Sabtu, 5 Jun 2010

BENARKAH KITA MEMAHAMI AKAN AGAMA YANG KITA ANUTI .....Bhgn Akhir


Assalamualaikum
Saudara pembaca yang dihormati,

Didalam entri yang lalu dalam siri artikel BENARKAH KITA MEMAHAMI AKAN AGAMA YANG KITA ANUTI ...ini penulis artikel Al-Fakir Abdillah Al-Gemasi menyatakan bahawa RAHMAT ALLAH MENGATASI SEGALANYA ...

Gemasindah kemukakan melalui entri ini sambungan artikel tersebut untuk bacaan dan renungan saudara sekalian.

Gemasindah.
...............................................................................................

PERSOALAN PELIK UNTUK MENGASAH MINDA BERKAITAN PENGETAHUAN AGAMA KITA.

KENAPA ALLAH MEMERLUKAN KHIDMAT PARA RASUL – NABI & ULAMAK UNTUK MENYEBARKAN SYIAR ISLAM ?

Cuba anda fikirkan....Allahlah yang menciptakan kesemua manusia.....tiada Tuhan yang lain. Allah jugalah menurunkan Agama Islam sebagai satu satunya agama yang diakuinya. Terlalu mudah bagi Allah menciptakan kita dan Alam Mayapada ini kerana Allah Maha Pencipta.

Oleh itu kenapa pula Allah Yang Maha Pencipta dan Yang Maha Agung itu memerlukan bantuan manusia yang digelar para RASUL , para NABI , ulamak dan pendakwah untuk menyibarkan Syiar Islam ?

Sudah tentu Mahasuci Allah dari sebarang kelemahan hingga perlu dibantu oleh manusia. Jika ini kita yakini yakni Allah tidak memerlukan sebarang bantuan manusia, mesti ada sebab sebabnya Allah mengwujudkan manusia manusia yang dirujuk diatas untuk melaksanakan penyebaran agamaNya.

Anda carilah jawapan yang sesuai berdasarkan keimanan anda . Ingat pasti ada jawapannya.

KENAPA SAIDINA ABD MUTALIB – BAPA SAUDARA NABI TIDAK MENGISTIHARKAN DIRINYA SEBAGAI MUSLIM ?

Bagaimana pula halnya dengan Saidina Abdul Mutallib, bapa saudara Baginda Rasullullah yang tidak mengistiharkan dirinya sebagai Muslim sedangkan beliaulah orang paling rapat dengan Nabi Muhammad. Apa jawapan yang terlintas difikiran anda ?

Tidak Islam-kah Abd Mutallib itu ? Kafirkah ayahnda saudara Baginda Rasul itu ? Sekuat manakah Nabi Muhammad itu, sedangkan bapa saudara yang memelihara dan melindungi dia tidak masuk Islam ? Orang lain dapat baginda islamkan. Bapa saudaranya sendiri tidak dapat di-islamkannya ?

Sudah tentu Baginda Rasul berdoa kepada Allah supaya membuka hati bapa saudaranya untuk menjadi muslim. Kenapakah Allah tidak memakbulkan doa kekasihNya, Nabi Muhammad yaitu Penghulu Segala Rasul ?

IMAN kita menjawab....Mahasuci Junjungan kita dari lemah dan doanya tidak dimakbulkan Allah. Perkara ini terjadi dalam pengetahuan Nabi kita dan Pengetahuan Allah.

Eloklah anda berfikir untuk mengetahui hakikatnya . Elok juga anda menadah tangan memohon bantuan Allah untuk mendapat jawapannya.

KENAPAKAH ADA NAMA NAMA ALLAH YANG MENUNJUKKAN SIFAT- SIFATNYA SEMACAM BERLAGA ? BERLAWANAN—HADI & MUDHIL ?

Kenapa pula Sifat Allah Taala saperti dinayatakan melalui Asma’ atau NamaNya yang Agung ( Asmaul Husna ) itu berlawanan antara satu dengan yang lain. Contohnya Allah –lah Yang Maha Pembimbing ( HADI ) dan Allah jugalah yang Maha Menyesatkan ( MUDHIL )

PANDUAN MENCARI JAWAPAN

Sebagai panduan untuk menjawab soalan soalan diatas, cuba anda fikirkan cantikkah dunia ini kalau semua yang ada berwarna hitam belaka , atau semuanya putih atau kesemuanya hijau belaka ?

Cuba juga anda fikirkan siapakah yang memperkenalkan warna warna yang ada disekitar anda kepada mata anda ? Fikirkan bagaimanakah Allah menunjukkan Keagungan dan Kehebatannya dengan menjadikan dunia ini penuh warna warni.

Bagaimanakah anda boleh mengatakan warna biru itu cantik sekiranya Allah menjadikan semua benda bewarna hitam dan biru anda itu tidak pernah anda kenali kerana tiada diwujudkan Allah.

Perbandingan hanya boleh dilakukan jika yang hendak dibandingkan itu banyak. Jika hanya satu hndak dibandingkan dengan apa ? Bagaimanakah kita boleh tahu yang satu itulah yang terbaik ?

Inilah Kekayaan Allah. Dialah jurutera Yang Maha Jurutera dan bukankah jurutera itu DiaNya sendiri ?

Dan Islam apakah anda, bila anda bangga dengan Islam anda dan memandang orang lain hina kerana tidak seislam anda( pada fikiran anda ) . Anda perasan anda lebih Islamik dari orang lain.
Jika inilah perasaan anda, maka jelaslah bahawa anda perlu disekolahkan semula.

Saudara pembaca !

Mungkin ada diantara saudara sekalian, setelah membaca soalan soalan diatas berfikir bahawa “ islam apakah penulis ini hingga berani mempersoalkan Allah, Tuhan yang kita sembah.

Untuk mendapatkan jawapan teruslah membaca risalah ini dan InsyaAllah kalian akan mendapat jawapannya.

Akhirnya sebagai penutup bab ini saya ingin mengemukan dua hadith Baginda Rasul.

Hadith Yang Pertama :-

Janganlah kamu ikut orang yang ramai itu, kerana orang yang ramai itu sesungguhnya menyesatkan kamu.

Manakala didalam Hadith yang lain Baginda Rasul menegaskan bahawa akhirnya UMAT baginda akan berpecah menjadi 73 kumpulan terdiri dari 1 kumpulan besar dan 72 kumpulan kecil.

Kumpulan besar yang satu inilah barangkali dirujuk oleh Nabi kita sebagai YANG RAMAI ITU....maka berhati-hatilah anda jika anda mengaku menjadi kumpulan AHLI SUNNAH WAL-JAMAAH.

Tetapi terpulanglah pada anda sama ada ingin mengikut kumpulan besar atau mengikut kumpulan kecil.

Pada pendapat penulis semuanya betul Cuma sekolah dan peringkat sekolahnya tidak sama. Mana boleh dikatakan orang yang lulus universiti itu betul manakala orang yang lulus SPM itu salah.

Saksi yang melihat kertas ditulis akan menyatakan siapa penulis mengikut SAIZ MATA MEMANDANG. Maka semut akan mengatakan dengan yakin bahawa penulisnya adalah dakwat manakala gajah pula mengatakan penulis itu ialah manusia. Kedua –duanya idak berbohong – keduanya bercakap benar.

Tetapi penglihatan semut yang kecil itu adalah sangat jauh berbeza dengan penglihatan saekor gajah yang sangat besar berbanding semut.

Begitu jugalah halnya berkaitan ilmu......kata Imam Ghazali didalam Ihya ..nya.

RENCANA INI TAMAT DI-SINI.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan