sila juga layari http://fakirabdillah.webs.com ....MELAYU DULU ...BARU 1 MALAYSIA Bagaikan Burung Yang Patah Sayap Bertongkatkan Paruh Ku Terbang Jua....
Khamis, 17 Jun 2010
HUKUM SULA CIKGU PENCEN PAS.....
Salam Sejahtera pembaca Melayu – Islam yang dihormati,
Saya turunkan disini sebahagian dari rencana saorang cikgu pencen didalam laman blognya yang 100% menyalahkan Tun Dr Mahathir yang katanya menyebabkan orang Melayu susah, menderita , berpecah belah dan sebagainya.
Lalu dijatuhkannya hukuman orang berzina terhadap Tun Dr Mahathir yaitu DI- SULA HIDUP HIDUP.
Nasib baiklah cikgu ini sempat pencen dan duduk tepi sawah di Teluk Intan. Jika dia dan parti PAS-nya memerentah habis kita semua di- SULA-nya. Kalau Tun Dr Mahathir pun jadi makanan dia ..apa lagi kita yang kerdil ini.
Jelas sekali cikgu pencen itu menulis mengikut Nafsu Amarahnya..satu tahap jiwa yang paling rendah ..mengikut tafsiran Ahli Tasauf....menunjukkan keperibadian atas sikit daripada kerbau.
Inilah akibat KETAKSUBAN kepada TAQLID yakni mengikut membabi buta tanpa sedikit pun mahu menggunakan otak untuk berfikir. Apa yang pemimpin PAS-nya kata dia seronok terkinja – kinja sedangkan sebagai bekas cikgu dia sepatutnya cerdik dan pintar. Kalaulah ramai cikgu Melayu macam cikgu pencen ini alamak jahanamlah anak bangsa.
Dalam ilmu Tasauf , kejahilan saperti cikgu ini disebut sebagai JAHIL MURAKKAB..yakni bukan sahaja tidak tahu akan perkara perkara asas tetapi bila diberitahu kepada dia akan kebenaran itu, dia menolak hidup hidup. Dalam bahasa Melayu mudah istilahnya ialah cerdik tidak boleh diikut bodoh tidak boleh diajar.
Mentaliti sebegini-lah yang melanda kebanyakan pemimpin pemimpin dan ahli ahli parti PAS juga PKR walaupun dari segi kelulusan akademik ramai yang berkelulusan tinggi tetapi dari segi berfikiran waras dan cerdik ramai yang gagal lulus ujian IQ.
Dan mentaliti sebegini jugalah yang kini melanda kebanyakan pemimpin tertinggi UMNO dan kroni-kroninya. Bertaqlid politik secara membuta tuli.
Alangkah malangnya Melayu yang jelas perlu ditransformasikan semula. Inilah yang hendak dilakukan oleh Tun Dr Mahathir yang mendatangkan kemarahan cikgu pencen kita itu hingga menjatuhkan HUKUM SULA kepada “orang tua itu “.
Kenapa ini berlaku ? Kerana nilai nilai murni Keislaman sudah punah ranah dijiwa mereka. Kenapa punah ranah sedangkan mereka mengaku pejuang Islam tulin ? Kerana sifat sufat murni itu telah diganti dengan sifat sifat tercela yakni, amat suka kepada dunia, hasad, dengki, dendam kesumat, merasakan diri lebih islamik dari orang lain yakni ujub dan riak, mabuk kuasa walaupun belum berkuasa, memikirkan diri berkuasa sedangakan ianya Kudrat Allah belaka dan yang paling teruk saperti dikatakan diatas ialah terkena penyakit JAHIL MURAKKAB.
Cuba pembaca fikirkan apa yang cikgu pencen ini tulis.
Pertama apakah kesalahan Tun Dr Mahathir hingga hukumnya di-sula hidup hidup.
Apakah selama Tun menjadi Perdana Menteri tidak ada langsung kebaikan yang dilakukannya . Yang dibuatnya hanya kerja kerja mudarat yang sedikitpun tidak ada mendatangkan kebaikan kepada rakyat khasnya orang Melayu termasuk cikgu pencen itu.
Adakah semasa Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri dahulu masyarakat Malaysia khasnya orang Melayu, bergaduh sesama sendiri, berbunuh-bunuhan , berpecah belah, fitnah memfitnah, caci mencaci, tidak langsung ada kebebasan hingga ramai penyokong PAS dipenjara, dibunuh , rakyat hidup penuh menderita dan macam macam lagi kenegatifan hingga wajar dihukum bunuh..melalui cara yang dahsyat yaitu SULA ..cucuk mulai lubang dubur hingga keubun ubun dengan buluh runcing ?
Atau melayu mula berpecah, fitnah mula bertaburan sesuka mulut bercakap dan jari menaip salepas Dolah Bedawai melepaskan Nuar Berahim dengan niat untuk memalukan Dr Mahathir.
Atau salepas Tuan Guru Nik Aziz PAS, mendapat ilham melupakan perjuangan Islamnya, kerana termakan gula gula ketamakan untuk berkuasa Nuar Berahim yang telah berjaya menusuk qalbu Tok Guru itu hingga “ KENENENGAN” hingga sanggup menelan air air ludah Karpal Singh & kahak kahak Lim Kit Siang ?
Maka bermulalah EPISOD terancang DAP untuk memusnahkan dan menghancurkan Melayu-Islam melalui tangan tangan dan lidah lidah Melayu PAS-PKR.
Dan melayu dengan mudahnya berpecahlah ..berpecah dengan berbekalkan hampir semua sifat sifat tercela yang dimurkai Allah. Dan meraka mulalah menggunakan pelbagai ayat ayat Al-Quran untuk menghalalkan fatwa fatwa sesat yang mereka buat sendiri.
Tak cukup dengan itu mereka bekalkan pula ayat ayat Al-Quran kepada kuncu kuncu Karpal Singh & Lim Kit Siang agar mereka terus berludah & berkahak untuk dijilat oleh para pengikut Melayu – Islam PAS & PKR.
Bagi melayu yang berfikiran waras dan masih mahu menggunakan otak, akan jelaslah kepada mereka status keperibadian manusia melayu-islam saperti cikgu pencen ini yang jelas perlu disekolahkan semula disekolah TAUHID.
Gemasindah.......minta Allah bukakan hati melayu-islam supaya benar benar jadi muslim termasuk diri gemasindah sendiri.
.....................................................................................
Dari blog cikgu pencen........PENGHUKUM SULA
Orang tua yang patut di sula hidup2.~~
Ber abad2 menjadi PM memerintah negara, akhirnya mengakui kaum melayu akan jadi minoriti dan tersisih serta terpinggir. Menyalahkan kaum nya kerana berpecah dan tidak bersatu. Dengan secara tidak langsung beliau mengakui kegagalan nya dalam menyatukan bangsa melayu selama memerintah.
64 tahun UMNO menjaga melayu, akhirnya bekas pemimpin nombor 1 nya mengaku kegagalan UMNO memperkasakan kaum nya sendiri. Kebodohan melayu ialah kerana terlalu percaya dan berharaf kepada UMNO.
.....................................................................................
Intipati ucapan Dr Mahathir di perhimpunan GERTAK
Asal sebut saja Melayu, akan dicop rasis. Kita bukan merampas hak sesiapa tapi mempertahankan hak kita. Mungkin satu hari nanti kita boleh melupakan faktor kaum tapi bukan sekarang.
Sejarah membuktikan bila wujud satu kelompok yang terlalu kaya dan majoriti yang lain miskin, akan timbul kekacauan. Dan apatah lagi jika perkara yang sama terjadi berasaskan kaum. Kita bukannya menuntut samarata tapi keadilan.
Walaupun Melayu adalah majoriti, 60% rakyat negara, tapi kerana rebutkan kuasa, 60% majoriti pengundi itu telah menjadi minoriti bilamana ia terbahagi 3. Kita hanya perlu menyalahkan diri sendiri. Bila kita sudah tidak berkuasa, tidak ada siapa yang akan menjaga kepentingan kita.
Orang Melayu dalam keadaan cemas sekarang, keadaan menjadi genting. Kita harus bertindak atau kita akan jadi seperti Melayu Singapura. Bukannya untuk merusuh atau merampas hak orang lain, tapi kita berhak menuntut semula hak kita.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Salam Tuan,
BalasPadamRamai ustaz2 begitu di kampung saya. tu yang Pas boleh cari makan dikalangan orang Melayu. Orang kita ni semua ngaku pandai2 belaka tapi bila berdepan ngan orang berpakaian arab guna 2-3 perkataan arab, diarah terjun sungai pun mereka akan terjun !
Dan kalau kita berani bertanya, kita dianggap punya fikiran jumud, menolak ajaran Allah. Cara mereka 'berdakwah/berdakyah' adalah cara jalan sehala... terima saja, jangan banyak soal.
Yang sedihnya, ini tidak terhad kepada orang kampung tapi termasuk mereka yang berpendidikan tinggi dan menjawat jawatan tinggi. Bijak pandai tapi tidak terbuka minda.
Nak tengok Najib cuba globalkan pemikiran mereka ini dulu sebelum beliau memacu ekonomi negara kearah globalisasi..
Salam brader din
BalasPadamSenang sahaja ,saudara beritahu kawan kawan kat kg tu yg sdra akan pergi ke Azhar belajar ilmu usul, sementara tu pergilah merantau kat alor star ke sambil menghafal dua tiga ayat quran & hadith , dah tu carilah dalam 11 biji biji pinang kotai buat tasbih siap shelac sekali.
Lepas 3 tahun baliklah kampong pakai jubah hijau dan ikat kepala dgn serban ala taliban ..ajar 2 - 3 orang kawan panggil sdra din dgn panggilan tuan doktor
InsyaAllah dalam seminggu dua dah boleh naik di mimbar bersyarah agama dan dipanggil berceramah dalam majlis majlis agama termasuk di RTM
Gitulah mudahnya mentaliti myu berkaitan agama.
Macam anak murid sayalah nama Roslan Kasim bila Nuar Berahim jadi TPM dulu jadi pensyarah Forum Perdana ..saya tanya dia ..bila belajar agama tiba tiba jadi ustaz ..dia kata kalau dah jadi org kuat Nuar ..semua bisa diatur cikgu.
Hari ini nampaknya dia dah keluar PKR lama dah..dah jadi pegawai penerangan Brahim Ali pula nampaknya..mmg hebat buadak Roslan ni...bahagian dialah ...cuma dia tak pandai nak cari kekayaan spt Azmin, Ahmad Saad & Nazri Abdullah ...samapai kena buat direct selling ..dan guna kereta kancil je..sian jugak kena xploit kat Pak Syeikh yang dah hilang Syeikhnya itu.
Masa Ruslan Kassim masuk pkr dulu ramai juga kawan2 yg kecewa, masa kami di kumpulkan di Ulu Bendul dulu tak silap dia pakai kereta Ford Telstar 1.6 (kalau silap tolong betulkan),Bang ngah Tajung Ipoh dh meninggal demam panas, dia marah sangat bila Roslan Kassim Masuk pkr, Bang Ngah hati Hitam melayu sejati anak tunggal Pegawai waran,Cuma paklang dah lupo tahun 19.... kalau roslan kassim baca ingat lg kah tahun bila, masa itu PM Baru saja berkahwin ngan Datin Seri Rosmah PM Yg buat perasmian penutup sebagai Menteri Belia dan Sukan Kalau tak silap..... (yg manasilap Tolong Betulkan Ya En Ruslan)
BalasPadam