sila juga layari http://fakirabdillah.webs.com ....MELAYU DULU ...BARU 1 MALAYSIA Bagaikan Burung Yang Patah Sayap Bertongkatkan Paruh Ku Terbang Jua....
Jumaat, 11 Jun 2010
RMK 10...........
Salam saudara pembaca yang dihormati....
Semalam DS Najib membentangkan RMK 10 dan hari ini akhbar membuat lapuran untuk makluman rakyat.
Komen ?
Apa yang nak dikomen..semuanya cerita yang sangat MENYERONOKKAN tambahan pula mengikut MERDEKA RATINGS 60% rakyat berdiri teguh dibelakang Tok Najib.
Hanya satu satu ayat komen yang merangkum semua kata hati ..SYABAS TOK NAJIB WE LOVE YOU...YOU ARE GREAT...!!!
Biarlah blogger pakar ekonomi saperti SAMONGKOL AK47 yang komen
Cuba lihat tajuk pemberitaan akhbar Utusan Malaysia saperti dicatatkan dibawah :-
Tranformasi Malaysia
..yes we are continously transforming
RMK -10 Ekonomi berkembang 6% - Ekonomi dunia berkembang 4.5% sahaja
- tak hebat ke Malaysia--yes yes - 1 Malaysia ..lupa pulak . Yang demikian kita nak jadi world leader ...next tajuk
Malaysia sasar tempat 10 teratas didunia.
.ini munasablah ..tak kan nak jadi no 1. kita kan negara kecil tak kan nak atasi USA atau jepun kot ?
Akaun luar negara kekal kukuh...
Berubah atau terus ketinggalan.
...yang berubah 1 Malaysia...orang Melayu enggan berubah masih nakkan tongkat kerajaan...jadi tertinggallah ye !!
Kekangan sektor perkhidmatan dikaji semula
....oops ..baru nak kaji..dah tu camno nak jadi nombor sepuluh...tak payah kaji..penyakit utama sektor awam & swasta ialah kanser RASUAH & salahguna kuasa.
Sabsidi kawalan harga dirasionalisasikan berperingkat.
..ha ha ..dah agak dah mesti kena tarik punya...jangan usik sabsidi minyak disel ..cukup..nanti peniaga cina yang kelahap tu menjadi tambah kelahap..yang tukang beli majoriti melayu
Gunatenaga dijangka berkembang pesat..
.nak kembang apa ..bila graduan ramai yang lulus dalam bidang yang tidak professional...tak kan semua nak jadi guru ajar sejarah dan sastra melayu klasik
Pasaran ekspot berkembang 10.6 %
..wow kira bagus tu nilai eksport pada 2015 RM 2.19 trillion ..ayo gkan ..banyaknya...jadi takyah-lah tarik / kurangkan sabsidi leh ke Tok Najib ???
Pelaburan swasta berkembang 12.8 %...
Swasta digalak biayai pekerja melanjutkan pelajaran keperingkat PhD....
PPP - aset awam akan dicairkan nak diberi kepada swasta memajukan.
...cinalah tu
RM 230 billion belanja pembangunan
..kalau masih nak bagi cara negotiated tender ..tak banyak sangat projeklah yang boleh dibuat..zaman Pak Lah dulu kos buat IPD yang disediakan oleh jurutera perunding sebanyak RM 100 juta bila dinegotiatekan jadi RM 350 juta. Adalah Dato' yang kahwin dengan artis terkenal tu dapat 3 x 350 juta projek = 1.5 billion.
Ada juga dapat projek terus beli heli...ada juga yang sign kontrak dibayar terus 10% drpd nilai projek ..dapatlah 30.5 juta...kenapa jadi bodoh nak teruskan projek..30 juta beb...7 keturunan tak habis..sumber gemasindah ialah orang alim..
Peranan GLC lebih penting
...penting memang penting bagi orang yang ada kuasalah..bagi melayu...glc pandang melayu macam haprak...
Klinik Satu Malaysia & PEMUDAH bakal tawar khidmat lebih cekap & mantap
...ye ke ..sana sini kita dengar keluhan untuk buat pinjaman jamin tak lulus punya makan setahun ...jika nak lulus cepat kena guna khidmat konsulatn 8% yang ditubuh oleh melaun melaun yang ada dalam bank tu...selagi melaun melaun tu ada..sorilah Tok Najib..tang tu jugaklah kita ..taklah berubah kemana pun !!!!
Konsep 1 Malaysia kukuh perpaduan
...yang inilah yang paling syok dengar ni ...sungguh merapu mengalahkan ikan kerapu..berpadu macam mana ..tafsiran pelbagai dibuat untuk kepentingan masing2....1 malaysia gugat keistimewaan melayu, bahasa melayu , agama melayu, sekolah ikut bahasa masing2 ..no nation buiding-lah namanya..katun katun...dahlah Tok najib please give definite and final definition of your 1 Malaysia..gemasindah ikut TS Muhyidin-lah ..melayu dulu baru 1 M'sia
Pemilikan Ekuiti bumiputera kekal
...lho kekal ? kekal pada yang ada sekarang ? kan Perkasa dah mintak pembahagian kek ekonomi ikut jumlah peratusan kaum..melayu kan ada 62% ? Ok oklah ..buatlah...tapi siapa yang nak buat? MECD dah dibunuh ..nak suruh Idris Jala jaga ke ? MARA dah jadi MARAH , TEKUN dah jadi kurang tekun ?
Kecekapan pengangkutan awam dipertingkatkan
....yang ini dah letih dah letih dengar ceramah retorik dah..landasan berkembar dah siap lama dah EMU ..belum ada lagi...bila rakyat bersungut marahkan warga KTMB...dia orang nak buat apa ..semua yang tak cukup ???
Transformasi sektor awam untuk tindak balas berkesan
.....aduh transform lagi ..berapa kali transform daa...macam tu jugak...rasuah merata-rata dari office boy sampai menteri.
..dah tu buat pulak kerja kelakar...macam Menteri Besar Negeri Sembilan , tokoh koparat yang terkenal itu..buat dailog one way trafik diseluruh negeri sembilan...tugas pegawai ...dengar rintihan rakyat..tak usah jawab apa apa ..dok dengar aje..wakil rakyat..tak pernah nak datang..hantar wakil je..lepas dailog...ok..dah buat kerja dah...lepas setahun hampeh pun takda dibuat...aduh menyampah ..menyampah..tarnsform Menteri Besar yang koparat tu dulu Tok Najib..tah apo apo...
Dan banyak lagi tajuk tajuk seronok...bukan main riang hati den bilo baco ee..raso nak molompek lompeh bro.....
Gemasindah nak join grup LOTEH DEN..gotahlantun.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan