Isnin, 7 Jun 2010

PENEMPATAN MELAYU DI-BANDAR ...1 MALAYSIA vs CELARU.....



Assalamualaikum

Saudara pembaca Melayu-Islam yang dihormati,

Nampaknya serangan Israel terhadap kapal kapal bantuan kemanusiaan telah dapat menyatupadukan umat Melayu yang selama ini bercakaran buat seketika.

Untuk menyatakan ini adalah langkah pertama untuk perpaduan Melayu secara jangkapanjang adalah satu harapan yang simplistik.

Perkara begini sewajarnyalah berlaku. Kita boleh berbeza dari segi fahaman dan perjuangan politik tetapi kita wajib bersatu sebagai Melayu – Islam dalam perjuangan mempertahankan hak dan kemajuan bangsa dan agama.

Jelas juga pada kita akan sikap parti parti bukan melayu – islam yang nampaknya tidak ambil peduli akan hal berkaitan penderitaan rakyat Palestin ini. Perkara ini wajar diteliti dan difikirkan oleh pemimpin pemimpin Melayu-Islam tidak kira sama ada mereka orang UMNO – PAS mahupun PKR.

Berkaitan isu serangan Israel ini kita amat tersentuh hati akan kata kata Saudara Noorazman Mohd Samsudin, Ketua Misi Sukarelawan Malaysia Ke-Palestine yang berkata :-

Isu sebenar bukannya pembebasan kami ...tetapi saudara kita diGaza & Palestin yang setiap hari berhadapan dengan helikopter Apache yang memang berniat membunuh mereka , setiap hari makanan dan perubatan tidak mencukupi.
...........................................................................

DIA YANG BUAT DASAR ....DIA YANG LANGGAR DASAR.....


Gemasindah amat tertarik tentang ISU SONGSANG yang hendak dilakukan oleh Kerajaan Pimpinan UMNO yang jelas sekali menunjukkan keadaan TIDAK TENTU ARAH kepimpinan DS Najib sekarang ini.

ARAH yang hendak dituju adalah dasar asas penubuhan NEGARA BANGSA yang menggunakan pelbagai istilah seperti INTEGRASI NASIONAL , BANGSA MALAYSIA dan yang terkini Istilah Celaru SATU MALAYSIA.

Yang TIDAK TENTU ARAH ialah tindakan tindakan kerajaan sendiri yang membuat pelbagai rancangan dan program yang MENENTANG dasar INTEGRASI NASIONAL itu.

Perkara ini dikupas secara akademik oleh saorang PEJUANG MELAYU yang konsisten iaitu Professor Datok Dr Zainal Kling didalam Utusan Malaysia hari ini bertajuk CAUVINISME ZAMAN KOLONIAL.

Kata Kata Prof Dato’ Dr Zainal............

1 Malaysia sudah bertekad mengintegrasi dengan pendatang asing untuk menjadi rakyatnya

2 Tidak harus ada lagi rujukan orang yang dinamakan orang India atau orang Cina, jika berlandaskan integrasi melalui perundangan rakyat

3 Adalah ketinggalan zaman untuk membina LITTLE INDIA diabad 21 ini....kini sudah ada pun beratus LITTLE INDIA sejak 150 tahun kehadiran Inggeris dahulu..

4 Jadi amat mengecewakan pada zaman 1 Malaysia ini kita terus MEMBINA BUDAYA ASING & ENCLAVE ASING

5 Apabila kawasan atau territory didiami dan dianggap WILAYAH ASING sekali gus kita membina dua hal yang AMAT BURUK iaitu MEMBATASKAN INTERAKSI ANTARA KAUM dengan penumpuan satu etnik dan budaya dalam satu kawasan dan PENEGUHAN SIKAP CAUVINISME dalam sikap MILIK ...

KEADAAN INI TIDAK MEMBANTU MEMBANGUN PENERIMAAN DALAM KONTEKS 1 MALAYSIA.

6 Dasar ini adalah AMAT JAHIl dan ANAKRONISTIK dalam zaman kita disuruh MENERIMA antara satu sama lain dan BUKAN SEKADAR TOLERANSI.

Penerimaan tidak dapat berlaku jika ada KELOMPOK YG TERUS MENEGUHKAN JATI DIRI ASING yang amat mengasingkan dan TIDAK BERGERAK KEARAH INTEGRASI NASIONAL.......

7 Alasan untuk membina LITTLE MADRAS sebagai penggalak pelancongan adalah SATU ALASAN YANG AMAT SERONG. Adalah AMAT BODOH untuk menghujahkan bahawa orang / pelancong India akan datang untuk melihat LITTLE INDIA di Kuala Lumpur pada hal negara India atau Madras itu sendiri beratus kali ganda hebatnya daripada Bricksfield.

YANG WAJAR DIFIKIR & DILAKSANA DS NAJIB ialah SARANAN SARANAN PROF DATUK ZAINAL seperti berikut :-

1 APA YG HARUS DILAKUKAN IALAH MEMBUKA SEMUA BANDAR KEPADA KEHADIRAN SEMUA GOLONGAN MASYARAKAT TERUTAMA KEDATANGAN BUMIPUTERA YANG SELAMA INI TERASING DAN TERBIAR DIPERKAMPONGAN .....DAN BUKANNYA MEMBINA PUSAT BUDAYA ASING YANG AKAN HANYA MENYEBABKAN ALIENASI KAUM.

2 BANDAR MASIH MERUPAKAN LANJUTAN ZAMAN KOLONIAL, DENGAN DOMINASI DAN HEGEMONI ASING DARI BUKAN MELAYU. KEADAAN INI MESTI DIPECAHKAN

HAL INI MEMPUNYAI IMPLIKASI ATAU NATIJAH PEMBANGUNAN, KEMAJUAN DAN PERPADUAN SERTA INTEGRASI BANGSA YANG AMAT PARAH & BURUK

3 LEBIH DRPD HAL DIATAS ADALAH IMPLIKASI POLITIK YG AMAT RUNCING DAN BURUK.
DOMINASI KAUM CINA DAN INDIA DIBANDAR SERTA USAHA PARTI POLITIK TERTENTU UNTUK MENEGUHKAN KEKUASAAN MEREKA DI-BANDAR AKAN MEMBAWA PADAH YG KEJAM PADA MASA HADAPAN

4 JIKA KITA SAYANGKAN NEGARA INI DAN MAHU MENCAPAI CITA CITA PERSATUAN MELALUI GAGASAN 1 MALAYSIA , KETEPIKAN PEMBINAAN DASAR PEMBANGUNAN BANDAR SPT LITTLE INDIA.

.....................................................................................

Cuba saudara pembaca nilai pandangan Prof diatas. Adakah apa yang dikatakanya merupakan satu pandangan yang benar dan harus diambil perhatian oleh pimpinan Kerajaan ?

Adakah dasar 60 : 40 Pembangunan Kg Baru juga dibuat berlandaskan DASAR CELARU CAUVINISME ini. Kalau dasar ini hendak diteruskan juga oleh kerajaan pimpinan UMNO YG DEGIL itu kenapa tidak jadikan Kg Baru sebagai THE BIG MALAY TERRITORY YG CANGGIH & MODEN yang mengumpulkan semua usahawan dan jutawan Melayu Baru ?

Cubalah lihat bagaimana CELARUNYA DASAR INTEGRASI 1 MALAYSIA yang masih lagi BELUM BERANI melaksanakan dasar SATU SEKOLAH MALAYSIA ?

Hai CELARU binti CELARU..............................
Kerana Apa ? Kerana Apa ? Kerana Apa ?............................

Gemasindah.....memang tabik spring kepada Prof Datuk Zainal Kling & Prof Dr Kamarudin Kachar yang konsisiten dalam memperkasakan bangsa Melayunya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan