sila juga layari http://fakirabdillah.webs.com ....MELAYU DULU ...BARU 1 MALAYSIA Bagaikan Burung Yang Patah Sayap Bertongkatkan Paruh Ku Terbang Jua....
Rabu, 2 Jun 2010
BARU IDRIS JALA SEBUT........rakyat dah ambil keputusan nak .......
KOMEN KOMEN TENTANG SABSIDI
Salam pembaca yang dihormati,
Perlu kita ingat bahawa Kerajaan pimpinan DS Najib tidak ada menyebut bahawa kerajaan akan MEMBASMI SABSIDI. Maknanya ianya belum lagi menjadi dasar kerajaan untuk dilaksanakan.
Yang menyebut tentang sabsidi hanyalah saorang menteri di Jabatan Perdana Menteri. Tidak juga disebutnya dengan jelas bahawa kerajaan akan membasmi atau mengurangkan sabsidi.
Yang disebutnya ialah jika kerajaan meneruskan dasar sabsidi yang senilai dengan kos sekarang, negara akan jatuh bankrap dalam jangkawaktu tertentu.
Adalah benar seperti yang dikatakan Dato’ Kadir Jasin, perkara sabsidi ini adalah perkara yang amat rapat dengan jiwa nurani rakyat biasa yang berpendapatan rendah dimana mana negara pun didunia ini.
Didalam entri kali ini gemasindah pinjam beberapa komen rakyat dari blog Dato’ Kadir Jasin juga yang menggambarkan penentangan rakyat berkaitan sebarang cadangan untuk mengurangkan sabsidi apatah lagi jika dibasmikan.
Jika berpandukan komen komen ini, DS Najib & Kabinet WAJIB-lah berfikir sehabis-habis dalam jika berura-ura untuk mengurangkan sabsidi.
Jika dilakukan juga maka ianya adalah satu tindakan KAMIKAZE.
Sementara itu gemasindah berpendapat pihak kerajaan elok juga mengkaji akan beberapa beberapa cadangan rakyat untuk berbelanja secara berhemah disamping menyelesaikan masalah ketirisan & kebocoran .
..............................................................................
KOMEN SATU
Kah kah kah kah
Negara Malaysia akan bankrupt
Negara Malaysia akan KAPUT
pada 2019 kata Deris Jala
disebabkan pemberian subsidi yang berterusan so subsidi nak kena tarik balik kalau tak mau bankrup.Deris Jala tak berani nak sebut pasai rasuah, ketirisan, salah urus wang negara juga punca nak bankrup.
Woi Idris kata Malaysia akan jadi macam Greece pada 2019 negara kaput kah kah kah pembesar-pembesar amno akan lari duduk diluar negara kalau negara kaput.
TARIK jangan TAK TARIK SUBSIDI biar orang kampung jadi papa kedana nak makan pun kena budjet takut tak cukup duit nak beli tepung.
Yang kesian ahli/penyokong Umno susah senang tetap bersama umno walau pun yang senang dah tentu orang besar-besar umno. Mata hati dah buta dengan karat umno sehinggakan apa saja yang dilakukan oleh menteri umno betui belaka walau pun terang-terang salah disisi agama.
Hidup dinegara ini sudah terasa sengsara nya walau pun subsidi belum ditarik.
Tak dapat bayangkan macam mana nak hidup kalau subsidi gula,minyak masak,minyak petrol,tepung dan tarif letrik ditarik. Banyak orang yang akan sakit mental akibat tekanan hidup.
Woi orang besar-besar amno tolong la pikir sama orang-orang di bawah bawah bawah bawah sana jangan hanya mendongak keatas saja sehingga lupa nak tunduk...
Apa pun PRU ke 13 adalah penentu jatuh bangun kerajaan umno/bn.
Kalau keadaan seperti sekarang berterusan tak mustahil umno /bn akan tumbang seperti sekor lembu yang akan dilapah beramai ramai...
KOMEN DUA
Malaysia akan menerima nasib saperti Greece.Kita mempunyai pinjaman dalam dan luar negeri sabanyak 367 billion.Ini menurut Idris jala.Kita juga mempunyai reserve sabanyak 100 billion US dollar.Ini bersamaan 350 billion ringgit.
Mengikut Tun Daim, bekas menteri Kewangan,Reserve kita tak sama dengan reserve singapora.Reserve Singapura sabanyak 300 billion US dollar.Ia merupakan solid cash.Pegangannya dalam bentok US treasury Bill,Simpanan Emas,dan cash.Reserve kita kosong.Kita tidak ada pegeng Simpanan Emas atau Treasury Bills.Ini bermaana jika ada big outflow wang ringgit maka kita akan benkrup saperti Graace.Ini yang Bank Negara takut.Sebab itu kita maseh tidak internationlise wang ringgit.
Najib dan Idris jala memeng tidak ada otak.Jika hendak potong Subsidy lakukan dengan segera tampa meminta pendapat orang ramai.
Mana ada orang yang suka subsidy di potong.Ini merupakan political sucide.
Kita maseh beri subsidy kapada harga GAS dari Petronas.Yang untong ia lah YTL yang mengunakan gas untok janakuasanya.Yang rugi Tenaga dan kerajaan.YTL buat untong berbillion ringgit tiap tahun dan wangnya di labor untok membeli Janakuasa di SDingapura,beli tanah di singapura,beli tanah di Jepun dan beli syarikat ayer di UK.
Tanpa subsidy orang Melayu yang maseh miskin akan menderita.Jikalau tidak di potong subsidy Negara akan benkrup.
KOMEN TIGA
We have to accept the fact that there are many defects to our present subsidy system. It is timely for the govt. to look into the matter to avoid loopholes, and pilferages. The govt. should review and rationalise the whole system to be more efficient, transparent and "rakyat friendly".
KOMEN EMPAT
Idris Jala ni mangkaq betui. Ni yang buat nak cari makan susah. Orang ramai keliru bila sebut muflis,ekonomi banyak gantung kat keyakinan pasaran.
Adat la ada pasang surut tapi timing dia tu tak kena.Dah la bulan ni slow pasai bunga naik. yang dia pi tambah risau buat apa!
Ni bukan bab takut BN kalah,pasai saya pi undi pun tak pernah.Depa boleh la cukup bulan tekan ATM keluaq duit.
Ku sangka panas hingga ka petang rupanya hujan ditengah hari. Bye bye cuti Piala Dunia,
KOMEN LIMA
Ekonomi = agihan kekayaan;
Subsidi = salah satu mekanisme agihan kekayaan;
Jumlah subsidi yang besar = bukan masalah tetapi simptom kepada masalah ketidakseimbangan agihan kekayaan yang menyaksikan jurang pendapatan yang semakin ketara, puncanya lu fikirlah sendiri. bila rakyat ramai yang berpendapatan rendah tentulah mereka perlukan subsidi dari Kerajaan (orang kaya pun dapat subsidi juga, lagi banyak cuma tak dipanggil subsidi). kalau asyik sibuk dengan orang terkaya malaysia dan kekayaannya, dah tentulah kita perlukan indikator lain kesejahteraan rakyat selain daripada pendapatan per kapita;
Kalau nak kurangkan perbelanjaan Kerajaan, kecilkan saiz perkhidmatan awam, hapuskan program kerajaan yang tak produktif terutama yang bersifat kepentingan politik dan hapuskan subsidi kepada golongan kaya dan perusahaan. aku bukan politician
KOMEN ENAM
Ya ke barangan kawalan dan keperluan harian ada subsidi.
Kata kerajaan beri subsidi, entah entah hanya sengaja dibuat buat menyatakan yang kerajaan banyak membantu rakyat.
Dengan itu senanglah pihak kerajaan main tarik tali dengan tauke gula yang sentiasa mencari jalan untuk naikan hargnya. Apa yang boleh dilakukan oleh kerajaan jika tauke gula akan naikkan harga gula.
Memang tidak pernah kesan baik kepada rakyat miskipun ada insentif lain yang dilakukan pihak kerajaan.
Yang baiknya para pemimpin mendapat habuan dari tauke barang kawalan.
Kedudukan satutsqua rakyat sejak dari dahulu lagi yang miskin bertambah miskin dan yang kaya bertambah kaya.
Jadi apapun yang dilakukan oleh pihak kerajaan tidak lain dan tidak bukan ialah untuk menyeksa rakyat.
KOMEN KETUJUH
Jika sudah tak mampu menjaga kepentingan dan keselesaan rakyat berundur saja dari arena politik. berikan peluang kepada kumpulan lain yang lebih telus dan berkebolehan untuk mentadbir negara. dalam sistem demokrasi rakyat adalah bos.
Ahli politik tak kemana tanpa sokongan rakyat. jadi jagalah hati rakyat agar sentiasa selesa dan aman. rakyat tak mahu kekayaan yang lebih-lebih, cukup sekadar hidup selesa tanpa bebanan belanja yang menekan disebabkan kenaikan harga minyak dan barang-barang keperluan lain. itu saja yang rakyat mahu. itupun tak boleh tunaikan?
KOMEN KELAPAN
Idris Jala ni ingat kita ni budak-budak sekolah ka? Bagi subsidi macam bagi duit belanja sekolah hari-hari. Well, hear me Mat Deris. No subsidies, no votes for your boss la brader. Good luck my friend.
KOMEN KESEMBILAN
Kalau kerajaan hentikan penggunaan sistem kontrak pembinaan JKR -Lump Sum, Bills of Quantities, Turnkey dan Design and Build iaitu sistem kontrak konvensional jenis Price-in-advance atau maksud Islamnya kontrak pembinaan al-Istisna'/Tempahan dan berpindah menggunakan sistem kontrak pembinaan alternatif keluaran Joint Contract Tribunal (JCT)Ltd. UK jenis Cost Reimbursement atau Managemenat Type Construction Contract yang meliputi Management Contract, Design and Construction Managemant dan Project Management atau maksud Islamnya kontrak pembinaan al-Ijarah/Upahan, kajian saya mengatakan bahawa, bukan sahaja masalah ali-baba, ketirisan, kualiti, rasuah, keuntungan berlebihan, VO tambahan dan projek lewat mula/siap dapat diatasi, malah kerajaan menikmati penjimatan kos pembinaan sekitar 15%.
Boleh sdr taksirkan berapa peratus agaknya penjimatan belanjawan kerajaan setahun dalam pelaksanaan projek2nya?
KOMEN KESEPULUH
Soalnya, Idris kata kerajaan tak mampu lagi tampung kadar subsidi seperti yang ada sekarang. Malah dia kata negara akan muflis, bankrupt, kaput, hancus dalam masa lima tahun kalau kadar perbelanjaan negara dikurangkan.
The answer my friend is blowing in the wind..the answer is blowing in the wind.'
We say the country won't be Bankrupt in 5 years time but we can be assured that the BN administration will be dumped into the deep end of the Lakes of Putrajaya comes PRU 13... if those 'MAGICAL D.U.M.B (Deranged, Useless, Mental Blocked
KOMEN KESEBELAS
Soalnya ialah samada iklim politik masa kini akan mendorong Kerajaan untuk melaksanakan program pengurangan subsidi secara menyeluruh dan dalam jangka masa singkat (seperti yang dicadangkan oleh Idris Jala) atau akan dibuat secara incremental?
Apakah Kerajaan berani melakukannya apabila mengetahui Pakatan Rakyat akan menentangnya. Isu ini boleh diputarbelitkan oleh PR dan rakyat akan mudah terpengaruh dengannya apabila melihat harga barangan naik secara mendadak sedangkan pendapatan atau gaji mereka tidak berubah. Dalam waktu yang sama pula Kerajaan bercadang untuk melaksanakan sistem GST yang masih diragui keberkesanannya. Bayangkan pula perasan tidak puashati orang ramai khususnya kaum bumiputra mengenai model ekonomi.
KOMEN KEDUABELAS
Rumusan Dato' Kali ini Amat Jelas sekali!.
Jika pemerintah masih tidak faham lagi, sudah tentu ia nya kerana tidak mahu faham.
Rakyat amat peka dengan ketidak perihatinan kerajaan dalam hal perbelanjaan. Apatah lagi apabila mereka lihat macam mana duit dibelanja untuk bermacam macam Project Mewah dan perayaan perayaan yang besar besaran.
Kalau kerajaan mahu rakyat membendung pemborosan dan perbelanjaan, kerajaan hendaklah memberi contoh yang terang terang akan memberi keyakinan kepada rakyat bahawa apa saja pemotongan subsidi adalah untuk kepentingan semua dan bukan sahaja untuk kepentingan pemerintah.
KOMEN KETIGABELAS
Penyelesaiannya yang saya harapkan adalah keujudan sistem dua parti diMalaysia ini. siapa yang boleh mengurus ekonomi dengan baik dan memberikan kesejahteraan kepada rakyatnya mereka lah yang saya pilih. Maksud mengurus ekonomi ini termasuklah sistem percukaian, subsidi, menarik pelaburan, perkhidmatan awam,ketelusan, infrastruktur dan seterusnya.
Dinegara maju mereka yang ingin bertanding untuk jadi pemimpin selalunya akan berbahas dan berdebat tentang pembaharuan ekonomi yang akan dibuatnya jika beliau dipilih bukan macam kita banyak sangat propaganda sebelah pehak.
Dalam manifesto PRU12 dulu tak sebut pulak nak perkenal GST jika ia baik untuk negara dan rakyat(sebagaimana kata menteri). Begitu juga halnya dengan hal kurangkan/hapus subsidi, nak naik tol,jika tidak negara akan bankrupt (itu kata idris jala). Kalau dulu depa cakap senanglah saya buat keputusan nak undi sapa. Tapi tak apa PRU13 ada.
Contoh beberapa pembaharuan yang boleh di lakukan seperti dalam kes Perkhidmatan awam seperti berikut:-
Kaji semula bilangan kakitangan awam kearah penggunaan optimum seperti sektor swasta.Jumlahnya sebaiknya ikut nisbah yang diamal oleh negara yang maju dan berjaya supaya tidak berlaku lebihan kakitangan.
Umur persaraan elok kembali kepada 56 tahun kecuali jawatan seperti doktor, guru tertentu, atau pakar dalam bidang tertentu. satu staff yang dah umur 55 gajinya maksima dah boleh bayar untuk 3 ke 4 orang staff baru. faedah lain dapat kurangkan pengangguran.
Mansuhkan penyambungan perkhidmatan kontrek seperti diamalkan sekarang. Sepatutnya timbalan dah cukup terlatih untuk mengganti ketuanya. Jika gagal sesuatu yang tidak betul, mungkin tidak diberi peluang.
Itu hanya diantara beberapa contoh yang kerajaan kena lihat seperti juga yang disebutkan pembahas diatas sebelum menarik subsidi terutama petrol. Bahan bakar ini mempunyai 'chain reaction'dimana harga semua barang pengguna akan naik bermula dari 'production cost' akibat naiknya bahan bakar tersebut ditambah lagi kos penghantaran sebelum sampai kepengguna.
Akhirnya pengguna lah orang terakhir dan menanggong kenaikan harga tersebut. Pehak pengilang dan penghantar tidak berapa terjejas kerana mereka akan menaikan harga dan tarif ketakat mereka masih lagi boleh mendapat untung, jika tidak mereka akan tutup operasi.
KOMEN KELIMABELAS
Saya mencabar kerajaan untuk hapuskan subsidi dalammasa 5 tahun ini , dan mereka akan lihat bahawa BN akan menjadi nota kaki sejarah kerana BN akan hilang semua kerusi DUN dan Parlimen. Itu saya berani untuk gerenti.
Orang-orang seperti Idris Jala hanya tahu menafsirkan data dan tidak tahu kepayahan rakyat marhain yang bertungkus lumus untuk menyabung hidup. Sekiranya subsidi di hapuskan, lebih 75 % daripada kakitangan awam akan jadi rakyat termiskin kerana tidak mampu menampung hidup dengan gaji yang ada.
Industri automobil dan seumpama dengannya akan hancur kerana tiada lagi pembeli yang mampu membeli berikutan kenaikan harga petrol yang mendadak.
Kerajaan nak selamatkan 103 billion dalam masa 5 tahun tetapi kerajaan akan hilang beratus bilion lagi bila rakyat tak mampu berbelanja dgn upah yang sikit.
Industri perlancungan juga akan lenyap bila semua kos meningkat dari hotel, pengangkutan, makanan dan yang berkaitan dengannya.
Model Ekonomi Baru dan GST juga akan menyumbang kepada peningkatan kos ditambah pula dengan penghapusan subsidi, saya percaya rakyat akan bangkit seperti di mana-mana benua didunia dan menghancurkan kerajaan yang memerintah dalam pilihanraya ke 13.
Pengurangan kebergantungan kepada subsidi adalah perlu tetapi penghapusan kepada subsidi merupakan taligantung kepada kerajaan yang memerintah.
KOMEN KEENAMBELAS
Dibawah pimpinan PM DS Najib negara tidak akan sekali-kali jatuh bankrup kerana beliau mempunyai para penasihat yg cukup bijak dan pintar dalam semua bidang.Sebahagian daripada mereka ini adalah pakar-pakar yg didatangkan khas dari luar negara. Khabarnya,jawatan-jawatan CEO-CEO untuk beberapa syarikat GLC yg penting seperti Petronas juga akan diisi oleh pakar-pakar dari luar negara.
Demi untuk menjaga imej dan kedudukan mereka sebagai pakar sudah tentunya mereka akan menasihati PM Najib melaksanakan dasar-dasar yg pasti akan membawa masuk wang dan dana kepada negara,tak kiralah apa nak jadi kepada rakyat jelata dan keadaan politik dalam negara.Atas dasar kepentingan wang kita lihat kerajaan telah membuat beberapa
keputusan yg tidak disenangi oleh rakyat,khususnya orang Melayu.Contohnya:
1. Kandongan dasar MBE yg mengenepikan kepentingan orang Melayu.
2. Rancangan menghapuskan subsidi.
3. Pengluaran lesen judi sukan tempuh hari.
4. Perlaksanaan GST(kini di tangguhkan).
5. Penyerahan tanah KTMB di Singapura.
Oleh itu kita tidak perlu rasa bimbang tentang negara kita akan jatuh bangkrup.Apa yg kita bimbang ialah UMNO/BN akan tumbang dalam PRU 13 nanti dan PM Najib akan tersingkir dari Puterajaya.
SERANGAN ZIONIS…..YANG TERAMAT KEJAM…..
MARI KITA KITA SAMA SAMA BERDOA KEPADA ALLAH AGAR MEMBALAS KEKEJAMAN YAHUDI ITU. APALAH YANG ORANG ISLAM BOLEH BUAT ..BILA TIDAK ADA SENJATA CANGGIH…..MELAINKAN BERDOA.
APABILA IRAN MEMAJUKAN SISTEM NUKLEAR ..RAMAI KERAJAAN ISLAM MENGHENTAM IRAN UNTUK MENGUATKAN ISRAEL…..DASAR M’SIA ARAH KESITU JUGA NAMPAKNYA.
Gemasindah.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
orang yg dangkal pemikiran yg mengatakan bila PRU kita ubah kerajaan,sedangkan mereka tidak tahu andai kerajaan baru dibentuk,bolehkah hasrat mereka dipenuhi..dah dapat dilihat masa sekarang,pembangkang yg memegang kerajaan negeri tetap bertindak seperti pembangkang,bukannya memajukan negeri malah gila berceramah seperti dulu,tak ceramah tak masyukkk beb
BalasPadamSalam & terimaksih bro lawak
BalasPadamInilah persoalan yg menjadi cabaran besar kpd pimpinan umat melayu iaitu tipisnya semangat cintakan bangsa & agama dihakis oleh fahaman liberalisam dlm segala bidang yg akhirnya akan memusnahkan diri umat myu itu sendiri.
Kita sama-samalah berusaha mengikut kadar kemampuan kita utk menyedarkan bangsa myu kita ini bro