Ahad, 20 Jun 2010

TDM - KEMANA MELAYU - Komen Rakyat....



Salam saudara pembaca Melayu – Islam yang dihormati

Sewaktu gemasindah menaip entri ini ahli ahli UMNO Bahagian Tampin sedang bersidang di Tampin. Persidangan waktu malam yang pecah rekod kerana ini kali pertama ianya dilakukan diwaktu malam di Negeri Sembilan ini.

Sebab persidangan diadakan pada waktu malam ialah kerana Ketua Bahagian yang menjawat jawatan Menteri JKR terlalu sibuk.

Perkara ini telah gemasindah ulas dahulu namun nak sebut sekali lagi bahawa jika hendak menghadiri persidangan Tahunan UMNO Bahagian yang membolehkan dia jadi menteri pun tidak ada waktu, jadi bagaimanakah agaknya dia mentadbir UMNO Bahagian yang kini sedang menghadapi masalah kemerosotan sokongan dan bagaimana pula dia hendak bertumpu kepada hal hal rakyat khususnya untuk membawa pembangunan ke Tampin dan mendampingi rakyat yang mengundinya ?

Nasibnya baik juga kerana ahli ahli UMNO Tampin telah lama dididik supaya menjadi ahli yang patuh kepada apa saja arahan dan apa juga yang dibuat oleh pemimpinnya.

Entri gemasindah masih lagi bertumpu kepada reaksi rakyat terhadap entri KEMANA MELAYU Tun Dr Mahathir.

Hal UMNO Tampin biarlah diurus oleh pemimpinya yang dah jadi Menteri Penuh Malaysia. Nak bertambah baik atau GO HOME pada PRU 13 nanti diserah kepada Allah jualah. Dato Saziman kalau UMNO kalah pun “ no hal “ sebab orang orang dia kata dia dah lama jadi jutawan dah. Betul atau tidak , bukan menarik minat gemasindah.

KOMEN 3

By Ir. Syahrizan
Dear Malays and Bumiputeras,

The non-malays has always been known to have the label of money $$$ on their foreheads. Their immigrant ancestors went to Peninsular, Sabah and Sarawak in the name of making more money $$$ regardless whether its halal or haram.

Seriously, if these greedy non-malay money-mongers ever manage to take control of the country, they've forgotten one thing, the Malays as well as the Bumiputeras are willing to go out for full-blown war to win back their country. Defending our ancestral land has always been in our blood.

Don't forget our ancestral heroes against the Europeans British, Japanese; Tok Janggut, Mat Kilau, Rosli Dhobi, Rentap and etc. Don't forget our brave Malay and Bumiputera soldiers during the Communist threat in Malaysia and Indonesia's confrontation; Leftenan Adnan, Sergeant Hassan and etc.

Is there any Leftenan Ah Chong or Sergeant Muthusamy recorded in the history? Nahhh, it is because there are non! They all cowardice in their shops and plantations, "duduk atas pagar" (D.A.P.) watching the Malays and native Bumis fight to defend their country, while their reap the country off its wealth and benefits.

But before we ultimately finger pointing these non-malays, I have to admit, let's focus on cleaning the dirty hands of our own people; the UMNO and gang (gang includes MCA and MIC and other component parties).

Potential leaders with very good background are held off-field by their corrupted rivals. We all saw what happened during the last UMNO youth election? Justice is still not serve here and then. The Malays themselves are corrupted and prefers shortcut to make money $$$. Eventually we will become just like these non-malays money-parasite or worst.

Conclusion; what's the difference having the non-malays (instead of a Malay) to rule the country when the Malays themselves are at their most shameful and weakest state? I say we just vote the non-malay leaders and see what happen. Maybe it will get even better god knows? I rest my case! Sheesh! Wake up Malay!

KOMEN 4


By libzim

Apakah dia pengalaman yang pahit sangat bagi Nik Aziz sehingga dia tidak mahu memaafkan UMNO atau berkerja sama dengan UMNO? Tapi Nik Aziz sanggup bekerja sama dengan DAP yang telah terang-terang menetang "konsep negara islam".

Dia juga sanggup memaafkan Karpal Singh yang pernah menghina Ugama Islam dengan alasan Karpal tidak paham Islam (dengan lain perkataan menghina islam adalah dibolehkan kepada orang bukan islam).

Yang peliknya bila lesen judi dikeluarkan untuk membolihkan orang bukan islam berjudi, bukan main lagi ditentang penyokong PAS. Kesimpulannya disini, bukanlah ugama menjadi keutamaan bagi Nik Aziz & sekutunya, tetapi parti politiknya.

KOMEN 5


By kuhan

Yang Amat Dihormati Tun,

Saya selalu terfikir adakah agama Islam itu sendiri yang menyebabkan berlakunya perpecahan di kalangan bangsa melayu dan orang islam. Orang islam secara keseluruhannya berpecah belah sejak kewafatan Baginda Rasulullah lagi.

Terdapat begitu banyak mazhab hingga berlakunya perang saudara di kalangan mereka. Di negara kita juga sama dengan adanya ramai melayu yang merasakan diri mereka terlalu arif dalam soal agama islam.

Mereka ini mentafsir dan menghukum dengan sewenang-wenangnya seolah-olah mereka ini sangat pandai dan betul. Perjuangan mereka ini sangat sempit. Mereka hanya ingin menegakkan negara islam dan melaksanakan hukum syariah. Itu sahaja yang mereka fikirkan dan tahu.

Mereka ini tidak terfikir langsung untuk menjadi negara islam yang maju dan disegani. Mereka hanya tahu untuk memikirkan cara bagaimana lelaki dan wanita harus dipisahkan semasa hendak membayar di kaunter, memaksa kedai ditutup pada waktu solat jumaat, menangkap orang yang berpakaian tidak senonoh, menangkap dan memalukan orang yang melakukan khalwat, menangkap orang yang tidak berpuasa, merotan orang yang minum arak dan lain-lain lagi.

Pendeknya, mereka ini hanya tahu menangkap dan menghukum seolah-olah islam hanyalah berkenaan dengan perkara tersebut sahaja. Mereka ini tidak nampak perkara-perkara besar yang amat dititikberatkan oleh ajaran islam.

Mereka ini tidak nampak tentang perlunya melahirkan jurutera-jurutera islam yang akan membina masjid, hotel, rumah, dan sebagainya supaya kehendak islam boleh diamalkan di dalam pembinaannya. Mereka ini tidak nampak keperluan untuk melahirkan saintis-saintis islam yang boleh mencipta pelbagai keperluan untuk kemajuan hidup orang islam, keperluan melahirkan doktor-doktor islam yang akan merawat anak-anak dan isteri mereka sesuai dengan ajaran islam.

Mereka ini sebenarnya bagi saya adalah orang yang sangat pendek akalnya. Bagi mereka biarlah orang lain yang mengusahakan kehidupan di dunia, biarlah orang lain yang mencipta segalanya, biarlah orang lain yang menguasai ilmu Allah, mereka hanya inginkan syurga sahaja walaupun belum tentu lagi mereka akan merasainya.

Mereka inilah Tun yang menyebabkan melayu berpecah-belah. Mereka ini yang kononnya sangat arif tentang agama yang menggunakan agama untuk kepentingan politik mereka. Mereka ini kalau sangat pandai, ceburlah bidang yang kononnya mereka pandai, janganlah jadi wakil rakyat yang hanya tahu berbohong dan putar belit.

Ke sana sini dengan jubah dan berserban dan dengan sombongnya menuduh orang, memfitnah orang dan menghukum orang. Bagi saya Tun mereka ini tidak menyumbang langsung untuk kemajuan islam dan sepatutnya dicela seumur hidupnya.
Sedarlah wahai melayu bahawa islam itu bukan berkenaan kiamat dan syurga sahaja. Ia adalah berkenaan hidup dan mati bukan hidup untuk mati!
Terimakasih Tun.

2 ulasan:

  1. Sedih juga kita bila memikirkan apa kah kesudahan cerita melayu islam dan melayu yg tak berapa nak islam, agak kasar ulasan saya ini tapi ini lah hakikat yg keseluruhanya bila salah satu pihak menjadi duri dalam daging pada pihak yg sebelah lg, berbagai cara telah dilakukan untuk menyatupadukan melayu itu sendiri yg memecahbelahkanya pula,Tun Mahatir harus menerima hakikat yg dia juga gagal utk memahamkan org melayu betapa perlunya kemodenan dlm kehidopan, kejayaan memperkayakan negara satu lambang kejayaan Tun Mahatir, tapi melayu mudah lupa menjadi kata keramat yg tidak dapat dirungkai dengan cara apa sekali pon, dan kini harus kah kita terima melayu yg tak berapa nak islam akan menjadi pecahan melayu yg tak berapa nak islam sekular yg pada niatnya untuk hidup seperti hidup kuam Nabi Lut menghalalkan benda yg terangterangan haramnya....

    BalasPadam
  2. Salam bro tanpanama & terima kasih.

    Saya rasa TDM dah buat yg terbaik sbg manusia & pemimpin bangsanya.

    Wp dia dah patut berehat , tetapi terus juga menabur bakti hingga ke hujung hayatnya. Namun adalah lumrah bahawa ada yang pro & kontra

    Namun jasanya & cara berfikir serta keikhlasan TDM wajarlah diakui oleh bangsanya sendiri wp ada yg mengungkit akan keturunannya sdgkan ttg hal keturunan seseorg adalah kerja Allah belaka ? Mmglah malang dari segi Allah org yang berani mencela akan perbuatanNya.

    Itu pandangan peribadi saya sbg insan yg tak secerdik TDM dan cerdikpandai Myu yg lain.

    BalasPadam