Isnin, 14 Jun 2010

APA NI TS MUHYUDIN ...dah lupa ke atau khayal ?



APA NI TS MUHYIDIN ...DAH LUPA JANJI KE ?
MELAYU MUDAH LUPA KE PEMIMPIN UMNO YANG KHAYAL ?


Dalam entri baru baru ini gemasindah menulis berkaitan bala bala Allah yang berterusan menimpa UMNO. Apa juga yang dilakukan oleh kerajaan BN yang diterajui UMNO menimbulkan polemik dan menyakitkan hati orang Melayu yang menjadi tunjang UMNO

Dalam entri baru baru ini juga , Gemasindah memetik tulisan Prof Datuk Dr Ibrahim Kling yang membincangkan konsep Nation Building & kecelaruan konsep 1 malaysia berkaitan cadangan menjadikan Brickfields sebagai LITTLE MADRAS.

Kita mengatakan konsep 1 malaysia yang matlamatnya sama saperti slogan Malaysia Boleh Tun Dr mahathir mendatangkan kecelaruan berterusan akibat tiada definasi yang tegas dan muktamad oleh DS Najib sendiri.

Akibatnya bukan Melayu secara keseluruhan mentafsirkan 1 malaysia berdasarkan selera masing masing. Maka berterusanlah tuntutan dan desakan agar diwujudkan kesamarataan semua kaum dalam segala serba serbi bidang , baik politik mahupun ekonomi, pendidikan, budaya dan agama.

Sedangkan perelembagaan malaysia menjamin keistimewaan melayu melalui perkara 153 Perelembagaan Persekutuan. Semuanya telah dinodai oleh pemimpin Melayu UMNO tanpa segan dan tanpa rasa bersalah.

Yang anehnya , pemimpin Melayu UMNO yang dalam majlis majlis UMNO berdegar – degar bercakap tentang perjuangan Melayu menjadi keliru yang amat sangat dalam perjuangan mereka, kerana tanpa berfikir panjang melaksanakan dasar dasar yang bertentangan dengan dasar dasar mereka yang lain.

Jelas sekali dengan sombong dan angkuh kepimpinan tinggi UMNO tidak memperdulikan pertamanya rintihan dan rasa hati akar umbi Melayu UMNO dan yang kedua tidak ambil kisah pandangan pandangan cedikiawan melayu yang terus menerus memberi nasihat dan pandangan supaya kepentingan melayu dijaga.

Terakhir ialah rancangan TS Muhyidin selaku Menteri Pelajaran untuk memperkenalkan pengajaran bahasa Mandarin & Tamil disekolah sekolah kebngsaan dengan alasan ianya praktikal untuk menyatukan kaum.

Ini adalah alasan yang amat janggal dan kelihatan amat bodoh dan tidak selari langsuung dengan konsep integrasi negara atau nation building

Akar umbi UMNO mahu kerajaan mengwujudkan sistem satu sekolah berlandaskan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar utama dan memansuhkan Sekolah Cina & Sekolah Tamil. Ini kerajaan melayu UMNO tidak berani lakukan. Yang hendak dilakukan ialah sebaliknya saperti yang dinyatakan diatas.

Sejak zaman Kesultanan Melaka lagi, Bahasa Melayu menjadi bahasa perantaraan atau lingua franca bukan sahaja di Tanah Melayu tetapi juga di Nusantara ini. Dan sejak lama juga Bahasa Inggeris menjadi bahasa lingua franca global.

Rakyat dipasar dan diwarung kopi pun setiap hari berakap melayu antara satu sama lain tanpa mengira bangsa ...kenapa pula nak diubah supaya berbahasa mandarin atau tamil bila meminta secawan teh atau membeli setengah kilo ikan bilis ?

Insaflah wahai pemimpin Melayu UMNO yang sekarang ini entah apa bangsanya. Jangan terus menerus mengkhianati bangsa sendiri dan lepas itu menuduh orang lain yang menjadi pengkhianat.

Dulu Tun Dr Mahathir perkenalkan pengajaran sains & matematik dalam bahasa Inggeris dengan niat supaya anak malaysia khasnya melayu dapat bersaing diperingkat global sbb buku buku sains & matametik dlm bahasa inggeris & kita kurang penterjemah Muhyidin batalkan atas alasan Nasionalisma Melayu & Integrasi Nasional..sekarang nak ajar Mandarin & Tamil.....nasionalis ke ? Integrasi Nasional ke ?

Inilah sifat melaun atau .............muna.....namanya. TAUBAT-lah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan