sila juga layari http://fakirabdillah.webs.com ....MELAYU DULU ...BARU 1 MALAYSIA Bagaikan Burung Yang Patah Sayap Bertongkatkan Paruh Ku Terbang Jua....
Khamis, 3 Jun 2010
BENARKAH KITA FAHAM AKAN AGAMA ISLAM YANG KITA ANUTI........???
Salam saudara pembaca yang dihormati,
Entri terbaru blogger Panehmiang betajuk : LIBERALIS ISLAM MAKIN MENJADI-JADI menarik perhatian gemasindah. Jika pembaca masih ingat melalui laman ini tajuk ISLAM LIBERAL ini telah dibincang dengan panjang lebar.
PERKARA ISLAM LIBERAL harus diberi perhatian yang serius oleh kerajaan khasnya oleh semua pihak berkuasa berkaitan agama termasuk Majlis Raja Raja Melayu.
Ianya lebih bahaya dari fahaman Wahabi ( hanya bab hukum ) fahaman Syiah ( masih sama aqidahnya dengan Ahli Sunnah ) Ilmu Tasauf , Ilmu Tarekat, Ilmu Hakikat malah gerakan Al-Arqam sekalipun yang dikatakan sesat & menyesatkan itu
Setakat hari ini kita masih belum mendengar pandangan dan pendapat para ulamak Majlis Majlis Agama Islam mengenai GERAKAN ISLAM LIBERAL di Malaysia ini, apatah lagi mengharamkannya.
Perlulah cendikiawan Islam membuat penelitian serta kajian tentang kegiatan para pendokong ISLAM LIBERAL ini.
Umpamanya ada dakwaan oleh bloggers yang mengatakan bahawa pelopor utama dalam dakyah Islam Liberal ini ialah Anwar Ibrahim. Betul ke ?
Ini adalah tuduhan yang amat serius ...pihak berkuasa perlu dengan segera meyelidek tuduhan ini...dan jika didapati benar Anwar Wajib didakwa dan dipisahkan dari masyarakat umum. Jika tidak benar yeng menuduh pun perlu diambil tindakan .
Kenapakah perkara sebegini tidak diendahkan ? Adakah pihak Berkuasa Agama hanya berminat dalam bab bab furuk sahaja untuk menunjukkan kuasa hingga tidak ada Tarekat yang tidak salah ?
SEDUTAN DARI RENCANA UTAMA PANEHMIANG......
Inilah modus penganut Islam Lebonan di AS, yang semakin menular fahaman extreme liberalis Islam, yang boleh melakukan apa sahaja tanpa perlu merujuk kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Ramai juga kalangan pelajar Malaysia yang kian terpedaya dengan misi-misi Freemasonary di AS. Hari ini, semakin menular di Malaysia. Pak Sedaro baru pulang dari Bandaraya Kuantan. Sodih, bilo melihat anak-anak muda lelaki Rakyat Raja yang sudah bangga bertindik telinga sebelah kiri seperti lembu-lembu @ sapi KOLING.
Kalau ditindik sobolah kanan, ini melambangkan gagasan GAY sedang berkembang biak. Di Kuala Lumpur, sudah ramai. Ada 27 pusat perkumpulan homoseksual, yang disamarkan sebagai Pusat Rekreasi Ringan dan Disco-Tech.
Masjid di Malaysia sudah menjadi sarang persinggahan pelakon-pelakon dunia yang munafiq, musyrik dan fasiq. Moga Allah beri dan turunkan rahmah kepada golongan insaf untuk memberi pukulan kesedaran dan kembali ke pangkal jalan kepada mereka yang SESAT lagi MENYESATKAN.
Ulama' UMNO dan PAS kena berperanan dalam hal ini. Allah Hu Akbar.
SEDUTAN KOMEN KOMEN PEMBACA......
KOMEN SATU
Nogaro Islam sengaja diporakporandokan oleh kuasa barat supayo pegangan ugamo dan iman kito menjadi lomah dan berubah.
Orang2 mudo kito banyak terbiar dan tidak terkawal dek ibu-bapo. Orang tuo pulak tidak menunjukan contoh yang baik - merokok, tidak membaco, banyak membuang maso diluar rumah... harapkan bini ajo jago anak2.
KOMEN DUA
tak polek kalu warga amerika yg ngaku islam liberal.
amerika tak ponah ngaku jd negaro islam
tp kek malaysia, pemimpinnyo selalu ngaku sebuah negaro islam.
dah 53 tahun jd negara islam.
mcm2 maksiat ado kek sini.
bilo hukum hudud di sobut2, ramai yg melonting...marah.
hukum Allah di buek main-main.
mahkamah syariah tak berani nak jalankan hukum Allah... takut!!!!
hukuman dijalankan secara berpilih.. kalu org bosa ditangkap sbb minum arak...dilopeh tp kalau ikan bilis akan dirotan.
lawak..lawak..lawak...hanya negaro yg amalkan islam liberal yo yg buek mcm ni.
KOMEN TIGA
Mana lebih bahaya Islam Liberal atau Tasauf / Tarekat / Hakikat / Wahabi/ Syiah ?
Di Malaysia yg disebut diatas semua haram dikatokan sosek & zindik..Hampir semua gerakan Tarikat diharamkan...pjg sekali ajaran sesat dinegara ini..sbb ee mudah yo kito laai goma ngaji dari mengkaji..
kito sucikan bona Al-Quran tu hingga sentuh tah tidak sobulan sekali...
Ramai dari kito melayu islam ini KETURINIL-ISLAM..islam CATITAN..yg kito hebohkan hukum hakam ..bukannya TAUHID ...hukum Allah yg dicintai..bukan Allah yang dicintai ...ramai tak faham istilah NAFI & ISBAT dan maksud AKU NAIK SAKSI dlm 2 Kalimah.. aku naik teksi mmg somo org faham..
Agak se yolah brader paneh..ese ini lobai kocik pun tidak..apo lai nak jadi lobai bosa..jauh bona raso eee
Bersambung .....artikel utama ...benarkah kita faham akan agama yang kita anuti ?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan