sila juga layari http://fakirabdillah.webs.com ....MELAYU DULU ...BARU 1 MALAYSIA Bagaikan Burung Yang Patah Sayap Bertongkatkan Paruh Ku Terbang Jua....
Isnin, 5 Julai 2010
DAILOG - One Way Kerajaan NSDK - Apa Hasilnya ?
Salam para pembaca Melayu-Islam yang dihormati,
Sudah agak lama juga saya tidak menulis entri dilaman Gemasindah ini. Sebabnya ialah saya sudah mula jemu dengan apa yang berlaku dalam parti UMNO yang saya anggotai sejak lama dan saya sudah mulai bosan dengan cakap cakap tak serupa bikin pimpinan kerajaan UMNO sekarang ini. Tidak ada yang menyeronokkan hati dan menimbulkan rasa bangga di jiwa.
Didalam lamanblog Fakirabdillah saya ada mencatatkan makna jargon Tasauf yakni JAHIL MURAKKAB yang maksud umumnya ialah bodoh tidak boleh diajar, pandai tidak boleh diikut.
Dalam banyak kes pentadbiran kerajaan NSDK sekarang ini ..jahil kelas ini menjadi amalan biasa yang normal nampaknya.
Sudah hampir empat bulan saya menghadiri Majlis Dailog sehala yang diadakan di kampong saya. Saya telah mencatatkan prosiding Dailog itu dilaman ini sebagai satu rekod permainan kerajaan Negeri Sembilan pimpinan Muhamad Hasan untuk kenangan.
Baru-baru ini saya telah berbincang dengan salah saorang pegawai tinggi yang mentadbir daerah Tampin. Saya menyampaikan pandangan saya tentang ketidakberkesanan majlis Dailog arahan Menteri Besar Negeri Sembilan itu.
Saperti yang saya jangka , pegawai tersebut mempertahankan bahawa majlis dailog itu merupakan satu cara berkesan untuk kerajaan NSDK mendapat input dari rakyat.
Saya tegaskan bahawa banyak cara mendapat input rakyat tetapi mengadakan majlis dailog sehala lebeh banyak mendatangkan mudarat dari kebaikan. Saya telah membuat random survey dan hampir 100% responden mengatakan majlis dailog tersebut indah khabar dari rupa kerana apa apa yang ditimbulkan hanya menjadi catatan sahaja tanpa ada apa apa yang dilakukan untuk diselesaikan.
Hari ini salepas 4 bulan majlis dailog diadakan , saya dapati apa yang dikatakan oleh responden saya adalah benar pada tahap 100%. Tidak ada satu pun masalah yang ditimbulkan oleh rakyat pada majlis dailog itu diselesaikan. Tahap penyelesaian ialah tidak ada apa apa pun dilakukan....nil....kosong...naahi..yeelek.
Cuba saudara pembaca renungkan...............bersesuaiankah apa yang berlaku dikampong saya yang kecil ini dengan slogan Najib ...rakyat didahulukan –pencapaian diutamakan ?
Pada saya tahapnya adalah sama dengan CERITA KATUN – DORAEMON.
Cuba pembaca cuba bayangkan bagimanakah rasa benci, menyampah dan kecewa orang melayu yang sepanjang hidupnya menjadi ahli dan penyokong UMNO – yang tanah mereka diambil tanpa bayaran pampasan yang setimpal terhadap pimpinan UMNO tempatan dan kerajaan UMNO Negeri ?
Tentu menanah telinga mereka bila mendengar DUN Gemas, Ahli Parlimen Tampin, Menteri Besar NSDK melaungkan slogan KHIANAT ... rakyat didahulukan –pencapaian diutamakan.
Saya yang jadi tukang catat yang tak serugi saudara saudara saya pemilik tanah itu pun mahu menyumbat telinga saya dengan kapas bila erdengar laungan khianat itu.
Saya bertanya kepada pegawai tinggi daerah Tampin itu kenapa masalah pengambilan tanah itu diambil mudah kerana sebelumnya saya telah meminta pegawai yang sama mengadakan satu perjumpaan khas dengan pemilik tanah tersebut agar agar mereka faham apa yang kerajaan hendak lakukan ..tidak baik untuk kerajaan membiarkan perkara pampasan itu dibawa kemahkamah.
Sebaliknya pegawai itu bertanya ..belum selesai ke masallah itu pakcik ?
Lho ..kata saya...kita yang tanya dia ..dia pulak yang tanya kita balik ?
Saya katakan kepada pegawai itu...apa sebab kerajaan bayar pemilik tanah cina RM 21,000 saekar pada tahun 1986 dan pada tahun 2010 menawarkan hanya RM 12,000.00 saekar pada tanah orang Melayu ?
Asas apakah yang digunakan untuk menilai nilai / value tanah tanah itu ?
Kalau penilaian dibuat berasaskan politik saya kata..bankrap ke kerajaan NSDK membayar RM 180,000.00 kepada 6 pemilik tanah pada kadar RM 30,000.00 saekar sedangkan belanja majlis dailog one way ..lebih daripada nilai itu ?
Saya juga bertanya , dibawah seksyen mana Kanun Tanah Negara yang digunakan oleh Pengarah Tanah & Galian NSDK untuk menafikan bayaran pampasan kepada saorang pemilik tanah yang menanam beberapa batang pokok gaharu dikebun yang diluluskan untuk tanaman getah.
Jika melanggar syarat nyata tanah kenapa pula agensi kerajaan lain menggalakkan rakyat memaksimakan tanaman umpamanya menanam pokok sentang dan rotan semambu didalam kebun getah ?
Celaru kan dasar kerajaan kita ini ?
Saudara pembaca ,
Kenapakah perkara perkara sebegini berlaku ? Banyak sebab jika kita buat kajian mendalam. Sebab tanpa buat kajian ialah....tidak prihatin...tiada semangat cintakan bangsa, sombong kerana aku pegawai cerdik kau orang kampong bodoh...
Saya teringat kepada pesanan rakan blogger GOTAHLANTUN yang sebelum dailog itu diadakan menulis .....Loteh Den ..tak kemano tu doh brader..
Yes gotahlantun you are damn right...
Gemasindah...............osah lotih eee.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan