PROJEK SATELIT NFC DI – AIR KUNING, KG ULU LADANG & KG LONDAH
Penjelasan Kerajaan Diperlukan. Rakyat Perlu Bertindak Pertahankan Hak.
1. Kerajaan belanjakan berjuta duit rakyat untuk memajukan 3 padang ragut di Mukim Gemas untuk diberikan kepada syarikat korporat National Feedlot Ceter yang khabarnya milik suami Ketua Wanita UMNO Shahrizat.
2. Semua padang ragut tersebut digazetkan oleh British sebagai kawasan ragut ternakan penduduk kampong .
3. Setelah 50 tahun merdeka kerajaan Melayu UMNO ambil hak orang ramai melayu, guna wang kerajaan untuk diberikan kepada 2-3 orang melayu koporat. Apa bezanya dengan British ambil tanah buat ladang Dunlop, Guthrie dsb ?
4. Dengar khabar sesiapa yang hendak menjadi peserta mesti ada modal l.k RM 350,000.00. Ini teknik NGAKA-AN namanya ? Bolo lombu kan susah bona. Duit majukan projek bukan duit NFC..duit rakyat.
5. Adakah melayu kampong , melayu gemas, melayu tampin yang ada modal sebanyak itu ? ???
RAKYAT PERLU BERTINDAK ?????????????
A CARA BERHEMAH
1 Rakyat Gemas khasnya penduduk kampong berdekatan perlulah hantar surat rayuan kepada YAB MBNS minta keistewaan agar projek Ladang Satelit NFC memberi kemudahan kepada orang kampong menternak lembu dengan bayaran token / minima ATAU NFC memberi anak anak lembu untuk diternak dikawasan ladang Satellite secara pawah atau percuma atau secara bayaran token.
2 Menemui ADUN Gemas yang juga EXCO kerajaan NSDK agar membawa rayuan ini kepada MBNS dan sama sama berjuang agar orang kampong tidak ditinggalkan
3 Ketua UMNO cawangan khsanya kampong kampong yang terlibat juga wajar memainkan peranan dengan meminta Ahli Parlimen Tampin bincangkan perkara ini dengan MBNS
CARA KURANG BERHEMAH
1 Buat petisyen melalui mahkamah
2 Berpiket panggil media TV ke suratkhabar ke
3 Gunakan parti pembangkang untuk perjuangkan isu ini.
TINDAKAN BODOH
1 Orang kampong duduk diam biarlah kerajaan buat apa yang nak dibuat
lagipun ketua kampong & ketua umno dah tau dah…………….
2 Ketua UMNO Cawangan tak perlu ambil apa apa tindakan nanti terjejas pula hubungan baik dengan wakil rakyat & MBNS
3 Ketua Kampong pun sama sama diam..takut kena lucut jawatan kerana melawan MBNS
4 ADUN Gemas – kerja banyak sangat..terlalulah sibuk ..hal NFC ni hal MBNS ..bising bising nanti hilang jawatan EXCO
5 Ahli Parlimen – Den sibuk ni ..banyak hal negara ..nak diurus..hal lombu kocik bona…orang gomeh penyokong totok den…esok rayo haji bori lombu sekor ..sonyaplah tu….
Yang memokak selalu ialah gemasindah…..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan