Rabu, 19 Mei 2010

KENAPA KEM PERTANIAN TERAGAK - AGAK NAK TOLONG PETANI.....

Salam saudara pembaca sekalian semuga sentiasa dalam Rahmat Allah

Hari ini Utusan Malaysia melapurkan bahawa Sabsidi Pertanian Akan Distruktur Semula untuk mempastikan perlaksanaannya mencapai golongan sasaran.

Yang menarik perhatian gemasindah ialah kenyataan Datuk Mohd Johari Baharum, Timbalan Menteri Pertanian yang MENGAKUI akan pemberhentian sabsidi INPUT pertanian kepada petani petani. Katanya sabsidi pembelian input adalah berbentuk SEMENTARA dan dikaitkan dengan kenaikan harga minyak.

Ulasan Satu


Kenapakah berlaku pemberian sabsidi yang SALAH SASAR ...bukankah dah ada perancangan dan cara kawalan yang teliti. Salah sasar ke atau tidak ada kawalan ?

Keduanya jika distruktur semula pun jika pegawai tidak diselia dan amalan rasuah masih berlaku ..50 kali struktur pun hasilnya tetap sama.

Contoh di Gemas ada sawah terbiar 200 ekar yang dulunya diusahakan oleh sekumpulan pemuda melayu dari Kedah atas biaya mereka 100%. Hingga jumpa TS Muhyidin Yasin Menteri Pertanian ketika itu...satu sen sabsidi pembelian padi pun tak dapat. Akhirnya gulung tikar.

Hari ini sawah yang sama dimajukan prasarananya , seperti meratakan semula , buat parit, sediakan pam air, bajak oleh Jabatan Pertanian atas pembiayaan kerajaan 100%..dan kemudian diserahkan kepada pemaju Cina dari Kedah juga...setiap kali menuai ..kerajaan bayar sabsidi. Maka hingga tidak cukup sianglah Si Ah Seng menanam padi..baru tuai...tanam lagi..tuai ..tanam lagi ..sebab nak dapat sabsidi . Sabsidi padi 38 sen sekilogram...harga jualan padi cuma 25 sen..cubalah kira pendapatan si Ah Seng setiap kali menuai.

Kita tidak kisahlah Ah Seng dapat faedah sebab dia pun anak Malaysia. Yang kita persoalkan kenapa ada beza layanan terhadap petani melayu..adakah kerana soal orang melayu TAK PANDAI KAUTIM atau apa ?. Gemasindah hanya bertanya.

Ulasan Dua

Sawah Kampong Londah, Gemas adalah satu-satunya sawah yang dimajukan oleh orang kampong. di Negeri Sembilan. Hasil padi jauh lebih baik daripada hasil padi Si Ah Seng yang diceritakan diatas. Tetapi kenapakah dihadkan pembayaran sabsidi pada penghasilan 2.5 tan sahaja ? Bagaimanakah cara kita hendak galakkan petani menghasilkan produktiviti tinggi kalau kita tidak motivasi mereka dengan pembayaran sabsidi tanpa kekangan ? Rugi ke kerajaan kalau bayar sabsidi kepada orang kampong yang rata rata susah itu ? Semuanya melayu penyokong UMNO dulu kini dan selamanya secara totok...tak banyhak klerenah macam cina Sibu dan Hulu Selangor tu !!!!

Ulasan Tiga

YB Timbalan kata dulu beri sabsidi kerana harga minyak naik. Nak tanya menteri tu kini minyak dah turun ke ? Juga nak tanya kenapa tak kata dulu beri sabsidi kerana semua input pertanian seperti baja , racun rumpai, racun serangga, racun kulat dsb naik berganda - ganda..siapa yang untung petani melayu ke atau peniaga cina..ada ke kerajaan buat kajian dan selidek patut ke baja kompaun impot yang dulu dijual pada harag RM 60,00 sebag kini dijual RM 145.00 sebag ?

Ulasan Empat

Nak tanya juga menteri...apa dah jadi dengan dasar Pertanian Satu Perniagaan yang dipopulerkan oleh TS Timbalan Perdana Menteri ketika menjawat Menteri Pertanian dulu ?
Tahukah menteri hampir semuanya dah tinggal nyawa nyawa ikan kerana input pertanian membunuh peluang untuk untung sikit ? Apa dah jadi dengan kambing kambing boer ? Apa dah jadi dengan lintah lintah ? Apa dah jadi dengan vermikompos dan cili fertigasi ?

Sebahagian besar kegagalan kerana input yang tinggi
. Kerajaan Thai berjaya kerana kos input lebih rendah dari kita. Cuba tengok TV macam mana Pertanian Thailand boleh maju ?

Ulasan Lima

Beranikah graduan menjadi petani moden ? Kalau nak nompah maut cubalah.

Rayuan.

Kebanyakan petani adalah orang kampong. DiJohor, Selangor dan Perak utamanya petani menyekolahkan anak hasil jualan buah sawit kebun kecil mereka. Cuba kira ..pokok sawit perlu dibaja 3 bulan sekali 2-3 kilo sepokok ( ikut umur ) satu ekar 60 pokok . Kos baja 12/12/17-2 ialah RM 145.00 untuk 50 kg jatuh RM 420.00 saekar. Hasil sawit 0.8 tan saekar hasil saekar = RM 400.00 / ekar ..kos potong buah, kos meracun kebun, kos lori ..berapa baki yang petani tu dapat. Senang kira bulan pertama untuk beli baja, bulan kedua untuk lain lain kos. Hanya hasil bulan ketiga ..untuk pekebun. Untuk selesaikan masalah ..tak payah baja & biar semak.

Minta tolong sangatlah kepada Kementerian ...tolonglah petani keluar dari kepompongan susah hidup akibat kos input yang tinggi. Tolonglah wahai DS Noh Omar..DS bukankah anak petani ? tentu faham hal keadaan kan ?.

Gemasindah......memang terasa keperitan sebab gemasindah ialah petani kerdil di sini.

1 ulasan:

  1. salam 1 malaysia...saya setuju sangat dengan apa yang saudara suarakan. Tapi....sampai manakah suara saudara didengari. Takkan kemana perginya. Umpama mencurah air di daun keladi.
    Menteri2 yang dok ada la ni semuanya menjaga kepentingan diri, nak lagi kedudukan yang lebih tinggi, nak lagi wang yang lebih banyak sehingga melimpah ruah. Kesusahan petani nak diambil peduli...jangan haraplah. Selagi mereka berkuasa dan diberikan kuasa lihatlah apa yang berlaku, Tanah2 pertanian dan tanah orang kampung diambil dengan harga yang murah dan dimajukan, apabila dimajukan siapa pula pemiliknya? kaum lain juga. Inilah pemimpin yang mengkhianati amanah.Lihatlah LPN(lembaga padi Negara)sekarang BERNAS, apa dah jadi? siapa yang buat? pemimpin2 yang khianat inilah. dapat habuan sikit, habis didagangkan.Semasa krisis beras dulu kononnya minyak naik, selepas itu apabila minyak turun, harga beras tetap macam tu juga. oleh itu cakap banyak pun tak guna. Tukar kerajaan... berilah peluang. kita tak cuba kita tak tahu kemampuan kerajaan yang baru.

    BalasPadam