Salam pembaca melayu - islam yang dihormati..
Mahu atau tidak, kita kena menerima kenyataan bahawa sejak kebelakangan ini bermula dari pengenalan Islam Hadhari Pak Lah , bala Allah datang menimpa UMNO dan orang melayu - islam silih berganti..satu lepas satu ..secara berterusan.
Kalau merujuk kepada amalan orang tua tua dulu kita kenalah MANDI TOLAK BALA atau ada orang menyebutnya sebagai MANDI BUANG KIFARAT. Kifarat pada bahasa lembut dikatakan sebagai daki atau karat karat. Dalam bahasa tegas ia adalah dosa dosa yang telah UMNO lakukan atau dilakukan oleh pemimpin pemimpin dan ahli ahlinya.
Terakhir entah apa sebabnya secara tidak semena-mena Universiti Malaya dijadi medan menghentam Negarawan Melayu yang telah banyak berjasa pada bangsa dan agamanya. Hanya orang yang membutakan mata dan hatinya dan orang yang secara sengaja memekakkan telinganya untuk kepentingan politik MELAUN sahaja yang menidakkan sumbangan Tun Dr Mahathir.
Bukan sahaja Tun yang menjadi bahan momokan , seluruh umat melayu - islam pun dimomokkan ...dan pemimpin kita khasnya DS Hishamuddin masih SERONOK BERDIAM DIRI.
Semalam DS Najib menasihatkan bangsa melayunya supaya adil dan jangan memaki hamun kaum cina dan india kerana sokongan mereka pun diperlukan untuk keamanan dan keharmoniaan negara ini ...untuk terus maju.
Sambil angkat tabik hormat kepada DS Najib, gemasindah melihat apa yang diungkapkan oleh DS Najib itu semacam menuduh melayu yang kurang ajar..sedangkan umum menjadi saksi ..disamping segelintir melayu yang kena penyakit sasau itu majoriti yang suka memaki hamun, membuat fitnah, pembohong, penghasut permusuhan adalah terdiri dari orang cina dan india .
Secara umumnya kita katakanlah untuk tidak dituduh rasis bahawa mereka mereka itu adalah dari kumpulan parti parti pembangkang.
Kami suka mengingatkan kepimpinan kita khasnya Menteri Dalam Negeri supaya memahami istilah NAIK TOCANG atau perumpamaan KADUK NAIK JUNJUNG atau perumpamaan CACING NAIK KEMUKA dan juga bidalan bahasa JANGAN NASI JADI BUBUR.
Adakah pemimpin pemimpin melayu diperingkat tinggi dan yang kami amanahkan untuk memimpin kami ingin dinobatkan sebagai orang paling sabar didalam rekod guiness ?
Ini bukan soal sabar. INI ADALAH SOAL KETEGASAN. Kalau bekas pemimpin Melayu seperti Tun Dr Mahathir tidak dibela oleh anak anak didiknya iaitu pemimpin UMNO yang ada sekarang....apalah rakyat diperingkat bawah boleh lakukan ?
Perkara m orang bukan melayu berani memaki hamun dan memomokkan institusi melayu dan orang melayu ini tidak berlaku semasa Tun menjadi Perdana Menteri. Kerana apa ? Kerana Tun TEGAS dalam menjaga keamanan dalaman negara.
Tun masih lagi hidup bersama kita. Maka tidak bolehkah pemimpin yang ada sekarang belajar dari Tun ? Atau mereka pun sudah turut sama BESAR KEPALA ? TAKBUR, UJUB dan RIAK ? Atau mereka menganggap mereka lebih pandai dari Tun ?
Atau memang menjadi tradisi UMNO suka menghina bekas bekas pemimpinnya ...Bila sasaorang bekas pemimpin bersara atau dibersarakan kualiti yang dulu disanjung bijak ..bila berhenti terus jadi bodoh ? Terus tidak berguna ?Dan inilah yang terjadi kepada YM Tengku Razali Hamzah, tiba tiba jadi tidak cerdik dan disisihkan bila kalah dalam persaingan kepimpinan UMNO !!!!
Inilahlah sebenarnya salah satu budaya UMNO yang menjadi salah satu punca KIFARAT disamping amalan syirik hoppi ...sikap cinta dunia yang berlebihan yang menambahkan Kifarat..dan bala terus menimpa.
Dalam entri sebelum ini gemasindah menyebut tentang penyakit patogenik & non-patogenik UMNO dan menyebut tentang virus , kuman dan sel kanser berkaitan isu isu tanh KTMB, isu sabsidi dan isu tikam dari belakang rakan rakan UMNO didalam Barisan Nasional...
Tidakkah perkara ini boleh dilihat sebagai bala bala yang merupakan dugaan dugaan dan barangkali AMARAN & PERINGATAN dari ALLAH ?
Kenapa pemimpim pemimpin dan ahli ahli UMNO tidak melihatnya begitu ?
Dan bukankah orang orang yang berkata lain dan buat lain dirujuk sebagai melaun jika kita tidak hendak menggunakan istilah agama ..yang mengerikan itu ?
Pemimpin UMNO berkata dan berjanji hendak membela melayu-islam. Yang dilakukan sebaliknya. Pemimpin UMNO bercakap dan berjanji nak utamakan rakyat yang miskin, yang hendak dilakukan akan mengsengsarakan rakyat miskin !!
Bukankah penarikan SABSIDI akan memeranakan rakyat miskin ? Bukankah kenyataan berkaitan sabsidi ini akan menambah kebencian rakyat ? Bukankah kalau rakyat sudah benci UMNO akan punah ranah ? Tidakkah pengumuman TIDAK PERLU sabsidi ini oleh Kerajaan UMNO sendiri umpama sel kanser ?
BERKAITAN SABSIDI ...tulisan Dato Kadir Jasin mengenainya ..menepati luahan hati rakyat miskin ..yang tidak pandai menulis dan berpeluang menulis. Bacalah dan saudara fikirkanlah................
....................................................................................
Dari blog Dato Kadir Jasin............
Pengurangan Subsidi: Kesan Baik Dan Buruknya
A Kadir Jasin
PERBAHASAN isu subsidi di mana-mana pun panas dan emosional. Tak kira di negara kaya macam Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah atau negara miskin macam Mesir.
Di Mesir berlaku rusuhan bila subsidi roti dikurangkan. Di Eropah petani merusuh dengan membinasakan hasil keluaran.
Menteri orang bukan politik macam Idris Jala yang juga Ketua Pegawai Eksekutif, Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU), mungkin kurang peka hal sebegini. Apatah lagi jika pengalamannya hanya makan gaji dan gajinya pula besar.
Hendak mudah cakap, kalau tidak kerana subsidi baja dan subsidi harga padi, ratusan ribu petani kita akan hidup dalam kemiskinan tegar dan hasil padi/beras negara merudum.
Jadi kita saling bantu membantu. Orang yang beli beras bayar harga yang tinggi sedikit dan harga tambahan itu dipindahkan kepada penanam padi sebagai subsidi.
Ahli ekonomi selalu kata subsidi mengherotkan (distort) ekonomi. Tapi mereka jarang cakap kesan positif subsidi kepada penerima atau seolah-olah pengguna individu dan orang miskin saja nikmati subsidi.
Ambil contoh subsidi baja. Petani dapat baja dan pengilang dapat hasil membekalkan baja. Kalau tidak kerana skim subsidi baja, industri baja kita tidaklah sebesar sekarang.
Subsidi menjana ekonomi. Seorang pengguna yang terima RM1 ringgit subsidi akan belanja duit itu. Pekedai dapat hasil. Pekedai pasti buat keuntungan kerana barang yang dijual dengar harga RM1 itu diperolehnya dengar harga lebih rendah daripada pembekal. Pembekal beli lebih rendah dari pengilang. Setiap kali duit RM1 itu bertukar tangan, ia menambah kepada nilai ekonomi.
Billionaire Pun Telan Subsidi
Dan jangan lupa, di Malaysia pengilang dan pelabur yang kononnya sangat pandai berniaga itu pun mendapat subsidi berbilion-bilion ringgit. Antaranya subsidi diesel (untuk pengangkutan) dan subsidi gas asli cecair (untuk penjanaan elektrik oleh IPP dan kilang pembuatan).
Malah tauke-tauke billionaire yang pakai kereta Mercedes Benz 6,000cc dapat subsidi minyak petrol yang berkali-kali ganda lebih banyak daripada orang biasa yang guna Kancil atau Proton.
Kilang yang dapat subsidi kata mereka jual barang dengan harga yang lebih murah kepada pengguna. Tetapi mana kita tahu kalau mereka songlap (tipu)?
Kita semua tahu penguatkuasaan kita hambar. Kerap kali sekadar melepas batuk di tangga saja. Kurang pengetahuan, malas dan rasuah adalah antara punca pengawasan harga dan bekalan sangat lemah.
Bukan semua subsidi dalam bentuk cross (lintang) di mana pengguna membayar harga yang tinggi sedikit untuk membantu pengeluar, macam subsidi harga padi.
Subsidi Dari Duit Kita Juga
Sebahagian besar subsidi adalah daripada sumber kewangan yang diamanahkan kepada kerajaan, sama ada hasil cukai atau keuntungan pelaburan.
Duit yang digunakan untuk subsidi itu bukan duit kerajaan, tetapi duit pembayar cukai individu dan korporat. Kerajaan sekadar menguruskannya.
Soalnya, Idris kata kerajaan tak mampu lagi tampung kadar subsidi seperti yang ada sekarang. Malah dia kata negara akan muflis, bankrupt, kaput, hancus dalam masa lima tahun kalau kadar perbelanjaan negara dikurangkan.
Salah satu cara menjimatkan perbelanjaan adalah dengan mengurangkan atau menghapuskan langsung subsidi.
Mustahil boleh dihapuskan langsung. Jadi soalnya sekarang bagaimana kita hendak melaksanakan rasionalisasi subsidi ini?
Ya kita, saya dan Saudara serta Saudari semua kerana kitalah yang pilih kerajaan, kitalah yang bayar cukai dan kitalah yang terpaksa menanggung bebannya.
Kalau ikut Idris, subsidi, tak kira subsidi tol, bahan api, elektrik, gula, tepung atau minyak masak dikurangkan atau dimansuhkan secara berperingkat mulai tahun ini. Matlamatnya nak kurangkan perbelanjaan sehingga RM103 bilion dalam tempoh lima tahun.
Baguslah kerajaan mengadakan mekanisme khas dipanggil Makmal Rasionalisasi Subsidi untuk tujuan perbahasan dan mengadakan hari terbuka makmal itu Khamis lepas di Ibu Negara. Jadi adalah wajib kita memberi maklum balas sebelum cadangan dikemukakan kepada Kabinet.
Tak kiralah betul atau tidak kita antara negara yang paling tinggi subsidi di dunia, tapi jumlah RM74 bilion tahun lalu itu memanglah besar.
Daripada jumlah itu, subsidi sosial sebanyak RM42.4 bilion, bahan api dan elektrik (RM23.5 bilion), prasarana (RM4.8 bilion) dan makanan (RM3.4 bilion). Kata Idris, purata subsidi itu bersamaan RM12,900 bagi setiap isi rumah.
Tapi saya terkilan bila Idris membandingkan negara kita dengan Greece yang kini mengalami krisis kewangan yang teruk dan hampir muflis. Takkanlah kita seteruk Greece? Kalau nak gempar (takut-takutkan) pun, biarlah rasional sikit.
Potongan Subsidi Akan Jejaskan Rakyat
Pengurangan subsidi pasti akan jejaskan taraf hidup rakyat. Kuasa membeli mereka akan jatuh dan akan diburukkan lagi oleh kenaikan harga barang dan perkhidmatan.
Pengilang, penyedia perkhidmatan, pengedar dan pekedai akan menaikkan harga bagi menampung pengurangan atau penghapusan subsidi. Setiap peringkat rangkaian pembekalan (supply chain) akan menaikkan harga. Lebih teruk daripada itu mereka akan mengambil kesempatan membuat keuntungan berlebihan (profiteering).
Pentadbiran Mohd Najib Abdul Razak tentu sedar kesan rasionalisasi subsidi ini. Ia mungkin membantu mengurangkan beban hutang negara yang mencecah RM362 bilion (54 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), tetapi kesannya kepada ekonomi dan rakyat jelata juga besar.
Perlu juga dijawab apakah hutang negara yang besar ini kerana subsidi sahaja atau kerana pemborosan, ketirisan dan rasuah?
Pada pandangan rambang rakyat jelata, para pembesar terus hidup dengan mewah, boros dan menunjuk-nunjuk. Pengiring polis berkereta dan bermotosikal, pengawal peribadi, permaidani merah, kerusi tinggi, perbarisan pegawai dan makanan berlambak!
Subsidi adalah sebahagian daripada ekonomi. Ia menjana pertumbuhan melalui peningkatan daya pengeluaran, menambah kuasa membeli dan mengurangkan inflasi.
Tetapi ia juga menyebabkan kemudaratan bila harga yang murah menyebabkan penggunaan berlebihan, misalnya gula dan minyak masak yang memudaratkan kesihatan.
Soalnya, bagaimanakah Mohd Najib dan para penasihat ekonominya akan melaksanakan tugas rumit dan sensitif ini tanpa menjejaskan ekonomi negara, kesejahteraan rakyat dan sokongan pengundi.
Langkah mengurangkan subsidi pasti mendapat sokongan dan pujian hebat para “free marketeer”, Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia.
Tetapi sokongan mutakhir yang menentukan jatuh atau bangun pemerintah adalah rakyat jelata, khasnya golongan majoriti yang masih miskin, terpinggir dan memerlukan bantuan.
Dan tidak perlulah Idris Jala memberi “lecture” kepada rakyat jelata supaya sedar negara memberi subsidi yang tinggi. Saya rasa Idris juga datang daripada latar belakang di mana subsidi dan bantuan adalah peyelamat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan