Khamis, 13 Mei 2010

CINTA SAORANG ANAK MUDA TERHADAP TUN DR MAHATHIR

Saudara pembaca yang dihormati....

Umum mengetahui bahawa Tun DR Mahathir merupakan saorang insan yang kontroversi. Apa maksud sebenar kontroversi itu saya pun tak faham.

Apa pun saya rasa tidak ada saorang pun rakyat Malaysia yang boleh menafikan jasa jasa Dr M terhadap negara melainkan orang itu BEBAL dari segi jiwanya.

Ikutilah luahan rasa saorang anak muda terhadap negarawannya....

Gemasindah.....syukur kpd Allah yang menganugerahkan Dr M kepada umat ....

...................................................................................

Assalamualaikum Tun,

Sampai saat ini, counter hit Tun dah hampir 29 juta...boleh di kata secara matematik mudah semua rakyat malaysia dah pernah visit blog Tun,dan lebih hebat dari itu, citizen luar negara pun akses blog Tun,nama-nama jahat mcm Hannan Israel yang saya fikir dari Israel pun visit dan menegakkan argument mereka yang tak masuk akal di blog Tun.

Mana ada blog lain seperti blog Tun....
Manusia cerdik pandai,golongan pelajar, siswa, ahli politik kerajaan / pembangkang yang pragmatik,pesimistik,optimistik,sarkastik tak lepas peluang akses blog Tun.

Mencambah fikiran...bertukar pendapat serta pandangan...Blog Tun telah menjadi wacana wadah percambahan , penyebaran dan pertembungan idea dan fikiran...Bahasa mudahnya...Blog Tun ini amat amat bermanfaat , berguna dan berkualiti...
Saya amat mengagumi Tun sejak bersekolah rendah lagi...masih saya ingat ketika kecil saya bersekolah rendah, guru sekolah saya memberi buku bacaan kanak-kanak berkenaan Tun..sejak hari itu...Tun menjadi idola saya...

Saya dan rakan rakan seangkatan umur saya ( standard cucu kepada Tun) adalah hasil produk Tun melalui dasar-dasar Tun...Dasar pandang ke Timur...Bersih Cekap Amanah...Buy British Last...Dasar penswastaan dan paling dekat dangan saya dan Melayu Melayu SEDAR DIRI yang lain adalah Dasar Ekonomi Baru. Saya bukan orang kaya..Cuma bakal menjadi golongan ‘middle class’ keluar dari Putaran Ganas Kemiskinan/ vicious cycle of poverty yang rata –rata menjadi birthright kebanyakan etnik Melayu.
Alhamdullilah...

Saya dan umat Melayu lainnya menerima kesan ‘crutches’ ini secara langsung melaui peluang pendidikan yang ada di negara ini...dan mengguna peluang , MENGHARGAI serta BERSYUKUR dengan penuh kesedaran kepada tanggungjawab agama,diri dan bangsa.

Saya dan rakan rakan marhaen lain tidak berpeluang menjadi kaya raya seperti Zaid Ibrahim yang mendapat banyak TONGKAT BESAR dalam DEB.
“Tapi tak apalah...itu rezeki dia...paling tidak....Zaid Itu bangsa aku juga...Kalau berjaya pun dia...itu bangsa aku...berkereta mewah berumah besar pun dia...itu bangsa aku...jika termasuk dalam senarai billionaire Forbes seperti Syed Mokhtar Al Bukhary ...lagi aku bangga..sebab itu bangsa aku.”
Yakin saya ..bukan saya seorang ada fikiran seperti di atas...

Cuma harapan saya...jangan lah lagi ada Melayu yang mementingkan diri sendiri sahaja...fikirkan lah nasib-nasib manusia sekeliling yang kurang bernasib baik dan yang perlukan pembelaan.

Belajarlah dari komuniti Cina...Bantu lah insan yang memerlukan..Jangan lah apabila sudah lepas tembolok kita...hal orang lain tidak dipedulikan...lebih teruk lagi...sudah lepas tembolok kita..dituba dan diracun pula habuan/bahagian yang sepatut diterima insan lain...hal begini adalah sama atau lebih teruk dari pegangan hidup Shimon Perez dan Ariel Sharon.

Tun,

Tun adalah insan terpilih..Di pilih Allah menjadi pemimpin...Diberi Allah kelebihan berfikir lebih dari manusia lain...terlalu ramai orang ingin menjadi sebijak Tun...Tun petah berkata-kata...indah susunan mengatur butir ayat...menempelak dalam kesopanan...analisis yang hebat...perkiraan yang menjadi...pandangan dan perancangan jauh...ariff dalam keputusan...Berani dan tegas dalam perbuatan....

You are the greatest thing ever happen to modern malay society/ civilization and modern history to me ,Malay masses and Malaysia, Asian region an Islamic world...Dr M for Noble prize! Siapa kata orang Melayu tak hebat?Siapa kata Melayu lemah?Tun Dr M , Tun Perak...Idola Melayu...kebanggaan rumpun bangsa..saya berharap dan yakin suatu hari nanti Tun Najib juga begitu.

Harapan marhaen seperti saya ,Melayu- Melayu lain serta rakyat Malaysia agar Tun dirahmati Allah dan diberkati senantiasa hidup Tun. Take Care Tun...God Bless You.

Wassalam...
Hazlysham Bagan Datoh

1 ulasan:

  1. puiuiohuiykhg opufkgeyu6tug buj90tg e bvyu iygereg1uiyt ytigyn ;loyu87wetgfwetf5 rp[euf4yvhutr ygrfdibvytreuigfj rytwreioksqyei

    BalasPadam