Saranan Perdana Menteri DS Najib agar graduan graduan meninggalkan budaya menunggu disuap sewajarnya mendapat perhatian semua pihak khasnya para graduan dan mereka mereka yang akan menjadi graduan. Saranan PM juga wajib diperhalusi oleh orang melayu khasnya golongan muda dan juga pemimpin pemimpin melayu disemua peringkat dan dipelbagai bahagian.
Antara intipati saranan DS Najib itu ialah :-
Graduan perlu merebut segala peluang yang tersedia dengan berusaha mencipta peluang peluang baru untuk diri sendiri dan orang lain
Kata DS Najib : kepada para graduan saya menyeru supaya mula meninggalkan budaya menunggu atau pasif sebaliknya berpijaklah dibumi nyata dengan meninggalkan budaya cincai atau menunggu disuap dengan pelbagai insentif kerajaan
Dari 10.6 juta tenaga kerja muda hanya 26% terdiri dari kategori professional dan pengurusan
Kita memahami akan motif PM membuat saranan itu dari segi motivasi ,cabaran dan harapan menjayakan MEB tetapi kita juga khuatir jika kerajaan menghapuskan dasar dasar yang digolongkan kepada kategori menyuap,, menongkat, mengsabsidi ini.
Apakah impak dan kesannya kepada golongan graduan itu sendiri khasnya dan juga golongan usahawan baru melayu amnya.
Sejak sekian lama kerajaan memainkan lagu gertakan untuk menghapuskan dasar kategori suap, tongkat dan sabsidi ini saolah olah memberi gambaran bahawa kerajaan sudah letih membantu rakyat dalam perkara ini dan akhirnya membasmi sepenuhnya apa yang disebut diatas.
Kita pasti kerajaan mengetahui akan rintangan dan halangan / constraints yg dihadapi graduan khasnya graduan bumiputera untak berdikari menceburi bidang non government atau bekerja sendiri atau berniaga. Rintangan, halangan / constraints inilah barangkali menjadi punca utama para golongan muda kita terpaksa berharap atau bergantung harap kepada kerajaan.
Baru baru ini PM sendiri meluahkan kegelisahannya dalam usaha kerajaan membantu kontraktor kelas F yg hampir 30000 itu..cukup ke projek dan RM untuk membantu mereka..? Jikalah sekiranya kerajaan masih membuka pendaftaran kontraktor Kelas F yang dikhaskan untuk bumiputera sahaja barangkali angkanya sudah mencecah hampir setengah juta.
Juga ditimbulkan tentang Malaysia mempunyai pekerja sektor awam paling tinggi didunia..Kalau dikurangkan mana hendak diletakkan graduan graduan non professional yangg terus meningkat tahun demi tahun itu ?
Kita juga harus melihat tentang kemampuan graduan graduan menyahut saranan Perdana Menteri itu. Adakah graduan yang dalam bidang-bidang bukan professional malah yang professional sekalipun mampu menyahut cabaran itu ?
Apakah kriteria kriteria yang perlu ada pada diri graduan graduan itu untuk berjaya berdikari atau berusaha sendiri untuk berjaya tanpa mengharapkan bantuan kerajaan.
Adakah mereka dilatih atau sekurang-kurangnya disiapkan untuk menghadapi cabaran ini ketika mereka menuntut di universiti lagi ?
Jika sekiranya didapati para graduan kita tidak lulus ujian kriteria tersebut maka apakah yang perlu dilakukan supaya saranan itu tidak hanya menjadi saranan kosong tanpa hasil ?
Untuk cuba memahami situasi para graduan ini, mari kita letakkan diri kita ditempat mereka katakanlah sebagai saorang graduan anak peneroka yg lulus dlm bidangg katakan sejarah. Bila mendapat ijazah apakah agaknya yang bermain dikepala mereka ..apa harapan ..apa rancangan…apa visinya dan yg paling penting apa ada pelbagai keupayaannya dan apakah agaknya rintangan yang perlu dihadapinya untuk menjayakan visinya itu ?
Barangkali pilihan yang ada padanya adalah seperti berikut :-
Pertama memohon bekerja disektor awam dalam jawatan yang bersesuaian dengan kelulusannya termasuk menjadi guru
Kedua mencuba nasib memohon bekerja di sektor swasta pilihannya ialah bekerja dengan syarikat GLC atau syarikat swasta milik bukan bumiputera
Ketiga menceburi bidang perniagaan yakni bekerja sendiri walaupun bermula dari perniagaan menjual burger
Keempat melibatkan diri dalam bidang pertanian komersil kerana pihak kerajaan mewar-warkan bahawa pertanian itu adalah bidang perniagaan yang boleh mendatangkan pendapatan lumayan dan pihak kerajaan pula menyediakan pelbagai bantuan
Sudah tentu bekerja sementara sebagai buruh diladang Felda di-tempatnya tidak disenarai dalam senarai pilihannya.
Untuk melaksanakan saranan PM pilihan satu dan dua dibuang. Katakanlah graduan kita ini mahu memulakan bidang perniagaan. Halangan pertama yang akan dihadapinya sebagai anak peneroka yang mendapat elaun sara hidup sebanyak RM 1,500.00 sebulan ialah modal kewangan.
Agaknya berapa banyak kah wang yang dapat disimpan sebulan oleh saorang peneroka Felda yang berpendapatan RM 1,500.00 sebulan mempunyai 4 orang anak yang masih bersekolah ?
Jadi graduan kita itu tidak dapat memohon bantuan modal dari ayahnya.Maka terpaksalah dia memohon pinjaman. Kepada siapakah permohonan perlu dikemukakan ? Yang pertama muncul dibenaknya barangkali ialah MARA, kedua TEKUN dan ketiga barulah bank swasta. Maka perlulah dia menyediakan kertaskerja projek …barangkali tiada masalah kerana dia saorang graduan.
Masalah yang timbul apabila ke MARA ialah gearing ratio ..sekurang-kurangnya graduan itu mesti ada modal sendiri sebanyak 30%..masalah kedua masa menunggu untuk mendapat kelulusan dan yang ketiganya mendapatkan penjamin dan cagaran . Akhirnya graduan kita ini menjadi orang yang kecewa.
Jika memohon kepada TEKUN …kenyataan awal yang diterimanya ialah kenalah bersabar kerana senarai permohonan pinjaman TEKUN yang belum diluluskan melebihi 16,000. Sekali lagi graduan itu akan kecewa.
Barangkali untuk sementara waktu dia terpaksa melupakan rancangan perniagaan nya itu. Kenapa tidak ceburkan diri dalam dunia pertanian komersil ?
Katakanlah menternak kambing boer yang diwar-warkan oleh kerajaan. Maka dia pun menyediakan kertaskerja untuk dibentangkan kepada Pegawai Jabatan Haiwan memohon Projek Ternakan cara pawah. Graduan kita itu akan kecewa kerana Pegawai Jabatan haiwan itu akan bertanya dimana nak bela kambing ? Reban sudahkah disiapkan ?
Sekali lagi raduan kita itu akan kecewa . Maka dia pun kembali membaca akhbar atau log in internet untuk mencari jawatan kosong.
Berdasarkan fakta diatas, maka adalkah jelas dasar suap menyuap, tongkat menongkat dan sabsidi perlu lagi diteruskan oleh kerajaan jika mahu mendapatkan sokongan berterusan anak anak muda kita.
Gemasindah ..hanya mengemukakan pandangan orang dari kampong
Tiada ulasan:
Catat Ulasan