sila juga layari http://fakirabdillah.webs.com ....MELAYU DULU ...BARU 1 MALAYSIA Bagaikan Burung Yang Patah Sayap Bertongkatkan Paruh Ku Terbang Jua....
Jumaat, 21 Mei 2010
LUAHAN RASA PENCINTA BANGSA.........MENGINGAT & TERUS MENGINGATKAN ...BANGSANYA
Salam saudara pembaca Melayu Islam....yang dihormati
Tolonglah baca dengan hati yang ikhlas, renungkan dan berdoalah Kepada Allah SWT untuk Taufik & HidayahNya. Nasib bangsa Melayu dihujung tanduknya sendiri ..hanya 3 tahun maksima kita akan menentukan nasib cucu cicit kita yang telah lahir dan akan lahir...
Sambutlah seruan membetulkan apa yang salah dan apa yang silap..maaf memaaflah sesama kita..buang yang keruh ambil yang jerneh ..
BERSATULAH WAHAI MELAYU ..UMNO / PAS / PKR hanyalah pakaian..yang akan lusuh...PAKAIKAN DIRI DENGAN PAKAIAN SERUAN ALLAH.
BERSATULAH WAHAI UMAT MELAYU ISLAM...JANGAN GADAIKAN BANGSA , AGAMA DAN NEGARA KERANA KEPENTINGAN PARTI & KEPENTINGAN PERIBADI.
Kami sebagai bloggers yang masih berjiwa kental setakat hari ini ..hanya dapat menulis dan menulis...
.........................................................................................
RINTIHAN BLOGGERS MELAYU
Sedih tetapi benar.. hakikat BN tidak semudah dulu.
Kita pernah mendengar kenyataan bahawa manusia apabila sampai ke satu titik, tidak lagi akan dapat menerima sesuatu yang terlalu biasa dalam kehidupan. Contohnya makanan sama yang dimakan setiap hari, pakaian, kenderaan, cara hidup yang sama setiap hari. Begitu jugalah dengan cuaca politik di negara kita.
Dalam politik, apa yang boleh kita lakukan hanyalah melambatkan proses peralihan politik rakyat di negara kita. Segala usaha yang dicurahkan kesemuanya seolah-olah tidak mampu untuk menahan kebangkitan rakyat yang inginkan perubahan pada satu hari. Kita berdoa. Yang membantu BN kekal sehingga kini sebenarnya Allah Azzawajalla. Semua bukti dan maklumat yang ada, menunjukkan kecenderungan rakyat untuk beralih sokongan pada satu masa nanti.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib akan lakukan perubahan terhadap jentera pilihanraya yang dilihat kurang tenaga serta tidak kreatif untuk hadapi Pilihanraya Umum.
Keputusan pilihanraya kecil Sibu baru-baru ini sebenarnya adalah satu petanda tsunami politik tentang perubahan sokongan rakyat. Benar, momentum kebangkitan pembangkang akan bermula dari Sarawak melalui Sibu.
Jika dilihat ketika zaman Darurat RASCOM telah ditubuhkan bagi mengawal serangan pengganas komunis yang berpangkalan di Sibu. Kita jangan lupa bahawa Chin Peng adalah seorang Fu Chow. Selepas berakhirnya era komunisme, pakatan Malaysia Youth Liberation Front (MYLF) dan Parti Komunis Malaya (PKM)mempunyai kira-kira 95,000 ahli, malangnya kerajaan tidak memerhati pergerakan mereka mahupun mengkaji kemampuan mereka.
Melalui mereka ini, semua bentuk ideologi yang pernah diperjuangkan secara tidak sedar menular ke dalam pemikiran rakyat malah hingga ke peringkat kepimpinan. Siapa mereka, kita tidak tahu. Tetapi kita telah nampak apa yang wujud dalam agenda pihak pembangkang seolah-olah ada kesamaan dalam penentangan terhadap kerajaan yang memerintah. Bezanya pada kali ini, ia dalam bentuk reformasi politik.
Mengikut ramalan yang tidak sedap didengar, Perak bakal jatuh ke tangan PR semula pada PRU ke 13 nanti. Selangor, Kedah dan Pulau Pinang akan terus dikuasai pembangkang. Paling ditakuti, Sarawak juga tidak akan mampu menjadi penyelamat kepada BN lagi. Kesemua Bandar yang telah jatuh ke tangan DAP amat sukar untuk dirampas kembali. Begitu bijak sekali DAP yang mengatur strategi bagi melumpuhkan MCA dan SUPP. Kedua parti inilah sebenarnya benteng pertahanan BN terhadap penguasaan pihak pembangkang.
Di bandar-bandar yang majoriti penduduk cina, BN tidak berupaya untuk meletakkan calon bagi menyaingi DAP. Selagi MCA dan SUPP terus lumpuh, selagi itulah DAP akan terus bertapak dari satu tempat ke satu tempat. Dendam PAP kepada MCA hampir terbalas melalui DAP yang juga anak didik mereka. Kerana MCA lah, PAP keluar daripada Malaysia satu ketika dulu.
Rata-rata masyarakat melayu dan bumiputra leka, tidak menyedari akan hal ini. Perlu diingat, kejatuhan 4 buah negeri ke tangan pembangkang sekaligus dulu tidak pernah terfikir oleh BN. Begitu jugalah dengan kejutan yang akan dihadapi sekiranya BN tidak mengatur langkah penyelamat daripada sekarang. Kejatuhan ini kita telah jangkakan memandangkan trend dan data yang telah diperolehi.
Pilihanraya Negeri Sarawak akan muncul tidak lama lagi. Sekiranya sebahagian besar bandar-bandar yang mempunyai majoriti penduduk cina jatuh ke tangan pembangkang, maka bermulalah era dominasi DAP di negara kita. Tahniah dan syabas kepada melayu Islam PAS dan PKR yang mempercepatkan proses peralihan sokongan cina kepada PR ini. Semoga kalian juga bersama bumiputra yang lain turut sama merasa ‘keindahan’ pemerintahan DAP sehingga ke anak cucu kalian.
INGATLAH WAHAI MELAYU...INI BUKAN CERITA DONGENG..
Kaum Cina melalui DAP yg asalnya adalah PAP Singapura mahu memerintah Malaysia spt Cina memerintah Singapura sepenuhnya.
Sekarang inilah masa yg paling sesuai utk kaum Cina memulakan niat jahat mereka. Sebab DAP boleh memperkudakan PAS utk meraih undi orang Melayu. Bila kaum Cina sudah berkuasa mereka akan buang PAS daripada Kerajaan Pakatan spt yg telah berlaku di Singapura di suatu masa dahulu. Silalah rujuk sejarah Singapura utk kepastian!
Jika orang Melayu tidak sedar akan hasrat kaum Cina ini, tunggulah apa yg akan berlaku di PRU13 nanti!
DAP juga memperalatkan Anwar supaya menjadi PM boneka mereka di Puterajaya. Anwar memang akan menjual negara ini. Dia tak kisah. Asal dapat jadi PM dia dah puas.Lihatlah apa yg dibuatnya utk membela kaum Melayu di Penang. Tak ada apa kan? Lepas itu dia akan dibuang. Setelah perlembagaan negara dipinda oleh kaum Cina, orang Melayu akan mengemis di tanah air sendiri spt yg sedang berlaku di Singapura.
Orang Melayu tak usah haraplah nak jadi pembangkang! Spt di Singapura sekarang mana ada pembangkang? Jika ada akan dibawa ke mahkamah dgn tuduhan yg remeh-temeh dan dikenakan denda sehingga tak terbayar dan jadi muflis. Ini sebab mahkamah di Singapura menyebelahi Kerajaan. Kalau tidak hakim akan hilang pekerjaannya! Bila dah muflis nak berpolitik pun tak boleh.
Contoh di Selangor, kita dah nampak bagaimana ketua pembangkang Khir Toyo dah disingkirkan buat sementara dari Dewan Undangan Negeri. Bagaimanapun ADUN2 DAP yg dah jelas menyelewengkan peruntukan wang rakyat kpd kroni2nya boleh terlepas dari tindakan mahkamah kerana tak cukup bukti. Pada hal kita semua telah melihat voucher2 dan dokumen2 yg telah keluar dlm blog2.
Perhatikanlah walaupun DAP tahu Anwar memang bersalah, tetapi utk memperalatkannya, kes liwatnya akan dilengah2kan sehingga tetangguh sampai ke PRU13, dimana Anwar akan menjadi PM utk sementara waktu.
Lepas itu bolehlah Malaysia yg ada petroleum dibawa masuk ke Singapore dan menjadi boneka Amerika Syarikat. Ingat tak hari itu ada bekas PM Singapura, Lee Kuan Yew datang berjumpa dgn TG Nik Aziz? Buat apa ya?
Saya tak mahu cadangkan apa2 yg boleh dilakukan oleh kaum Melayu. Sememangnya kaum Melayu ni bodoh sombong. Pandai tak boleh diajar. Fikirkanlah sendiri. Janganlah menang sorak tetapi kampung tergadai.
Allah hu Akbar.
Undi BN = Undi Melayu, inilah slogan yg menarik oleh DAP. Maksudnya kaum Cina diseru tidak lagi mengundi BN bukan kerana masalah lain, ekonomi telah kukuh ditangan mereka, apa yg tertinggal lagi adalah kekuasaan. Mereka dalam proses mengambil alih pemerintahan.
Saya sgt yakin SEKIRANYA DS Najib mengumumkan utk meminda perlembagaan khususnya fasal 153 perlembagaan dan menghapuskan keistimewaan yg berbaki kepada orang Melayu, saya sgt yakin kaum Cina akan berbondong-bondong menyokong BN dan PAS serta PKR tidak lagi releven kepada mereka
........................................................................................
Hishamuddin Hussein dan Najib seharusnya belajar daripada Mahaguru Sammy ini bagaimana hendak menggunakan kuasa. Hishamuddin sebagai Menteri Amaran, Memberi Amaran dan Amaran Keras seharusnya menggunakan tindakan seperti Sammy Vellu untuk menghapuskan sebarang ancaman terhadap keselamatan negara tanpa perlu risau popularitinya akan terjunam.
Setidak-tidaknya itulah nilai pengorbanan seorang Naib Presiden UMNO untuk mengamankan dan memastikan keamanan di negara ini berterusan menerusi penguatkuasaan undang-undang yang tegas dan tidak bertolak ansur seperti yang diamalkan sekarang ini, bermula dari zaman pentadbiran Abdullah Badawi.
Begitu juga dengan Najib Abdul Razak yang dilihat terlalu memikirkan semua orang berfikiran sama sepertinya yang melihat suapan sebagai satu pujukan atau hadiah tanpa mengira kepentingan dan kecenderungan pihak yang disuapnya.
Malah liberal keterlaluan dan dasar keterbukaan bagi mendapatkan populariti yang diamalkan oleh pentadbirannya, kian memakan Malaysia sehinggakan semua pihak bebas memperkatakan isu-isu sensitif terutama yang membabitkan umat Islam, orang Melayu, Bahasa Melayu, raja-raja Melayu dan adat istiadat Melayu. Dan mereka yang cuba mendesak untuk menyamaratakan segala-galanya yang menjadi milik Melayu tetapi enggan berkongsi atau menyamaratakan hak mereka dengan Melayu.
Bagaimana agaknya kalau seorang tukang bancuh minuman di dalam sebuah kapal mempunyai hak yang sama dengan seorang Kapten atau Juragan kapal?
.......................................................................................
Jelas kekalahan di Sibu, kekurangan undi di Hulu Selangor dari orang Cina dan tsunami politik PRU 12, ada mesej yang cukup kuat, musuh utama BN bukan lagi PAS, tetapi MCA dan Gerakan.
Percayalah ada agenda yang tersurat. Pemimpin-pemimpin UMNO janganlah terlalu syok sendiri untuk menjaga hati pengundi Cina seolah-olah hidung tak mancung pipi tersorong-sorong.
Yang mereka minta semua dapat, yang tak minta semua bagi. Sudah-sudahlah tu. Jangan sampai hati Melayu merajuk kuat. Esok yang dikejar tak dapat, yang dikendung berciciran. Cerdik pandai pemimpin UMNO kenalah prihatin dan buka mata. Di atas sikap, perangai dan ketidaksetiaan mereka pada BN.
Yang di bawah bercakap kuat, kenapalah Cina dan India dimanja terlalu istimewa...Jadikanlah 13 Mei hari kebangkitan Melayu agar bangsa kita tak lupa sejarah perjuangan penindasan bangsa lain terhadap datuk dan moyang kita."
.......................................................................................
Gomo makin hari makin meluat dan menyampah dengan parti komponen BN MCA,GERAKAN dan lain lain parti yang tidak langsung bersama UMNO dalam mendekati Masyarakat. Tiap tiap bulan Program Juara Rakyat dan sebagainya di laksanakan oleh UMNO dan menjemput pemimpin komponen BN yang lain. Tapi kehadiran komponen yang lain amat mengecewakan sama sekali.
1 Malaysia yang di perkenalkan oleh Dato Seri Najib Perdana Menteri Malaysia telah dapat di terima oleh semua lapisan mayarakat, Namun adakah keseluruhan masyarakat tahu apa itu 1 Malaysia?
Ada orang Melayu yang bertanya apakah konsep 1 Malaysia ini memberikan hak sama rata kepada semua kaum?
Ada juga orang Cina, India yang menyatakan Konsep 1 Malaysia ini memberikan mereka Hak Sama Rata!
Kedua dua nya adalah tidak sama sekali. 1 Malaysia bukan bermakna kita perlu memberikan hak Sama Rata kepada semua kaum, Tapi ianya berlandaskan kepada perlembagaan Malaysia yang mana masih mengekalkan dasar perlembagaan yang kita persetujui semasa perjanjian Kemerdekaan dahulu.
Orang Melayu mungkin telah merasa lega bila kita nyatakan hak keistimewaan kita masih kekal dan akan di pertahankan. Tapi orang Cina dan India? Apakah mereka menerima bulat bulat konsep 1 Malaysia ini?
Orang India tidak banyak masaalah memandangkan mereka belum dapat berdaya saing dengan orang Cina. Orang India sama seperti orang Melayu yang perlukan perhatian dari Kerajaan dalam mengubah kehidupan agar lebih berdaya saing dan maju ke hadapan.
Tapi bagaimana orang Cina? Orang cina marah dan apabila di tambah dengan racun dari DAP, PKR dan PAS maka mereka memberontak seolah olah mereka selama ini di tindas. Mereka inginkan hak sama rata agar mereka lebih Kaya dan seterusnya menjadi kuasa Dominan dalam Malaysia ini.
Orang Cina sekarang ini sudah tidak memerlukan bantuan kerajaan kerana banyak persatuan persatuan Cina yang boleh membiayai mereka dalam pelbagai aspek. Pendek kata mereka sekarang sudah mampu berdikari sendiri.
1 Malaysia perlu di teruskan bagi memberikan Rakyat kefahaman akan konsep sebenarnya. Namun tidak ada guna jika MCA,GERAKAN tidak menyampaikan kepada orang Cina apa itu 1 Malaysia! Orang Cina perlukan pendekatan yang menyeluruh agar mereka sedar apa itu Tanah Melayu, Apa itu Perjanjian Kemerdekaan, Apa itu Hak sama Rata, Apa itu Keistimewaan Orang Melayu dan apa itu 1 Malaysia.
Takkan lah UMNO pula nak meredah ke kawasan Cina dan sampaikan pada orang Cina apa itu sejarah, apa itu hak sama rata,apa itu keistimewaan Melayu! Tugas ini harus di pikul oleh MCA dan GERAKAN dan bukannya UMNO.
Tapi sayang perjuangan ini hanya di gerakan oleh UMNO sahaja. MCA dan GERAKAN hanya lihat memeluk tubuh semata mata.
Jika begini caranya Gomo yakin 1 Malaysia akan terus malap tampa pengisian dalam diri kaum Cina iaitu kaum kedua terbesar di Malaysia ini.
Pemimpin UMNO yang duduk di atas tu di harapkan agar dapat menegur parti MCA dan GERAKAN ini agar menjayakan 1 Malaysia. Dan Jangan lupa Jaga betul betul Kami Orang Melayu dan tidak lupa kaum kaum yang lain.
Orang Cina sudah kaya dan pandai berdikari!!!...
Gemasindah....mengingatkan diri dan semua melayu -islam..nasi jika telah menjadi bubur dimasak semula berpuluh kali pun tidak akan menjadi nasi semula.Jangan biarkan nasi menjadi bubur................
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan