Isnin, 17 Mei 2010

BUKAN SENANG BERNIAGA……

Semalam gemasindah bertemu dengan saorang yang gi kagumi yang telah berjaya menjadi saorang usahawan .Semasa bersekolah di STAR dahulu kami sama-sama mengayuh basikal dari kampong kami ke Gemas dalam keadaan yang sukar sejauh 5 batu setiap hari.

Beliau merupakan anak Gemas yang pertama menjejakkan kaki ke UTM Shah Alam seterusnya melanjutkan pelajaran dalam bidang akauntansi di London. Sekembalinya dari London beliau bertugas dengan Lembaga Letrik Negara tetapi memilih untuk berhenti ketika LLN dikoporatkan untuk menjadi TNB sekarang ini. Jawatan terakhirnya di LLN ialah sebagai Ketua Akauntan .

Beliau melibatkan diri dalam dunia perniagaan. Pilihan pertama ialah sebagai “trader”. Memandangkan dunia trading amat kompetitif beliau akhirnya bertekad untuk menjadi pembuat atau manufacturer. Pada hari ini beliau telah berjaya membuka sabuah kilang di Klang yang menjadi satu satunya kilang yang mengeluarkan Dental Chair di Malaysia. Selama kini produk tersebut diimpot sepenuhnya dari pembuat diluar negara.

Antara ungkapan yang keluar dari mulut beliau dalam perbualan dengan gi semalam ialah :

Bukan senang nak berniaga apatah lagi untuk menjadi pengeluar. Ianya memerlukan tumpuan , fokus dan pengorbanan bertahap 100%. Beliau menceritakan pernah beberapa kali menunggu di pintu masuk Sri Perdana untuk menemui Perdana Menteri ketika itu dan akhirnya dapat juga bertemu dan mendapat sokongan kerajaan.

Menurut beliau antara kepayahan utama yang perlu dihadapi dan diatasi oleh usahawan bumiputera tulin, ialah untuk mendapatkan pembiayaan dari Bank milik kerajaan hingga beliau berkata kalau nak berniaga tak payahlah berharap untuk mendapatkan pinjaman dari bank kerajaan dan bank tempatan…membuang masa dan tenaga sahaja.

Perniagannya kini mendapat kepercayaan dan pembiayaan bank luarnegara di Malaysia ini.

Kenyataan usahawan yang dirujuk diatas barangkali merupakan kebenaran yang pahit sebab sejak sekian lama kita telah membaca cerita yang sama di akhbar dan di media elektronik.

Disana sini rakyat dari golongan perniagaan bersungut tentang kepayahan dan kesukaran yang dicipta oleh pihak bank bagi memberi pinjaman kepada bumiputera.

Cerita populer terkini ialah peranan konsultan tertentu yang diwujudkan oleh pihak tertentu didalam bank untuk membantu meluluskan pinjaman. Upah konsultansi dan kepakaran mereka sudah tentu tinggi dan perlu ditanggung oleh peminjam. Ini adalah kerja korupsi bertaraf professional

Terbaru pada hari ini ialah lapuran kepayahan berurus dengan SME Bank , sebuah bank kerajaan yang ditubuh untuk membantu usahawan kecil dan sederhana hingga sabuah pertubuhan bernama IKHLAS menggesa kerajaan agar campur tangan .

Ikuti intipati lapuran Utusan Malaysia mengenai perkara ini :-

1. IKHLAS minta kerajaan campurtangan untuk atasi birokrasi yang dihadapi oleh usahawan kecil dan sederhana ketika memohon pinjaman dengan Bank SME

2 Nampak saperti senang hendak memohon dari SME Bank tetapi terdapat bermacam macam syarat yang tidak relevan dan akhirnya menyusahkan pemohon PKS sekaligus mereka gagal mendapatkan pinjaman

3 Masalah ini merupakan perkara serius yang wajar diberi perhatian dan ia kebanyakannya melibatkan permohonan bumiputera

4 Setiap dilema dan kepayahan yang dihadapi golongan PKS terhadap SME Bank akan memberi kesan kepada kerajaan . Disebabkan kerenah pegawai SME Bank kerajaan akhirnya akan dipersalahkan.

Awang Selamat merujuk perkara kepayahan meminjam dari bank bank kerajaan ini sebagai BANK DAN PUTARAN GANAS

Pandangan Presiden IKHLAS Mohd Ridzuan Abdullah berkaitan hal ini perlulah diambil berat oleh kerajaan agar niat murni penubuhan Bank SME mencapai matlamatnya.

Adalah benar rakyat akhirnya akan menyalahkan kerajaan akibat tindakan pegawai pegawai Bank SME yang barangkali terkena penyakit sindrom kurang percaya kepada peniaga melayu yang kurang amanah dalam bab membayar hutang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan