Rabu, 23 Jun 2010

INDUSTRI KAMPONG ----PERLU DIAKTIFKAN SEMULA



INDUSTRI KAMPONG


Salam saudara pembaca yang dihormati,

Hari ini gemasindah sebagai ahli GEMAS HOMESTAY menerima kedatangan anak angkat saorang pelatih INTAN yang akan tinggal bersama kami selama 2 minggu.

Pelatih ini merupakan salah saorang dari 107 pegawai muda MCS / PTD yang dihantar oleh INTAN keseluruh kampong di Daerah Tampin, NSDK untuk membuat “ OBSERVATION “ berdasarkan tajuk tajuk yang disediakan oleh INTAN.

Tajuk “observation “ pegawai muda yang tinggal di rumah gemasindah ialah INDUSTRI KAMPONG. Satu tajuk yang menarik perhatian Gemasindah sendiri kerana hasrat kerajaan untuk menjayakan Program Industri Kampong ini merupakan satu hasrat yang lama yang sudah dilupakan kerana tidak ada yang berjaya walaupun banyak wang telah dibelanjakan.

Jikalah hasrat serta usaha kerajaan untuk mewujudkan industri kampong ini berjaya, maka ianya sudah pasti akan mendatangkan banyak peluang pekerjaan disamping menambah pendapatan usahawan desa..dan peningkatan ekonomi negara secara amnya.

Gemasindah berpendapat dengan menjadikan cerita gagal sebagai landasan - program industri kampong ini perlu digiatkan semula secara lebih serius sebagai satu program utama untuk mereformasikan ekonomi luarbandar.

DEFINASI YANG TEPAT – INDUSTRI KAMPONG IALAH SME

Pertamanya perlu jelas tentang apa yang dirangkumkan dalam istilah Industri Kampong itu. Pada hemat gemasindah industri kampong hendaklah jangan dipisahkan dari rancangan kerajaan untuk mengembangkan dan memperkukuhkan peranan dan sumbangan SME Negara.

Industri kampong juga hendaklah diperluaskan skopnya. Tidaklah sesuai lagi kita bertumpu kepada pengeluaran kerepek ubi , rempeyek, dodol atau kuih bahulu yang merupakan “ low value” produk sahaja. Barangkali dari segi matlamat dan rancangan kita boleh menjadikan industri kampong sebagai industri memasang kereta mainan remote control sebagai contoh atau penghasilan electronic board dan lain lain produk yang bersesuaian.

Definasi Industri Kampong ialah pertamanya mewujudkan pusat industri desa yang mengeluarkan produk produk berasaskan bahan bahan asli yang terdapat di kampong – kampong dan yang kedua membawa masuk pengilang pengilang kecil yang menghasilkan produk produk tertentu dengan menggunakan tenaga pekerja dikampong kampong.

Yang demikian cara kita memandang Industri kampong itu perlulah dipelbagaikan atau diubah. Ini hendaklah dilihat dari beberapa aspek.

Yang pertama saperti yang dilakukan pada satu ketika dahulu ialah bertumpu kepada penghasilan produk produk berasaskan bahan bahan asli / raw material yang terdapat dikampong-kampong.

Yang kedua ialah mengimpot pengilang pengilang berskala kecil menghasilkan produk produk tertentu yang boleh dihasilkan dengan menggunakan tenaga pekerja dikampong kampong.

Yang ketiga ialah berkaitan “seriousness” atau tumpuan kerajaan sendiri untuk mewujudkan industri kampong ini. Pada peringkat awal ianya tidaklah patut dilakukan berdasarkan faktor keuntungan jangka pendek sahaja. Ianya perlu dilakukan berobjektifkan faedah jangka panjang yakni untuk mereformasikan sistem ekonomi luar bandar yang kini berlandaskan pertanian berskala kecil yang dilakukan secara kerja sambilan untuk cukup makan sahaja ( non – commercial )

Sudah begitu lama , perkara mereformasi sistem ekonomi desa ini dibincang dan dilaksanakan berasaskan konsep yang tradisi yakni ekonomi berasaskan pertanian. Maka ujudlah tanah pinggir, rancangan Felcra, RTB Risda dan Felda.

Kita amat bersyukur juga atas apa yang telah dilakukan, tetapi sudah wujud keperluan merubah secara serius asas asas kegiatan ekonomi desa ini kepada satu sistem yang lebih bertumpu kepada pengkomersialan kegiatan ekonomi desa itu , Dan ini boleh dimulakan dengan penghasilan “ value added products” hasil hasil kampong.

Barangkali sebagai contoh , kita boleh menggalakkan petani petani kampong menanam cili besar untuk dibekalkan kepada pengilang SME yang mengeluarkan cili sos yang dibina dikawasan khas Industri Kampong itu sendiri. Atau FELDA dengan kerjasama MARDI boleh memulakan pengeluaran makanan binatang berasaskan buangan sawit di rancangan Felda sendiri.

KAJI PUNCA KEGAGALAN

Sapeti yang disebut terdahulu cerita industri kampong ini adalah cerita lama yang menyedihkan kerana ianya penuh dengan cerita kegagalan yang amat merugikan baik dipihak kerajaan mahupun pihak penduduk kampong yang menjadi pihak yang sepatutnya menerima manfaat.

Kenapa gagal ?

Mencari punca gagal inilah yang wajib dilakukan oleh pihak yang bertanggungjawab. Dan setelah sebab sebab kegagalan dikenalpasti barulah boleh perancangan baru dibuat untuk dilaksanakan.

Pada gemasindah, punca kegagalan utama ialah sikap tidak serius kerajaan sendiri. Adakah patut satu rancangan murni yang bertujuan untuk meningkatkan ekonomi penduduk kampong diserahkan kepada agensi saperti KEMAS untuk melaksnakannya sedangkan KEMAS itu ditubuhkan untuk tujuan kemasyarakatan dan sememangnya tidak memilikki kepakaran dan keupayaan melaksanakan program serius seumpama industri kampong ini.

Maka yang ditumpukan oleh KEMAS ialah kegiatan yang dikatakan sebagai aktiviti industri kampong saperti menggorengkan kerepek ubi dengan menggunakan dapor sabak tanah, menggoreng remepeyek didapur rumah dan sebagainya. Memang ada dibangunkan beberapa kawasan khas industri desa tetapi ianya menjadi tempat lembu lembu melepak dan tidur.

Jika kerajaan serius untuk REFORM EKONOMI DESA ia hendaklah diterajui dan di pantau oleh agensi peringkat tinggi yang mempunyai kepakaran yang boleh - pertamanya membuat satu masterpalan yang terperinci , satu peruntukan khas disediakan dan sakurang-kurang satu agensi atau kumpulan pemantau pakar dilakukan diperingakat negeri jika tidak dapat ditubuhkan diperingkat daerah.

INDUSTRI APA YANG PERLU DITUMPUKAN &
JANGAN HANGAT - HANGAT TAHI AYAM.

Perlulah ada kajian yang menyeluruh dan terperinci tentang industri apakah yang perlu dibuat di kampong kampong. Kajian bukan sahaja dibuat dari aspek produk yang hendak dihasilkan tetapi juga meliputi pertamanya aspek pasaran yang tidak perlu bertumpu kepada pasaran domestik semata-mata tetapi juga pasaran eksport.

Kedua teknik dan cara produksi. Adalah amat rugi jika MARDI umpamanya membelanjakan jutaan RM untuk mengkaji dan mengeluarkan mesin atau alat pengeluaran canggih tetapi tidak digunakan.

Ketiga yang perlu diteliti ialah aspek modal baik modal kewangan mahupun modal insan. Pemilihan peserta peserta industri kampong perlulah dibuat berdasarkam merit, minat , kesungguhan , ilmu, kepakaran dan sebagainya dan bukan berdasarkan faktor politik.

Keempat ialah penglibatan kerajaan secara serius , berterusan dan bersungguh-sungguh.
Dalam hal ini pertamanya mestilah ada agensi khusus pelaksana, kedua mesti ada peruntukan yang mencukupi , ketiga mesti ada badan penyelaras diperingakat daerah jika boleh , keempat mesti diwujudkan satu kawasan industri kampong sekurang-kurangnya pada peringkat daerah dan akhirnya pada setiap mukim lengkap dengan prasarana asas.

Kelima produk industri kampong hendaklah dibuat mengikut piawaian khusus agar mutu terjamin dan dapat dipasarkan. Itulah sebab ianya hendaklah dimasukkan sebagai produk SME.

AGENSI PERLAKSANA


Janganlah diberikan tanggungjawab ini kepada agensi yang tidak ada ilmu dan kepakaran saperti KEMAS.

PESERTA

Kriteria pemilihan peserta hendaklah berasaskan faktor bukan politik

LOKASI & PRASARANA

Kalau boleh disetiap mukim diadakan kawasan industri kampong

MODAL


Halangan utama ialah orang kampong rata rata miskin dan tiada modal. Kerajaan perlulah menyediakan Tabung Khas industri kampong dan permudahkan cara cara mendapat modal dan percepatkan urusan kelulusan - jangan sampai berbulan bulan. Masalah yang kita hadapi ialah birokrasi. Untuk tidak lulus makan masa 6 bulan. Dan pastikan tiada amalan korupsi dalam memilih peserta dan dalam memberi modal.

LATIHAN & PERALATAN


Penggunaan cara tradisi saperti sabak atau dapur kayu api, dibuat dibelakang rumah bawah pokok rambutan saperti dahulu hendaklah ditamatkan. Gunakanlah pengeluaran secara jentera canngih dan teknik yeng moden.

Peserta hendaklah dilatih terlebih dahulu sebelum memulakan projek. Utamakan mereka yang berilmu , yang ada visi seperti graduan dari kampong yang masih menganggur...atau generasi kedua felda yang ramai itu.

Pemasaran produk hendaklah dilakukan oleh agensi sedia ada atau jika perlu ditubuhkan agensi pemasaran khasnya kerana inilah kelemahan utama penduduk kampong apatah lagi networking pemasaran dikawal ketat oleh saudagar cina.

PERANAN MARDI

Pihak MARDi yang telah banyak menjalankan R&D dalam hal pengeluaran peralatan ini hendaklah dilibatkan secara aktif diperingkat tinggi dan peringkat latihan usahawan.

MENGIMPOT INDUSTRI KE KAMPONG

Kerajaan juga hendaklah melakukan kajian terhadap cadangan ini dan melaksanakannya.


Gemasindah.....its only a piece of my mind.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan