sila juga layari http://fakirabdillah.webs.com ....MELAYU DULU ...BARU 1 MALAYSIA Bagaikan Burung Yang Patah Sayap Bertongkatkan Paruh Ku Terbang Jua....
Sabtu, 12 Jun 2010
SUMPAH MELAYU.....
Salam saudaraku Melayu - Islam
Entri kali ini gemasindah cedok 100% dari blog sdra SUMPAH MELAYU untuk saudara baca dan fikirkan....
Sumpah Melayu berkata...
Melayu hari ini sudah lupa akan asal usul penjelmaannya... Melayu hari ini sudah tidak endah apa akan terjadi kepada suku sakatnya... Melayu hari ini mengundang trajedi kejatuhannya.... Malah melayu hari ini tidak mahu menilai akan dirinya...
Apakah dosa anak-anak kita...apakah dosa cucu-cucu kita.... Kita hanya meminjam dunia ini daripada mereka....kita hanya menumpang sementara untuk mereka.... kerana merekalah yang menikmati atau merasai apa yang kita lakukan hari ini....
Kalau kita lakukan perkara yang baik...mereka akan menikmatinya.... kalau kita tidak endahkan kebaikan, merekalah yang akan merasainya.
Kesultanan Melayu Melaka jatuh angkara melayu durjana membenarkan jiwa dan hati mereka ditakluk dan dinoda oleh penjajah.... Petanda-petanda ini semakin nyata....apabila bangsa melayu menidakkan Ketuanan Melayu itu sendiri.... Hanya masa dan waktu akan menjadi jawapannya....
Melayu tak hirau....melayu tak kisah.... walaupun nafsu menguasai diri...asal hajat dan hasrat tercapai... walaupun diri tidak mampu, walaupun kebolehan tidak ada, walaupun bangsa menjadi mangsa oleh kerakusan diri yang tamakkan kuasa....
Mengapa kita ingin mencuba perkara yang belum pasti....mengapa kita membenarkan nafsu harakah menguasai diri....mengapakah kita sanggup mengadai maruah bangsa demi mencapai hasrat yang keji.... mengapa kita tidak tahu menilai diri....
Sinar harapan anak cucu kita kian tak pasti.... Mahukah kita menjadi bangsa yang keji... mahukah kita terus dibuai mimpi..... Mampukah kita terus berdiri.....
Perjuangan harus diteruskan...harapan harus dilaksanakan....jiwa melayu perlu diperhebatkan...semangat mesti dipertontonkan....perubahan perlu direalitikan.....azam perlu disematkan....untuk BANGSA MELAYU.....
Ikhlaskanlah hati....sucikanlah diri....berjuanglah untuk bangsamu....agamamu....DEMI MELAYU BERSATU......
……………..
Apa itu Melayu? Dari mana datangnya? Siapakah mereka yang dikatakan orang Melayu itu? Di negara kita sekarang semakin banyak orang yang membincangkan tentang Melayu. Namun, adakah mereka tahu mengenainya? Atau sekadar bercakap untuk kepentingan peribadi atau kumpulan.
Etimologi Istilah Melayu
• Catatan orang Cina- Kerajaan 'Mo-Lou-Yeu (mungkin Jambi, Sumatera) sekitar tahun 644-645 Masihi menghantar hasil bumi kepada kerajaan China.
• Jawa kuno memberi makna 'Melayu'- berlari dan suka mengembara
• Perkataan Wu Lai Yu dalam buku "Hai Lu Chu" dan "Zheng He Hang". Cheng Chung Shin dalam bukunya "Tong Nan Ya Lien Guo Zhi"(Negeri2 Asia Tenggara) berkata Tanah Melayu mendapat nama dari perkataan Mo Lo Yu. Orang Cina menyebutnya Ma Li Ye Er, Wu Lai Yu dan Ma La Yu.
• Harun Aminurrashid- bangsa Melayu mendiami kawasan anak sungai bernama sungai Melayu di hulu Sungai Batanghari(Jambi). Di sini juga wujud kerajaan Palembang tua(Srivijaya).
• Perkataan Melayu ditemui di bahagian belakang sebuah patung di Padang Racore, bertarikh 1286M.
• Sejarah melayu juga menyebut perkataan Melayu berdasarkan satu peristiwa di hulu muara Tatang (sungai Melayu)
Teori Asal Usul
Terdapat du teori yang membincangkan asal-usul orang-orang melayu di Nusantara.
1. Teori Asia Tenggara
• Manusia Austronesia dikatakan berasal dari satu tempat di bahagian selatan China.
• Andaian pengkaji barat- Keane, Kern dan Logan (1848) kemungkinan tempat itu terletak di Indochina, Champa, Kampuchea tau Assam(Burma).
• Slametmuljana(1964) dan Asmah(1988):
-Penghijrahan dari utara (bahagian selatan China) ke arah selatan iaitu Nusantara secara berperingkat dan berklompok-kelompok tidak mengikut jalan yang sama
-Beberapa jalan digunakan dalam penghijrahan yang menjadi sebab penyebaran kelompok
Austronesia berlaku secara meluas.
• Geldern(1932):
-Kelompok Melayu pertama sampai ke Nusantara=Melayu Proto
-Menduduki Nusantara sekitar tahun 2000SM.
-bukti= beliung bersegi panjang ditemui di Sg. Hwang Ho, Sg. Yangtze, Sg. Mekong,
Salween, Irrawadi dan Sg. Brahmaputra.
-Bentuk yang sama juga dijumpai di beberapa kawasan Nusantara.
-Beliung tersebut dibawa oleh orang Asia Tengah ke Kepulauan Melayu.
-kelompok Melayu kedua= Melayu Deutro pada tahun 1500 SM (Melayu Moden).
Kedatangan Melayu Deutro menyebabkan Melayu Proto berundur ke kawasan
pedalaman-hutan, lembah dan pergunungan(masih wujud dan dikenali sebagai orang asli-
Jakun, Temuan, Belandas)
-Melayu Deutro dikatakan mempunyai peradaban lebih tinggi berbanding Melayu Proto.
Membina petempatan di pesisiran pantai, mahir dalam pelayaran, membuka petempatan
baru di kepulauan Melayu.
2. Teori Nusantara
• Hipotesis ini mengatakan orang Melayu tidak berasal dari luar, dikatakan manusia berasal dari Nusantara.
• Penemuan rangka manusia awal yang telah lama menghuni di kepulauan Melayu; hasil evolusi manusia awal proto homonid.
• Bukti- kebudayaan, bahasa, perkembangan manusia dan situasi geografi masa lalu. kebudayaan: Crawfurd menyatakan kawasan asal orang Melayu adalah di Sumatera dan Jawa kerana perkembangan budayanya sangat menonjol dan tersebar ke kawasan
lain.
Bahasa:
K.Himly dalam kajiannya terhadap perbandingan bunyi dan bentuk kata bahasa
Champa dan pelbagai bahasa di Asia Tenggara menyangkal pendapat bahawa Bahasa
Melayu Polinesia serumpun dengan bahasa Champa. P.W. Schmidt menyokong dan
menyatakan hanya bahasa ambilan sahaja.
• Sultan Alishjabana berpendapat bangsa yang berkulit coklat dan mendiami Asia mempunyai persamaan kulit, bentuk dan anggota badan ini berbeza dengan bangsa Cina di timur dan bangsa India di India.
• Geografi-terdapat daratan yang luas dan wilayah seperti Tanah Melayu, Palawan, Jawa, Borneo dan pulau kecil seperti Riau dan Lingga yang dikenali sebagai Pentas Sunda. Pentas Sahul- Australia dan New Guinea.
- Semasa pencairan glasier berlaku, wilayah terpisah dan orang Melayu berpindah ke
bahagian lain yang tidak ditenggelami air.
*Namun, perbincangan mengenai tanah asal kelompok manusia Austronesia induk masih tidak dapat dipastikan dengan tepat.
P/S: Ini adalah antara perkara yang saya belajar dalam Bahasa Melayu di UIA ni. Seronok kan? Banyak lagi sebenarnya. lain kali pulak. Bagi yang masih belum mengambil LM2016, bolehla copy paste perkara di atas kerana ini adalah daripada nota.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan