Sabtu, 22 Mei 2010

NASIHAT KEPADA DS NAJIB..................

Salam hormat semua pembaca sekalian.

Aduh …..

Tajuk diatas adalah amat tidak sesuai tetapi sesuai juga. Tidak sesuai ialah dari segi siapalah kita untuk menasihatkan DS Najib, Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malysia.

Dikatakan sesuai kerana adalah menjadi hak kita orang Melayu dan juga Ahli UMNO untuk menasihatkan Presiden UMNO yang juga menjadi Pemimpin Tertinggi Melayu untuk bertindak segera MENGKAJI dan MENGUBAH dasar dasar dan tindakannya yang TERBUKTI tidak efektif dalam meperkuatkan UMNO dan memperkasakan Melayu.

Jika sekiranya dasar dasar dan tindakan tindakan DS Najib efektif dan berkesan untuk mencapai objektif tersebut diatas maka tidaklah berlaku kegusaran umat melayu khasnya penyokong penyokong UMNO yang disuarakan melalui media perdana dan juga media elektronik yakni oleh blogger blogger yang saban hari sarat dengan komen , syor, cadangan malah rasa marah berkaitan dasar dasar dan tindakan tindakan DS Najib itu.

Yang disuarakan ialah akan dasar kerajaan yang nampak macam kemaruk sangat akan sokongan orang cina hingga menyakitkan hati core atau TERAS UMNO itu sendiri iaitu masyarakat Melayu.

Seperti biasa, EGO Pemimpin UMNO tidak pernah berubah.

Mereka sendiri mengatakan bahawa peranan media baru elektroniklah yang menjadikan BN hampir kalah pada PRU 12 dahulu…kerana berjaya MERUBAH PERSEPSI rakyat terhadap BN….

Kenapakah mereka sendiri ENGGAN BERUBAH …dengan mengambil kira pandangan dan cadangan blogger blogger pro kerajaan yang kini sudah bertambah ramai…Kenapa mereka butakan mata dan pekakkan telinga ?

Terbaru ialah rintihan Dato A’ Kadir Jasin saoarang wartawan veteran yang disiarkan oleh Utusan Malaysia hari ini.

Kemuncaknya ketidakpuasan hati orang Melayu terhadap dasar dan tindakan DS Najib ialah penubuhan Majlis Perundingan Melayu yang bukan sahaja dianggotai oleh Perkasa tetapi juga oleh lain lain NGO Melayu.


Dan yang penting MPM juga dianggotai oleh cendikiawan cendikiawan atau cerdikpandai Melayu dari pelbagai bidang.

Begitu jugalah pandangan dan sikap pemimpin pemimpin veteran Melayu khasnya Negarawan Malaysia Tun Dr Mahathir Muhammad….pun tidak sangat dipedulikan….

DS Najib harus sedar pada peringkat ini hampir kesemua parti politik dan NGO NGO Cina termasuk MCA dan Gerakan bersatu teguh untuk mencapai THE ULTIMATE OBJECTIVES mereka iatu memerentah Malaysia saperti yang berjaya mereka lakukan di Singapura.

Peluang dimana mereka mendapat sokongan yang lebih dari cukup dari masyarakat melayu melalui PAS & PKR ..telah sekian lama mereka nanti dan usahakan SUDAH TIBA TIBA MENJELMA. Bila sudah ada , dan ada dalam keadaan yang dikira kuat…adalah kita berharap mereka akan menolaknya ?

Kalaulah DS Najib beranggapan bahawa orang cina didalam MCA & GERAKAN akan menolak PELUANG KEEMASAN ini, maka perkataan Melayu yang sesuai untuk digunakan tidak ada yang tepat. Hanya perkataan bahasa Inggeris yang menjelaskan keadan ini secara tepat iaitu NAIVE.

Nampaknya DS Najib amat berharap hingga ketahap merayu dan merayu untuk mendapatkan sokongan masyarakat cina sedangkan MCA & Gerakan ..berusaha dengan cara mereka sendiri membantu rakan DAP mereka mencapai MATLAMAT BERSAMA mereka.

DS Najib wajib sedar jika DAP berjaya menang majoriti pada PRU 13 nanti MCA & Gerakan akan bubar dan semua masyarakat Cina akan bersatu dalam satu parti kiasu Cina iaitu DAP. Kalau tidak percaya tanyalah Dr Ridhuan Tee. Dia lebih memahami masayarakat cina dari DS Najib sendiri. Dan Dr Ridhuan dah pun sebut hal ini…tetapi DS Najib masih enggan menerima nasihat…masih meneruskan …..

Nasihat kita pada DS Najib ialah : LUPAKANLAH MCA & GERAKAN itu. TUMPUKAN kepada USAHA MENDAPATKAN SOKONGAN MELAYU. TUMPUKAN KEPADA MEMULIHKAN SEMULA NASIONALISAMA MELAYU.

BIARKAN DR MAHATHIR BANTU dalam hal ini ..tidak usah disekat lagi…perhimpunan Melayu saperti yang dianjurkan oleh GETAK di Terengganu itu….Orang Melayu sekarang sudah sangat tipis Semangat Melayunya

Pimpinan UMNO dari peringkat tinggi hingga kepringkat Ketua Cawangan kini dilanda SINDROM SELESA YANG PENUH PURA PURA. Tidak ada usaha yang komprehensif mendekati rakyat untuk memperkuatkan UMNO semula. Semua leka dan leka saolah olah UMNO kuat saperti dahulu. Ini berlaku disemua negeri termasuk negeri negeri yang dikuasai pembangkang.

Sedangkan waktu semakin memendek. UMNO TIDAK MAMPU lagi kena penyakit tangguh dan tangguh….sampai ketibaan satu lagi malapetaka Tsunami….barulah nak sedar…..habislah

Yang perlu dilakukan oleh UMNO ialah :_

Pertamanya memulihkan sokongan ahli UMNO sepenuhnya.
Kedua berusaha mendapatkan sokongan Melayu bukan ahli UMNO khasnya golongan muda.

Ketiga UMNO hendaklah bekerjasama dengan NGO Melayu khasnya MPM untuk mendapatkan semula sokongan majoriti umat Melayu.

UMNO hedaklah berhenti memikirkan untuk mendapatkan sokongan orang cina, untuk menang didalam PRU 13 nanti kerana jika UMNO menang , MCA & Gerakan akan menjilat semula. Perangai cina sebegini adalah pengetahuan umum.

Pemimpin UMNO khasnya DS Najib hendaklah berunding dan mendapat nasihat dari veteran veteran UMNO yang masih ada khasnya Dr mahathir tentang apa jua cara yang wajib dilakukan untuk menjadi kuat semula.

Ada kemungkinan besar pada PRU 13 nanti UMNO akan bergerak bersendirian tanpa MCA & Gerakan.

Maka perlulah UMNO memikirkan mulai dari sekarang tentang apakah strategi yang perlu diambil dan dilakukan kalau keadaan saperti itu berlaku.

Barangkali UMNO kena memikirkan persempadanan semula kawasan kawasan pilihanraya……

Dan mulai sekarang juga UMNO tidak perlu lagi membahagikan kawasan majoriti Melayu kepada MCA & Gerakan. Jika mereka masih lagi dalam BN, berikan mereka bertanding dikawasan majoriti cina sahaja. Jika mereka ingin menang mereka kenalah bekerja kuat meyakinkan masayarakat cina. Yang perlu kita ingat dari segi cina mereka tetap menang kerana MCA , gerakan dan DAP adalah sama bagi mereka.

Semua kawasan majoriti Melayu hendaklah ditandingi oleh calon dari UMNO sahaja. Kalah atau menang itu belakang kiralah.

Perangai orang Melayu ini bersesuaian sangat dengan peribahasa yang Melayu cipta iaitu sudah terantok baru tengadah.

Perangai inilah yang amat ditakuti. Sekarang ini oleh kerana perasaan negatif dijiwa melayu saperti tamak, benci, cemburu, sakit hati dan sebagainya ramai Melayu khasnya yang muda muda menjadi penyokong pembangkang. Mereka bukan sabenarnya menyokong pembangkang kerana ideologi politik. TIDAK. Mereka menyokong pembangkang sebab dikuasai Nafsu Ammarah terhadap establishment UMNO yang semakin tidak senereh itu.

Bila DAP menang nanti, mereka mulalah kesal…masa itu barulah rasa tersilap..maka bersatulah mereka untuk cuba mengambil hak mereka yang sudah hilang…mana ada hilang…hak yang mereka sedekahkan kepada orang cina….

Yang ditakuti ialah berkemungkinan besar pemberontakan Melayu akan berlaku, maka huru haralah negara ini dan susahlah kehidupan semua orang…

Nauzubillah Min Zalik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan