sila juga layari http://fakirabdillah.webs.com ....MELAYU DULU ...BARU 1 MALAYSIA Bagaikan Burung Yang Patah Sayap Bertongkatkan Paruh Ku Terbang Jua....
Selasa, 15 Jun 2010
MELAYU & UMNO .....
Salam saudara Melayu- Islam.
Akhirnya perhimpunan melayu - insaf anjuran GERTAK dapat juga dibuat salepas ditangguhkan . Alhamdulillah.
Membaca tulisan DIN TURTLE mengenai sambutan yang tidak seberapa memberi gambaran ...bahawa perhimpunan itu saumpama gagal mencapai matlamatnya kerana pelbagai sebab.....
Sebab utama ialah objektif mengadakan perhimpunan itu ..yaitu untuk menyedarkan orang melayu yang menjadi lemah akibat berpecah belah..Maksud gemasindah ialah PERPECAHAN MELAYU & KETIDAKSADARAN MELAYU lah yang menyhebabkan tidak ramai yang hadhir..
Dari segi perpecahan umat melayu ...sekurang-kurangnya umat melayu boleh dibahagikan kepada empat kumpulan utama ...pertama melayu UMNO yang barangkali spt kata din turtle berasa malu malu dan takut serta bimbang, kedua kumpulan melayu PAS yang sememangnya membenci Tun Dr Mahathir kerana amat sayang kepada Karpal Singh & Lim Kit Siang, ketiga kumpulan Melayu PKR yang pasti tidak datang punya sebab memandang Tun sebagai orang yang menganiaya Nuar dan terakhir ialah melayu tidak berparti...agaknya merekalah yang menjadi kumpulan 3,000 orang yang hadir itu.
Gemasindah amat bersetuju dengan brader din bahawa agenda ini sepatutnya diterajui oleh UMNO kerana UMNO menganggap dirinya sebagai payung melayu...tetapi ahli UMNO yang selalunya bersikap saperti kerbau ditindik hidung itu ...tidak berani hadhir barangkali kerana ....tidak diarahkan hadhir...gitulah cara UMNO.
Gemasindah turunkan dilaman ini rencana penuh din turtle ....untuk bacaan saudara sekalian. Mudah2an akhirnya Allah akan membuka hati semua umat Melayu-Islam agar bersatu semula.
..............................................................
UMNO BUKAN LAGI JUARA MELAYU
Sebelum saya nukilkan apa yang saya fahami dari ucapan TDM semalam, ada seperkara yang mencuit2 hati, minta izin untuk potong line, supaya ditulis lebih dulu kalau tak ia makan dalam. Makin difikir makin berbulu hati...
Persoalan yang bermain difikiran saya - DIMANA UMNO DALAM PROGRAM MELAYU BANGKIT Kuala Terengganu semalam ??
Walau pun saya bukan ahli Umno, tapi Umno begitu dekat dihati saya dan saya terima dakwaan Umno itu adalah parti yang mewakili orang Melayu. Seingat saya, dulu kalau ada apa saja isu orang Melayu pasti Umno ada, Hidup Melayu begitu sinonim dengan Umno. Tapi itu semua zaman TDM jadi presiden.... sekarang saya jadi berbulu je ngan Umno. APAKAH UMNO MASIH RELEVAN KEPADA PERJUANGAN MELAYU ?
Apa masalahnya untuk turut sama dalam Melayu Bangkit ? Malah seharusnya Umno yang menjadi tunggak utama dibelakang Gertak yang menganjurkannya. ( Oya, jangan salah faham, bunyi ganas Gertak tapi sebenarnya dalam slang Terengganu ia seperti..... jembatan. Ngo ni pun satu, carilah nama yang tak aggresif...macam Manja ke, Comel ke... )
Program Melayu Bangkit setahu saya adalah semata2 kerana orang Melayu, memberi peringatan kepada orang Melayu supaya bersatu, jangan leka, supaya bangkit mempertahankan hak dibumi Melayu .... BUKANKAH ITU JUGA PERJUANGAN UMNO ?? Apakah semua itu bukan lagi merupakan asas perjuangan Umno yang gah mendakwa mewakili Melayu ? Kalau iya mewakili Melayu, kenapa menjauhkan diri ?
Melayu Bangkit bukannya medan mengutuk kaum lain, malah tidak disebut pun perkataan cina atau india atau apa saja kaum lain. IA LEBIH KEPADA PERINGATAN SESAMA MELAYU TAPI DIMANA UMNO ?? Mana ada kaitan dengan 'menjaga hati kaum lain'. Bagi saya dan hadirin yang datang, atas semangat Melayu yang membara dihati, saya expect siapa saja (individu, parti atau ngo ) yang mengaku memperjuangkan Melayu akan hadir, gah bersemangat, menunjukkan kepada dunia Melayu masih kuat, bersatu.
Apa masalahnya Umno ??? Orang Umno memang hadir tapi mereka malu/takut untuk menunjukkan Umno mereka...kenapa ?? Kenapa harus malu atau takut untuk dikaitkan dengan Melayu Bangkit ??
Saya benar2 kecewa dan sedih ... bayangkan program semulia Bangkit Melayu dihadiri hanya 3000 orang Melayu.. Terasa seperti perjuangan Melayu telah dibelot oleh mereka yang selama ini melaung2kan Hidup Melayu ! Hidup Melayu !
Jika ada orang UMNO yang baca ini, tolong berikan penjelasan kerana saya kini beranggapan UMNO bukan lagi memperjuangkan Melayu ! Seperti dakwaan umno terhadap Pas yang mempertikaikan kewajaran Pas menggunakan nama Islam dalam nama dan perjuangan mereka, saya juga mempertikaikan kewajaran UMNO menggunakan nama Melayu dalam perjuangan mereka.
Dan saya menuntut Umno supaya jangan menyalahgunakan gambar keris yang ada pada lambang UMNO kerana keris melambangkan jiwa dan semangat juang orang Melayu ! Kerana bagi saya Umno bukan lagi juara Melayu.
Jiwa Melayu kepala bu*** dia kalau lepas hunus keris kena minta maaf !! Jadi sebelum Najib sendiri akur kepada tuntutan cina supaya gugurkan gambar keris pada lambang Umno ( konon provokatif dan Najib pula gunakan alasan keris tidak menunjukkan moden ) lebih baik tukar gambar keris tu sekarang. Tukar gambar submarine ke....
Satu lagi, saya terbaca di Mingguan Malaysia semasa pelancaran Jelajah 1Malaysia, dikatakan Khairy menyelar mereka yang berpolitik sempit... maksud Khairy apa ? Memperjuangkan kaum sendiri kini dah jadi 'politik sempit' kepada Umno ?? PEMUDA UMNO JUGA DAH TAK ADA TELUR !!
Sebenarnya disebalik keterujaan saya bertemu TDM semalam, hati saya sedih. Mungkin ia turut sama dikongsi TUN....... Kini Melayu terpaksa dirayu untuk bangkit. Terpaksa dirayu untuk mempertahankan diri. Dimanakah semangat Melayu sekarang .......?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Bro, mengapa Melayu menjadi begitu ? inilah jadinya bila ada Melayu macam Anwar yg terlalu berahi untuk berkuasa dengan mengadu domba Melayu sendiri sehingga berpecah, bila ada Melayu-Melayu pergunakan agama untuk melemahkan semangat perpaduan Melayu itu sendiri, bila ada Melayu yg ghairah membeli jiwa Melayu sehingga Melayu sudah tidak fikirkan keikhlasan berjuang melainkan diberi habuan......di mana silapnya ?
BalasPadamSalam Tuan,
BalasPadamTerimakasih kerana ulang cetak disini. Tak sangka 'lepas geram' saya turut dikongsi rakan2. The Star melaporkan cuma beberatus saja yang hadir... terasa cina2 kiasu tersenyum membacanya.
hehehe..aku baru jer lepas balik berborak dengan orang pasal orang Umno dengan Melayu serta wakil rakyat BN berplatformkan Umno tapi tak mendahulukan Melayu Dahulu...Kalau macam kenala buang huruf M atau mim tuh..jadi lah UNO ..minggunggggggg....
BalasPadamSalam brader yang gambi, brader din & rok
BalasPadamTerima kasih . Saya yakin sangat UMNO sedang menerima bala dari Allah sebab pemimpin & sebahagian ahli UMNO banyak sangat buat salah , melanggar hukum Allah.
Yang paling teruk ialah yang boleh digolongkan kpd munafik ..yakni cakap lain buat lain...cakap nak bela bangsa & agama yang dilakukan bela diri & kroni.
Yang paling teruk guna agama untuk kekalkan kuasa. Zaman Najib ni kuranglah sikit, zaman Dolah dulu...Islam Hadharinya mmg memusnahkan dirinya & bala Allah akan menimpa Melayu secara menyeluruh.
Tak guna salahkan Nuar Berahim..dia mmg dah salah pun beyond repair...Ni yang Najib & Muhyidin meneruskan kesilapan Dolah ..apa pasal...kan dah nampak mata & telinga mereka telah dibuta & dipekakkan Allah.
Saya sayang pada UMNO brader..banya sangat jasanya dalam hidup saya tetapi saya dah mula menyampah dengan DS Najib dan dah mula hilang keyakinan kepada idola saya Muhyidin
Saya mmg mengenali Muhyidin ..dulu dia juga kenal saya ..dan panggil saya adik...sekarang dia dah tak ingat pun nama saya dan saya pun dah tidak kenal muhyidin sekarang...yg dulu saya kenal & angkat tabik...yg sekarang ni ...i do not understand him anymore...