangkali dilihat dari skop PRU 13, UMNO sudah ketinggalan keretapi. Maka perlulah UMNO menerima akibat dari KETIDAKCERDIKAN pimpinannya. Itulah akibat menjadikan parti nasional menjadi Kelab Kelab Elite diperingkat cawangan dan bahagian.

Keadaan menjadi lebih rumit akibat penerapan nilai nilai budaya yang salah oleh ahli dan kepimpinan UMNO seperti perkara perkara negatif yang dinyatakan oleh rockdatbone diatas.

Namun dari segi jangkapanjang nya UMNO kena berubah selagi belum diubah. Yang penting perubahan itu hendaklah disegerakan dan ianya haruslah dilakukan secara berterusan. Baliklah menjadi UMNO yang sebenar-benarnya.

Kerja kerja MENGUBAH PERSEPSI bukanlah semudah menyebutnya……….

7 ulasan:

  1. SLM TUAN..TERIMA KASIH KRN SUDI MENGUNJUNGI DAN MEMBERIKAN PANDANGAN YG CUKUP BERNAS DI BLOG SAYA. SAYA TELAH PUN LINK BLOG TUAN. TERIMA KASIH SEKALI LAGI. SAMA2 LAH KITA MEMPERTAHANKAN NASIB BANGSA DAN AGAMA KITA DR TERUS DI PERKOTAK KATIKKAN OLEH PIHAK DAJJAL

    BalasPadam
  2. Salam tuan...

    saya amat tertarik dengan tulisan tuan dan rockdatbone..... dari apa yang yang dapat dilihat suatu masa dahulu UMNO itu dipimpin oleh orang-orang yang dihormati dalam kawasan atau kampung tersebut contohnya guru dan tokoh akademik atau tokoh belia tapi kini ia dijadikan pentas bagi proses melobi kerja kerana percayalah dengan kekuatan kewangan jawatan akan dapat diraih dengan mudah.... cuba tuan lihat kepada AJK tampin.... Ada AJK hanya menjadikan jawatan beliau sebagai sandaran untuk mendapatkan kerja kemudian di ALI BABAkan projek tersebut. Tuan boleh periksa kerana takkan dapat disorok bangkai Gajah.. Banyak lagi yang hendak diulas tetapi ahh... apa nak kita kisah kerana apa yang kita katakan ibarat singa tak berkuku menyalak bukit.... siapalah kiata kerana pemimpin hanya suka mendengar berita yang ok aje....... Sayang UMNO pasti akan lebih PARAH.....

    BalasPadam
  3. Salam & terimakasih sdra Jeff & sdra tanpa nama kerana beri komen demi agama bangsa & negara tercinta

    Memang benar sebagai melayu kita tidak sepatutnya jadi begini...semasa Dr M dulu..kita cukup bersatu sbb tukang kacau ada dlm penjara...Berkemungkinan Dolah Bedawi hendak menunjukkan dia lebih baik dari Dr M ...apa jua yg DR M buat nak dirombaknya termasuk menunjukkan Dr M salah dgn memenjarakan Anuar..itulah sbb barangkali ..dgn segera Anuar dibebaskannya..bila dah bebas ..Anuar ..buat mcm inilah..dendam tak sudah hga myu jadi haru biru dan kemungkinan akan dijajah semula oleh bangsa asing..penjajahan ini lagi parah sbb ..ianya mcm sel kanser..sebhgn dari badan kita sendiri ..minta mintalah Allah jauhkannya...

    Pdgn sdra tak bernama ..mmg amat benar..kita amat kecewa kenapa UMNO jadi mcm ini..akhirnya..dan kenapa Najib & Muhyiddin lambat sgt bertindak membersihkan budaya UMNO sdgkan bila nak ambil dari Dolah dulu ..berkobarkobar..bila dah dpt kuasa..lembab pulak...

    Saya suka menanamkan budaya berani menyatakan yg benar dikalangan ahli UMNO khasnya di Tampin ini..kalau ramai yg berani ..barulah Saziman & Zainab sedar bahawa mereka disitu sbb dipilih rakyat bkn sbb mereka handal sgt...bila kita diam je...mereka ingat bagus sgtlah tu...

    Itulah sbb saya minta yg muda muda tu jadi blogger sbb tulisan kita mmg ada kesannya bagaikan pedang yg tajam..asalkan kita ckp yg benar dan jgn buat fitnah..kira oklah tu..saya ni dah tua dah 58 thn dah..saya aktifkan blogging di gemas tampin ni sbb inilah platfom yg kita ada..jadi gunakanlah..syukur juga dah mula ramai ..dan kita nampak bdk2 ni mcm rackdatbone mmg ada mutunya..wp muda daya analisanya bagus..dia pun ada jwtn dlm pemuda tampin..tapi dia rasional..apa yg dia tulis ialah rasa hatinya..dan jelas niatnya murni bkn nak jatuhkan sesiapa tapi nak naikkan bangsanya

    Sekali lagi terimakasih & sama samalah kita berdoa agar bangsa myu islam ini akhirnya insaf dan bersatu & negara msia ini kekal dlm kuasa myu islam. Semuanya adalah kehendakNya jua

    Gemasindah..

    BalasPadam
  4. Morons like Perkasa talk about sacrificing. We have as yet to hear what sacrifices they are speaking about. Today, Malaysia is ruled by a single regime not so different from Burma. They call themselves UMNO. In fact, Malaysia has been under Emergency Rule for the past 40 years. Still in a state of Emergency Rule.

    BalasPadam
  5. The founders of kingdoms and sultanates were nothing but a bunch of pirates, robbers and thieves, so what is so "great" about being of royal blood?

    BalasPadam
  6. Bravo to all the cock & bull & being written here!

    Sad to see Malaysians not accepting the facts that you are living because of non-malays and subsidies from the so called fair government which only take care of their own - malays (please do not call yourself bumis unless you are the aborigines from the jungle).

    Chinese are wealthy because they work 100% more than your lazy ass. They live on their own and not on your incentives. Nothing was given anyway.

    Cut the story short, face the fact and dance to the rhythm. Without the non-malays, you are nothing just as Dr M said before he stepped down from UMNO.

    (You do not even have your own culture and language, the bahasa has been copied from many such as the Portuguese, Spanish, Tamil etc.)

    By the way, tuan is Chinese! Wake up, you are living under the helm of 1Malaysia - 1Murderer!

    BalasPadam
  7. Walau apo pun.... org melayu kono ingat.... kalau kito hanyo menuding jari.... tapi tak disusuli dengan tindakan secara proaktif.. tanpa rasa ingin untuk melakukan perubahan... ulasan dan idea itu akan tinggal memori luko.... Jiko kito raso kito melayu yang inginkan perubahan.. kito kono samo2 melangkah...kito kono samo2 berubah...kito kono samo2 bersikap positif utk kito capai hasrat tersebut.
    Kok kito raso ado kalangan pemimpin yg tak boto.. pastikan pemimpin itu digulingkan... kalau kito raso ado individu2 yg hanyo bermuko2 di dalam UMNO...kito pastikan dio disinggkirkan. Kok kito raso pemimpin2 kito melakukan perkara yg baik dan bonar...kito sokong mereka tanpa syak dan wasangka... ttp kok ado org yg hanyo pandai berkato2... tanpa mulakan usaha dan perjuangan... anggaplah org itu PAHLAWAN TAIK HIDUNG MASIN JO... UMNO tak bersalah dalam hal ini... cumo pemimpin dan individu tertontu yg mungkin rakus dan haloba... MARILAH kito pastikan mereka2 itu kito humbankan jauh2 dari pandangan mato kito...kito campak mereka ke sudut tanpo pelito... bagi mereka pengajaran yg berguno...supayo nasib bangso kito tidak tergadai angkaro durjano mereka......

    BalasPadam