Sabtu, 8 Mei 2010

CARA MELAYU PATUT BUAT UNTUK DAPATKAN BANTUAN & PERHATIAN KERAJAAN UMNO

Semalam gemasindah bermimpi tentang cara cara yang perlu dilakukan oleh orang melayu untuk mendapatkan perhatian dan bantuan kerajaan UMNO pimpinan Tok Najib :-

BANTUAN KEPADA SEKOLAH KEBANGSAAN

Sekolah Kebangsaan pertamanya perlu tukar nama dari SK kepada SRJK contoh teladan SRJK Rasa..barulah Tok Najib akan beri bantuan ...tak usah risau dengan jumlah ...banyak hampir RM 3 juta. Kalau masih nak kekal nama SK..tunggu runtuh dulu barulah dapat bantuan..sebab orang melawan & degil patut dihukum. Bangang namanya kalau tolong orang melawan & degil.

Kedua semua SK hendaklah jadikan bahasa mandarin dan tamil sebagai bahasa pengantar tambahan . Ini selari dengan dasar 1 Malaysia Tok Najib sebab inilah satu satu cara untuk mewujudkan perpaduan tulen masyarakat malaysia pada masa akan datang.

Kalau sekolah SK tak mahu jadikan Mandarin & Tamil sebagai bahasa pengantar..ini namanya penederhakaan kepada konsep SUCI & MURNI 1 Malaysia. Kalau kena hukum tak diberi bantuan..memang patut pun..melawan tak tentu hala...guru guru besar jangan jadi besar sebab dipanggil besar..Tok Najib bukan sahaja besar tetapi PERDANA.

BANTUAN KEPADA USAHAWAN KECIL

Kalau peniaga melayu mahu dapatkan pinjaman segera dari TEKUN UMNO...yang pertama perlu dilakukan ialah ..pergi pejabat Pendaftaran ...tukar nama kepada Lim atau Tan atau Soi...contoh jika nama melayu Ahmad ..tukar kepada Ahmad Soi Lek...dalam ruang bangsa ...jangan sekali-kali tulis melayu..jamin tak lulus punya ..tulis cina ..kalau tulis hakkka atau cantonese atau hokkien ..itu kira ok jugalah...nanti Noh Omar Yoke Lin Ong akan arah pegawai TEKUN luluskan secara otomatik....

KALAU MELAYU MAHU CEPAT KAYA....

Sekarang ini kerajaan melayu UMNO ada dasar baru untuk menolong orang melayu untuk cepat jadi kaya...

Orang melayu wajib segera mohon LESEN JUDI PIALA DUNIA AWANG ADEK. Dalam borang permohonan pada ruangan agama ..jangan tulis Islam sahaja ..tulis Islam Hadhari ...atau tulis Adek kepada Awang pun kira ok...jamin lulus punya.

KALAU MAHU PROJEK KERAJAAN UMNO DIKAWASAN KITA.....

Macam di Gemas / Tampinlah sangat kurang projek kerajaan. Sebab utamanya ialah secara tradisi Tampin / Gemas / Gemenceh merupakan kubu kuat UMNO.

Dasar terbaru kerajaan melayu UMNO pimpinan Tok Najib selaras dengan konsep 1 Malaysia ialah...apa guna buang duit buat projek dikawasan kubu kuat ..sebab UMNO dah memang kuat disitu...

UMNO perlu ambil hati orang orang dikawasan DAP / PKR & PAS supaya pada PRU 13 semuanya akan menyokong UMNO Najib..kira kira boleh dapat 100% kerusilah...

Caranya untuk dapat 100% kerusi ialah..pertama serah jawatan PM kepada Anuar sebab ..itu arahan Obama kepada Najib...kedua lantik Lim Kit Siang ..jadi TPM ..sebab ..DAP..kini dah bertukar kulit...dari parti rasis & ultra kiasu kepada ..parti pertengahan Malaysia..sesuai dengan dasar Middle Malaysia...Ini amat menggembirakan Tok Najib sebab bunyinya sama dengan dasar 1 Malaysia Tok Najib ..sudah sahlah sekarang Tok Najib berjaya menjinakkan Lim Kit Siang.

Parti UMNO wajib jadi parti pembangkang sebab ..jika tak jadi parti pembangkang Tok Najib tidak dapat hulur bantuan....Ini adalah kerana dasar baru UMNO berlandaskan dasar bernilai murni 1 Malaysia ialah adil bukan setakat cakap aje..mesti tunjukkan adil saksama....

Kalau bahasa kebangsaan hanya 1 bahasa saja iaitu bahasa melayu...mana adil...malaysia ini negara milik semua kaum....mana boleh orang melayu kata Tanah Melayu ini negara mereka...orang melayu macam Tok Najiblah datang dari indonesia...macam tok nenek orang cina dan india juga...melayu pun pendatang juga...tak percaya tanya Nik Aziz & Lim Guan Eng...Karpal Singh lagi tahu sebab dia peguam....

Itu sebab dalam facebook / blog Najib bahasa kebangsaan Najib ialah Bahasa Bahasa Di Malaysia bukan Bahasa Malaysia.

Untuk adil selaras dengan konsep 1 Malaysia orang melayu khasnya ahli UMNO mesti menunjukkan teladan bernilai murni yang baik. Nilai yang paling murni yang sangat susah dilakukan ...hingga bangsa terhandal yahudi pun tak dapat buat ialah ..menolong musuh memusnahkan kita.

Kalau melayu UMNO anggap Najib sebagai Presiden..kena contohi Najib. Itu sebab penyokong kuat Tok Najib macam Noh Yoke Lin Omar dengan lajunya beri pinjaman TEKUN kepada orang cina DAP tu....Dan Adek Awang sepupu kodin Nik Aziz ...nak bagi lesen judi piala dunia tu...Adek Awang pandai ekonomi...apa yang dia buat memang bagus punya...pandai guna situasi semasa untuk lonjakkan ekonomi Malaysia. Lagipun ini sesuai dengan dasar..kita kena perkayakan orang kaya supaya orang kaya itu dapat bantu orang miskin.

Lagipun bukankah perniagaan itu satu jenis perjudian...kita kenalah belajar berjudi dulu barulah boleh pandai berniaga. Orang melayu kena belajar dari Awang Adek Sepupu Nik Ajis tu. Dia dulu kerja Negara bank..tentu pandai punya....

Jadi jika orang Tampin / Gemas / PKR mahu kerajaan melayu UMNO buat projek ..pertama perlu dilakukan ialah keluar parti UMNO dan masuk apa apa pun parti pembangkang..yang paling disukai Tok Najib ialah DAP. Sebab Tok Najib suka DAP ...ialah nak jayakan konsep 1 Malaysia yang sangat mengkagumkan itu...antara konsep dan dasar utama ..1 Malaysia ialah perkongsian kuasa antara kaum..DAP sekarang dah jadi wakil tunggal kaum cina...PAS pula dah tukar kulit dari islamik kepada sekular..pun untuk sesuaikan diri dengan dasar bertuah 1 Malaysia. PKR Nuar Beraim dah memang pun parti 1 Malaysia.

Cara kedua nak capai matlamat 1 malaysia ialah...kurangkan politiking..cara paling mudah ..serahkan saja kuasa politik pada yang kuat politiking itu...jadi UMNO pada PRU 13 nanti akan serah kuasa memerentah itu pada DAP....senang je..habis cerita.

Lagipun ini kira baik jugalah....macam main bola lah bila kita tengok striker utama itu dah macam letih nampak dan belum lagi skor gol ...kita gantilah dengan back up striker..baru ada peluang menang.

Lagipun UMNO dah 50 tahun jadi pemerentah....dah banyak tolong melayu dah..melayu nak apa lagi ?. Kalau UMNO nak maju dan terus maju UMNO kena ada pengalaman luas. Dalam memerentah UMNO dah banyak pengalaman dah...yang belum ada ..pengalaman jadi pembangkang. Jadi UMNO sekarang ini sedang berusaha kuat nak jadi pembangkang yang baiklah tu. Itu sebab lancar dasar 1 malaysia tu....nak ajar Pakatan Pembangkang macam mana nak memerentah lama macam UMNO...

Itulah mimpi gemasindah yang amat menggerunkan...bangun pagi..badan sakit sakitlah...bila baca blog tengok perangai Noh Omar Yok Ling Ong dan Adek Kepada Awang Dede badan gemasindah yang lesu jadi longlai....terfikir pulak kata 2 blogger..yang dua ekor menteri Najib tu...UMNO ke PKR atau PAS ...buat dasar dan tindakan yang menambah benci hati melayu UMNO....dah bertambah bala bala Allah pada pemimpin UMNO yang tak macam UMNO tu...kok Tun Razak boleh bangun pasti TUN mengucap panjang...agak eee

Gemasindah......apo nak dikato..nyanyi yolah.

1 ulasan:

  1. Hahahahahaha..keh keh keh keh keh keh keh keh keh keh keh keh keh keh itu nama dia,kera di hutan di suapkan makan,anak sendiri di sepak terajang..boleh tak cakap camtuh bro GI.Bukan sahaja di peringkat pusat benda ini berlaku dekat depan mata kita yakni dekat Gemas pun berlaku..aduhai lotih den..

    BalasPadam