KEMBALINYA SAORANG ABUYA…………….
Akhbar Utusan Malaysia hari ini 14/5/2010 melapurkan berita mengenai kembalinya ke Rahmatullah saorang yang diberi gelaran ABUYA , Tuan Haji Ustaz Ashaari Muhammad disamping menyiarkan rencana karangan Mohd Khuzairi Ismail berkaitan Allahyarham dan pertubuhan Al-Arqam yang dipimpinnya.
Sebagai saorang muslim apa yang biasa kita lakukan apabila mendengar tentang kembalinya ke Rahmatullah saudara seagama ialah menyedekahkan Al-Fatihah kepada ruhnya. Itulah yang dapat gemasindah ( GI ) lakukan.
GI tidak faham maksud perkataan Abuya yang sebenarnya dan GI juga tidak pernah menjadi ahli Al-Arqam tetapi GI kagum dengan perjuangan dakwah Islamiyah Ustaz Ashaari dan pertubuhan Al-Arqamnya.
Namun kita perlu juga berhati-hati apabila membicarakan berkaitan Ashaari dan Darul Arqam kerana ianya melibatkan undang – undang dan sensitiviti pihak berkuasa agama Malaysia.
Pada GI Al-Arqam telah berjaya merevolusikan pemikiran pengikutnya melalui penerapan nilai nilai murni Islam untuk mengamalkan kehidupan seimbang antara kepentingan dunia dan akhirat.
GI hingga kini merasakan revolusi pemikiran cara Arqam ini bukan sahaja perlu dilakukan oleh NGO NGO Islam tetapi juga oleh parti parti politik melayu khasnya UMNO dan PAS.
GI selalu bertanya apakah yang salah yang telah dilakukan oleh Ashaari dan Arqam berkaitan perkara mengasuh umat mengamalkan ajaran Baginda Rasul….iaitu mengamalkan hidup Islamik ????
Tidak semua perkara yang ditulis oleh Sdra Mohd Khuzairi Ismail berkaitan Ashaari dan Arqam dapat dipersetujui.
Namun kita harus menerima akan pelbagai kejayaan yang telah dicapai oleh Ashaari dan Darul Arqam dalam merubah pemikiran masyarakat Melayu Islam untuk berjaya dalam kehidupan terutamanya dalam hidup berilmu dan hidup berdikari melalui perniagaan . Perlu diingat Pertubuhan Al-Arqam tidak pernah mendapat bantuan kerajaan dalam menggerakkan dakwah Islamnya.
Barangkali kesilapan biasa yang dilakukan oleh Ashaari dan Darul Arqamnya yang membawa kepada pengharaman ialah terjebak dalam permainan kancah politik kuasa dan penonjolan pengaruh serta identiti Arqam yang berlebihan.
Pada saya ramalan bahawa Ashaari akan menjadi Perdana Menteri Malaysia selepas Dr Mahathir bukan datang dari Ustaz Ashaari dan pengikut Al-Arqam.
Ianya didatangkan dari luar dan dibawa masuk kedalam Arqam ala CIA. Ianya adalah permainan politik terancang untuk menghapuskan pengaruh Darul Arqam yang semakin menggugat pengaruh UMNO ketika itu.
Barangkali dalam perkara ini orang yang mahir dan tahu hal sebenar ialah Nujum Pak Belalang yang pernah menyertai Arqam dan sangat rapat dengan Ashaari. Dialah yang menulis buku yang mewar-warkan isu siapa Perdana Menteri Malaysia selepas Dr Mahathir dan dia jugalah yang mempromosikan bahawa Ustaz Ashaari-lah yang paling layak menggantikan Dr Mahathir.
Barangkali kesilapan Ashaari dan pengikut Arqam ialah terjebak dalam permainan ini, ( kenenengan – loghat ns ) hingga ahli Arqam dikatakan menjadi ancaman kepada keselamatan negara ..dan bila ini berlaku maka adalah amat wajar Al-Arqam diharamkan dari segi undang-undangnya.
Sementara itu golongan Berkuasa Pihak Agama juga amat tercabar dengan pengaruh Darul Arqam yang bukan sahaja tersebar luas di Malaysia tetapi juga diseluruh Nusantara. Yang dikhuatiri ialah Al-Arqam mempopulerkan Tasauf melalui Tariqat Aurad Muhammadiyahnya.
Puncak usaha mengharamkan Al-Arqam berkisar pada persoalan Imam Mahadi Menurut Pihak Berkuasa Agama Islam Malaysia perkara Imam Mahadi ini boleh menjejaskan aqidah umat Islam Malaysia.
Antara hujjah penyokong Arqam pula ketika itu, ialah soal Imam Mahadi tidak melibatkan aqidah umat Islam kerana seluruh ulama’ Islam mengakui soal Imam Mahadi ialah persoalan KHILAF. Maksudnya sasaorang muslim itu tidak akan berdosa dan terkeluar dari Islam jika percaya atau tidak percaya tentang hal hal yang berkaitan dengan akan lahirnya penyelamat bergelar Imam Mahadi.
Dibawah GI turunkan beberapa sedutan dari tulisan Mohd Khuzairi Ismail berkaitan Ashaari dan Arqamnya. Ianya harus dikenang didalam lipatan sejarah Malaysia.
Dari segi sudut apa pun beliau dipandang, adalah nyata Allahyarham Ustaz Ashaari Muhammad anak jati Negeri Sembilan itu merupakan saorang seleberiti…..
SEDUTAN
Malah meskipun selepas kematian Ashaari, kumpulan ini ( Arqam ) akan terus hidup dan diamalkan. Antara sebab mengapa pertubuhan ini begitu kuat ….ialah kerana ia tidak hanya menumpukan akhirat semata-mata.
Tidak seperti pergerakan berasaskan agama yang lain, pertubuhan Al-Arqam dianggap paling berpengaruh dan meninggalkan kesan dikalangan umat Islam dinegara ini
Sebaliknya ( Al-Arqam ) lebih menonjol sebagai organisasi yang seimbang dengan kehidupan dunia. Pertubuhan ini memberi penekanan kepada pembinaan sosio-ekonomi sebagai teras untuk memastikan pengikutnya bertahan. Rufaqa Corporation Sdn Bhd yang ditubuhkan pada 1997 dan diasaskan sendiri oleh Ashaari misalnya adalah contoh terbaik bagaimana tersusunnya pengurusan organisasi dibawah Al-Arqam.
Syarikat ini bukan sahaja membina rangkaian perniagaan yang besar diperkampungan yang dibentuk mereka diseluruh negara malah menjangkau sehingga ke Indonesia, Thailand dan Pakistan.
Usaha itu selaras dengan cita cita besar pertubuhan itu untuk mewujudkan sebuah komuniti kearah Pembentukan Negara Islam yang sebenar.
……Al-Arqam adalah sebuah kisah ketaksuban umat Islam terhadap saorang pemimpin yang dianggap sebagai LUAR BIASA.
…..dalam memperkatakan tentang kebangkitan semula kesedaran agama Islam yang sebenar dinegara ini, apa yang ditinggalkan oleh Al-Arqam tidak boleh dinafikan.
Gemasindah………..pilih yang jernih buang yang keruh.
Selamat pulang ABUYA.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan