Khamis, 29 April 2010

PERKASA bagi yang berminat....sahaja

Jika ada yang berminat hendak jadi ahli Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia, disertakan maklumat cara cara hendak menjadi ahli. Perkasa Bahagian Tampin telahpun ditubuhkan, cawangan Gemas akan ditubuhkan tidak berapa lama lagi, InsyaAllah. Kepada ahli UMNO, Perkasa bukan musuh tetapi penyokong .....

KEAHLIAN PERKASA

1) Setiap Borang Pendaftaran perlu disertakan bersama dengan Yuran Keahlian dan Pendaftaran sebanyak RM10.00 untuk seumur hidup ( sekali bayaran sahaja).
2) Pembayaran boleh dibuat melalui :
a) wang pos atau cek dibuat atas nama Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia atau
b) kreditkan ke dalam akaun pertubuhan iaitu
Bank RHB ( Cawangan KLCC ) Akaun No: 2141 3800 1207 53.
3) Setelah membuat pembayaran secara online atau ‘cash deposit’, sila maklumkan pembayaran melalui talipon 03-26944102/5102, pejabat Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia, 10-6-6 level 10,Grand Season Avenue,72 Jalan Pahang, 53000 Kuala Lumpur.
4) Pastikan anda menyatakan butir-butir anda seperti nama, no K/P dan nombor telefon apabila membuat pangilan.
Kami sentiasa mengalu-ngalukan penglibatan kaum bumiputera dalam pergerakan kami.
Terima kasih
Setiausaha Agung

Gemsindah...seperti yang dikatakan sebelum ini ..akan menjadikan Perkasa untuk merealisasikan perjuangan Melayu disamping UMNO tercinta.

Rabu, 28 April 2010

TAJUK TAJUK YANG BUAT HATI SAKIT

TAJUK TAJUK BERITA ..MENYAKITKAN HATI

Zaini Hasan

Orang cina malaysia apa lagi yang anda mahu…???

Jawapan ..nak perintah malaysia ..dan bolot semua harta kekayaan…nak halau melayu balik kampong ..tahun 1969 gagal…kali ini mungkin berjaya..kerana melayu dah liberal….dan sama sama berhajat nak balik kampong..sebab suasana dibandar haru biru….kan ? kan ? kan ?

Khoo Kay Kim

Politik negara ini masih lagi perkauman….UMNO tak boleh pengaruhi orang cina

Komen….orang melayu pun UMNO dah tak dapat pengaruhi….dasar UMNO memang diakui perkauman…nak tolong melayu…itu yang buat pemimpin umno malu malu..tersipu tersipu tu….dasar perkauman cina berjaya …dasar perkauman melayu..berjaya juga..berjaya ujud …political businessman all level kat bawah kontraktor kelas F …tak bodek wakil rakyat & ahli parlimen…nak nompak jalan maut…kat peringkat tinggi …macam budak mudo2 yang pakai brabus tulah….kan dah ramai…..pada orang kampong dasar umno berjaya juga…kan ? kan ? kan ? …berjaya menjadikan mereka totok…kan berjaya tu !!!!

Ridhuan Tee

Calon calon MCA & Gerakan hanya boleh menang dikawasan melayu..dikawasan majoriti cina ….pasti kalah.

Komen…..UMNO kena letak calon UMNO bertanding disetiap kawasan majoriti melayu lah…nak bagi kat MCA & Gerakan buat apa !! Kalau ikut cara ini UMNO masih dapat 2/3 majoriti…ikut cara nak ambil hati kongsi kuasa cara lama tu..macam PRU 12 lah sikit lagi nak jadi pembangkang….Cara ini akan buat MCA & Gerakan kerja kuat…kalau tak nak kerja..kita kan dah bagi dia kerusi…kok kalah hal dialah…kenapa pulak UMNO nak moraung…sampai melalak lalak ??

Soi Lek
MCA tuduh Perkasa ..sebab orang cina tak undi BN..

Komen…..poorah Soi Lek…

Rais Yatim

Dasar pembangkang bagi tanah 999 tahun kepada orang cina , punca orang cina sokong pembangkang.
Komen….memang betul tindakan DAP tu..bila dapat kuasa ..sekejap pun guna sepenuhnya tolong bangsa sendiri…UMNO saja yang penakut nak tolong bangsa sendiri konon nak jaga hati cina….memang pemimpin UMNO jaga hati cina…pun guna tanah macam DAP juga…contoh chua dapat 1500 ekar tanah sawit dekat kem gemas…bukit Bahau habis botak gondol ..Mohd Hasan bagi kat cina juga…dengar cina melaka ….tak tahulah …yang pasti bagi kat cina

Cina tetap sokong DAP juga ..wp hampir semua harta negara ditangan mereka…
Bila bagi kat orang melayu bagi 30 tahun pajakan ..bila bagi kat cina bagi 99 tahun…contoh Sembilan Tani & Kebun Rusa Gan Kok Seng …bila cina mohon tukar syarat…woi bukan main laju..bila melayu mohon..kat JKTD dah tolak dah….

Jadi siapa yang pandai dan siapa yang bangang !!!! Siapa yang berani dan siapa yang penikuih…siapa yang islamik …orang melayu islam ke atau cina islam ke atau cina kiasu…..poodah pemimpin melayu umno bacul…bahasa melayu molaun..bahasa arab islamik….munafik.

Ahmad Masrizal Mohammad

Pemberian insentif peruntukan kepada sekolah cina ..tidak buat orang cina teruja sebab mereka ada duit sendiri…soal pembangunan tidak menjadi soal besar pada orang cina

Komen….orang cina dah berjaya kontrol ekonomi….yang belum dapat kontrol politik….nak kontrol politik kena dapat sokongan melayu…ini mereka pun dah dapat….sebab ramai melayu dah terima dasar dasar DAP…tunggu masa sajalah…3 tahun lagi…rasanya kita akan tahulah nasib melayu malaysia …taklah teruk sangat ..macam melayu singapuralah tak teruk kan ? kan ? kan ?

Zulkiflee Bakar

Orang cina akan minta segala-galanya daripada BN tetapi undi tetap diserahkan kepada pembangkang DAP

Komen…..cina kiasu..melayu kiasi…pemimpin melayu umno…kiasau

Zulkiflee Bakar

Tumpuan ( utk PRU 13 ) harus diberikan kepada pengundi pengundi melayu & india yang lebih rasional dan tidak rasis mcm orang cina

Komen…..nak ko pemimpin umno dengar cakap kau zul….mereka tu dah lama pekak ….dan nak berlakun watak baik bangang sepanjang masa…kena jaga cina sebab cina kan banyak duit…jaga hati melayu wat apa …pokai pokai pokai

Gemasindah……aduhai melayu , aduhai melayuu ..melayu..melayu ..
LAYU dan layu…terus layu ..dulu kini dan selamanya…nasib kaulah jang.

MELAYU BOLOT SEMUA atau MELAYU BELOT SEMUA ?????

MELAYU BOLOT SEMUA ??????????
BELOT SEMUA ???? ( salah eja ke !!!! )
Dalam Kes Bandar Gemas

Pemilikan Rumahkedai

Bandar Gemas melayu Satu lain cina
Desa Permai melayu Satu lain cina
Taman Sentosa melayu Dua lain cina & 1 india
Gemas Jaya melayu tiada semua milik cina

Pemilikan Perniagaan

Kedai alattulis melayu tiada
Kedai alatganti melayu tiada
Kedai perabut melayu tiada
Kedai hardware melayu tiada
Kedai runcit melayu dua
Kedai alat letrik melayu tiada
Jual Motosikal melayu tiada
Kedai Pakaian melayu tiga
Kedai Buah melayu tiada


Aah lotihlah …memang takda melayu ..jadi nak buat kajian apa….tak payah kaji kaji ..memang roto molayu kek banda yg nilai tinggi takdo…DAP bangsat dan PAS serta PKR bahalol ….jadi barua ..barua ..barua DAP Lim Kit Siang keturunan bintang 13 tu..…memang bangang.

Melayu dalam PAS & DAP dan lagi melayu yang lagi molaun …iaitu ramai pomimpin umno sekarang ini termasuk wakil wakil rakyat kito kek tampin ni bilo cino merentah sok barulah agak nak soda ….nak buek apo….nasi dah jadi bubur..orang macam kiai saleh mano ado laii…mampuih lah kito maso tu…sobab bilo ado kuasa …bangang ko ..dongki..ko ..penakut ko…tak tahulah tak borani nak tolong bangso ee cakap yo..hari hari buek pomongak …gulo gulo gulo…..pokaro kocik pun wakil rakyat kito tak dapek nak nyolosaikan….somo ee sobab tak prihatin…..tak ambek borek masaalah rakyat…yang dio roti datang jomputan buek pomongak ..cakap cakap cakap…dah tu bagi sedikit peruntukan ..dio fikir dah buek kojo dah tu…

Jadi melayu kono bolot ko atau yang mombolot….bangang bona ko tak roti roti…

Bayangkan sotongah abad UMNO morentah…duit cawangan ado RM 4.00 …masih nompang balairayo nak mesyuarat…kalau dah kalah sok …bawah jambatan kotapilah mesyuarat …molaun PAS/ PKR / DAP nak bagi dio orang nompang balairayo ko…tengok di Penang tu….tak yo nak bolaja …borontilah jadi pemimpin….kok tak roti guno koso…


Dalam kawasan Majlis Daerah Tampin kwsn gomeh somo tanah milik bukan melayu …somo milik kekal …condition nil….tak cukup bagi laii tanah dokek kem askar ribu ribu ekar kek chua dan gary gan…org melayu mintak tanah …hampeh tak dilayan…montori bosa baru ni anak hasan tu lagi parah ..cakap doga doga tolong melayu…pengarah pertanian dio sokongkol dongan cino majukan tanah molayu ..guno duit rakyat pun dio buek tak roti yo….dah tu nak bagi pulak tanah kwsn melayu pada PKNS ikut dasar 7/2/1…tak roti dek nak ambek tanah cino buek projek rumah biar melayu dapek 70% tu doh….

Jadi melayu kono bolot ko atau yang mombolot….bangang bona ko tak roti roti…

Tengok kek ulu ladang tu dah pencen pun yasin baka & jamlus dah dokek 2 tahun enab jadi wakil rakyat.. takut yo lai nak bori kek molayu tu…pandir wakil rakyat kito ni…bacul dan kok jantan bolehlah koba an tak botolur…

Apo takut bona nak tolong bansa sondiri sodang cakap tak tobawak kek badan ..bodoga doga nak tolong bangso….perbuatan & sikap …kasarlah bahaso yang nak guno kek dio orang ni….

Jadi melayu kono bolot ko atau yang mombolot….bangang bona ko tak roti roti…

Fed up fed up fed up …..haprak ..haprak ..haprak
Ya Allah Ya Tuhanku selamatkanlah bangsaku..bukalah hati pemimpin melayu supaya jujur dan amanah membela bangsa dan agamanya..baik dalam umno mahupun pas mahupun pkr…kok dah molampau bona tu kau cabutlah nyawanya agar tidak lagi menjadi molaun bangsa.

MELAYU BOLOT SEMUA ???

KEPUTUSAN PRK HULU SELANGOR .....sikap etnik cina

Gemasindah melihat dengan bimbang perangai rasis kaum cina yang sangat jelas dalam PRK Hulu Selangor....berikut gemasindah petik pandangan saorang blogger...sdra baca & fikirkanlah...

Keputusan PRK Hulu Selangor …..menjelaskan dengan tepat bahawa
1 Etnik China menolak konsep perkongsian kuasa melayu / cina / india
2 Kesungguhan etnik China mencari dan menyuarakan pelbagai isu seolah-olah kerajaan BN tidak adil kepada mereka sudah memuncak.
3 Kaum cina menolak secara total parti komponen MCA dan Gerakan
4 Orang cina kini berpaksi kukuh dengan parti DAP. Dengan kata lain DAP berjaya menggantikan MCA dan Gerakan sebagai mewakili etnik China.
5 Etnik China tidak memerlukan kerajaan untuk membangunkan mereka. Mereka mereka tidak mahu bergantung kepada kerajaan untuk maju.
6 Etnik cina sudah sangat percaya bahawa kuasa politik Malaysia perlu diubah dan mereka akan lebih maju lagi sekiranya dapat keluar dari bawah kerajaan BN sekarang.
7 Etnik China percaya bahawa mereka perlu memegang kuasa politik di negara ini. Keadaan sekarang sangat baik untuk mereka kerana :-
a. Kegigihan PAS dan PKR menyerang UMNO sudah sampai ke tahap merealisasikan cita-cita orang cina untuk memerintah Malaysia.
b. Melayu PAS sudah mula menyerang Institusi Raja Melayu dan begitu liberal dalam persoalan agama Islam.
c. Apabila PKR pimpinan melayu, mengkucarkacirkan sistem kehakiman dan terus membantu melemahkan sistem politik berparlimen, orang-orang China sudah mendapat signal yang baik bahawa telah berlaku kemusnahan yang amat dahsyat kepada bangsa Melayu.
Dengan kata lain kesatuan bangsa Melayu sudah musnah. Kemusnahan ini akan meruntuhkan kuasa politik. Tanpa kuasa politik perlembagaan negara dapat diubah mengikut tafsiran baru Pas, PKR dan DAP. Apapun tafsirannya orang-orang China tetap menggenggam kuasa politik. Zaid kalah tetapi DAP menang besar.
Kerajaan mendengar rintihan kaum China. Peruntukan yang mereka minta dan suarakan ditunaikan segera yang boleh. Isu yang mereka bangkitkan diberi jaminan untuk diselesaikan. Tetapi mereka tetap kekal bersama DAP walaupun parti itu tidak mengeluarkan satu senpun peruntukan untuk mereka. DAP cuma menggunakan air liur sahaja menghasut dan terus menghasut dengan memberi harapan bahawa kuasa politik pasti dapat dirampas dari kerajaan sekarang
Orang-orang China telah nampak dan semakin yakin bahawa kuasa Melayu/Bumiputera-BN ini sudah semakin rapuh dan menghampiri ke penghujungnya. Ideologi DAP telah meresap ke dalam jantung pengikut-pengikut Pas dan PKR.
DAP tidak perlu lagi menubuhkan bahagian atau cawangan di kampung-kampung tetapi bendera mereka dibawa dan dikibarkan oleh tangan-tangan Melayu-Islam sendiri. DAP tidak perlu menghabiskan masa mentadbir parti dan mengeluarkan peruntukan mengurus bahagian atau cawangan, tetapi ideologi parti DAP berkembang mekar di seluruh tanahair.
Kalau kita perhatikan, setiap ceramah PAS akan membawa ideologi DAP ini samada mereka sedari atau tidak. Antaranya:
1. Perjuangan Pas tidak berasaskan bangsa
2. Keadilan adalah hak samarata
3. Menyuburkan kebencian dengan menimbulkan pertentangan kelas sosial
4. Sengaja menimbulkan ketidakpuasan hati dengan membesarkan isu-isu yang kecil
Dengan daya usaha PAS dan PKR, Orang Melayu
telah menabalkan Lim Kit Siang sebagai Hero dan
pemimpin yang akan memperjuangkan nasib
masa depan generasi kedua Felda.
-Felda Sg. Tengi 24 Apr. 2010 – Perhimpunan Kebangsaan Warga Felda
Majlis DAP Menerima Memorandum Bantahan
Matlamat politik sempit DAP, Pas dan PKR hanya akan memusnahkan masa depan kita.
Melayu PAS dan PKR berpolitiklah secara matang dan berpandangan jauh. Nasib anak cucu kita adalah bergantung kepada keputusan yang kita buat sekarang.
Tulisan Lintau Perak @

Selasa, 27 April 2010

TAMPIN / GEMAS COROT........................

INSTITUSI KERAJAAN PERLU DIPERBANYAKAN
UNTUK BOOST EKONOMI DAERAH TAMPIN / GEMAS


1 Daerah Tampin tercorot dalam hal pembangunan atau langsung tiada pembangunan.

2 Selain institusi yang sedia ada sejak tahun 1970an langsung tiada institusi kerajaan yang baru diwujudkan di Tampin.

3. Tampin tiada kawasan perindustrian , jadi sangat sikit kilang akibatnya hampir tiada peluang pekerjaan baru

4. Institusi terbaru Cuma Maktab Rendah sains MARA di Sg Dua.

5. Tampin telah melahirkan dua menteri penuh , tetapi kedua-duanya gagal membawa pembangunan di Tampin.

7. Tiada apa yang boleh dibanggakan Menteri JKR dari Tampin…selain menteri itu bangga dengan dirinya sendiri.

8. Walaupun kem tentera terbesar negara terletak di Gemas ..tiada apa apa rancangan pembangunan untuk kepentingan rakyat dilaksanakan berkaitan dengan kewujudan kem itu.

9. Wakil wakil rakyat Tampin baik ADUN mahupun Ahli Parlimen tenggelam dengan keseronokan memilikki kuasa dan setakat hari ini belum lagi berusaha gigih dalam membawa pembangunan ke Tampin.

11. Dati Shaziman dalam kedudukan amat baik dan berpengaruh untuk membawa pelbagai institusi ke Daerah Tampin jika ada kemahuan dan keprihatinan….setakat hari ini dia gagal menunaikan peranan sebagai Ahli Parlimen

12. Masaalah utama rakyat Tampin ialah kurangnya peluang pekerjaan. Bagaimanakah pelabur boleh bina kilang sedangkan tidak satu kawasan pun diwartakan sebagai kawasan industri di Tampin.


Gemasindah…….agak fed up ada wakil rakyat spt ini …kita kena pulak pressure dia orang untuk tunaikan tanggungjawab.

Isnin, 26 April 2010

BELAJAR AGAMA ....Bhgn 3/3 ( tamat )

KITA PERLU BELAJAR ILMU AGAMA SELAGI KITA HIDUP…….
BETULKAH KITA MEMAHAMI AGAMA YANG KITA ANUTI ?????
BAHAGIAN 3/3.

Keduanya ( berkaitan sebab lalai ) penulis ingin merujuk dan mengemukakan beberapa Ayat Ayat Al-Quran. Yang pertama ialah ayat ayat yang merujuk kepada definasi Iman seperti yang dijelaskan oleh Allah sendiri ( didalam Al-Quran ) yang bermaksud :-

a. Orang orang yang beriman itu ialah orang orang yang mendirikan solat, menunaikan zakat dan percaya kepada Hari Akhirat.

Maksudnya orang orang yang tidak bersolat enggan menunaikan zakat dan tidak percaya kepada Hari Akhirat ialah orang orang yang tidak beriman.

b. Orang orang yang beriman itu ialah orang orang yang tidak takut berkurangan pahala dan tidak pula takut bertambah dosa.

Maksudnya ialah orang orang yang bermal ibadah seperti bersolat kerana takut berdosa atau inginkan pahala maka orang orang itu tidak beriman. Intipatinya ialah orang yang inginkan pahala dan takut berdosa itu tidak ikhlas. Orang yang tidak ikhlas menurut Allah ialah orang yang tidak beriman.

c. Orang orang yang beriman itu ialah orang orang yang apabila disebut sahaja Nama Allah maka GEMENTAR-lah JIWAnya. ( Yang gementar itu ialah JIWA bukan badan, dan Gementar itu bukan bermaksud takut . Takut ialah GENTAR )

Maksudnya ialah orang orang yang apabila disebut sahaja Nama Allah walaupun sampai beribu kali, tidak merasa apa apa pun, apatah lagi Gementar belum lagi beriman atau tidak beriman ( menurut Allah bukan menurut kata kata ulama ‘ )







Penulis juga ingin merujuk kepada beberapa lagi Ayat Ayat Al-Quran yang bermaksud :-

a. Bukanlah kehendak kamu, kesemuanya adalah Kehendak Allah jua ( belaka. )

Maksudnya ialah manusia itu walaupun kelihatan banyak kehendak atau kemahuan sebenarnya - tidak langsung mempunyai kehendak kerana ( melalui Ayat diatas ) Allah menegaskan bahawa kehendak kehendak kita itu pada hakikatnya bukanlah kehendak kehendak kita. Kesemuanya adalah Kehendak Allah yang disampaikan melalui kita sebagai manusia. Kehendak atau Iradat didalam bahasa Arab itu adalah Sifat IRADAT Allah pada hakikatnya. Berkaitan sembahyang kita telahpun menafikan kehendak kita dan mengakui akan Kehendak Allah bila menjawab lafaz Bilal ketika bilal menyuarakan azan itu. ( Hauqalah )

b. Allah menjadikan kamu dan segala perbuatan kamu.

Maksud ayat ini sangat jelas dan itulah maksudnya. Cuma kerana ianya amat jelas barangkali sebab itulah ramai diantara kita ambil mudah sahaja dan terus berkeyakinan bahawa perbuatan perbuatan manusia itu tiada kaitan langsung dengan Allah, kerana pada mereka Allah itu Tuhan dan mereka sebagai manusia adalah hamba.

Perbuatan disebut juga sebagai Af’al atau Fi’il. Untuk melakukan sesuatu kita mestilah ada Daya atau Kuasa. Sifat Allah yang bererti Berkuasa ialah Sifat QUDRAT-NYA. Berkaitan sembahyang kita telah-pun mengakui bahawa tidak ada daya kita melainkan DAYA dan QUDRAT Allah jua ketika menjawab Lafaz bilal juga . ( Hauqalah )

c. Setiap sesuatu adalah KOSONG melainkan ZATNYA ( Zat Allah )

Maksudnya ialah setiap benda termasuk kita adalah KOSONG pada hakikatnya. Semua benda dijadikan oleh Allah. Maksud kosong ialah TIADA. Maksudnya ialah kita ini pada hakikatnya tidak mempunyai
wujud. Wujud maksudnya ADA. Yang ada pada setiap sesuatu itu pada hakikatnya atau sebenarnya ialah Zat Allah. Maka zat kita sebagai manusia yang kelihatan ADA itu ialah Zat Allah. Yang menanggung atau yang mengandung Zat Allah itu ialah Badan atau jasad kita. ( Inilah yang dirujuk oleh Allah sebagai AMANAH atau RAHSIA ALLAH yang kita kandung.) Maka menjadilah Badan atau Jasad kita itu sebagai Sifat Allah.

Untuk apa dan untuk siapa ? Jawabnya ialah untuk Allah jua yaitu untuk menunjukkan akan KeagunganNya ( Sifat Jalal ), KeindahanNya ( Sifat Jamal ) dan KesempurnaanNya ( Sifat Kamal )

Penulis ingin mengajak pembaca menghuraikan kesemua ayat ayat diatas untuk mencari sebab sebab kenapa berlaku Lintasan Fikiran ketika membaca Fatihah ( didalam sembahyang ) hingga menjadikan sembahyang sesaorang itu LALAI dan dikutuk / disumpah oleh Allah.

Jika orang yang menyumpah kita, kita bolih kata “ tak mengapa “ . Jika yang menyumpah itu Allah – maka ianya AMAT BERAT SEKALI. Jadi – janganlah kita sekali-kali lalai dalam sembahyang kita. Yang ganjilnya ialah Allah tidak pula menyumpah CELAKA bagi orang yang tidak sembahyang. Orang yang kena sumpah itu orang yang sembahyang TETAPI LALAI. Fahamkanlah.

Allah menegaskan TIADA KEHENDAK KITA – SEMUANYA KEHENDAK atau IRADAT ALLAH. Jadi ingatlah Yang Hendak sembahyang itu bukanlah kita tetapi Allah. Kalau kita kata dan yakin kitalah yang hendak sembahyang maka kita derhaka terhadap Firman Allah ditas. Orang derhaka memang patut kena SUMPAH lebih lebih lagi kita telahpun mengaku bahawa kita tiada kehendak sebelum kita mendirikan sembahyang itu yaitu ketika mengatakan La Haulawala ………….. ( Hauqalah )

Allah juga menegaskan bahawa kita ini sebagai manusia tidak ada daya upaya sehingga segala gerak dan diam kita setiap detik dan ketika adalah Perbuatan atau Af’al Allah kesemuanya. ( rujuklah Firman Allah diatas : Aku jadikan kamu dan segala perbuatan kamu. )

Yang demikian kenapakah anda mengaku anda yang sembahyang menyembah Tuhan anda yaitu Allah. Sekali lagi anda derhaka terhadap Firman Allah. Ingatlah : Orang derhaka memang patut kena SUMPAH lebih lebih lagi kita telahpun mengaku bahawa kita tiada kehendak sebelum kita mendirikan sembahyang itu yaitu ketika mengatakan La Haulawala…….

Melalui Ayat No : 3 yang dirujuk diatas, Allah menegaskan atau memberitahu kita bahawa semuanya adalah kosong melainkan ZatNYa yaitu ZAT ALLAH. Jika kita ini kosong yang bermaksud TIADA atau TIDAK WUJUD maka bolihkah kita menjadi HAMBA untuk MENYEMBAH KHALIK atau TUHANNYA ?. Sekali lagi kita melakukan KEDURHAKAAN TERHADAP ALLAH. Ingatlah : Orang derhaka memang patut kena SUMPAH lebih lebih lagi kita telahpun mengaku bahawa kita tiada kehendak sebelum kita mendirikan sembahyang itu yaitu ketika mengatakan La Haulawala ………….. ( Hauqalah )

Saudaraku …………………

Barangkali inilah sebab sebab kita LALAI. Lintasan Fikiran itu sebagai petanda Allah membatalkan solat kita. Tetapi kita teruskan juga sembahyang kerana kalau tidak sembahyang BERDOSA dan akan MASUK NERAKA. Ingatlah jika anda sembahyang kerana hendakkan pahala dan anda takut tidak sembahyang kerana anda takut berdosa anda tidak beribadah kepada Allah dengan ikhlas. Menurut Allah …… anda tidak beriman …. Sembahyang orang yang tidak beriman tidak diterima oleh Allah…… ya barangkali.

RUMUSAN

Berdasarkan penerangan penulis maka barangkali sebab lalai itu bolihlah dirumuskan seperti berikut :-

a. Disebabkan wudhu kita tidak sempurna.

b. Disebabkan Niat anda sembahyang takut berdosa dan inginkan pahala.

c. Disebabkan anda mengertikan sembahyang itu ialah hamba MENYEMBAH Tuhannya yaitu Allah sedangkan menurut Allah anda itu kosong. Maka tiadalah Yang Menyembah dan Yang Disembah.

d. Disebabkan oleh kejahilan anda tentang Hakikat Diri anda. Ini adalah kerana anda tidak mahu mengikut Perintah Allah yaitu : Awal Awal Agama ialah Mengenal Allah. Anda juga enggan mendengar apa lagi mengkaji dan mempelajari Perintah Allah yaitu : Siapa yang mengenal DIRINYA sungguh telah Mengenal Tuhannya. Sesiapa Yang Mengenal Tuhannya BINASA-lah DIRINYA.

Namun begitu, rumusan ini hanyalah merupakan PERCUBAAN penulis untuk mencari jawapan kepada persoalan LALAI itu. Andalah yang memberi penilaian atau markahnya. Kalau anda fikir apa yang penulis tulis ini BETUL, maka ikutlah jika anda berpendapat penulis hanya MENGARUT maka KARUT-lah kesemuanya ini.

APAKAH YANG BOLIH DILAKUKAN – SUPAYA SOLAT TIDAK LALAI
FAHAMILAH ERTI SOLAT

Ya, saudaraku apakah yang perlu kita lakukan supaya sembahyang kita khusu’ dan kita tidak lagi dikatakan LALAI ?

Sebelum itu eloklah kita perhatikan kata kata Ulama’ berkaitan SOLAT atau SOLAH atau apa yang kita sebut sebagai SEMBAHYANG. Pertamanya kita rujuk pendapat Sultan Kepada Para Wali : Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani melalui Kitab beliau : SIRRUL ASRAR :-

Menurut Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani ada DUA JENIS SOLAT yang disebutnya sebagai :-

a. SOLAT SYARIAT : Solat lima waktu sehari semalam.
b. SOLAT WUSTHA : Solat Hati Selama-lamanya

Solat Wustha juga dirujuknya sebagai SOLAT TARIQAT. Disalin semula petikan dari Kitab Sirrul Asrar untuk pemahaman saudara pembaca :-

Firman Allah : Al-Baqarah : Ayat 238

Hendaklah kamu menjaga solat solatmu dan solat wustha ( yang ditengah )

Solat Syariat ialah solat seluruh bdan yang zahir dengan gerakan tubuh, seperti badan berdiri, lidah membaca, ruku’ sujud, duduk, mengeluarkan suara dan bacaan bacaan. Solat Syariat mempunyai waktu tertentu didalam satu hari satu malam lima kali beserta sunatnya. Solat Syariat dilakukan dimesjid dengan berjamaah sama sama menghadap Ka’bah dan mengikuti Imam, tanpa riak, ujub dan sum’ah.

Adapun Solat Tarikat adalah solat hati selama-lamanya dan dirujuk oleh Allah sebagai SOLAT WUSTHA yang bermaksud SOLAT HATI, kerana hati manusia itu berada ditengah badan, antara kanan dan kiri antara atas dan bawah dan diantara bahagia dan celaka.

Solat Tariqat dilakukan selamanya tanpa batas waktu selama kita hidup didunia dan juga diakhirat. Mesjidnya bukan bangunan tetapi HATI. Berjemaahnya ialah terpadunya kesucian batin dengan selalu memperdengarkan TAUHID dengan lisan batin. Imamnya ialah Rasa Rindu didalam hati untuk sampai kepada Allah. Kiblatnya ialah Hadrat dan Keindahan Allah. Itulah Kiblat Hakiki. Hati dan Ruh selamanya tidak terlepas dari solat ini.

Solat Hati dilakukan dengan hidupnya hati TANPA SUARA, berdiri dan duduk : ia selalu berhadapn dengan Allah dengan ucapan : KepadaMu kami beribadah dan kepadaMu kami memohon pertolongan.

Solat yang pokok ialah Solat Hati. Bila solat hati dilupakan maka rosaklah solatnya, dan bila rosak solatnya rosak pula solat seluruh badannya.

Sabda Nabi saw:-

Tidaklah sah solat sesaorang kecuali disertai dengan hadirnya hati.

Sesungguhnya orang yang solat itu sedang bermunajat ( berdialog ) dengan Tuhannya. Alat munajat ialah hati. Bila hati lupa maka batallah solatnya dan solat badannya, kerana hati itu pokok utama dan anggota badan yang lain mengikutinya.

Bila dua solat : solat syariat dan solat hati telah berpadu lahir dan batin maka sempurnalah solat itu dan pahalanya pun sangat besar.

Syeikh Muhammad Ibrahim Gazur – i – Ilahi didalam kitabnya Ana Al-Haq menjelaskan bahawa :-

Solat atau Solah itu diambil dari perkataan WASLAT yang ertinya ialah Lekat atau Menghampiri. Beliau juga mengatakan ada dua jenis solat yang perlu dilakukan oleh sesaorang muslim itu yaitu :-

a. Solat Lima Waktu
b. Solat Yang Berkekalan

Firman Allah : Al-Mikraj : 23

Al-lazi nahum ala solatihim daa-I muun
Mereka yang solatnya berkekalan.

Firman Allah : Al-Baqarah : 115

Fa-ai-na-maa tuwallu fa-sam-ma – wajhullah
Kemana sahaja kamu menghadap muka kamu disitu ada wajah Allah

Diperturunkan petikan petikan dari Kitab Ana Al-Haq untuk renungan saudara pembaca :-

a. Sembahyang lima waktu menghadap Ka’abah. Sembahyang yang berkekalan menghadap kepada Wajah Allah.

b. Sembahyang orang yang cinta ( kepada Allah ) ialah memfana’kan diri ( menganggap diri itu kosong – tiada wujud ) sembahyang orang awam ialah rukuk dan sujud.

c. Sembahyang ini ialah MIKRAJ bagi orang mukmin. Setelah mengosongkan dirinya daripada dirinya, beliau sampai kepada yang dicintai ( Allah ) Ini dikatakan sebagai Maqaman Mahmudan oleh Allah yang bermaksud Makam Terpuji. Pada peringkat ini dia memperkatakan ucapan sembahyangnya kepada dirinya.

d. Sembahyang mempunyi dua aspek – badan dan ruh. Zahirnya berkaitan dengan peraturan peraturan dan hukum hukum dan batinnya berkaitan dengan ruh. Jika yang berkenaan dengan badan itu sahaja yang dipentingkan tetapi yang berkenaan dengan ruh – yang memandang Allah dan memfana’kan diri – tidak dicapai maka jadilah sembahyang itu badan yang tidak bernyawa. Jika ruh sahaja dipentingkan dan badannya tidak dipedulikan maka jadilah sembahyang itu umpama nyawa tanpa badan.

e. Sujud menhdap Kiblat adalah syirik jika tidak disertakan sujud kepada Allah dalam kesedaran jiwa. Oleh itu simukmin hendaklah menukarkan hadapnya dari kiblat kepada Haq dan ini dilakukan semasa berniat didalam sembahyang.

f. Menghadap kepada Allah itu ialah sembahyang yang berkekalan. Sembahyang yeng berkekalan ini tidak bolih ditangguh-tangguh. Sembahyang lima waktu bolih ditangguh.

g. Lalai semasa sembahyang bermaksud LALAI KEPADA WUJUD MUTLAK yaitu Allah.

Wudhu’ itu ialah penceraian dan solat itu ialah penyantuman. Yang telah bersatu hendaklah diceraikan dahulu semasa berwudhu dan disatukan semula semasa solat. Anda tidak akan bolih melakukan solat yang kekal ini jika anda belum bolih menceraikan diri anda.

Saudara pembaca,

Petikan petikan diatas mungkin sukar untuk difahami jika anda tidak belajar Ilmu Tasauf. Namun jika dibaca berulang-ulang Allah akan memberi anda kefahamannya. Percayalah. Janganlah bimbang cuba lakukan solat anda seperti cara cara yang dijelaskan dibawah :-







SEDIKIT BERKAITAN INTIPATI PUASA / SAUM
Dipetik dari kitab SIRRUR ASRAR

Al-Quran merujuk Puasa sebagai SAUM. Mengikut As-Syeikh Abd Qadir Jailani didalam kitabnya Sirrur Asrar, ada tiga jenis Puasa yaitu :-

1. PUASA SYARIAT – yaitu menahan diri dari makan, minum dan bersetubuh pada siang hari sepanjang Bulan Ramadhan.

2. PUASA TARIQAT – yaitu menahan seluruh anggota badan dari segala perbuatan terlarang dan menjauhi sifat sifat tercela seperti ujub, riyak dan sum’ah. Puasa ini dilakukan sepanjang hayat.

3. PUASA HAKIKAT – yaitu menjaga hati dari selain Allah dan menjaga rasa agar tidak mencintai selain Allah. Puasa ini juga dilakukan sepanjang hayat.

Hadith Nabi saw : berkaitan hasil puasa :-

Ramai orang berpuasa tetapi hanya mendapat lapar dan dahaga. Ramai juga yang berpuasa tetapi berbuka dan ramai juga yang berbuka tetapi berpuasa. Maksudnya perut mereka tidak berpuasa tetapi anggota lain dan hati mereka berpuasa yakni mereka sentiasa mengingati dan mencintai Allah. Begitulah tingginya tahap Puasa Tariqat dan Puasa Hakikat hingga dibolihkan makan dan minum disiang hari pada Bulan Ramadhan.

Sabtu, 24 April 2010

MUAMMAR GADDAFFI.....................

Malam ini bertempat di Universiti Putra Malaysia, Kedutaan Libya mengadakan perjumpaan rakyat malaysia yang bernama Muammar Gaddaffi........

Gemasindah insyaAllah akan pergi keperjumpaan itu sebab ada anak yang dinamakan sempena nama pemimpin Libya itu. gemasindah memang suka pada Muammar Gaddaffi. Antara sebabnya ialah :-

Muammar Gaddaffilah satu satunya kolonel yang boleh memerintah jeneral dalam dunia ini, kedua hanya Muammar Gadaffi sahaja dari kalangan pemerintah Arab yang lantang dan berani mempertahankan arab dan islam dari serangan israel & barat, ketiga dasar pemerintahannya yang memberi pelbagai kemudahan kepada rakyat, keempat sifat gadaffi yang suka bertafakur di padang pasir, kelima sifat gaddafi yang tak suka menonjolkan hidup mewah dan terlalu materialistik juga dia tidak riak dan ujub.

Ada kawan gemasindah saorang ahli perniagaan melayu yang berpeluang menemui gadaffi. Menurut kawan ini dia jumpa gadaffi dikhemahnya di padang pasir. Dia panggil gadaffi sebagai your highness....dengan senyum gadaffi beritahu kawan gemasindah itu ..tak payahlah panggil your higness ..panggil saja brother sebab gadaffi kata semua orang Islam bersaudara....Semasa makan ..gadaffi bangun ambil daging kambing panggang dan berikan pada kawan gemasindah itu.....

Begitulah cerita peribadi gadaffi yang gemasindah dengar.....

Gemasindah ...memang tabik spring pada gadaffi dan harap ramai pemimpin malaysia yang akan berperangai murni sebegitu.

ENTRI TABUNG HAJI....pembetulan

Gemasindah mohon maaf kepada TH Gemas kerana memberi gambaran bahawa semacam tiada langsung sumbangan TH kepada masyarakat gemas.Ini tidak benar.

Sehubungan dengan itu gemasindah ingin mengucapkan syukur & terimaksih orang Gemas atas sumbangan TH mendermakan KERETA JENAZAH. Sesungguhnya kereta jenazah tersebut telah banyak membantu orang Islam Gemas....dan akan terus membantu..

Gemasindah...mohon maaf kerana terlupa.

KEJAYAAN RESTORAN NASI AYAM GEMAS...

GEMASNEWS 24/4/10
Sumber Felda Glokal

Kita sebagai orang Gemas juga tumpang berbangga atas kejayaan Sdra MOHD SAMAN CHUMAT dari Felda Sg Kelamah yang walaupun hanya lulus tingkatan 4, telah berjaya membuka 6 restoran nasi ayam.Restoran yang dinamakan RESTORAN NASI AYAM GEMAS turut mempromosikan nama GEMAS keseluruh negara. Syukur & syabas kepada Mohd Saman.

Kata kata semangat dari Mohd Saman :-

Kita kena cuba bertahan dengan apa jua dugaan yang datang. Yang penting kena ada semangat berani untuk berubah. Wp saya cuma bersekolah sehingga tingkatan 4, itu bukan halangan bagi saya untuk tidak berjaya dalam hidup

Anak anak peneroka dan generasi baru ( felda ) perlu melilikki semangat juang yang tinggi untuk berjaya

Gemasindah...YA BETUL kata kata Sdra Mohd Saman itu...moga lebih ramai anak Gemas akan menempa kejayaan InsyaAllah.

Khamis, 22 April 2010

BELAJAR ILMU AGAMA ...Bahagian 2 / 3

KITA PERLU BELAJAR ILMU AGAMA SELAGI KITA HIDUP…….
BETULKAH KITA MEMAHAMI AGAMA YANG KITA ANUTI ?????
BAHAGIAN 2/3.

KHUSU’ DAN LALAI
DALAM SOLAT / SEMBAHYANG.

PRAKATA.

Allah mewajibkan kita sembahyang atau solah lima waktu sehari semalam. Yang menentukan waktu itu ialah Allah, dan Bilal telah diarahkan untuk melaungkan Azan bagi menandakan masuknya waktu itu, dengan seruan Hai Ya Alas-solah yang bermaksud Marilah Sembahyang, Marilah Sembahyang.

Allah juga mengajar kita menjawab seruan itu dengan ucapan yang disebut sebagai HAUQALAH yaitu LA HAULAWALA QUWWATA-ILLAH-BILLAH yang bermaksud TIADA DAYA UPAYA dan KEHENDAK ( kita sebagai manusia ) MELAINKAN DENGAN DAYA UPAYA dan KEHENDAK ALLAH. ( untuk mendirikan sembahyang itu )

DAYA UPAYA bagi Allah ialah SIFAT QUDRATNYA manakala KEHENDAK pula ialah SIFAT IRADATNYA. Bila anda menjawab seruan Bilal itu anda sebenarnya MENGAKUI dan BERIMAN bahawa anda sebenarnya tiada langsung mempunyai Daya Upaya dan Kehendak. Daya Upaya dan Kehendak ini adalah SIFAT Allah bukannya Sifat anda.

Pengakuan ini hendaklah anda teruskan dan akui ketika anda berwudhu’ hinggalah keakhir sembahyang yaitu ketika memberi salam. Yang terbaik ialah itulah Amalan dan Tauhid anda sepanjang hidup anda yaitu mengakui Yang Berkuasa dan Berkehendak itu ialah Allah semata-mata. Anda TIADA Kehendak dan Daya Upaya.

Jika ini ( pengakuan tadi ) anda tidak lakukan ketika anda berwudhu dan ketika anda sembahyang, maka anda pasti akan mengalami gangguan berupa lintasan fikiran didalam sembahyang anda. Untuk menjiwai perkara ini maka anda perlulah memahami akan perkara Daya Upaya dan Kehendak ini Maka cubalah fahamkan dengan membaca huraian huraian berkaitannya didalam Risalah Kecil ini.

KENYATAAN ALLAH BERKAITAN SOLAT

Allah Berfirman didalam Al-Quran Yang Bermaksud :-

a. CELAKALAH bagi orang orang yang LALAI didalam solatnya dan NERAKA WAIL-lah tempatnya.

b. Sesungguhnya SOLAT itu AMAT BERAT SEKALI bagi orang yang mengerti.

Maka adalah amat perlu kita memahami akan pengertian dua perkataan yaitu LALAI dan KHUSU’ ( lawan lalai ) dan maksud Allah dalam kalimah AMAT BERAT sekali dan maksud orang yang mengerti itu.

MAKSUD LALAI.

Dari segi bahasa LALAI maksudnya CUAI. Cuai pula menghasilkan KESALAHAN . Biasanya KECUAIAN berlaku akibat perkara seperti disebutkan dibawah :-

a. Melakukan sesuatu perkara tanpa ILMU atau tanpa ada kefahamam yang sebenarnya berkaitan dengan apa yang dilakukan itu,

b. Melakukan sesuatu perkara tanpa memberi tumpuan atau perhatian yang sepenuhnya, atau melakukan sesuatu dengan sambil lewa sahaja,

c. Menyatakan atau mengungkapkan percakapan percakapan atau sebutan sebutan tanpa faham akan apa yang diucapkan atau yang disebutkan itu, atau memahami akan ma’ana apa yang dicakapkan dan apa yang disebutkan itu . Maksudnya, orang yang bercakap atau yang menyebut tidak faham atau tahu akan apa yang dicakapkannya.

Dari segi akal pula LALAI atau CUAI berkemungkinan besar berlaku akibat orang yang melakukan sesuatu itu TIDAK IKHLAS dalam melakukan sesuatu itu.



Dalam hal ini maksud perkataan IKHLAS itu hendaklah benar benar difahami. Ikhlas bermaksud melakukan sesuatu tanpa ada niat sedikitpun untuk mendapatkan BALASAN dalam apa bentuk sekalipun dan dari sesiapapun termasuk juga dari Allah.

MAKSUD KHUSU’

Khusu’ adalah lawan kepada perkataan Lalai. Maksudnya dari segi bahasa ialah BERTUMPU DENGAN SEPENUH TUMPUAN kepada apa juga yang dilakukan dengan niat untuk mendapatkan hasil ( dari apa yang dilakukan itu ) sebaik mungkin atau yang paling sempurna yang memuaskan hati pelakunya. Atau melakukan sesuatu dengan bermutu tinggi ( kualiti )

Khusu’ yang berkaitan dengan solat atau sembahyang ialah semasa sembahyang tumpuan dapat diberikan secara 100% kepada Allah tanpa ada lintasan lintasan fikiran. Atau orang yang sembahyang itu tidak memikirkan hal lain selain dari memikirkan akan Tuhan yang sedang disembahnya. Jadi yang dikatakan Khusu’ itu ialah menjiwai sepenuhnya akan sembahyang itu.

Orang yang KHUSU’ dalam sembahyangnya mendapat NIKMAT dari sembahyangnya itu. Apakah yang dikatakan NIKMAT SEMBAHYANG itu ?

GANGGUAN DALAM SEMBAHYANG.

Soal-selidek yang dijalankan secara rambang oleh penulis menunjukkan bahawa LALAI dalam sembahyang adalah berkaitan ada GANGGUAN dalam BENTUK LINTASAN FIKIRAN .

Maksud Lintasan Fikiran ialah semasa melakukan sembahyang itu secara tiba tiba sahaja teringat akan perkara perkara lain yang tiada kaitan dengan Allah.

Kebanyakan responden memberitahu bahawa perkara lintasan fikiran ini berlaku semasa ianya MEMBACA FATIHAH. Kadang kadang pada setiap kali pembacaan Fatihah ( pada setiap raka’at ) Ada juga berlaku lintasan semasa ianya membaca TAHYAT. ( tetapi kurang )

Yang jelas lintasan ini berlaku bukan dengan kehendak yang disengajakan oleh orang yang sembahyang itu. Maksudnya ianya berlaku diluar kawalan orang yang sembahyang itu. Orang yang sembahyang itu tidak dapat berbuat apa apa untuk menghalang kedatangan Lintasan itu.

KENAPA BERLAKU LINTASAN FIKIRAN.

Ada dua soalan yang bermain dikepala kita :-

Pertama kenapakah berlaku Lintasan Fikiran semasa kita sedang membaca Fatihah ?

Kedua adakah dengan berlakunya Lintasan Fikiran ini bermakna kita Lalai dalam sembahyang kita, sedangkan Lintasan Fikiran itu bukan atas kehendak kita atau kita sengajakan ? Ianya datang tanpa diundang dan kita tidak merelakan kedatangannya ?

Jika kedatangan Lintasan Fikiran itu menunjukkan LALAI maka berdasarkan Ayat Al-Quran yang disebut diatas maka kita telah mendapat sumpahan Allah yaitu Celaka dan sudah pastilah kita tidak mahu ditempatkan di Neraka Wail.

Berkaitan dengan Kedatangan Lintasan Fikiran ini hanya Allah sahaja yang mengetahui sebab sebenarnya.

Sebagai hambanya kita hanya cuba mencari jawapan dengan ILMU yaitu cuba mencari jawapan jawapan berdalilkan Ayat Ayat Al-Quran dan Hadith Hadith Nabi saw. Jadi terpulanglah kepada pembaca sama-ada yakin atau tidak kepada hujah hujah penulis ( berkaitan cara untuk Khusu’ dalam Solat ) yang akan dinyatakan didalam Risalah ini.

MAKSUD SOLAT ITU AMAT BERAT SEKALI
( bagi orang yang mengerti )

Yang dikatakan BERAT SEKALI itu ialah berkaitan SOLAT bukan berkaitan SEMBAHYANG. Yang mengatakan demikian ialah ALLAH sendiri.
Jadi Solat itu tidak sama maksudnya dengan Sembahyang. Untuk mengetahui perbezaannya kenalah kita mendalami Ilmu Agama.

Risalah ini tidak dapat menjelaskannya kerana penjelasannya adalah panjang dan lebar.

Apakah maksud BERAT SEKALI itu ? . Kalau terlalu berat sudah pastilah manusia yang lemah ini tidak akan dapat memikulnya !!! Adakah cara untuk meringankannya ?

Ada banyak Hadith yang menganjurkan agar kita sembahyang sepertimana Nabi saw sembahyang. Malangnya kita tidak akan dapat melihat dengan mata kepala tentang bagaimana caranya Nabi saw sembahyang. Yang didengar ialah penceritaan ulama’ ulama ‘. Ulama’ ialah Pewaris Nabi.

Banyak Hadith menerangkan bahawa ramai para sahabat melihat jasad Nabi BERGEGAR dan BERGOYANG GOYANG ketika baginda bersembahyang. Bergegar dan bergoyang goyang ini disebut sebagai GEMENTAR.

Yang perlu kita tanyakan ialah kenapa jadi begitu halnya ? Adakah Bergegar atau Bergementar itu akibat Khusu’ atau akibat Berat Sekali sembahyang Nabi saw itu ? Siapakah yang boleh memberi jawapan kepada soalan kita ini ? Kita amat memerlukan jawapan kerana kita hendak KHUSU’ dalam sembahyang kita dan kita AMAT TAKUT disumpah oleh Allah dan dihumbankan ke Neraka Wail. Tidak ada siapa yang dengan sengaja ingin hidup di Neraka. Na-u- zubillah- min-zalik !

JAWAPAN

BARANGKALI jawapan jawapan kepada soalan soalan yang dikemukakan diatas ialah seperti berikut. Ya barangkali sahaja bukan jawapan yang sebenar-benarnya yang muktamad. Penulis hanya CUBA menjawab. Jawapan sebenarnya Hanya Allah Yang Tahu kerana Allah itu Maha Mengetahui. Terpulanglah kepada pembaca untuk membuat tafsiran dan keputusan masing masing berkaitan jawapan jawapan ini.

Untuk menjawab soalan ini kita WAJIB merujuk kepada Dalil Dalil NAQLI yaitu Ayat Ayat Al-Quran dan Hadith Hadith Nabi saw. Inilah yang akan dikemukakan oleh penulis.


Pertamanya penulis merujuk kepada Hadith Nabi saw yang bermaksud :

Sembahyang yang sempurna ialah dengan WUDHU yang sempurna.

Untuk faham maksud Wudhu Sempurna maka kita perlulah tahu dan faham akan tujuan berwudhu itu. Kenapa kena berwudhu sebelum kita sembahyang ? Adakah untuk membersihkan diri kita ? Kalau tujuannya adalah untuk membersihkan diri, kenapakah kita tidak diperintahkan untuk membersihkan seluruh anggota badan yaitu dengan MANDI ? Kenapa hanya MENGENAKAN air kepada anggota anggota tertentu sahaja ?

Kalau begitu tujuan berwudhu bukanlah untuk membersihkan badan. Mesti ada tujuan yang lain. Ulama mengatakan bahawa Wudhu itu Pemisahan dan Solat itu Penyatuan. Apakah yang dipisahkan dan apa pula yang hendak disatukan ? Tiada jawapan didalam Risalah ini.

Pada penulis Wudhu itu ialah sebahagian Rukun Sembahyang. Rukun sembahyang ada 13, jika dimasukkan Wudhu maka ia jadi 14 dan yang pertama ialah Wudhu Yang Sempurna itu dan selepas itu barulah rukun 13 yang lain lain itu. Ini adalah kerana tidak sah sembahyang tanpa wudhu. Kerja sia-sia namanya. Maka tertakluklah wudhu itu kepada Hukum Sembahyang yaitu Feqli. Qauli dan Qalbi.

Pada penulis adalah benar Wudhu itu adalah upacara Pembersihan, malah ianya upacara Penyucian Batin yang disebut sebagai NAFI & ISBAT. Didalam wudhu kita wajib melakukan upacara NAFI dan ISBAT. Nafi maksudnya MENIDAKKAN. Apa yang di-TIDAK-KAN ? ISBAT maksudnya MENG-IYA-KAN. Apa pula yang di-IYAKAN ? Yang di-TIDAKKAN ialah BADAN dan yang di-IYAKAN ialah NYAWA.

Maksud sebenarnya ialah MENGAKUI bahawa yang MELAKUKAN perbuatan berwudhu ( dan sembahyang yang akan didirikan itu ) itu termasuk menyuarakan Lafaznya bukanlah BADAN atau anggota Badan seperti mulut, tangan, kaki dan sebagainya TETAPI YANG BERBUAT DENGAN SEBENAR-BENARNYA atau pada HAKIKATNYA ialah NYAWA.

Ini adalah kerana BADAN ( yang kita anggap Hidup itu ) itu adalah MATI dan YANG HIDUP lagi MENGHIDUPKAN itu ialah NYAWA. Nyawalah yang menghidupkan Badan. Yang demikian PELAKU SEBENAR ialah NYAWA bukan BADAN. Orang mati tidak lagi ada NYAWA.

Maksud ( Nafi & Isbat ) yang LEBIH BENAR ialah MENGAKUI bahawa NYAWA itu BERSIFAT KETUHANAN kerana NYAWA itu MEMILIKKI SIFAT SIFAT TUHAN. ( Belajarlah tentang Sifat 20 Allah yang dimilikki oleh Nyawa anda ) Maka Tuhan Allah-lah yang menjadi PELAKU SEBENAR bukannya kita sebagai manusia. Oleh kerana itulah kita menjawab Lafaz Bilal : Hai Ya Alas- Solah dengan HAUQALAH yang bermaksud : Tiada Daya Upaya kita untuk Solat melainkan dengan KUDRAT dan IRADAT ALLAH.

Jika tiada Daya Upaya kita melainkan Kudrat dan Iradat Allah !!! , jadi siapakah yang berwudhu dan yang akan Solat itu ? Jawapannya ialah yang memilikki atau yang Bersifat dengan Kudrat dan Iradat Allah itu yaitu NYAWA bukannya kita manusia tetapi kita juga !!! ( Fahamkanlah )

Yang demikian penulis menyarankan kepada pembaca supaya BERWUDHU’ dengan penuh tertib dan berbudi bahasa agar mendapat Wudhu’ Yang Sempurna itu agar Solat juga Sempurna tanpa Lintasan Fikiran tanpa Gangguan.

Jika ada juga lintasan dan gangguan, maka ianya bukan lagi bolih disabitkan kepada kita. Bila bukan kita yang disabitkan maka bukanlah kita yang mendapat Sumpahan CELAKA dari Allah. Maka bukanlah kita yang dihumbankan ke Neraka Wail. Setidak-tidaknya inilah yang menjadi Keyakinan atau Iman kita yaitu keyakinan 100%.

CARA BERWUDHU YANG DISARANKAN

1 Kita pandai berwudhu kerana diajar oleh Nabi kita. Maka sewajarnyalah anda mulakan wudhu anda dengan berselawat kepada Nabi anda,

2. Allah memberi kelebihan kepada Nabi Allah Hidir berkaitan AIR. Anda berwudhu dengan menggunakan air, maka berilah salam kepada Sultanul Anbia’ itu . Katakan : Assalamu-alaika Ya Nabi Allah Hidir Bulya Mulkan.

3. Air yang anda gunakan untuk berwudhu itu HIDUP dan MENGHIDUPKAN ( Air Al-Hayat ) air yang SUCI lagi MENYUCIKAN ( Air Al-Kautsar ), maka berilah salam kepada air itu dan mintalah izin untuk menggunakannya untuk berwudhu.
( Janganlah kurang ajar kepada air. Kena sumpahan air bala jadinya kerana anda itu 85% air. )

4. Selepas itu bacalah Lafaz Wudhu anda untuk menzahirkan Niat yang ghaib itu.

5. Tatkala membasuh muka kali pertama : lafazkanlah dengan keyakinan pada hati : Ya Allah aku ini mati dan dihidupkan. Aku hidup dengan HAYAT mu. Zat Hayatmu-lah yang menghidupkan aku. ( Muka ialah lambang hidup )

6. Tatkala membasuh muka kali kedua lafazkanlah dengan keyakinan pada hati : Ya Allah aku tidak bolih MELIHAT. Aku melihat dengan BASAR mu.

7. Tatkala membasuh muka buat kali ketiga : lafazkanlah dengan keyakinan pada hati : Ya Allah aku tidak bolih BERKATA-KATA. Aku berkata-kata dengan KALAM mu.

8. Tatkala membasuh tangan : lafazkanlah dengan keyakinan pada hati : Ya Allah aku tidak ada KUASA dan tidak bolih bergerak . Aku berkuasa dan bergerak dengan KUDRAT mu.

9. Tatkala membasuh kepala : lafazkanlah dengan keyakinan pada hati : Ya Allah aku adalah bodoh dan dungu. Aku berilmu dan tahu dengan ILMU mu.

10. Tatkala membasuh telinga : lafazkanlah dengan keyakinan pada hati : Ya Allah aku tidak bolih MENDENGAR dan aku sebenarnya pekak. Aku mendengar dengan SAMA’ – Mu.

11. Tatkala membasuh kedua kakimu : lafazkanlah dengan keyakinan pada hati : Ya Allah aku tidak ada KEHENDAK semuanya adalah IRADAT-Mu yang menentukan jalannya kehidupanku yaitu Qada’ dan Qadarku yang telah Engkau tentukan dan aku redha Ya Allah.

Setelah selesai berwudhu : Maka ucapkanlah Dua Kalimah Syahadah : tasdiqkan dihatimu :

Ya Allah tiada yang wujud dan yang nyata didalam diriku melainkan Engkau Ya Allah : ZatMu yang meliputi diriku menjadi Zatku, Jasadku ialah SifatMu. Aku adalah Penampakan ZahirMu ( Tajalli ) untuk menunjukkan Keagungan ( Jalal ) Keindahan ( Jamal ) dan KesempurnaanMu ( Kamal ) Ya Allah, Ya Diri Hakikiku.

Kemudian anda melangkahlah ke Sejadah anda untuk memulakan Solat anda.

Bersambung……………………………

Rabu, 21 April 2010

INSTITUSIKAN JAWATAN IMAM

INSTITUSIKAN JAWATAN IMAM

KEADAAN SEKARANG

1. Peranan imam dikampong sangat luas – imam sembahyang – majlis tahlil
nikah / kahwin - cerai, kematian, membaca doa dimajlis – majlis, tukang sembelih – guru mengaji Al-Quran dan lain lain, berqeqah – korban dan sebagainya.

2. Imam lebih sibuk dari Ketua Kampong

3. Imam merupakan individu yang sangat dihormati

4. Elaun imam tidak setimpal dengan peranan dan tanggungjawabnya

5. Imam juga terpaksa bekerja untuk cari rezeki – menoreh , kesawah dsb

6. Tidak semua imam mengajar kanak kanak mengaji Al-Quran.

7. Sekarang ini sukar mencari guru Al-Quran.

8. Majoriti imam ialah orang melayu islam.

9. Peranan kerajaan untuk syiar Islam

CADANGAN

1. Institusikan jawatan imam
2. Jawatan imam dijadikan kerja sepenuh masa dengan gaji bulanan
3. Imam dikehendakki mengajar dikelas mengaji Al-Quran.
4. Imam dilatih untuk mengajar fardhu ain kepada penduduk kariahnya.
5. Imam diberi kursus dalam Feqah
6. Jadikan masjid sebagai pejabat imam
7. Imam bertanggungjawab menganjurkan kursus perkahwinan di kariahnya
8. Imam wajib menjadi AJK JKK Kampong.

Sila beri pendapat anda berkaitan cadangan ini.

LADANG TABUNG HAJI DI-MUKIM GEMAS...............

APA PERANAN TABUNG HAJI DALAM MEMBANTU ORANG KAMPONG ?

1. Dimukim Gemas Tabung Haji ( TH ) telah dianugerahkan tanah seluas l.k 7,000 ekar untuk ditanam dengan kelapa sawit.

2. Jika dicampurkan dengan Ladang Tabung Haji Rokan jumlah keluasan ladang TH di - Daerah Tampin menghampiri 10,000 ekar.

3. Jika tanah seluas ini dimajukan sebagai Tanah Pinggir ( yang terbukti menjadi sumber pendapatan penduduk kampong ) 3,333 penduduk Daerah Tampin akan mendapat nikmatnya.

4. Apa faedah yang diperolehi penduduk kampong disekitar ladang TH ?

a. Semua pegawai orang luar
b. Kerani pun ramai orang luar
c. Semua pekerja orang Indonesia
d. Kontraktor tempatan tidak boleh cari makan di TH – kadar harga kontrak amat rendah
e. Gaji mandor pun sangat rendah – pemuda kampong tidak berminat sebab gaji buruh indonesia lebih tinggi dari gaji mandor
f. Orang kampong tidak dibenarkan pelihara lembu atau kambing dalam ladang TH
g. TH tidak langsung berminat melibatkan diri dengan aktiviti dikampong sekitarnya.
h. Sepatutnya dermalah ke tabung PIBG atau masjid atau anjur ceramah agama dan sebagainya dikampong sekitar ladangnya.
i. Pengurus ladang TH tidak mahu bercampur dengan penduduk kampong. Penduduk kampong tidak kenal pun pengurus.

Jadi apakah faedahnya TH pada penduduk tempatan. Tiada langsung.
Duit TH pergi kemana ?

LUTH kepunyaan kerajaan. Sepatutnya adalah komitmen sosial untuk bantu sesama bangsa dan sesama Islam. Ladang TH bukannya tak untung.

Gemasindah tak suka nama ladang = Ladang Londah Sdn Bhd diurus oleh Ladang Bangkahulu Sdn Bhd. Ini gula gula chewing gum namanya.

Selasa, 20 April 2010

KITA PERLU MENDALAMI ILMU AGAMA.....Betulkah kita memahami agama kita ?

KITA PERLU BELAJAR ILMU AGAMA SELAGI KITA HIDUP…….
BETULKAH KITA MEMAHAMI AGAMA YANG KITA ANUTI ?????
BAHAGIAN 1/3.


Kali ini gemasindah nak bicara sedikit tentang hal hal berkaitan agama.

Pertamanya gemasindah ingin buat pengakuan bahawa gemasindah bukanlah pakar dalam bidang agama, tidak seperti uztaz atau lebai yang diberi tauliah mengajar agama dimasjid atau surau. Tetapi bukankah Ilmu Agama Islam itu milik kita semua ..bukannya milik Uztaz , Lebai atau Ulama’ sahaja. ?

Jadi kita sebagai orang awam muslim juga berhak berbincang tentang agama kita bukan ? Agama Islam tidak seperti agama kristian dimana hanya padri yang berilmu atau seperti agama hindu , buddha dan taoism dimana pakarnya ialah sami sami.

Oleh yang demikian, sebagai orang Islam kita wajiblah secara terus menerus mendalami ilmu agama. Fahaman bahawa ilmu agama itu cukuplah sekadar mengetahui Rukun Iman & Rukun Islam sewajarnyalah kita hapuskan dalam fikiran dan pendirian kita kerana kita sedia maklum dalam kehidupan didunia ini ilmu itu teramatlah penting.

KITA KENA BACA AL-QURAN…………

Kita sendiri mengatakan bahawa Kitab Al-Quran itu adalah PANDUAN & PEGANGAN HIDUP kita dunia dan akhirat. Malah kita teramatlah yakin bahawa soalan ini akan ditanyakan kepada kita oleh Malaikat sebaik sahaja kita dikebumikan.

Cuba kita bersikap jujur terhadap diri kita sendiri. Dalam bulan April ini berapa kali kita mengaji dan membaca Al-Quran. Kalau belum ada , ambillah tahun 2010 dari Januari ke April sudah berapa kali kita mengaji atau membaca Al-Quran ? Tahun 2009 berapa kali ?.

Sekiranya jawapan adalah pada angka yang rendah, cuba kita tanya diri kita sendiri , betulkah kita sebenarnya yakin bahawa Al-Quran itu adalah PANDUAN HIDUP kita ? Bagaimanakah kita boleh dapat panduan kalau kita tidak membacanya, memikirkan atau buat kajian tentang apa yang kita baca dan sebagainya.

Perlu juga kita ingat bahawa MENGAJI dan MEMBACA ada banyak bezanya. Ramai diantara kita suka mengaji cukup dengan TAJWID dan TARANUMnya , tetapi sepatah kalimah arab pun kita tak faham. Adalah lebih baik kita BACA terjemahan Al-Quran yang bahasanya kita faham. Barangkali sama juga pahalanya dengan mengaji itu. ( cuba tanya uztaz anda ??? )

Janganlah kita percaya sangat, membaca Al-Quran kalau tiada tafsiran oleh orang yang pakar tafsir, kita boleh jadi sesat.

Hanya sedikit sahaja ayat ayat Al-Quran yang memerlukan tafsiran pakar. Yang banyak ialah ayat ayat yang senang difahami. Malah yakinlah bahawa ayat ayat yang dikira memerlukan kepakaran pakar tafsirpun, InsyaAllah jika kita mohon pada Allah SWT untuk dapat kefahaman , Allah akan berikan.

BACA BUKU AGAMA BELAJAR DENGAN SYAITAN ?…Nauzubillah

Begitu jugalah halnya tentang pendapat yang mengatakan bahawa belajar agama dengan membaca buku ..belajar dengan syaitan.

Orang yang berkata demikian sangat suntuk akalnya ..kerana kita tahu dalam dunia ini dimana mana jua..orang baca buku dalam pelbagai bidang untuk mendapat ilmu mula disekolah rendah hinggalah diuniversiti…orang kena baca buku…Jadi dalam bab ilmu agama kenapa pulak buku buku itu syaitan yang menulis ? Tak masuk akal bukan ?

Contohnya, bagaimanakah kita hendak tahu pandangan Syeikh Abd Qadir Jailani ( Sultanul Aulia’ ) kalau kita tidak membaca buku karangannya ? Ada ke uztaz mengajar dimasjid atau disurau mengenai contohnya Kitab SIRRUR ASRAR ? ( kitab agung karangan Sy Abd Qadir Al-Jailani )

Kebanyakan uztaz suka bersyarah….kurang yang mengajar secara formal…dan kebanyakan apa yang disyarahkan uztaz itu kita dah tahu dah !!!

Kita nak tumpu pada ilmu yang kita belum tahu…setakat macam mana nak tentukan air bersih untuk berwudhu, masa kita sekolah rendah dahulu uztaz dah ajar dah…lagipun air paip JBA dijamin bersih oleh kerajaan.

SATU KAEDAH BELAJAR ialah BERTANYA & MUZAKARAH.
Atau MAJLIS ILMU.

Dalam banyak majlis agama , cara pembelajaran ialah one way traffic…

Uztaz bersyarah …kita mendengar..lepas tu ..habis…

Jarang ada soal dan jawab..kalau diadakan pun tak responsif…kerana barangkali malu atau segan..atau tidak tahu apa nak ditanyakan..atau barangkali datang dengar ceramah nak dapatkan pahala…faham tak faham pedulilah…

Atau barangkali, perut dah lapar, mata dah mengantuk..lagi cepat habis lagi baik….


SEMBAHYANG KHUSU’ …LALAI DALAM SOLAT.

Sebagai contoh gemasindah ingin berbincang dengan pembaca berkaitan dengan perkara yang amat mustahak tetapi jarang diambil berat iaitu berkaitan KHUSU’ dan LALAI dalam Solat / Sembahyang.

Mengambil berat dari segi memahami Hukum dan Kenyataan Allah berkaitan sembahyang yang LALAI atau TIDAK KHUSU’ itu.

Mengambil berat tentang kenapa atau sebab musabab yang menyebabkan KELALAIAN dan TIDAK KHUSU’ itu.

Seterusnya mengambil berat tentang cara cara atau amalan amalan zahir dan batin untuk melakukan ibadah solat itu jadi sempurna iaitu khusu’.

Bersambung…………
Sila kemukakan cadangan / komen & pendapat anda.

Ahad, 18 April 2010

KISAH CINTA - UNTUK DIJADIKAN SEMPADAN & TAULADAN

Salam Takzim kepada semua pembaca.

Nampaknya kisah cinta TS Isa Samad dengan Bibi Sharliza berakhir dijinjang pelamin. Kira hebat jugalah kisah cinta orang lama macam Tok Isa kita tu...hanya Bibi yang tahu.

Dalam entri kali ini gemasindah nak ceritakan satu kisah cinta juga..CINTA MENCARI GLAMOR untuk dijadikan sempadan dan tauladan dalam kita mengharungi hidup dizaman moden ini. Selalunya bila hati menguasai otak ( hati diatas kepala ) banyak masalah akan timbul.....

KISAH MENCARI CINTA GLAMOR……………….


Kisah CINTA kedua ini ialah kisah cinta pasangan yang sangat rapat dengan gemasindah. Bagaimana rapatnya , gemasindah tak nak cakaplah. Cerita ini adalah cerita benar. Diceritakan untuk dijadikan sempadan dan teladan.

Pasangan ini berkahwin satelah bercinta hampir dua tahun. Hidup mereka pada awalnya agak susah kerana sisuami hanya bekerja dalam jawatan pangkat rendah. Mereka pada mulanya hidup di rumah haram di sekitar Sg Way. Gemasindah pernah tinggal beberapa hari dirumah mereka ketika belajar di KL dahulu. Memang seksa duduk rumah haram.

Siisteri bekerja sebagai amah disabuah hospital juga di Lembah Kelang. Di-hospital tempat bekerjanya itu , sisteri agak rapat dengan saorang doktor yang baru memulakan perniagaan MLM menjual ubat ubatan . Sisiteri menjadi salah saorang orang pertama melibatkan diri dlm busines MLM doktor berkenaan.

Akhirnya berkat usaha kuat siisteri pasangan ini telah berjaya memilikki kereta mercedez, bmw dan rumah bungalow. Yang paling dikagumi siisteri telah berjaya menjadi Doktor Homeopathy yang memilikki kepakaran dalam bidang penjagaan kesihatan luar dan dalam. Ini adalah pencapaian yang sangat hebat dimana saorang amah telah berjaya menjadi doktor dan selalu sahaja dijemput berceramah di TV baik RTM mahupun TV Swasta. Kini siisteri sudah jadi saorang seleberiti.

Siisteri telah meminta sisuami berhenti kerja dan bekerja dengan syarikatnya. Sebagai tanda kesyukuran mereka telah menunaikan haji dan kini bergelar Pak Haji ( PH ) & Mak Haji. ( MH ) Bersyukur lagi kerana mereka telah dikurniakan 4 orang cucu.

Bersesuaian dengan kemewahan yang dinikmati dan perniagaan yang dijalankan, Mak Haji sekarang ini tidak lagi berbaju kurung dan bertudung. Sebaliknya memakai skirt, pakai kasut tumit tinggi dan berkacamata hitam berjenama kesana kemari. Maklumlah Doktor & usahawanita berjaya.

Mak Haji tidak lagi melibatkan diri dalam perniagaan MLM doktornya dahulu sebaliknya menubuhkan syarikat sendiri dan menghasilakn produk sendiri.

Dalam kehulu kehilir itu – menguruskan perniagaan, Mak Haji telah bertemu dengan saorang usahawan bergelar Dato’ yang muda dan handsome. Gemasindah pernah terserempak dengan pasangan itu sedang makan berdua-duan disabuah hotel lima bintang di KL. Dengan tersipu-sipu Mak Haji memperkenalkan Dato’ Muda itu sebagai business partnernya.

Melihat caranya jelas sekali Mak Haji sudah jatuh cinta dan jelas sekali sudah lupa diri bahawa dia adalah isteri Pak Haji dan nenek kepada 4 orang cucu. Mak Haji jadi muda semula. ….kerana apa …kerana api cinta yang membara !!!!

Maka Mak Haji pun minta Pak Haji menceraikannya agar MH boleh berkahwin dengan si Dato’. Apa yang Pak Haji boleh buat…Mak Haji yang bayar gajinya..Mak Haji yang belikan keretanya…tinggal di bungalow Mak Haji pula Pak Haji tidak punya apa apa …selama kini hanya jadi penumpang…maka Pak Haji pun terpaksalah menceraikan Mak Haji.

Mak Haji pun berkahwinlah dengan Dato muda itu. Bahagia ?????

Mana mungkin akhirnya tembelang si Dato terbongkar…dato palsu..si dato hanyalah saorang peneroka felda di pahang ( gemasindah tak nak sebut nama rcgn felda itu wp tahu )…berlagak shj ..rumah masih rumah original felda …anak 11 orang..maka Mak Haji pun minta cerai sekali lagi..kali ini dari Dato palsu itu.

Mak Haji beraleh pasaran ke negara Brunei…disana MH bertemu dengan saorang pengeran…kalau di Brunei pengiran tu kira orang berpengaruh dan kaya lah..maka MH pun kahwinlah dengan sipengeran…sekali lagi terkena ..pengeran apa kalau rumahnya adalah rumah air bukan bungalow besar…kali ini kali ketigalah MH minta cerai…

PH pula ..sudah bertemu dengan saorang anak dara…yang kerja sebagai staff nurse …terus kahwin. ( gemasindah yang hantar PH kahwin ..berangguh dirumah gemasindahlah kiranya )

Bila MH dah terkena dua kali mencari cinta orang kaya ( kononnya ) maka kononnya MH mulalah insaf….dan kononnya ..cinta lama berdarah kembali…apakan daya PH sudah berkahwin… dengan anak dara pulak tu…maka saban harilah hatinya tak senang…PH bahagia bersama isteri yang jauh lebih muda dari dirinya…dia pula terus menerus gagal dalam mencari cinta orang kaya…

Maka saban hari pulalah MH mengacau..PH ..kadang kadang sengaja je ..telefon tengah tengah malam..kata rindulah ..kata tersilap besarlah ..kata cintalah....MH juga guna anak anak pujuk PH kembali padanya…Yang pelik PH layan pulak tu…agaknya masih sayang kat MH kot ?

Akhirnya bini muda PH tak tahan lagi ..pun minta cerai…nak buat macammana sebab kali ini PH yang tinggal dirumah isteri mudanya…rumah bungalow di KL tu MH yang punya…maka bercerailah PH dengan isteri mudanya

Sekarang ini PH dah duda …MH pula dah janda..akhirnya mereka kahwin buat kali kedua…



Baru-baru ni gemasindah jumpa PH di-Seremban jalan sorang..sorang gemasindah..tanya mana MH ?…PH kata tak usah sebutlah hajjah gila tu..rupanya mereka kahwin 4 bulan shj sebab MH dah jumpa Dato baru..tak tahulah dato original ke atau dato’ palsu lagi…

Gemasindah…berkata..dalam banyak hal kekayaan & wang ringgit membuatkan manusia berubah perangai …secara mendadak…macam Mak Haji yang dah kerepot tu…..kekadang tengok MH berceramah kat TV gemasindah senyum sengsorang..tapi kena tabik spring juga ….saorang amah telah berjaya mencipta sejarah…ramai yang tak tahu….gemasindah tahulah ..kan dah kata ..mereka tu sangat rapat dengan gemasindah.

MH kita tu kira orang berjaya jugalah..yang dia gagal…. cuma mencari CINTA GLAMOR …orang kaya …Enggang kan terbang sama enggang …tak kan nak terbang dengan burung pipit uban ya tak ???? Ha ha ha …senyum

Rabu, 14 April 2010

SOLAMAT MENYOMONDO KO-PILAH TOK ISA.......

SELAMAT MENYOMONDO KO-PILAH TOK ISA

Gemasindah mengucapkan selamat mengakhiri zaman duda kepada Tok Isa. Syukur Alhamdulillah dah ditemukan jodoh oleh Allah SWT dengan Bibi Sharliza, anak buah sahabat gemasindah bro Md Zain Yusof Lalkhan

So Md Zain jadi Pekmondo , Tok Isa pulak jadi orang somondo ..camtulah adat pepatih Negeri Sembilan. Tok Isa ni pulak ..lum pandai pandai cakap orang Pilah..konolah asah lobih lidah tu Tok…..

Agak ee Tok Isa potang ni dah jadi tetamu Istana Kuning atas bukit, milik keluarga Tok Usop Lalkhan lah…Macam manolah agak ee Tok Isa nak panggil bro Md Zain yang akan jadi “ uncle “ Tok Isa. Gitulah kehendak Allah…Agak ee yang jadi kekok bukan Tok Isa tapi ..bro Md Zainlah.

Gemasindah sangat mengagumi TS Isa Samad sebagai manusia. Yang dikagumi ialah sikap naturalnya yang mesra-rakyat dan sikap sabar dan tidak melatahnya sebagai saorang ahli politik.

Rata-rata rakyat Negeri Sembilan rindu nak dengar Tok Isa berucap..kerana adalah kepakaran TS Isa menyampaikan apa yang nak disampaikannya melalui bahasa yang mudah , bersahaja dan kelakar hingga jarang sekali TS berucap rakyat rasa tidak terhibur.

Sebagai orang politik dan Menteri Besar….komen gemasindah ialah sebagai manusia yang lemah …manalah boleh sunyi dari membuat kesilapan. Barangkali silap besar TS Isa ialah lama sangat jadi MBNS dan suka pilih orang kurang cerdik jadi wakil rakyat. Jadi kegiatan sikap dan tabiat wakil wakil rakyat yang kurang cerdik tu TEMPIASnya kemuka TS Isalah. TS Isa suka sangat percaya dan manjakan wakil wakil rakyat yang kurang pandai itu secara berlebihan..contohnya ..Waad Hj Mansur ..yang tabiat golojohnya memalukan TS Isa sendiri.

Kita tidak boleh nafi jasa jasa TS Isa terhadap pembangunan NSDK. Barangkali TS Isa akan terus diingat dengan projek Bandar Baru Nilainya dan Projek Rumah Kos Rendah untuk rakyat berpendapatan rendah diseluruh NSDK termasuklah Taman Gemasindah di Gemas.

Bila lama sangat jadi MBNS…rajah populariti TS Isa mula menurun dengan lajunya hingga ramai rakyat berdoa agar beliau digantikan. Akhirnya beliau digantikan dengan DS Mohamad Hj Hasan..saorang tokoh korporat.

Hari ini diperingkat akar umbi ramai rakyat NSDK berkata….jari kolengkeng Tok Isa pun Tok Mat tak dapek lawan . Jadi kedudukan DS Mohamad berbanding TS Isa umpama kedudukan Pak Lah dengan Dr Mahathir….lah nampaknya. Tetapi DS Mohamad tokoh korporat.. jaga Mecedez ….TS Isa cuma bekas guru !!!

Gemasindah nak cerita sikit pengalaman ( gi ) berkaitan peribadi TS Isa untuk penilaian pembaca…Gemasindah selalu panggil TS Isa sebagai Menteri Besar Robin Hood. ( ambil duit orang kaya ..bagi kat orang miskin )

Peristiwa Satu

Pada satu hari gemasindah bertemu dengan TS Isa sebagai pesakit terakhir jumpa Doktor…jadi bila balik kami sama sama turun dari pejabat TS Isa dengan lif. Diluang legar ..telah siap menunggu saorang India mabuk…lalu menerpa TS Isa nak minta RM 50.00. Kami ( gemasindah & bekas su TS Isa – Arwah Alias Hasan ) ..cubalah halang India tu ganggu MB kami ). Untuk elak India terus membising gemasindah bagi RM 50.00 padanya. TS Isa marah pada gemasindah…kata TS dia tu rakyat yang Allah amanahkan pada aku sebagai MBNS..dia minta pada MB bukan pada bro…TS Isa pulangkan semula RM 50.00 pada gemasindah.

Peristiwa Dua

Saorang sahabat gemasindah ..saorang peguam…dah terpakai duit pemaju perumahan untuk atasi masalah peribadinya akibat menjadi penjamin pinjaman bank saorang kenalannya yg dah cabut lari ke Indonesia. Dia perlu cari RM 100 ribu hari itu juga. Gemasindah cadangkan dia jumpa TS Isa…cuba pinjam dulu mana tahu TS kok ada duit sebanyak itu. Tak sampai 45 minit , sahabat gemasindah itu balik dengan wang tunai RM 100 ribu. Gemasindah tanya pinjam berapa lama ? Sahabat tu jawab TS Isa tak sebut pun perkataan pinjam..agaknya dia bagi aje..

Peristiwa Tiga

Saorang bekas wakil rakyat jadi muflis akibat jadi penjamin kepada beberapa orang rakyatnya. Jumlah tuntutan Jabatan Insolvensi ( Bankrap ) hampir sejuta RM. Dia jumpa bekas ADO Seremban ( tak nak sebut nama = bekas ADO Gemas ) ADO tu kata ada 20 ekar tanah kerajaan dekat Panchor Jaya dan minta bekas wakil rakyat tu jumpa TS Isa. ADO tu kata pasti ..TS Isa jawab ..mana ada tanah lagi bang….takpa kata ADO tu…guna telefon TS Isa ..telefon saya terus dan saya akan cakap dengan TS Isa..kata ADO tu.

Bekas wakil rakyat tu terus jumpa TS Isa ( ketika itu dah jam 5 ptg. ) Memang sah itulah jawapan standard TS Isa…mana ada tanah lagi bang…Bila ADO sahkan ada ..dan pelan ada ditangan bekas wakil rakyat tu ..TS Isa akhirnya luluskan …permohonan sdra itu dan kini dia sudah tak bankrap lagi….

Gemasindah…tak lupa jasa baik TS Isa pada rakyat NSDK termasuk diri sendiri.

Isnin, 12 April 2010

HARTA UMNO BAHAGIAN TAMPIN....APA DAH JADI dengan......

APA DAH JADI DENGAN HARTA UMNO TAMPIN …….?

Semasa Dato’ Rais Yatim menjadi MBNS dahulu, beliau membuat tindakan yang patut dipuji dimana setiap bahagian UMNO di Negeri Sembilan diberi hartanah dan lain lain harta. Tujuan beliau barangkali ialah agar UMNO tak jadi chekai …jadi peminta sedekah apabila nak buat aktiviti.

gemasindah cuma nak cerita pasal UMNO Bahagian Tampin sahaja.

HARTA UMNO BHGN TAMPIN & HARTA DUN DUN DLM TAMPIN

Di Tampin UMNO Bahagian dianugerahkan 20 ekar tanah perumahan di Senawang melalui syarikat Bakti Aman Sdn Bhd dimana pemegang jawatan jawatan Ketua Bahagian ( KB ), Timbalan KB, Naib KB, S/U dan Bendahari UMNO Bahagian menjadi pemegang amanah.

Di DUN Kota kalau tidak silap gemasindah Dato Rais bagi tanah batu bata di Semerbok dan tanah tapak stesyen minyak di Sri Kendong.

Di Gemenceh gemasindah dah tak ingat lagi tetapi adalah harta di beri melalui syarikat Gertak.

Manakala di DUN Gemas , 100 ekar tanah kebun sawit diberikan melalui Koperasi Guamas Bhd.

UMNO DUN Rompin pula, mendapat konsesi balak dekat kawasan yang sekarang ini jadi kem tentera melalui syarikat PAROBA Sdn Bhd.

Gemasindah nak bertanyalah kepada pemimpin dahulu dan sekarang apa dah jadi dengan harta harta itu ???

Dah dijual ke ? Ada tak cawangan mendapat bantuan kewangan atau disapu oleh orang tertentu ? Kalau disapu oleh orang tertentu , meka tu tak takut akan balasan Allah ke kerana pecah amanah ?

Tanah Bakti Aman seluas 20 ekar di – Senawang tu ..sekarang ini dah jadi Taman Widuri Indah.( kalau tak silap ) Kalau dijual dengan harga RM 5.00 psf sahaja nilainya ialah RM 4,325,000.00 ( 4.3 juta ) Banyak tu, kalau ada 65 cawangan dibahagi sama rata …dapatlah RM 60 ribu lebih ..bagi satu cwgn.

Sapo yang jual..? Yang lama di pimpinan bahagian ialah Tok Waad , dia kena jawablah ya tak ? Tok Waad kena jawab..sebab sekurang-kurangnya dia anak Imam Masjid Jame’ Gemas..anak Imam pasti belajar agama punya …ya tak ?

Gemasindah agak pasti bahawa tanah ini dijual semasa Md Noh Rejab jadi ketua bahagian. Md Noh Rejab masih hidup…dia pun kenalah beri penjelasan ..ya tak ? Kalau duit hasil dijual dibahagi sesama orang tertentu ….memanglah UMNO ni dah jadi parti penyangak kan ?

HARTA DUN GEMAS – KOPERASI GUAMAS BHD.

Kita orang Gemas patut bersyukur kerana Arwah Dato’ Saleh wp tak sekolah tinggi tapi dia berfikiran jauh. Beliau tak tubuh syarikat sdn bhd kerana barangkali tahu ia akan diseleweng oleh orang tertentu. Jadi ditubuhkan lah Koperasi Guamas Bhd agar semua ahli UMNO Gemas dapat jadi ahli dan dapat faedah dari tanah tersebut, kalau tak banyak pun sedikit pun ada juga.

Soalnya sekarang adakah hasrat murni Arwah tu tercapai ?

Gemasindah ada hak nak cakap sikit sebab dulu Gemasindah juga ahli Guamas tak pernah nak berhenti jadi ahli…tetapi kini dah kena buang..cek pemulangan saham pun dah diterima ..sebabnya gemasindah tak nak tambah saham seperti yang diminta oleh pengurusan Guamas….

Macam mana nak tambah pelaburan…pelaburan yang sikit tu pun tak beri apa apa pulangan…lagipun gemasindah tak ada keyakinan langsung terhadap Guamas sekarang ini…rasanya banyak yang tak betul dalam pengurusannya sejak Arwah Haji Karim Bidin jadi pengerusi ….( nanti ada pula yang kata ..tak baik ungkit ungkit cerita orang yang dah arwah…yalah yang dah aruah Hj Karim…Guamas belum arwah lagi…nak diarwahkan ke ? )

Setahu gemasindah , selain dari tanah sawit 100 ekar itu Koperasi Guamas juga telah diberi 6 lot rumahkedai yang sekarang ini dah jadi Gemas Square. Bila Gary Gan / Omar Isa majukan kawasan itu , tentulah Koperasi Guamas mendapat bayaran ? Berapa semuanya ? Ada tidak ahli diberitahu akan jumlahnya ? RM itu bukan hak kulah Ahli Lembaga Pengarah yang sebahagian besarnya ialah Pak Haji -Pak Haji ( haji tentulah amanah – kalau tak ..tak gunalah buang duit ke Mekah ya tak ? )

Gemasindah juga nak tanya …kenapa dah lama sangat tak buat mesyuarat agung ?

Nak tanya juga kenapa semua kebun sawit milik Guamas dan kebun sawit yang dipajak dari orang Kg Londah tergadai ketangan cina ?

Dengar khabar Arwah Hj Karim dulu tinggalkan banyak hutang ? Hutang apa ? Hutang dia ke atau hutang Guamas ? Kenalah Lembaga pengarah yang kini diketuai Hj Rahim Dol beri penjelasan terperinci ? Pendaftar Koperasi pun kenalah audit dan keputusan audit dibentangkan dalam mesyuarat agung.

Gemasindah juga nak tanya adakah dibenarkan orang yang sama bukan sahaja menganggotai dua koperasi tetapi menjawat jawatan penting iaitu, pengerusi, setiausaha dan bendahari ( dalam kedua koperasi )? Ini adalah kerana Pak Pak Haji yang pegang jawatan di Koperasi Guamas juga pegang jawatan didalam Koperasi Gemas Bhd .( Kilang Padi )

Nak tanya juga apakah bentuk kerjasama antara Koperasi Guamas dengan Koperasi Gemas Bhd ( dulu koperasi kilang padi ) dalam memajukan Ladang sawit di Merbau Seratus, Kg londah tu….Dengar cerita duit yang digunakan ialah duit Koperasi Gemas Bhd sedangkan pemaju ialah Guamas.

Kini kebun tu dah terpaksa dipajakkan kepada cina Kg Tiong kerana hutang tak berbayar. Nak tanya hutang apa tu .? .Duit Koperasi Gemas Bhd dah habis hampir RM 300,000.00, kebun yang dimajukan cuma 80 ekar…lagi berhutang hampir RM 250,000.00 pada cina tu hingga kebun tergadai selama 25 tahun ? Pelik tu.

Nak tanya juga penggunaan duit Koperasi Gemas Bhd tu ada ke kelulusan ahli dan kelulusan Pendaftar Koperasi atau pandai pandai Lembaga Pengarah je…Ini koperasi Tuan Haji ..bukan syarikat milik sendiri ? Ada peraturan perlu dipatuhi.

Buat masa ini ..itu saja soalan soalan gemasindah yang perlu dijawab oleh Ahli Lembaga Pengarah.

Elok jugalah ahli ahli yang ada maklumat kemukakan maklumat dan silalah beri komen dan cadangan….

Gemasindah…pada satu masa dulu terlibat juga dalam pengurusan Guamas

Sabtu, 10 April 2010

KISAH BENAR - KISAH CINTA YANG TRAGIS

KISAH CINTA YANG TRAGIS

Hari ini 10/4/2010 Utusan Malaysia melapurkan saorang pemuda Indonesia memotong leher kekasih isterinya hingga hampir putus. Semalam diceritakan pula tentang kisah saorang pemuda Myanmar memukul kekasih isterinya hingga mati. Kedua-dua kes melibatkan orang Islam.

Inilah akibat kisah cinta tiga segi dan akibat kecurangan wanita bergelar isteri. Yang menerima padah ialah suami yang nyata tidak lagi dapat menahan rasa marah, kecewa dan malu kerana sudah lagi dikatakan tidak bermaruah.

Si-Myanyar sudahpun mengetahui nasibnya iaitu akan mati ditali gantung. Pemuda Indonesia yang disebut diatas masih belum dapat ditangkap polis. Jika dapat ditangkap dan kes dibawa ke mahkamah keberangkalian menerima nasib yang sama dengan si-Myanmar adalah tinggi.

Kedua lapuran akhbar diatas mengingatkan gemasindah tentang cerita dua orang sahabat. Sahabat yang pertama sudahpun kembali ke-Rahmatullah beberapa tahun yang lalu pada usia yang sangat muda – 38 tahun.

Sahabat yang kedua , masih hidup tetapi sekarang ini sedang melalui satu fasa kehidupan yang amat sukar dan mendatangkan penderitaan Dari segi duniawinya semuanya akibat kisah cinta yang tragis. Pada hakikatnya semuanya ini adalah Kehendak Allah belaka yang perlu dipelajari oleh orang lain sama-ada sebagai tauladan atau sempadan.

Untuk menyampaikan cerita benar ini gemasindah perlu menukar nama dua sahabat itu dan juga nama nama isteri masing masing , juga nama “ crook “ yang menjadi punca segala cerita.

KISAH CINTA TRAGIS SATU.

Sisuami dinamakan sebagai Mazlan ( bukan nama sebenar ) . Gemasindah mula mengenali Mazlan ketika mengajar si Mazlan disabuah sekolah menengah di Negeri Sembilan.

Si-Mazlan merupakan anak muda yang bercita-cita tinggi. Pertama dia berhajat untuk menjadi jutawan sebelum berumur 45 tahun. Kedua , setelah menjadi jutawan dia berhajat untuk menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan. Hajat dan cita-citanya ini disampaikan kepada gemasindah semasa si Mazlan berada di tingkatan 5.

Si-Mazlan bekerja kuat untuk mencapai cita-citanya. Beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti Kebangsaan Bangi. Semasa di tahun pertama beliau bertemu dengan saorang gadis tinggi lampai yang jelita dan berperawakan lembut. Gemasindah namakan gadis ini sebagai Halimah. Keduanya bernasib baik kerana satelah mendapat ijazah dalam bidang masing masing, bekerja di tempat yang sama iaitu di-Seremban. Tidak lama satelah mendapat pekerjaan pasangan kekasih itu berkahwin dan dikurniakan dua orang anak perempuan yang cantik dan comel. Hidup mereka nampak normal, aman dan damai.

Cerita bermula apabila si Mazlan berhenti kerja dengan agensi kerajaan dimana dia bekerja selama ini akibat ura ura pertukaran ke Sabah. Mazlan meletak jawatan dan bekerja disyarikat gemasindah selama 2 tahun .Selepas itu Mazlan membuka syarikatnya sendiri yang memajukan satu projek perumahan.

Cara si-Mazlan bekerja untuk mencapai cita-citanya tidak terikut oleh orang lain termasuk gemasindah sebagai guru perniagaannya. Siang dan malam bekejar kehulu-kehilir menguruskan perniagaannya. Adakalanya balik kerumah jam 11.00 malam, jam 2.00 pagi sudah berlepas dengan kereta untuk ke Johor Baru kerana jam 8.00 pagi esokhari perlu bertemu Menteri Besar , Johor. Begitulah kehidupannya saban hari ..mengejar waktu dan mengejar wang ringgit.

Sudah tentulah si Halimah yang seringkali sahaja ditinggalkan suami berasa sunyi. Nasib baik jugalah dia juga selalu keluar menghadiri seminar dan mesyuarat disana sini dan seringkali keluarnegara. Yang jadi pelik jika keluar berseminar diluarnegeri atau yang didalam negeripun selalu bersama bosnya yang ketika itu menjawat jawatan sebagai Pengarah di-satu jabatan penting di Negeri Sembilan. Gemasindah namakan pengarah muda ini sebagai Dr Azlan.

Gemasindah memang kenal bos si Halimah ini kerana selalu berurus dengan beliau. Pengarah ini memang boleh dikatakan handsome dan merupakan saorang professional berkelulusan PhD.

Hendak menjadi cerita, pada satu hari si-Mazlan menghantar Halimah ke lapangan terbang Subang ( ketika itu belum ada KLIA ) kerana hendak Halimah hendak menghadhiri seminar di Paris. Selalunya bila menghantar Halimah ke airport, sebaik sahaja Halimah turun , Mazlan akan terus pulang kerumah atau kedestinasi perniagaannya . Tetapi atas Kehendak Allah jua, pada kali ini Mazlan tidak berbuat seperti biasanya. Setelah meletakkan kereta dia masuk semula ke kawasan check ini …tetapi Halimah telahpun tiada, barangkali sudah masuk ke Balai Berlepas.

Mazlan terus bergegas ke pintu masuk Balai Berlepas. ( Di-Subang Airport kita boleh nampak sebahagian ruang Balai Berlepas dari luar ). Alangkah terperanjatnya Mazlan bila dia ternampak Halimah sedang berpelukan dengan Dr Azlan. Lututnya tiba tiba jadi lemah dan Mazlan terus jatuh terjelepok diatas lantai. Pegawai Keselamatan Subang Airport mendukung Mazlan dan mendudukkannya di kerusi .

Selepas mendapat kekuatan akibat terperanjat tadi, Mazlan menghubungi rakankongsinya …( gemasindah namakan Mr Lee ). Mr Lee terus ke Airport dan membawa Mazlan balik kekampong untu ditenangkan oleh ibunya. Pada malam itu juga Mr Lee ( yang juga sahabat gemasindah ) menelefon gemasindah..kerana barangkali katanya Mazlan akan datang kerumah gemasindah ( di gemas of course ) esok harinya. Gemasindah telah terlebih dahulu mendapat cerita Mazlan dari Mr Lee.

Keesokan harinya Mazlan bersama ibunya datang kerumah gemasindah…tersangatlah sedih gemasindah melihat keadaanya ..dari pintu masuk sliding door merangkak ..sambil meraung menuju gemasindah….cikgu ..cikgu tolonglah saya …Azlan dah curi Halimah…itulah yang diulang-ulangnya…Gemasindah hanya dapat memeluk Mazlan…dan gemasindah juga menangis…Gemasindah nasihatkan Mazlan supaya menunaikan umrah dan bermohon kepada Allah agar membantunya…semuanya adalah Kuasa Allah jua.

Satelah Halimah balik dari Paris , Mazlan menceraikanya. Mazlan juga pergi bertemu Dr Azlan dan meminta Dr itu berkahwin dengan Halimah satelah sampai edah. Mulia hati budak tu…Salepas itu Mazlan ke Mekah bersama ibunya menunaikan umrah.

Satelah sampai edah..Dr Azlan tidak mahu berkahwin dengan Halimah. Barangkali takut pada isterinya atau peraturan untuk beristeri dua sangat susah ketika itu. Akibat malu Halimah pergi ke Australia untuk meneruskan pelajaran.
Halimah membawa bersama kedua orang anaknya.

Cinta Mazlan terhadap Halimah tidak ada putusnya ( hingga ke akhir hayatnya ) Maka setiap bulanlah dia ke Australia atas alasan hendak menengok anaknya.

Di-Australia Mazlan bertemu saorang gadis Indonesia dan satelah berkenalan selama seminggu terus kahwin. Mazlan menjemput gemasindah dan Mr Lee kerumahnya di Seremban untuk makan malam sambil memperkenalkan isteri baru Indonesianya. Pada mata gemasindah isteri baru Mazlan lebih cantik dari Halimah tetapi nampak macam high class girl.

Namun gemasindah bersyukur ke Hadrat Allah kerana telah menemukan jodoh mereka berdua…pada perkiraan gemasindah berakhirlah sudah penderitaan mazlan..alhamdulillah.

Sangkaan gemasindah meleset…kerana pada suatu hari ..Mr Lee minta gemasindah datang Ke KL pada masa itu juga…Kata Mr Lee ..brother you kena datang KL jumpa macai you…si Mazlan ni ..nasihatkan dia…dia dah semakin teruklah….cakap I ..dia dah tak mahu dengar….you cubalah nasihatkan dia…

Mengikut Mr Lee si Mazlan setiap malam mabuk…dan berpeleseran dengan gro gro kelab malam….sudah tidak bertumpu pada perniagaan nya lagi…isteri Indonesianya dah ..balik ke Australia…kini Mazlan dan kahwain dengan saorang akauntan bangsa cina dari Sarawak katanya…tetapi perangai berpeleserannya tak pernah berubah…

Saya menasihatkan Mazlan agar kuatkan semangat..ingat kepada Allah…berdoa agar Allah membantunya melupakan Halimah…tak baik balas dendam cara begini….yang salah Halimah kenapa wanita lain menerima akibatnya….

Mazlan angguk angguk sahaja…adalah jelas gemasindah juga gagal untuk menasihatinya…

Beberapa bulan selepas itu , Mr Lee menelefon gemasindah agar datang melawat Mazlan di hospital melaka. Mr Lee kata dia bersama Mazlan ke Melaka atas urusan perniagaan..tiba tiba sahaja Mazlan jatuh dan pingsan …doktor mengesahkan kedua buah pinggangnya sudah rosak.

Gemasindah menasihatkan Mazlan agar pergi ke India untuk beli buah pinggang. Duit bukan masalah kerana ketika itu Mazlan sudahpun mencapai cita-citanya untuk menjadi jutawan. Mazlan menjawab …takpalah cikgu..hidup dah tak guna lagi ….saya dah lama mati dah ..sejak Halimah hancurkan hati ini …

Setiap 3 hari sekali Mazlan berulangalik ke hospital di Seremban untuk buat dailisis. Untuk pulih tiada harapan lagi sebab kedua-dua buah pinggang sudah rosak.

Beberapa bulan salepas itu semasa gemasindah berada di Seattle , Amerika, Mr Lee memberitahu melalui telefon bahawa Mazlan enggan melakukaun dailisis, dia balik kampong nak cuba ubat kampong katanya….dan setelah dua kali tidak cuci darah..Mazlan koma selama 11 hari dan meninggal dunia. Mazlan kembali menghadap Allah semasa gemasindah berada di-luarnegara.

Mengikut cerita Mr Lee ( diceritakan kepada gemasindah selepas balik dari Amerika ) Mazlan telah meninggalkan wasiat kepadanya untuk menyerahkan satu beg berisi RM 1,500,000.00 ( satu setengah juta RM ) kepada Halimah. Mengikut Mr Lee juga, dia telah beritahu Halimah tentang Mazlan yang sedang koma…Halimah balik ke Malaysia dan menziarahi Mazlan sambil meraung raung minta ampun…apakan datya Mazlan sudah tidak boleh menjawab..

Pada hari pengkebumian…Halimah meraung-meronta bagaikan orang gila memeluk tanah kuburan Mazlan…..

Dua tiga bulan selepas itu gemasindah menerima panggilan dari ibu si Mazlan meminta gemasindah menghalalkan hutang Mazlan ..sebanyak kira.. banyak jugalah..si ibu yang malang merayu…makcik tahu Mazlan ada berhutang dengan cikgu…makcik tak dapat bayar..semua duit arwah ..diberikan pada Halimah…Halimah sudah tak dapat dihubungi…tolonglah cikgu ..tak kan cikgu sampai hati tengok muka Mazlan lebam…katanya..

Gemasindah sebut secara berlafaz…ya makcik demi Allah saya halalkan hutang mazlan pada saya dunia akhirat……

Begitulah cerita Cinta Tragis Satu …yang kekadang buatkan airmata gemasindah meleleh bila teringat….next entri Kisah Cinta Tragis 2.

Jumaat, 9 April 2010

GEMASNEWS - Lapuran Dailog Rakyat Di- Kg Londah 9/4/2010

GEMASNEWS – Dailog Rakyat Kg Londah

Hari ini gemasindah menghadiri dailog diatas.

Sebelum itu gemasindah turunkan komen gotahlantun sebelum dailog itu diadakan. Pembaca nilailah pandangan bro gotahlantun berdasarkan lapuran prosiding dailog tersebut.

gotahlantun berkata...
salam bro

tahniah kepada semua yang terlibat dalam bagi menjayakan program yang seperti itu.
TETAPI bagi gotahlantun, satu yo, adokah segalo masalah tu dapek kato putus? sebona eee itu yang paling rakyat marhaen harapkan dalam program somacam tu. jangan nanti mendonga dan mencatit semacam nak habih dakwat pen dan membawak fail permasalahan bukan main toba..
tapi tindakan!?
HAMPEH!
itu yang den tak goma tu...
raso eee diorang datang semato nak memonohkan agenda tahunan dan nak kan elaun yooo.
LOTEH DEN!
LAPURAN PROSIDING oleh gemasindah…

Yang Hadir.

Ramai rakyat kampong hadhir hampir penuh balairaya..

Agensi kerajaan yang hadir kebanyakan diwakili oleh wakil wakil kepada ketua diperingkat daerah, melainkan Jabatan Pertanian Tampin yang diwakili oleh Pegawai Pertanian sendiri iaitu Cik Laila . Gemasindah perhatikan pegawai muda ini memang prihatin terhadap petani petani Tampin dibawah jagaannya – malangnya support dari Jabatan Pertanian termasuk peruntukan membuatkan langkahnya jadi pincang.

ADUN Gemas diwakili oleh pegawai khasnya manakala Pejabat Daerah diwakili oleh Dato’ Penghulu Mukim.

Tidak mengapalah agensi agensi menghantar wakil..asalkan apa yang dibincang diambil perhatian oleh ketua agensi tersebut.

Gemasindah..yang pada mula hanya ingin menjadi tukang catit ..akhirnya menjadi peserta dailog kerana ….
BUKAN MAJLIS DAILOG TAPI MAJLIS MENDENGAR……

Yang peliknya dailog yang diadakan berbentuk one way traffic kerana mengikut Dato’ Penghulu arahan pihak tertinggi , ialah pegawai kerajaan hanya BOLEH MENGENGAR tidak dibenarkan menjawab. Pelik ..jadilah ianya majlis mendengar..tidaklah boleh didefinasikan sebagai dailog.

TULISAN BRO GOTAHLANTUN ADA KEBENARANNYA..MAJLIS PENUHKAN AGENDA…..LOTIH DEN.

Mengikuti perjalanan majlis tersebut gemasindah bertambah bersetuju dengan pendapat gotahlantun bahawa majlis itu hanya satu upacara sahaja..janganlah berharap sangat ianya dapat menyelesaikan apa apa masalah yang ditimbulkan rakyat. Kalau hal ini benar..sia sialah dan bertambahlah lagi meluat rakyat kepada kerajaan pimpinan UBN.

Antara perkara yang ditimbulkan ialah :-

AMBIL TANAH ORANG KAMPONG – TAK BAYAR PAMPASAN
ROMPAKAN HARI SIANG & MENINDAS.

1 Pencerobohan / pengambilan tanah orang kampong oleh kontraktor yang melaksanakan projek jalan Kg Londah – Palong. Aduan ditimbulkan oleh 4 orang penduduk dimana kontraktor menolak pokok getah dan menjual pokok getah tersebut tanpa membayar apa apa pampasan . Wakil JKR yang hadhir menjelaskan bahawa perkara itu adalah urusan Ibu Pejabat JKR , Kuala Lumpur manakala Penghulu Mukim apabila ditanya bukankah pengambilalihan tanah perlu dibuat mengikut kanun tanah Negara dimana Pejabat Tanah Gemas menjadi agensi pelaksana memberitahu majlis bahawa ianya urusan PTG.

Gemasindah heran ..kenapakan hal penting seperti ini diambil mudah oleh agensi pelaksana ? Adakah kerana ianya melibatkan tanah penduduk kampong yang kerdil ? Kalau tanah milik cina..rasanya dah masuk court dah…

PENJELASAN WAKIL JKR & PENGHULU – TIDAK BOLEH DITERIMA
SEDE BONA – BONANG BASAH

Pelik juga gemasindah mendengar penjelasan Dato’ Penghulu dan wakil JKR ..main pukul tak tau aja !. Tidak masuk akal tanah penduduk kampong ..boleh diambil bukan sekaki dua tapi hampir saekar untuk buat projek kerajaan ..tanpa mengikut peraturan yang diperuntukan oleh Kanun Tanah Negara. Pengambilan tanah untuk projek adalah urusan Pejabat Tanah, kerana tanah itu perlu diukur dan geran tanah dipinda dan sebagainya. Ada prosedur tertentu yang perlu diikuti dan dipatuhi . Ini termaktub dalam Kanun Tanah Negara. Tidaklah boleh mana mana tanah diambil untuk apa projek sekalipun tanpa notis pengambilan rasmi disampaikan kepada pemilik tanah berdaftar.

ORANG KG SAMAN AJE…KERAJAAN – Nasihat Gemasindah….

Gemasindah telah menasihatkan penduduk kampong membuat lapuran polis dan guna peguam untuk mempertahankan hak mereka.

TANAH DAH LAMA DI-AMBIL …Rekod Pejabat tanah Tak Dikemaskini

Ada juga ditimbulkan aduan terdapat tanah yang telah diambil oleh JPS beberapa tahun yang lalu tetapi Pejabat tanah masih hantar penyata cukai tanah kepada pemilik asal ? Itulah lambang kecekapan , ya tak ?

RUMAH PPRT OUT OF SPECS – PERKARA KECIL PUN TAK
DAPAT SISELESAIKAN.

2 Aduan mengenai mutu rumah PPRT yang out of spec dan tak bermutu, dimana paip bocor, lantai & dinding retak dan pendawaian tidak lulus TNB Pemilik telah mengadu tetapi ditolak dari satu jabatan kesatu jabatan hingga tidak tahu siapa sebenarnya yang bertanggungjawab. Hingga hari ini masalah tersebut belum diselesaikan. Rumah masih tiada bekalan letrik ….air pula bocor…

Gemasindah …rasa masalah sebegini tidak sepatutnya timbul dan berlaku. Pertamanya semasa rumah dibina pegawai penyelia perlulah pastikan bangunan dibina mengikut sesifikasi…ataupun rumah PPRT memang tidak ada specs ?

Kedua sebelum bayaran dibuat kepada kontraktor , pihak Bahagian Pembangunan Pejabat Daerah wajib melawat rumah tersebut sekali lagi untuk pastikan semuanya ok . Bukankah Pejabat Daerah Kecil Gemas kini sudah ada Pegawai Teknikal ?

Ketiga dalam kes kontrak rumah PPRT ini tidak ada ke wang tahanan ? Bukankah wang tahanan ini diguna untuk baikki apa apa kerosakan.

Keempat kontraktor yang buat kerja selekeh seperti ini perlulah dinyahkan dari senarai kontraktor berdaftar Pejabat Pembangunan Daerah Gemas.

TAK HABIS – HABIS HAL LEMBU PROJEK MENGHIRIS HATI RAKYAT.

3 Penglibatan penduduk dalam projek yang dimajukan oleh NFC. Gemasindah sendiri menimbulkan perkara ini. Projek berkenaan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan. Ianya hampir siap. Hairan bin ajaib tiada siapa diperingkat daerah termasuk Pegawai Haiwan Daerah Tampin, Ketua ADO Pejabat Daerah Kecil Gemas, malah ADUn Gemas sendiri mempunyai detail lengkap dan terperinci berkaitan projek Satelite itu….secara rasmi. Masing masing kata itu projek Menteri Besar.

Soalan yang ditimbulkan ialah memandangkan projek ini dibuat diatas rezab haiwan yang sejak zaman British lagi direzab sebagai kawasan untuk orang kampong menternak haiwan ternakan, dan dibiayai oleh kerajaan sepenuhnya, penyertaan orang kampong mestilah diutamakan.

Wakil pejabat haiwan mencadangkan agar orang kampong buat surat rayuan kepada kerajaan NSDK sepertimana dilakukan oleh penduduk Kg Air Kuning kerana mengikut pegawai berkenaan jika nak jadi peserta , yang berminat itu perlulah ada modal sebanyak RM 350,000.00

Mengikut pegawai berkenaan dalam kes Air Kuning, NFC bersetuju memberikan anak anak lembu untuk dipelihara oleh penduduk kampong diprojek Ladang Satellite berkenaan. Gemasindah fikir macam ada kecelaruan dalam hal ini…ladang satellite diurus oleh NFC…NFC pula bagi anak anak lembu pada orang kampong untuk dibela dalam ladang yang diurus oleh NFC ..celaru kan ????

DI KAMPONG ORANG MELAYU PUN – KERAJAAN BAGI TANAH PADA BUKAN MELAYU….???? PATUT KE ???? DIMANA PEMBELAAN ADUN MELAYU GEMAS…..PERANAN PEMUDA UMNO DI – KG NAIB KETUA PEMUDA UMNO SENDIRI COME – ON BRO ZAKI - BANGUN DAN CIPTA SEJARAH ?????

4 Pemberian tanah seluas 30 ekar yang akan dibangunkan oleh Jabatan Pertanian sepenuhnya , kemudian diserahkan kepada syarikat Wira Bagan milik india Lukut di Kg Londah.

Penduduk kampong membantah, tetapi hingga hari ini Ketua Kampong belum menyampaikan bantahan rasmi kepada kerajaan.

Projek ini menghiris hati penduduk Kg Londah. Nampaknya ia menjadi kepayahan kepada UMNO Kg Londah pada masa yang akan datang. Kesahihan perkara ini disahkan oleh Dato Penghulu…apa nak dilakukan bukanlah masalah dan urusan pejabat tanah….terpulanglah kepada orang kampong dan ketua kampong.

Gemasindah fikir yang boleh selesaikan hal ini ialah Dato Paduka Zainab yang perlu berbincang dengan YAB Menteri Besar. Pemberian tanah hanya dalam bentuk gunapakai…projek belum dilaksana…masih belum terlambat. Naib Ketua Pemuda UMNO bro Zaki ada dalam majlis dailog…beliau patut bawa perkara ini kpd Datonya itu…dan pastikan matlamat tecapai…jangan tunggu sampai anak anak muda Londah berpiket !!!!!


Gemasindah …
hal bagi tanah orang melayu kat bukan melayu dikawasan melayu & hal lembu….selalu buat hati gua panas.

Rabu, 7 April 2010

GEMASNEWS ---Terkini

MAJLIS DAILOG antara Pejabat Daerah Gemas Dengan Penduduk Kampong Londah

Gemasindah baru saja menerima perkhabaran bahawa majlis dailog diatas akan diadakan :
pada hari Jumaat 9hb April 2010 di- Balairaya Kampong Londah bermula pada jam 3.00 petang.

Sangatlah diharapkan agar penduduk Kampong Londah bukan sahaja hadhir tetapi secara berterusterang mengemukakan apa apa jua masaalah yang dihadapi atau mengemukakan cadangan untuk kebaikan kampong atau bertanya tentang apa juga perkara berkaitan kemajuan dan keselamatan kampong dan kawasan sekitarnya.

Tidaklah ada gunanya jika tidak hadhir di majlis yang diadakan sekali sekala ini..atau jika hadhir hanya berdiam diri selepas itu ..bersungut menjela-jela di kedai kopi.

Adalah juga diharapkan agensi kerajaan yang hadhir mencatit apa jua masaalah atau perkara yang ditimbulkan dan jika munasabah mengambil tindakbalas segera untuk selesaikan masaalah atau mengemukakannya kepada peringkat yang lebih tinggi jika tidak dapat diselesai atau diputuskan diperingkat Gemas.Penduduk kampong berhak untuk tahu sama-ada perkara yang mereka timbulkan diambil tindakan.

Dailog sebegini adalah baik dan perlu diadakan secara berjadual. Ianya perlu juga diadakan di kampong kampong lain.

Tidaklah ada apa apa faedah kalau mengadakan dailog jika ia tinggal dailog sahaja tanpa ada penyelesaian kepada masaalah rakyat. Gemasindah Tabik Spring kepada JKK Kg Londah & Pejabat Daerah Gemas yang mengambil inisiatif mengadakan majlis Dailog ini.

Elok juga wakil rakyat hadhir sama ..dan selepas itu folow up secara berskala dengan jabatan atau agensi yang terbabit.

gemasindah ..akan hadhir InsyaAllah untuk catit..prosiding majlis

GEMASNEWS......April First Week

GEMASNEWS ….april first week


SAWAH LONDAH BERJAYA TAMBAH PENDAPATAN ORANG KAMPONG

1 Sawah Londah yang diusahakan penduduk kampong adalah satu –satunya sawah tradisi di Negeri Sembilan. Sawah ditempat lain dibuat secara komersial , kebanyakan pengusaha dari Kedah dan Selangor.

2 Nampaknya ramai anak muda Kg Londah , dah mula minat bersawah..ada yang buat sampai 10 ekar …

3 Dengan adanya bantuan sabsidi baja , dan sabsidi harga belian padi..hasil usaha petani ..nampaknya berbaloi dalam semusim ( l.k 4 bulan ) ada yang dapat RM 18,000 hasil jualan padi..kira oklah..purata RM 4,000.00 sebulan

4. Ramai cikgu yang bersawah di Londah..untuk tambah pendapatan maklumlah anak masih ramai sekolah

5. Pesawah berebut-rebut memajak sawah ..pemilik yang sudah tak daya buat sawah lagi hingga ada yang berkecil hati dan bermasam muka

6. Jabatan Pertanian perlulah adakan kursus agar pesawah Londah dapat capai target nasional 10 tan sehektar.


BERUK & KERA TERUS MENGGANAS DIKAMPONG ULU LADANG dan dll kg

1 Nampaknya Kompleks Jabatan Penghilitan di Kg Ulu Ladang dah hampir siap.

2 Adalah diharapkan bila kompleks ini mula beroperasi nanti, usaha pertama yang patut dilakukan ialah penyelesaian muktamad masalah serangan beruk dan monyet bukan sahaja di Kg Ulu Ladang tetapi juga dikampong kampong lain.

3 Oleh kerana makanan sudah tiada dihabitat asalnya beruk dan monyet masuk kampong ..cari makan…banyak kes ..beruk duduk makan dimeja makan tuan rumah..selongkar periuk ..Orang kampong dah lama dah..tak dapat makan hasil pokok buah-buahan. Lama juga dah orang kampong tak bela ayam sebab telur habis dimakan beruk….

Kita tak naklah dengar seribu macam alasan Jabatan Penghilitan berkaitan beruk ini nanti….masalah dah serius ..jangan pulak beruk nanti jadi penyebar macam macam penyakit…kalau tak nak bunuh..buatlah perangkap banyak-banyak , tangkap dan hantar beruk , monyet dan ungka tu ke Taman Negara.

4. Gemasindah nak beri ingatan kepada pengguna jalanraya ..berhati-hatilah
ketika lalu dekat kompleks penghilitan ini, sebab entah siapa punya cerdik buat kompleks tu dekat selekoh bahaya.

CHICKEN CHOP GEMAS STATION KOPITIAM KEKALKAN STANDARD

1 Semalam gemasindah makan chicken chop di Gemas Stesyen Kopitiam di Taman Desa Permai…..milik Abang Md Nor KTM.

2 Rasanya masih seperti dahulu..kira bestlah. ..tak caya cubalah…kedai cantik dan bersih..hiasan lokomotif wap dan lain lain gerabak kereta api..nampaknya..Abg Md Nor ni orang KTM tulen.

3 Agaknya kalau Bang Md Nor cari gadis ..cun..cun jadi tukang layan..ramai pemuda dan yang tak pemuda akan datang…..

AM JELAI 2 & KETUA KAMPONG HILANG SEMASA LAWATAN PENGARAH FELDA

1 Kelmarin Pengarah Felda dari Ibu Pejabat buat lawatan mengejut ke Felda Jelai 2. Eloklah gitu ….barulah tahu keadaan sebenarnya. Hasil ladang Jelai 2 dengarnya…yang paling teruk di NSDK. Bila agaknya orang Jelai 2 boleh dapat duit buah macam Sg Kelamah & Palong 3 ????

2 Dengarnya Tuan Rosebi ( pengurus – ayah haziq ) mengelabah mencari Penolong Pengurus – Musa & Ketua Kampong – Nursali…no contact handphone offf…takut ke ?

GURU BERKORBAN SIANG MALAM UNTUK MURID UPSR

1 Maklumat yang gemasindah perolehi ..ramai guru guru dibanyak sekolah di Gemas ini , sanggup berkorban siang malam buat kelas tambahan untuk pastikan murid murid UPSR dapat 5A semuanya. Ada yang buat kelas tambahan kat rumah…gemasindah salute spring pd cikgu dayang.

2 Gemasindah ucapkan syabas kepada guru guru ini….dan ucap berbanyak-banyak terima kasih. Tak payahlah pengetua buat kelas malam..sebab ramai cikgu tu perempuan..nanti ngamuk pulak laki dia. Cukuplah buat ..pada petang shj …dan pada hari sekolah shj…hari cuti sabtu dan ahad biarlah cikgu berehat bersama keluarganya.



PROGRAM CILI PPRT BANTU TAMBAH PENDAPATAN

Nampaknya projek cili PPRT di Pejabat Daerah dah mula round 2. Dengar dah mula diserang penyakit kerekot…tak secantik round 1 dulu. Konsultan Cumaniaga kenalah ambil tindakan segera kerana projek ni berjaya tambah income peserta…dan kerajaan dah pun belanja hampir RM 60,000.00

BANGUNAN TAMBAHAN PEJABAT DAERAH DAH SIAP …ADO BILA NAK GANTI

Bangunan baru Pejabat Daerah Gemas dah siap nampaknya. Cantik dan anggun. Bila lagi nak guna ? Lambat pun takpa. Yang perlu disegerakan ialah ADO pengganti…kini tinggal En Azmi sorang je. ADO Kanan En Razali dah jadi DO Tampin. En Khatib kursus di INTAN selama 6 bulan…kan pengsan si Azmi tu..

Gemasindah cadangkan eloklah hantar balik Encik Zahirin balik Gemas jadi ADO Kanan…orang Gemas suka kat dia…lagipun dia dah dapat Master Degree dah..dah bertambah ilmu….

PROGRAM LONJAKAN SAUJANA SYABAS PPD TAMPIN

Program Lonjakan Saujana PPD Tampin ..memang patut dapat pujian. Dengar bila ..Timbalan PPD Tampin buat cadangan program ni pd satu ketika dulu ada yang ketawakan dia…Bila dia jadi Timbalan PPD Tampin..dia laksanakan lah..
Baru –baru dibuat di STAR Gemas, next round di SKG.

Syabas Cik Puan.


REMPIT DI-KG LONDAH DAH AKTIF SEMULA ..POLIS KENALAH BERTINDAK

Rempit di Kg Londah oleh anak anak dari Kg Halacara Baru dah mula balik..dah setiap hari lepas Maghrib ..hiruk pikuklah.. Mintalah polis ambil tindakan. Tangkap dan panggil emak ayah dia orang ke balai. Mak ayah kena tanggungjawab..janganlah bila ada yang dah pecah tengkorak nanti baru nak meraong dan insaf.

ZUL TNB TENAT

Sahabat gemasindah Zul TNB sekarang sakit tenat di-hospital Seremban….bagi sahabat yg belum tahu ..eloklah lawat bila lapang



E-KASIH DAH MULA BUAT RAGAM…

Mengikut guru-guru SK Londah murid murid dar E-kasih dah mula buat ragam dah …selalu tak dtg sekolah termasuk yg nak ambil UPSR…takut pengaruhi murid kampong yg selama kini tak ada ponteng.

Pelajaran mustahak dalam usaha untuk keluar dari kepompong kemiskinan. Jadi ibu bapa e-kasih kenalah ambil berat hal pendidikan anak anak…tak kan nak wariskan PPRT pada anak anak pula ..ya tak.

Gemasindah…tulis apa yang didengar sahaja..sbb bukan reporter professional.