Isnin, 7 Jun 2010

ARAB DAH ROSAK......



PAK ARAB OH PAK ARAB


Assalamualaikum

Saudara pembaca yang dihormati,

Hari ini hati gemasindah sebak apabila menonton rancangan khas RTM berkaitan kepulangan wira wira pejuang kemanusiaan Malaysia dan juga RTM Global yang mengupas isu serangan ganas Israel.

Namun perasaan sebak itu bertukar kepada geram dengan perangai Pak Pak Arab baik pemimpin mahupun masyarakatnya yang begitu sunyi dan sepi termasuk OIC. Begitu juga halnya dengan Kumpulan Fatah.

Sepatutnya masyarakat Arab sudah mula memberontak terhadap rejim rejim mereka yang menjadi barua Amerika & Zionis.

Adalah benar pandangan Tun Dr Mahathir bahawa orang orang Arab sudah tenggelam dengan nikmat dunia disebabkan kemewahan dan kekayaan. Semangat berkorban untuk saudara sebangsa dan seagama hanya menjadi fakta sejarah.

Nampaknya masyarakat Arab telah rosak dengan budaya kuning yang ditaja oleh Zionis dan Barat. Kita tengok sahajalah laman video lucah mereka dan video nyanyian Arab...jelas orang Arab sedang menghadapi masalah krisis identiti.....

Dah tu melainkan Syria & Libya ..hampir semua rejim Arab adalah barua Amerika. Memang patut pun OSAMA nak bunuh mereka. Yang paling pelik Mahmud Abbas & Fatah pun boleh bersama Israel & Amerika semata-mata nak jatuhkan Hamas.

Gemasindah teringat tentang pengalaman pengalaman peribadi berkaitan perangai buruk Pak Pak Arab yang pernah ditemui....

Pengalaman Pertama ...Syeikh Arab Saudi Arabia Sental Babi Semacam Je


Pada satu majlis makan malam rasmi di Seoul, Korea ,gemasindah duduk disebelah saorang pegawai kerajaan Arab Saudi yang berjubah sentiasa membawa tasbih. Sambil menunggu ketibaan makanan, gemasindah tengok jejari Pak Arab terus menggerakkan buah tasbih..wah alim sungguh Pak Arab.

Semasa makanan sampai, makanan yang dihidangkan ialah PORK. Gemasindah beritau Pak Syeikh itu bahawa yang dihidangkan ialah daging babi......tak usah makan. Pak Syeikh menjawab ..NEVER MIND EMERGENCY ( Dharurat )

Pegawai Kastam Arab Saudi Setiap Malam Bawa Perempuan


Pada satu masa dahulu gemasindah berkursus di Worthing Southampton,UK selama 6 bulan. Turut serta berkursus ialah saorang Pegawai Kastam Kerajaan Arab Saudi. Dia ni hadhir kelas hanya pada hari pertama dan hari terakhir kursus.

Pada hari kedua Pak Arab ini dah beli sebuah kereta mercedez. Orang belajar dia merayap kesana kesini. Setiap malam dia bawa balik perempuan Mat Saleh. Itulah kerja dia selama 6 bulan. Pada hari nak balik dia tinggalkan kereta Mercedeznya didepan hotel bersekali dengan kuncinya.

Perangai Arab Di Thailand

Gemasindah pernah jumpa saorang pegawai Arab Saudi juga yang bercuti di Bangkok selama 3 bulan...setiap malam melanggan pelacur. Gemasindah tengok sendiri Pak Arab ini bertumbuk dengan saorang Mat Saleh kerana berebut pelacur.

Yang peliknya sambil peluk 2 orang perempuan pelacur tasbih ditangan tetap jalan.
Zikir apa yang Pak Arab ini bawak ?

Tetapi perangai Arab Libya jauh berbeza....mungkin hasil Revolusi Muammar Gaddaffi.

Selagi Pak Arab tak balik kepangkal jalan ..iaitu ISLAM.....rakyat Arab Palestin akan terus menderita.....

Pak Arab ..oh Pak Arab...takda apa yg kita boleh belajar dari mereka. MEMALUKAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan