Gemasindah mengucapkan Selamat Harijadi kepada PARTI KERAMAT UMNO yang ke 64 tahun. Lusa iatu 13hb Mei merupakan hari sejarah hitam negara tercinta Malaysia.
Kepada semua ahli UMNO terutamanya yang terpilih mewakili ahli UMNO Melayu sebagai -YB / YB silalah baca berulang-ulang kali artikel Zulkefli Bakar bertajuk KUKUHKAN SOKONGAN AKAR UMBI yang disiarkan di Utusan Malaysia pada hari ini 10hb Mei 2010.
Tolonglah hadhamkan isi kandungan artikel itu sebab pada hemat gemasindah tiada yang tidak benar . Setelah hadham tolonglah ..praktikkan dengan amalan.
Gemasindah dah sebut hal ini dalam banyak entri blog ini dan tidak kuasa lagi nak menyalin artikel Zulkifli itu.
Yang hendak gemasindah tekankan disini ialah kenyataan Zul berkaitan golongan muda yang ramai itu yang tidak menyokong UMNO sedangkan sokongan mereka amat amat penting untuk survival dan kerelevanan UMNO.
Ayuh mari kita bersama-sama bekerja kuat untuk tujuan murni ini.
Untuk kawasan Parlimen Tampin mintalah YB Dato' Saziman beri peruntukan agar Pemuda UMNO dapat laksanakan program. Gemasindah sering dengar alasan ...nak buat program pemuda dan puteri tak berduit...alamaklumlah mana ada melayu kaya di Tampin / Monceh / Gemas. Ketua cawangan pun macam tu juga ...tak kaya ...malah nak hidup selesa pun susah.
Untuk sahabat sahabat diparti pembangkang ...tolonglah berhenti mengungkit hal hal dan perkara perkara yang sensitif kepada orang melayu. Selama ini pada masa dulu dulu kita dah hidup aman damai...elaklah dari mencetuskan perkara tidak baik seperti peristiwa 13 Mei ..tiada siapa yang untung...kita semua akan rugi...
Diperingkat rakyat / akar umbi rakyat melayu / cina / india takda apa hal...yang jadi kacang hantu ialah pemimpin pemimpin politik ....
Pada YB Menteri Dalam Negeri..berhentilah beri amaran...buat macam zaman Dr M...kalau dah nasihat tak mahu dengar...hantar saja ke Kemunting...takpa ..dua tiga orang masuk dalam utk kepentingan rakyat yang ramai ...
SALAM UMNO dari gemasindah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan