Rabu, 12 Mei 2010

UMNO oh UMNO - DENDANGAN PIMPINAN ELITIS UMNO

UMNO – UMNO – UMNO – ADUHAI UMNO……………..

Kalau kita tengok gambar HARI JADI UMNO ke 64 dan dengar atau baca kata kata manis pemimpin elitis UMNO kita RASA AMAT SERONOK……aduhai seronoknya…..macam kita baru jumpa kekasih hati ..memadu asmaralah…mak oi seronoknya aku…

TAPI AWAS….seronok sekejap sahaja …lepas tu back to square onelah…saperti biasalah cakap berdegar-degarlah …buat tak jugaklah..macam dulu dululah …

Bila Tok Najib & Muhyiddin nak gantikan Pak Lah dulu pun macam macam cakaplah…tranformasilah…meremajakanlah…menyekolahkan semula ahlilah…suara keramat akar umbilah…turun padanglah….memenuhi kehendak rakyatlah….memenuhi hati nadi melayulah….semuanya seronok seronok belaka semuanya lah …lah …lah belakalah.

Janganlah diherankan setiap tahun bila elitis UMNO berkumpul itulah cakap…itulah madah…itulah iltizam ke azam ke ……..

Bila pemimpin UMNO bersidang dan bertemu ….takda lainlah yang mereka tu bercakap …sesuai dengan lagu & iramalah …rakyat diutamakan ..pencapaian didahulukan….

Seronok dan sejuk hati gemasindah SEKETIKA baca kata kata prihatin penuh keinsafan Pemimpin nombor satu dan tersohor UMNO Negeri Sembilan….Kata kata manis dan bersemangat dibibir…..nya. Kata beliau :-

…..kita kena teruskan transformasi jika kita mahu sokongan rakyat kembali kepada UMNO. Jika tidak orang akan menyampah dan menolak parti…ini tanggungjawab besar bukan sahaja kepada ahli tetapi juga pemimpin.

KOMEN GEMASINDAH berkaitan kata pemimpin tersohor UMNO NSDK

Transformasi…memang banyak dilakukan pemimpin elitis UMNO tetapi transformasi memunahkan melayu……mengayakan cina dan ahli kelab elit UMNO. Orang dah lama menyampah dah nak tunggu PRU 13 sahaja nak menolak UMNO masuk gaung…….pemimpin elitis UMNO syok sendirilah nampaknya.

Komen ..seterusnya ..ahli akar umbi nak buat apa duit cawangan RM 4.00

Dalam perang kalau askar dibarisan depan pakai parang mainan dari kayu …musuh ketawa terbahak bahak. Dalam perang pemimpin penikus duduk dalam bilik kebal arah askar prebet berjuang mati-matian…dijamin LEVER BROTHERS askar prebet tu akan mati katak….


Gemasindah kagum juga dengan budak Zulkifli Bakar wartawan Utusan Malaysia yang amat bersemangat tinggi ..terus menerus menulis mengingat pemimpin dan ahli UMNO akan perlunya membetulkan diri dan bekerja.

CUMA UMNO nilah…diperingkat pimpinan elitis…..AMANAT after AMANAT
Diperingkat akar umbi ….PENAT dan TENAT.

Teruslah bercakap wahai pemimpin UMNO…cakap…cakap…cakap…
………………………………………………………………………………………………..........................................

MELAYU oh MELAYU…………………

Ketika pemimpin elitis UMNO sedang meneruskan cakap DEGAR – DEGAR mereka melayu tak elitis terus meraung dan menangis…..Pun tangisan yang serupa …..menangis tak berlagu….nangis ….dan terus menangis.

Menangis ..menangis…tahun dulu menangis..tahun ini terus juga menangis ..tahun depan belum tentu berhenti menangis ….Yang ditangiskan lagu yang sama ….lagu irama melayu klasik …nyanyilah tangisan rock barulah orang nak dengar…lagu.. lagu lagu tu..menyampah pemimpin UMNO elitis….dia dah pekak dah tu dengar tangisan korang. Tok Rais sejak bergelar DOKTOR ni selera dia dah bertukar dah..suka lagu klasik...& irama 60an ..oh fatimah...oh maznah....camtulah lebih kurang.

TAHU TAK LAGU TANGISAN MELAYU TAK ELITIS….tu ?

Bank kerajaan seperti SME Bank – Exim Bank – Agro Bank …kelihatan mudah dan senang nak buat pinjaman tetapi apabila permohonan dibuat pelbagai syarat dikenakan yang membebankan usahawan kecil yang kebanyakannya melayu..

Untuk TIDAK MELULUSKAN PINJAMAN sahaja waktu yang diperlukan bank ialah sekurang-kurangnya 12 bulan …wow lajunya buat keputusan.

Untuk luluskan pinjaman KENA TUNGGU USAHAWAN MELAYU tu MATI ..dah MATI barulah LULUS...kalau tak tak ada sebab nak kata melayu ni bangang ..tak pandai niaga..

Sejak pembubaran Kementerian Pembangunan Usahawan rata rata usahawan melayu telah kehilangan arah dan banyak yang dah bankrap- gulung tikar kerana tak dapat pembiayaan bagi membolehkan mereka maju dan berjaya.

KOMEN GEMASINDAH…………..

Heran juga selepas ramai pihak termasuk cendikiawan melayu nasihatkan ..Tok Najib buat dek je pasal hal ini……

Oh ya baru teringat…..Najib tak berani nak tubuh semula Kementerian Bantu Melayu ni …takut Lim Kit Siang tuduh dia rasis…..dan kena marah Anuar Berahim & dan kena sumpah Tok Guru Ajis...tak dapat masuk syurga nanti...patutlah Tok Najib teruskan darama GEGARnya...BERDEGAR & BERDEGAR Aku hero melayu....Tun Razak dulu geng baik P.Ramli semua filemnya meletup....

Wahai melayu tak elitis berhenti menangis …mulakan MELALAK & MERAUNG.

Gemasindah…..suka NYANYI SUNYI.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan