Sabtu, 29 Mei 2010

PENYAKIT PATOGENIK & NON PATOGENIK UMNO.............


Salam hormat kepada pembaca Melayu – Islam sekalian,

Ramai berpendapat bahawa UMNO sekarang ini sedang sakit. Tentang apa penyakitnya , ada macam macam pendapatlah ..maklumlah yang membuat diagnosis itu bukan semuanya doktor perubatan.

Ada yang kata penyakit demam panas sahaja..tak perlu dirisaukan sangat..makan dua tiga biji paracetamol ..kebahlah.

Ada juga doktor politik yang kata UMNO sedang mengidap penyakit kronik semacam darah tinggi / angin ahmar yang boleh membawa kepada stroke atau lumpuh. Doktor perubatan kata penyakit Darah Tinggi tidak boleh sembuh. Ini dirujuk sebagai Penyakit Kronik.

Ada juga doktor politik juga yang mengatakan UMNO sedang diserang penyakit kencing manis / diabetes , satu penyakit yang tidak boleh diubati…penyakit yang disebut sebagai pembunuh senyap yakni membunuh secara perlahan…akhirnya membawa kepada mati.

Yang amat merisaukan ialah pendapat doctor politik yang berpendapat UMNO sebenarnya menghidap penyakit kanser. Satu penyakit yang belum dipastikan sebab musababnya melainkan difahamkan sebagai kehuruharaan DNA atau disruption of DNA. Kalaulah diagnosis ini benar maka tidak lamalah nyawa UMNO itu sebab selalunya orang yang diserang kanser akan mati dalam masa dua tiga bulan sahaja. Jika dibuat pembedahan besar kemungkinan kanser sel akan merebak ke paru paru menyebabkan kematian segera.

Dahulu UMNO ada doktor perubatan yang menjadi penerajunya. Zaman itu oleh kerana yang membuat diagnosis ialah doctor perubatan itu sendiri, UMNO ada juga sakit tetapi memang demam biasa saja…doctor itu bagi panadol..sekejap sahaja UMNO sihat dan bergerak aktif semual.

Apakan daya doctor itu memilih untuk bersara. Katanya dia dah letih dah jaga UMNO ..lebih lebih lagi mengikut doctor itu dalam badan UMNO banyak kuman kuman yang susah untuk dibunuh.

Maka perlulah kita meminta Doktor Perubatan yang dulu sentiasa merawat UMNO dengan sabar dan ikhlas itu kembali membantu mengkaji penyakit sebenar UMNO . Itupun kalau CEO UMNO setuju.

Sebab sebab yang membuatkan sasaorang itu sakit perlu ditinjau dari dua sudut utama ..Pertama adakah disebabkan oleh punca dalaman seperti kurang zat makanan tertentu dsb..ini disebut sebagai non-patogenik.Kedua adakah disebabkan serangan factor dari luar seperti digigit nyamuk aedes, diserang virus penyakit berjangkit seperti H1N1..ini disebut sebagai Patogenik.

Tanpa mengira tahap sakitnya UMNO, mari kita cuba selidiki apakah penyakit dalaman UMNO itu ?

Gemasindah dah jelaskan sedikit sebabnya musababnya melalui beberapa entri entri terdahulu. Ramai juga orang lain yang telah menulis perkara ini.

Dalam entri berikutnya gemasindah akan cuba menulis akan factor factor luaran dan dalaman yang menyebabkan UMNO bertambah tidak sehat.

Antara factor terkini ialah kuman TANAH KTMB, virus MIC & MCA & GERAKAN dan yang terkini SEL KANSER SABSIDI kodkata IDRIS JALA.

Kesemua kuman, virus dan sel kanser ini membuatkan UMNO yang lemah itu bertambah tidak bermaya…………….


Bersambung.

1 ulasan:

  1. Melayu hari ini sudah lupa akan asal usul penjelmaannya... Melayu hari ini sudah tidak endah apa akan terjadi kepada suku sakatnya... Melayu hari ini mengundang trajedi kejatuhannya.... Malah melayu hari ini tidak mahu menilai akan dirinya...
    Apakah dosa anak-anak kita...apakah dosa cucu-cucu kita.... Kita hanya meminjam dunia ini daripada mereka....kita hanya menumpang sementara untuk mereka.... kerana merekalah yang menikmati atau merasai apa yang kita lakukan hari ini.... Kalau kita lakukan perkara yang baik...mereka akan menikmatinya.... kalau kita tidak endahkan kebaikan, merekalah yang akan merasainya.
    Kesultanan Melayu Melaka jatuh angkara melayu durjana membenarkan jiwa dan hati mereka ditakluk dan dinoda oleh penjajah.... Petanda-petanda ini semakin nyata....apabila bangsa melayu menidakkan Ketuanan Melayu itu sendiri.... Hanya masa dan waktu akan menjadi jawapannya.... Melayu tak hirau....melayu tak kisah.... walaupun nafsu menguasai diri...asal hajat dan hasrat tercapai... walaupun diri tidak mampu, walaupun kebolehan tidak ada, walaupun bangsa menjadi mangsa oleh kerakusan diri yang tamakkan kuasa....
    Mengapa kita ingin mencuba perkara yang belum pasti....mengapa kita membenarkan nafsu harakah menguasai diri....mengapakah kita sanggup mengadai maruah bangsa demi mencapai hasrat yang keji.... mengapa kita tidak tahu menilai diri....
    Sinar harapan anak cucu kita kian tak pasti.... Mahukah kita menjadi bangsa yang keji... mahukah kita terus dibuai mimpi..... Mampukah kita terus berdiri.....
    Perjuangan harus diteruskan...harapan harus dilaksanakan....jiwa melayu perlu diperhebatkan...semangat mesti dipertontonkan....perubahan perlu direalitikan.....azam perlu disematkan....untuk BANGSA MELAYU.....
    Ikhlaskanlah hati....sucikanlah diri....berjuanglah untuk bangsamu....agamamu....DEMI MELAYU BERSATU......

    BalasPadam