Khamis, 27 Mei 2010

SALAM SEJAHTERA YANG BERHORMAT DATO' PADUKA ADUN GEMAS.................



Dalam keadaan sokongan orang Melayu terhadap UMNO semakin menipis ini , pemimpin pemimpin UMNO diperingkat tempatan khasnya Wakil Wakil Rakyat amatlah perlu menyelesaikan apa apa jua masalah yang dihadapi rakyat dengan sebaik mungkin.

ADUN KENA TUMPUKAN KEPADA MASALAH RAKYAT…

Yang perlu ialah pertamanya KEPRIHATINAN dan TINDAKAN SEGERA dalam CUBAAN MEMBANTU MENYELESAIKAN MASAALAH RAKYAT.

Jika ini tidak dapat dilakukan, kami khuatir mereka mereka itu akan cepat terperangkap dengan usaha berterusan pihak pembangkang untuk mengembangkan sayapnya. Mereka mereka yang berasa tidak puas hati ini akan menambahkan jumlah pembenci pembenci UMNO.

Perlu diingat sejak merdeka GEMAS merupakan KUBU KUAT UMNO. Tetapi mengikut random research yang gemasindah lakukan, keadaan sudah banyak berubah.

Dalam entri kali ini gemasindah ingin merayu TINDAKAN SEGERA ADUN GEMAS, untuk SELESAIKAN beberapa isu isu tempatan.

Salam Hormat Yang Berhormat Datuk Paduka Hajjah Zainab Nasir
Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Gemas


MASALAH PENGAMBILAN TANAH PENDUDUK KAMPONG UNTUK PROJEK JALAN PINTASAN LONDAH - PALONG

Mohon sangat sangat campurtangan Yang Berhormat Dato' untuk mengatasi masalah berikut yang kini dihadapi oleh rakyat dibawah pimpinan YB Dato' di Gemas ini.

Pertama = Masalah pampasan tanah yang tidak setimpal bagi tanah tanah penduduk Kg Londah yang diceroboh untuk menjayakan Projek Jalan Kg Londah - Palong.

Perkara ini telah lama berlaku dan menimbulkan keresahan , kekecewaan & kemarahan kepada penduduk yang terlibat. Ianya telah ditimbulkan semula ketika dailog di Balairaya Kg Londah yang dihadiri oleh wakil YB Dato'.

Isunya ialah pengambilan tanah tidak mengikut prosedur yang termaktub didalam Kanun Tanah Negara yang boleh ditafsir sebagai satu pencerobohan.

Isu kedua ialah penduduk tidak puas hati berkaitan pampasan yang ditawarkan yang mengikut pihak terlibat HANYA bernilai RM 12,000.00 saekar sedangkan pada tahun 1985 - 1986 yang lalu pihak kerajaan telah mengambil tanah pertanian milik Lim Chi Moh di Kg Ladang bagi membina masjid sedia ada dimana pampasan yang dibayar l.k RM 21,000.00 saekar. Tidaklah munasabah tanah pertanian yang sama luasnya pada tahun 2010 ini dibayar pada kadar yang lebih rendah.

Saperkara lagi mengikut pemilik tanah yang terlibat pihak PTG Seremban enggan membayar pampasan kepada saorang pemilik semata-mata melanggar syarat nyata tanah dengan menanam beberapa pokok gaharu.

Pihak pemilik terpaksa mengguna khidmat guaman untuk selesaikan perkara ini. Pada hemat gemasindah penyelesaian cara guaman ini tidak baik untuk kerajaan dan UMNO.

Minta sangatlah YB Dato' fokus kepada isu ini walaupun kami tahu Dato' sangat sibuk.

PROJEK PROJEK MEGA KERAJAAN MESTILAH MENDATANGKAN MUNAFAAT KEPADA RAKYAT KHASNYA ORANG MELAYU.

Perkara Kedua - Penyertaan penduduk kampong dalam projek satelit NFC di Kg Londah & Kg Ulu Ladang.

Seperti YB Dato sedia maklum pihak kerajaan telah memajukan kedua dua projek ini untuk dijadikan projek Satelit NFC.Didalam dailog tempohari kami dimaklumkan oleh wakil Jabatan Haiwan bahawa pihak NFC hanya mempertimbangkan peserta yang memilikki modal sebanyak RM 35,000.00

Tertakluk kepada kesahihan perkara modal ini, kami merayu sudi apalah kiranya YB Dato' membincangkan perkara ini dengan YAB DS Menteri Besar N.Sembilan agar dapat memikirkan cara cara bagaimana penduduk kampong mendapat faedah dari projek ini memandangkan pembiayaan projek tersebuat ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan

Tidaklah salah sekiranya dipermudahkan cara dan syarat bagi penternak penternak dari Kg Londah & Kg Ulu Ladang untuk dapat memelihara lembu dikawasan tersebut.

LAYANAN BERLEBIHAN JABATAN PERTANIAN KEPADA USAHAWAN CINA YANG BUKAN TEMPATAN MENGECILKAN HATI ORANG KAMPONG

Perkara Ketiga : Sabsidi Padi Terhad Pesawah Kg Londah.


YAB DS Menteri Besar amat suka jika pesawah mengusahakan sawah mereka sendiri secara pertanian berilmu. Malangnya sabsidi padi dihadkan ketahap 2.5 tan sahaja.

Untuk menggalakkan pesawah meningkatkan produktiviti , kerajaan tidak sepatutnya menyekat sab sabsidi ini. Mintalah YB Dato’ berunding dengan pihak jabatan yang berkaitan untuk selesaikan isu ini.

KERAJAAN PERLU GANTIKAN TANAH REZAB MELAYU
GEMAS JELAI FOREST RESERVES DI KG LONDAH PERLU DIJADIKAN REZAB MELAYU.


Perkara Keempat : Tanah Jelai – Gemas Forest Reserves Di – Kampong Londah

Adalah dijangkakan dengan siapnya Jalan Pintas Kg Londah – Palong kawasan Kg Londah akan dimajukan. Kami difahamkan bahawa Kerajaan Negeri telah meluluskan tanah rezab Gemas – Jelai Forest Reserve di Kg Londah seluas l.k 63 ekar kepada PKNNS untuk dimajukan sebagai kawasan perumahan bersepadu.

Kami tidak bermaksud untuk membantah rancangan kerajaan itu. Yang kami pinta ialah agar kawasan ini dijadikan REZAB MELAYU terlebih dahulu sebelum dimajukan. Kerajaan tidak perlu gusar tentang pasaran kerana ramai anggota tentera dan anak anak Gemas akan berminat membeli rumah rumah yang akan dibina itu.

Pembangunan kawasan ini sudah tentu membolehkan pemabngunan Pusat Pembangunan Baru di lokasi tersebut dengan pembinaan rumah rumah kedai dan premis perniagaan. Ini akan membantu menyelesaikan kekurangan pemilikan hartanah melayu dibandar.

PEMBERIAN TAPAK TAPAK PERUMAHAN DI KAMPONG ULU LADANG

Tapak perumahan ini sudah terlalu lama siap hinga jadi belukar semula. Usia projek hamper 20 tahun tetapi entah apa masalahnya masih lagi belum diberikan kepada rakyat. Ini menjejaskan imej kerajaan. Temuduga memilih peserta telah hampir dua tahun dibuat tetapi keputusan masih belum dibuat.

PERUMAHAN PPRT KG LONDAH

Kebanyakan rakyat tempatan melihat projek E – KASIH di Kg Londah sebagai projek yang sia sia dan mendatangkan banyak masalah tempatan.

Rungutan utama ialah dari 50 rumah yang disediakan hanya 4 biji diberikan kepada rakyat Gemas. Selainnya diambil dari kawasan luar Gemas. Ketiadaan peluang kerja di Gemas menyusahkan peserta dan menimbulkan masalah sosial yang lain.

PENUTUP

Ini adalah beberapa isu utama yang telahpun gemasindah lapurkan didalam beberapa entri sebelum ini. Entri ini ialah RAYUAN kepada YB DATO ADUN Gemas secara khusus.

Mohon maaf jika ada yang silap.

Salam Takzim,


Gemasindah……………..identiti sebenar dalam pengetahuan YB Dato’ Hjh Zainab.

1 ulasan:

  1. selepas baca rintihan yang di paparkan saya simpulkan bahawa orang UMNO di dun gemas sudah lama di permainkan dengan janji janji manis wakil rakyat. daripada kesah rumah di terbgengkalai di PERHENTIAN BAS sampai ke pada yang di paparkan di atas. yang saya lihat sepanjang jalan besar arah ke tampin semakin membangun. Semua projek yang membangun , satupun tak nampak ada peluang untuk orang melayu. kesimpulannya mari lah kita pikir pikirkansemula. betullah kata lagu Kecil Main Api.

    BalasPadam