Isnin, 21 Jun 2010

DEB - Legasi Tun Razak......



Salam pembaca Melayu – Islam yang dihormati.

Pandangan adik YAB Perdana Menteri Malaysia, saorang lagi putera Allahyarham Tun Abdul Razak mengenai DEB, membuatkan gemasindah teringat kepada peristiwa sedih dimana gemasindah bersama-sama puluhan ribu rakyat Malaysia ketika itu berbaris disepanjang Jalan Bangsar Kuala Lumpur menunggu ketibaan Jenazah Allahyarham Tun yang baru sampai di lapangan Terbang Subang ketika itu.

Air mata berlinang dan menitis satu kesedihan dan rasa hiba yang bukan dibuat-buat. Malah gemasindah yang ketika itu sedang menuntut di Universiti Malaya menangis tersedu-sedu bila jenazah Allahyarham Tun dibawa lalu secara perlahan melintasi barisan rakyat berbilang kaum yang sama sama bersedih .

Hari ini membaca jawapan jawapan Datuk Seri NAZIR Tun Abdul Razak, terhadap soalan soalan wartawan Utusan berkaitan DEB baru, yang terbayang dipandangan mata gemasindah ialah Allahyarham Tun Abdul Razak yang memperkenalkan DEB pada tahun 1971.

Dan rasa hiba tiba tiba melanda jiwa...sedih bukan sahaja teringat kepada Allahyarham Tun tetapi tentang keadaan Melayu yang diperjuangkan oleh Allahyarham sepanjang hayatnya hingga tiada siapa yang tahu dalam senyumnya yang tipis itu Tun sebenarnya menyorokkan kesakitan yang ditanggungnya.

Gemasindah tidak dapat membayangkan akan betapa sedihnya Tun jika beliau masih ada bersama kita melihat pencapaian DEB yang diilhamkan satelah dilaksanakan melebihi 30 tahun dan membaca komen anaknya Datuk Nazir yang berkata :-

......DEB telah disalahgunakan. DEB yang diperjuangkan sekarang adalah berbeza dengan aspirasi yang dibawa oleh Tun Razak dan Tun Ismail. Siapa yang mendapat manfaat daripada DEB sekarang ? Adakah orang ramai atau kelompok tertentu ? Adakah orang Melayu atau sekumpulan Melayu terpilih ?


Jawapan jawapan yang lebih tegas dari abangnya DS Najib Razak mengingatkan kita bahawa semangat cintakan bangsa dan negara serta agama Tun Razak masih mengalir segar ditubuh Datuk Nazir.

Gemasindah hanya berharap pandangan si adik berkaitan DEB yang direncanakan oleh ayahnda mereka akan menguatkan semangat dan iltizam siabang untuk melaksanakan janji nya ketika merasmikan Kongres Ekonomi anjuran MPM baru baru ini.

Untuk merakamkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Datuk Nazir, gemasindah turunkan dilaman ini catatan penuh wawancara Mingguan Malaysia dengan Datuk Nazir

MM – DS dilihat kritikal mengenai DEB ekoran kenyataan terbuka tempohari , ramai Melayu yang kurang senang dengan pendirian tersebut. Apa reaksi DS ?

DSN – Saya bukan pengkritik DEB kerana saya setuju bahawa dasar berkenaan telah membantu Malaysia mencapai pertumbuhan ekonomi yang kukuh, selain kestabilan politik.

Apa yang saya tegaskan adalah keperluan kepada KAJIAN MENYELURUH terutamanya dari aspek PELAKSANAAN. DEB diwujudkan pada tahun 1971 dan untuk tempoh perlaksanaan 20 tahun. Kita sudah mencapai 40 tahun sejak ia dilaksanakan. Jadi kita PERLU MENILAI SEMULA DEB dalam konteks dan keperluan semasa, keadaan ekonomi terbuka yang dipraktikkan di Malaysia serta mengambil kira persaingan sengit untuk meraih pelaburan diantara negara.

Ketika DEB dilancarkan Allahyarham Tun Razak berkata :- DEB bukan tujuan untuk mempromosikan kepentingan kaum tertentu tetapi ia adalah rangka untuk kemajuan dan perpaduan negara.

Pada jangka panjang DEB adalah mengenai PERPADUAN. Tetapi sekarang kita sudah hilang tumpuan mengenai matlamat asal untuk mencapai perpaduan yang dinyatakan dalam DEB. Bagi pihak tertentu DEB menjadi PUNCA PERPECAHAN kerana DEB ini DISALAHGUNA oleh pihak tertentu untuk meraih keuntungan.

MM – Apakah DS melihat matlamat DEB masih relavan ?

DSN – Bagi saya matlamat DEB membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat MASIH RELAVAN dan perlu DIKEKALKAN tetapi pada masa yang sama kita perlu MENAMBAH SATU LAGI MATLAMAT membina dan mengwujudkan MASYARAKAT BUMIPUTERA YANG LEBIH KOMPETITIF . Ini sangat penting untuk memastikan kelangsungan orang Melayu.

Untuk mewujudkan orang Melayu kompetitif kita tidak dapat lari daripada MENGKAJI SEMULA CARA DEB DILAKSANAKAN. Kita tahu atas nama DEB saham syarikat yang disenaraikan diagihkan kepada bumiputera tetapi persoalannya SIAPAKAH YANG LAYAK DAN SIAPA YANG MERAIH KEUNTUNGAN ?

Anda lihat pemberian AP, siapa yang dapat ? ...bagi saham siapa yang dapat ? Saya lihat ORANG YANG SENANG DAPAT, SENANG JUGA MENJUALNYA !.

Semasa saya menguruskan penyenaraian pada 1990an , ada seorang usahawan yang kami gelar Lord Of The Second Board, tetapi kemahirannya ialah mendapat peruntukan dari MITI. Sejauh manakah ia membantu bumiputera dalam jangka panjang ?.

Sebab itu kita perlu MENENTUKAN DENGAN JELAS MASA YANG DIBERIKAN UNTUK PERLINDUNGAN KEPADA BUMIPUTERA. Bumiputera boleh bersaing dalam peruntukan 30% dikalangan bumiputera dan pada masa yang sama bersaing dalam 70% yang disaingi semua pihak.

DEB perlu adil dan UNTUK MELAYU BERJAYA, Malaysia perlu berjaya sapenuhnya. Semua kaum perlu menyumbang bagi kejayaan tersebut. Malaysia tidak mampu menjadi sebuah negara perpaduan sekiranya terdapat perbezaan polisi selama-lamanya.

Sebab itu perlu mewujudkan TEMPOH MASA untuk melaksanakan kerana sasaran kita mestilah satu bangsa Malaysia.

MM – Terdapat pandangan yang menyatakan bumiputera masih belum bersedia ?

DSN – Saya adalah penyokong DEB yang kuat semasa di universiti tetapi DEB telah disalahgunakan. DEB yang diperjuangkan sekarang berbeza dengan aspirasi yang dibawa Tun Razak & Tun Ismail. Siapakah yang mendapat manfaat daripada DEB sekarang ? Adakah orang ramai atau kelompok tertentu ? ADAKAH ORANG MELAYU atau SEKUMPULAN MELAYU TERPILIH ?

Jadi apakah salahnya sekiranya DEB DIBERI PENILAIAN SEMULA ?

Kerajaan perlu menangani isu ini tanpa berat sebelah dan motif politik. Sudah sampai masanya kita perlu DEB yang diterima oleh semua pihak.

MM – tetapi bukanlah satu kerja mudah untuk mengubah DEB ?

DSN – Memang sukar untuk dilaksanakan kerana tidak mudah seseorang melepaskan kuasa yang sedia dipegang. Fikirkanlah anda saorang ahli politik dan berkuasa membuat peruntukan saham, godaannya amat kuat. Katakan anda seorang menteri yang terbabit dalam memperuntukkan saham itu dan juga seorang ahli politik, semua kawan dan penyokong akan mendatangi anda , anda akhirnya terpaksa berkompromi. Kita hanyalah manusia biasa dan KITA KENA HENTIKAN GODAAN INI.

Jadi kerajaan kena mengkaji semula DEB dan MELETAKKAN PROSES YANG BETUL supaya orang tidak tergoda UNTUK MENYELEWENGKANNYA.

MM – Bagaimana DS melihat mereka yang menentang perubahan dilakukan ?

DSN – Pihak yang TERLALU TAKUT kepada perubahan adalah MEREKA YANG MENDAPAT MANFAAT DEB. Merekalah yang membuat bising sedangkan HAK SEMUA BUMIPUTERA ADALAH LEBIH PENTING.

Jadi TUGAS PEMIMPIN adalah melaksanakan peranan mereka bagi SEJUMLAH MAJORITI BUMIPUTERA.

Saya dilabelkan dengan pelbagai tanggapan kerana menyatakan pandangan tentang isu ini tetapi BAGAIMANAKAH BUMIPUTERA BOLEH MENJADI LEBIH BAIK JIKA DEB TIDAK BOLEH DIDEBATKAN ?

MM – Mungkin generasi Melayu Baru lebih mudah menerima cadangan kajian semula DEB berbanding Melayu yang tipikal ?

DSN – Saya pernah berjumpa seorang professional Melayu diluar negara yang enggan kembali ke Malaysia kerana berpandangan orang Melayu yang berjaya tidak diterima dinegara ini. Ini kerana kejayaan orang Melayu sering dikaitkan dengan DEB.

Mala ada dikalangan mereka tidak mahu balik kerana beranggapan DEB bukan untuk mereka tetapi untuk Kumpulan Melayu Terpilih.

BUKAN SEMUA DEB PERLU DITUKAR SAPERTI BIASISWA DAN PERBELANJAAN KERAJAAN UNTUK MEMBANTU BUMIPUTERA WAJAR DIKEKALKAN.

Saya hanya membuat cadanngan supaya segmen tertentu dalam DEB DIKEMASKINI.
Itu sahaja.


Gemasindah.................

Alangkah baiknya dan bangganya kita jika kata kata dan ungkapan diatas keluar dari ANAK SULUNG Allahyarham Tun Razak.

Tetapi marilah kita berdoa agar kata kata si-adik akan difikir semasak-masaknya oleh si-abang agar RUH TUN RAZAK BETAMBAH AMAN & BAHAGIA dan LEGASI KETURUNAN TUN RAZAK TERUS MENYINAR TERANG DIBUMI MELAYU INI.

2 ulasan:

  1. Saya memetik ulasan DS Nazir yang Sdr. GemasIndah paparkan di sini di blog saya, ...LISTED!!!

    Saya pernah melaksanakan suatu bancian yang mana keputusan bancian ini dapat dibaca di sini, The Economy Policy Poll

    Walaupun ianya hanya suatu bancian blogger, nampak ianya tidak lari jauh dari pandangan ramai, sekurang-kurang yang mengunjungi blog-blog. Paparan Saudara juga menunjukkan keputusan bancian tersebut juga selari dengan abang DS Najib sendiri.

    Bagi saya, secara ringkasnya DEB adalah untuk keharmonian keseluruhan masyarakat Malaysia apabila terdapatnya ketidak seimbangan di antara kaum, terutamanya dari segi ekonomi. Objektif Tun Razak adalah untuk mencapai keharmonian, kesepaduan melalui DEB ini.

    Apa yg saya dengar mengenai NEM pula, antara objektif utamanya adalah untuk mencapai masyarakat "high income" yang bagi saya, masyarakat berpendapatan tinggi belum tentu lagi dapat menjamin keharmonian sesebuah negara. Masyarakat china secara puratanya adalah "high income earners" manakala masyarakat bumiputera termasuk orang Melayu masih lagi kebelakang di Malaysia ini. Tetapi dasar-dasar liberalisasi DS Najib, termasuklah rencana NEM beliau, nampaknya lebih banyak melupuskan apa-apa yang telah ada pada orang Melayu dan Bumiputera sebelum ini. Jadi, kaum mana yang DS NAjib perjuangkan ini?

    Saya merasa tidak selesa apabila tumpuan lebih diberikan kepada soal "MONEY" melebihi dari yang lain sehinggakan boleh menepikan nilai-nilai moral dan sivik. Contohnya, seperti yang dipaparkan oleh artikel-artikel ini:-

    In God We Trust

    Because of Money

    BalasPadam
  2. Salam & tahnk you brader kenn

    Apa yang sdra lakukan amatlah baik dan artikel sdra memang berimpak tinggi .

    Diharap melayu yang membacanya akan insaf dan berubah pendirian demi bangsa, negara dan agama kita.

    InsyaAllah.Than you brader

    BalasPadam