sila juga layari http://fakirabdillah.webs.com ....MELAYU DULU ...BARU 1 MALAYSIA Bagaikan Burung Yang Patah Sayap Bertongkatkan Paruh Ku Terbang Jua....
Khamis, 3 Jun 2010
BENARKAH KITA FAHAM AKAN AGAMA YANG KITA ANUTI.....sambungan
ISLAM TIDAK MEMBERATKAN UMATNYA.... ....tentu ada Jalan Penyelesaian.....
Tentulah ada jalan penyelesaian mengikut Al-Quran dan bukannya mengikut kata Pak Lebai.
Aku sangat yakin Tuhan itu Maha Pengampun dan agama Islam itu adalah satu satunya agama terbaik, MUDAH dan TIDAK MEMBERATKAN . Tidak termasuk akal langsung bahawa Allah Yang Maha Pengasih & Penyayang menciptakan makhlukNya untuk dijadikan bahan seksaan.
Perkara ini ( belajar agama secara tidak formal ) berlaku kerana sistem pelajaran ( kehidupan ) kita lebih bertumpu kepada menyediakan kita untuk kehidupan didunia yang mencabar dan saling bersaing ini.
Mudah sahaja kalau kita menjadi drop out atau gagal dalam akademik maka agak sukarlah kita mencari pekerjaan yang boleh menjamin hidup masa depan yang selesa.
Kelulusan bidang agama pula skop pekerjaan yang ada amat kecil berbanding ilmu yang lain. Paling lebih menjadi cikgu atau Tuan Kadhi.
Saudara pembaca,
Sama ada kita belajar agama secara formal atau tidak, perlulah kita bertanya kepada diri sendiri secara jujur dan ikhlas adakah kita benar benar faham tentang agama kita ?
Kalau kita betul betul faham, syukurlah. Jika tidak, janganlah salahkan sesiapa, teruslah belajar dan beramal selagi hayat dikandung badan. Gunakanlah akal yang dikurniakan Allah supaya kita jangan sentiasa bertaklid atau menjadi muslim ikut ikutan.
Contohnya dapatkah anda menjawab soalan soalan berkaitan agama anda jika ada orang bertanya dan adakah anda yakin pada jawapan anda itu ?
Fahamkah anda akan apa yang dikatakan sistem ekonomi islam – sistem politik islam - sistem kekeluargaan – perundangan Islam itu ?
Fahamkah anda akan apa yang dikatakan wudhu sempurna itu ?
Jika ada orang bertanya tentang Allah, apakah yang anda perlu beritahu ?
Bolehkah anda menyembah Tuhan yang anda tidak kenal ?
Apakah reaksi anda jika ada orang menjelaskan tentang Sifat 21 Allah Taala ?
Tahukah anda bagaimana Allah Tuhan kita itu berkata-kata sesuai dengan Sifat MutakallimunNya ?
Soalan soalan diatas cuma merupakan contoh contoh. Banyak lagi soalan yang boleh diajukan.
Oleh itu adalah amat perlu kita imbangi hidup kita untuk dunia dan untuk akhirat. Pelajarilah ilmu agama secara seimbang juga. Jangan hanya belajar Ilmu Syariat. Pelajarilah juga Ilmu Tarekat & Ilmu Hakikat supaya kita sampai ke Ilmu Makrifat.
Intipati ajaran agama Islam secara umumnya terbahagi kepada dua perkara . Pertama berkaitan urusan manusia sesama manusia disebut sebagai HABLULMINANNAS. Kedua tentang hubungan manusia dengan Allah disebut sebagai HABLULMINALLAH.
Antara kita dengan manusia lain itu bab dunia. Antara kita dengan Allah ini bab dunia dan Akhirat.
Allah mengampunkan segala dosa melainkan dosa mensyirikkan Allah. Syirik kasar jelas kelihatan tetapi Syirik Halus / Syirik Hoppi tidak nampak khususnya mensyirikkan Allah dengan diri kita sendiri.
Saudara pembaca,
Tidaklah sama tahap ilmu yang kita dapat jika kita Cuma lulus sekolah menengah berbanding orang yang lulus universiti dan tidaklah sama tahap ilmu saorang graduan dengan professor yang mengajarnya.
Kedua, semua orang mahu jadi pandai, tiada yang dengan sengaja mahu jadi bodoh. Kenyataannya ialah tidak semua orang jadi pandai, masih ada yang separuh pandai dan masih ada yang bodoh.
Jadi hinakah ..................bersambung next entri.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan