Ahad, 13 Jun 2010

SUMPAH MELAYU - MELANGGAR SUMPAH BURUK PADAHNYA....



SUMPAH MELAYU DATO ONN.......................
Sebagai Memulihkan Semula Ingatan


KAMI, umat Melayu beragama Islam pada hari ini berjanji tidak akan berhasad dengki, khianat dan iri hati, bertelagah dan berbalah sama sendiri.

KAMI berjanji akan bersatu padu dan patuh menegakkan agama Islam. KAMI juga berjanji akan bekerja kuat untuk menyara diri dan keluarga kami.

KAMI sedia bersaing sesama umat Melayu dan kaum-kaum lain dengan jujur dan terhormat.

KAMI umat Melayu bersumpah setia untuk:

Mempertahankan kepentingan dan hak Melayu;

Mempertahankan kedaulatan Raja-Raja Melayu;

Memperjuangkan ikhtisad dan pelajaran bangsa Melayu; dan
Mempertahankan maruah Negara supaya aman sejahtera.

...............................................................................................................................

Saudara pembaca yang budiman,


Dato nenek kita semasa bersatu untuk memperjuangkan Kemerdekaan kita dulu telah bersumpah dan berjanji saperti dinyatakan diatas.

Sekarang ini hasil dari titik peluh , keringat, penat lelah, air mata , wang ringgit malah pengorbanan mereka dalam segala serba serbinya , kita telah dapat menikmati kehidupan yang lebih baik daripada mereka.

Begitulah halnya dengan perjuangan dan pengorbanan kita pada hari ini, akan dinikmati oleh anak dan cucu cicit kita pada masa akan datang. Kita mestilah meninggalkan kehidupan yang lebih baik dan sempurna kepada generasi melayu yang akan menggantikan kita.

Dalam keadaan sekarang ini adakah mampu kita melakukannya ?


Cuba kita tanya diri kita sendiri apakah sumpah perjuangan nenek moyang kita dahulu masih lagi kita pegang dan perjuangkan ? Atau kita telah melanggar dan durhaka terhadap mereka ? Kita telah melupakaannya ?

KAMI, umat Melayu beragama Islam pada hari ini berjanji tidak akan berhasad dengki, khianat dan iri hati, bertelagah dan berbalah sama sendiri.

Sekarang ini melayu tidak berasa apa apa pun melihat tauke tauke cina yang kaya raya, tetapi amat irihati atas kejayaan bangsanya sendiri. Macam macam fitnah dan cemuhan yang ditaburkan. Amat memalukan !!!!

Sekarang ini kita menjadikan hasad dengki sebagai permainan hidup untuk menjatuhkan sesama melayu hingga kita sanggup menjadi pengkhianat bangsa dengan bersekongkol dengan bangsa lain untuk memusnahkan bangsa sendiri.

Sekarang ini kita yang pada angka menjadi bangsa majoriti ( 62% ) berpecah-pecah kepada tiga kumpulan utama menjadikan kita bertambah lemah dan menjadi kaum minoriti dinegara sendiri.

Saban hari tanpa penat dan tanpa lelah kita bertelagah sesama sendiri tanpa sedikitpun berhenti dan berfikiran waras berdasarkan iman sebagai orang islam. Perangai kita lebih teruk dari perangai orang kafir zindik.

KAMI berjanji akan bersatu padu dan patuh menegakkan agama Islam. KAMI juga berjanji akan bekerja kuat untuk menyara diri dan keluarga kami.

Sepatutnya kita bersatu berjuang bermati-matian hingga ketitisan darah terakhir memperjuangkan agama islam kita.

Lihatlah apa jadi bila Kalimah Allah mahu diliberalisasikan ...bagaimanakah tahap iman dan Tauhid saudara melayu kita yang sama sama berjuang dengan penganut agama kristian supaya Kalimah Allah diliberalisasikan ? Nauzubillah min zalik.

Lihatlah betapa lesunya ulamak ulamak kita dalam memerangi fahaman Islam Liberal yang dibiayai oleh Asia Foundation tajaan Yahudi / Kristian untuk mencelarukan Aqidah muslim ....siapakah yang menjadi baruanya .....melayu ...melayu..yang berjuang menjayakan agenda hasad dan dengkinya....Amat malang dan amat memualkan.

Yang disibukkan oleh ulamak ialah rasa ego dan perasan pandai ..hinggakan perkara cabang cabang dijadikan agenda utama perjuangan Islam mereka ...hingga ketahap mereka takut kepada orang yang sudah mati ..ketakutan ketahap phobia.

KAMI sedia bersaing sesama umat Melayu dan kaum-kaum lain dengan jujur dan terhormat

Bagaimanakah kita boleh bersaing secara saksama bila kita membiarkan diri kita menjadi lemah akibat perbalahan sesama sendiri.....

Bagaimanakah cara berfikir dan tahap iman saorang pemimpin melayu yang telah dengan rela dan penuh nafsu berjuang untuk menjadi pemimpin bangsanya dan satelah diberi amanah lupa untuk menunaikan amanah bangsanya.

Sebaliknya menggunakan amanah bangsanya untuk kepentingan dan kekayaan diri sendiri dan kroni kroninya ? Pemimpin sebegini pasti menerima hukum Allah Cubalah lihat apa terjadi kepada Dolah Bedawi yang terpaksa turun takhta dengan cara yang amat memalukan....

Soalnya pemimpin yang ada sekarang tidak juga mahu insaf dan belajar ..masih terus melakukan perkara perkara yang mungkar.

KAMI umat Melayu bersumpah setia untuk:
Mempertahankan kepentingan dan hak Melayu;


Hak melayu yang terpelihara oleh perkara 153 telah dinodai oleh pemimpin Melayu UMNO yang pasti akan menerima bala ...tidak lama lagi.

KAMI umat Melayu bersumpah setia untuk:
Mempertahankan kedaulatan Raja-Raja Melayu;


Amat pelik orang melayu mengetuai perdurhakaan kepada Raja Raja Melayu yang menjadi lambang menjaga kepentingan bangsa dan agamanya. Jelas mereka telah murtad dari menjadi Melayu.

KAMI umat Melayu bersumpah setia untuk:
Memperjuangkan ikhtisad dan pelajaran bangsa Melayu; dan
Mempertahankan maruah Negara supaya aman sejahtera.


Yang ini telah lama dinodai oleh pemimpin Melayu UMNO hingga mereka tidak berani membantu anak bangsanya menjadi pandai dengan senang..biasiswa yang menjadi hak melayu melalui perjuangan nenek moyang kita dulu sudah diganti dengan pinjaman ......Haprak betul siTanggang pemimpin UMNO ini. Pasti mereka akan menerima sumpahan nenek moyangnya.

Yang terakhir ialah pembasmian Kementerian tolong Melayu dan pengurangan peruntukan bumiputera ...jelas lagi perangai si-Tanggang durhaka pemimpin melayu – UMNO yang kita amanahkan.

Nak fikir pun dah malas dah....pasti pengkhianat bangsa akan menerima padahnya. Gemasindah nak ingatkan pemimpin UMNO bahawa mereka juga kena teliti diri mereka sendiri...janganlah asyik menuduh pemimpin PAS & PKR menjadi pengkhianat bangsa melayu....tidak menunaikan amanah satelah diberikan lagi teruk dari cakap cakap...........

Jangan kuat berkokok ..tetapi ekor bergelumang tahi......lihatlah kedalam diri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan