Isnin, 28 Jun 2010

MASIH TIDAK ISLAM LAGIKAH MALAYSIA ????

.

Salam saudara pembaca Melayu - Islam yang dihormati,

Sejak kebelakangan ini gemasindah sentiasa sahaja memulakan entri dengan menujukan SALAM DOA KESEJAHTERAAN kepada saudara saudara seagama dan sebangsa dengan gemasindah yaitu bangsa Melayu yang beragama Islam.

Dengan beraninya kita boleh mengatakan semua orang Melayu di negara kita ini beragama Islam. Orang menggunakan istilah SINONIM untuk menjelaskan hubungan keintiman antara dua entiti ini yaitu bangsa Melayu dan Agama Islam.

Barangkali dari segi fakta kitalah satu satunya bangsa yang keseluruhannya mengaku beragama Islam didunia ini. Jika ada saorang Melayu berhajat untuk menukar agamanya , masyarakat Melayu tidak dapat menerimanya secara terbuka. Perkara sebegini ( menukar agama ) tidak menjadi isu yang panas pada bangsa lain.

Memperjuangkan nasib bangsa Melayu berdasarkan kasih sayang kepada bangsa Melayu itu dirujuk sebagai Nasionalisma Melayu. Dari segi guna bahasa ia tidaklah tepat tetapi dari segi maksud orang sedia maklum kerana perkataan itulah yang biasa digunakan.

Parti PAS yang landasan perjuangan politiknya diistiharkan sebagai menegakkan negara dan sistem politik Islam , enggan menggunakan istilah Nasionalisma Melayu walaupun sasaran sokongan politiknya ialah masyarakat Melayu yang beragama Islam itu.

Parti UMNO pula sejak ditubuhkan memang jelas ideologinya yaitu memperjuangkan nasib bangsa Melayu dan mempertahankan satu satunya negara Melayu yang ada yang kini dikenali sebagai Malaysia.

Maksud mempertahankan negara ialah satu satunya negara Melayu didunia ini mesti diperentah oleh bangsa Melayu sepanjang waktu dan sepanjang zaman.

Hari ini ketika melawati laman blog saudara DIN TURTLE , gemasindah berasa amat terkejut membaca komen komen pembaca di-laman blog saudara din yang berkisar kepada dua perkataan yang menjadi fokus penulisan gemasindah yaitu MELAYU & ISLAM.

Terdapat semacam perbalahan pendapat antara dua kumpulan pembaca dari segi ideologi politik yang wajar digunakan dalam politik negara.

Satu pihak mengatakan perjuangan politik orang Melayu tidak wajar dibuat berdasarkan perjuangan bangsa tetapi sepatutnya dilakukan berdasarkan fahaman Islam yang universal.

Yang sebenarnya apa yang hendak dikatakan ialh bukannya perjuangan politik Melayu tetapi perjuangan politik orang Islam hendaklah berlandaskan ideologi politik Islam.

Jika diguna istilah perjuangan orang Melayu, maka ia akan menjadi satu perjuangan yang dilakukan berlandaskan semangat bangsa bukannya memperjuangkan masyarakat Islam.

Satu pihak lagi menekankan bahawa memperjuangkan bangsa dalam konteks Malaysia bermaksud juga memperjuangkan Islam kerana bangsa Melayu & Islam adalah SINONIM. Ianya hanya masalah pengistilahan bukannya perbezaan matlamat.

Satelah meneliti komen komen tersebut gemasindah hanya dapat tersenyum sambil menggeleng-gelengkan kepala . Pertamanya polemik tersebut jika diteruskan tidak akan ada penghujungnya kerana masing masing menggunakan pelbagai fakta sebagai memperkuatkan hujah. Keduanya tiada hakim yang boleh memutuskan siapa yang benar dan siapa yang salah.

Jikalah gemasindah dijemput dan diterima sebagai hakim, verdict penghakiman gemasindah adalah teramat mudah..kedua –dua pihak betul belaka ..tiada yang salah kerana sebenarnya kedua-duanya berhajat untuk memperjuangkan bangsa Melayu yang beragama Islam dan yang satu pihak lagi juga memperjuangkan orang Islam yang didalam konteks Malaysia ini kebanyakannya berbangsa Melayu.

Jadi gemasindah ucapkanlah syabas kepada kedua-duanya.

Namun begitu gemasindah suka juga mengemukakan pendapat peribadi berkaitan polemik / perbalahan pendapat ini kerana , isu ini sebenarnya digunakan untuk memecahkan perpaduan umat Melayu yang beragama Islam itu atau orang Islam yang berbangsa Melayu itu. Yang menggunakan isu ini sebagai modal politik ialah Parti PAS. UMNO menjadi pihak yang defensif.

Pertamanya kita wajar faham adalah amat baik sekiranya negara kita Malaysia ini diperentah secara Islamik. Baca sekali lagi yang digunakan ialah istilah pemerentahan secara Islamik bukannya pemerentahan cara Islam atau Islamic States.

Kedua istilah ini adalah berbeza dari segi maksud yang merangkumi pelbagai aspek..

Gemasindah tidak dapat menggunakan istilah Islamic States kerana gemasindah tidak faham akan apakah yang dikatakan Islamic States itu. Jika hanya menggunakan Hukum Hudud boleh diistilahkan sebagai Islamic States , maka ianya adalah terlalu simple dan menggambarkan pemahaman erti Islamic States yang amat dangkal.

Namun begitu mestilah jelas difikiran kita apakah yang kita maksudkan dengan Islamik itu. Kedua kita juga mesti faham dengan fahaman yang jelas akan istilah sistem politik Islam itu. Jelas maksudnya ialah mestilah ada cara pemerentahan yang tersusun dengan rapi yang merangkumi setiap aspek yang berkaitan dengan urusan pemerentahan dan pentadbiran negara.

Pada gemasindah adalah lebih mudah dan bersesuaian dengan keadaan semasa jika kita memerentah negara ini berlandaskan nilai nilai murni agama Islam. Ini adalah kerana nilai nilai murni agama Islam itu bersifat universal atau global.

Inilah sebenarnya yang cuba dilakukan oleh Dr Mahathir dahulu melalui dasar Menerapkan Nilai Nilai Islam.

Dalam Islam hanya ada dua perkara yang diutamakan , pertama hubungan manusia dengan manusia dan yang kedua hubungan manusia dengan Allah. Yang pertama adalah zahir manakala yang kedua bersifat batin.

Hubungan antara manusia bermula dengan unit terkecil yakni bermula dengan hubungan antara individu dan seterusnya berkembang meluas kepada anatara kumpulan individu dengan kumpulan individu yang lain, terus membesar menjadi hubungan antara bangsa dengan bangsa dan akhirnya kepada hubungan antara negara dengan negara.

Asas hubungan itu pun terlalu mudah yaitu berlandaskan sifat keperibadian Baginda Rasullullah yakni SIDDIQ – AMANAH – TABLIQ – FATONAH.

Jika sistem ekonomi yang hendak dilaksanakan inilah asasnya. Jika sistem sosial hendak dilaksanakan ini jugalah asasnya. Jika sistem perundangan yang hendak dijalankan ini jugalah asasnya.

Pemerentahan satu satu negara matlamatnya adalah satu yakni memberi kesejahteraan dalam segala aspek kepada semua rakyat berlandaskan 4 sifat diatas.

Yang lain bukannya matlamat tetapi cara cara atau methodologi yang dipilih untuk mencapai matlamat tersebut.

Jika kita mengkaji sejarah Islam, sebenarnya ada pelbagai cara pemerentahan yang dilaksanakan dari segi methodoliginya. Dizaman Baginda masih hidup bagindalah yang memerntah dengan dibantu oleh para sahabat.

Dizaman Khalifah , para sahabatlah yang memerentah.

Kita juga berasa hairan, kenapa dua sahabat Baginda yang menjadi Khalifah dibunuh orang termasuk Saidina Ali, sahabat dan menantu Baginda Rasul.

Ini adalah ankara permainan politik Muawiyah ...hingga kedua cucu baginda Rasul pun dibunuhnya. Inilah yang dikatakan politik yaitu PERMAINAN KUASA. Kita mahukah mengaku sistem politik Muawiyah dan Dinasti Dinasti salepas itu hinnga ke Daulah Othmaniah sebagai politik Islamic States ?

Kita dapati apa juga sistem pemerentahan yang diamalkan jika ianya melanggar Sifat Rasul Yang Empat itu ..pasti akan hancur. Yang menghancurkan bukan manusia , yang menghancurkan ialah Allah.
Kita sebenarnya tidak faham secara jelas , apakah yang dimaksudkan dengan orang orang yang merasakan diri mereka lebih Islam dari orang lain yang mendesak supaya negara ini mestilah diperentah secara Islam.

Berdasarkan apa yang dilakukan oleh pemerentah yang ada , Islam di Malaysia ini nampaknya amat terpelihara. Yang mungkin belum diadakan barangkali hanya Hukum Hudud .

Barangkali yang menjadi isu ialah bukan pemerentahan tetapi orang yang memerentah yang melanggar dan tidak mengamalkan Sifat Sifat Rasul.

Bagi yang menyanggah perjuangan mempertahankan hak Melayu dan dasar dasar keistimewaan Melayu berlandaskan hujah ianya dibuat berdasarkan konsep perjuangan perkauman yang tidak adil kerana tidak dibuat berlandaskan konsep Islam yang universal, gemasindah ingin mengatakan bahawa ianya memang dibuat berlandaskan konsep Islam yang universal yaitu melebehkan orang Islam yang miskin berbandinga orang Islam yang kaya atau mendahulukan orang Islam sambil tidak melupakan orang yang bukan Islam.

Janganlah mereka lupa secara kebetulan orang Islam berbangsa Melayu itulah yang miskin, yang ketinggalan , yang susah, yang terhimpit, yang bodoh, yang tidak berharta, yang tidak bermodal dan macam macamlah yang kita semua sedia maklum.

Banyak lagi yang boleh dikatakan.

Sebagai rumusan gemasindah ingin mengatakan bahawa adalah amat bodoh dan amat merugikan jika kita bertelagah mengenai pengistilahan.

Apalah bezanya melakukan sesuatu yang baik untuk masyarakat Melayu yang semuanya beragama Islam atau kita katakan melakukan untuk masyarakat Islam yang semuanya terdiri dari bangsa Melayu .

Gemasindah petik kata kata Tun Dr Mahathir semasa berucap di Perhimpunan GERTAK saperti dilapurkan oleh Din Turtle :-

Asal sebut saja Melayu, akan dicop rasis. Kita bukan merampas hak sesiapa tapi mempertahankan hak kita. Mungkin satu hari nanti kita boleh melupakan faktor kaum tapi bukan sekarang.

Sejarah membuktikan bila wujud satu kelompok yang terlalu kaya dan majoriti yang lain miskin, akan timbul kekacauan. Dan apatah lagi jika perkara yang sama terjadi berasaskan kaum. Kita bukannya menuntut samarata tapi keadilan.

Walaupun Melayu adalah majoriti, 60% rakyat negara, tapi kerana rebutkan kuasa, 60% majoriti pengundi itu telah menjadi minoriti bilamana ia terbahagi 3. Kita hanya perlu menyalahkan diri sendiri. Bila kita sudah tidak berkuasa, tidak ada siapa yang akan menjaga kepentingan kita.
t
Orang Melayu dalam keadaan cemas sekarang, keadaan menjadi genting. Kita harus bertindak atau kita akan jadi seperti Melayu Singapura. Bukannya untuk merusuh atau merampas hak orang lain, tapi kita berhak menuntut semula hak kita.

Gemasindah juga sebut maksud Firman Allah berkaitan kepada siapakah sedekah hendak didahulukan ..pertamanya ibu bapa, selepas itu adik beradik dan barulah kepada orang lain.

Nota kaki :-

Rencana ini juga telah disiarkan didalam laman blog din turtle.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan