sila juga layari http://fakirabdillah.webs.com ....MELAYU DULU ...BARU 1 MALAYSIA Bagaikan Burung Yang Patah Sayap Bertongkatkan Paruh Ku Terbang Jua....
Rabu, 9 Jun 2010
SABSIDI IDRIS JALA....pandangan pakar ekonomi
SABSIDI...PEMANDU dari pandangan PAKAR EKONOMI.
Salam sejahtera saudara pembaca Melayu-Islam yang di Rahmati Allah.
Perkara berkaitan SABSIDI yang diutarakan oleh PEMANDU yang diketuai oleh Datuk Idris Jala masih lagi menjadi topik hangat yang dibincangkan dimerata tempat oleh pelbagai lapisan rakyat.....masih belum reda.
Kita bersyukur dan berterimakasih kerana beberapa cendikiawan melayu telah memberi ulasan dan kupasan yang ditinjau dari perspekstif tertentu. Kupasan dan ulasan ulasan mereka ini sudah pasti menambahkan lagi pemahaman kita berkaitan isu ini.
Ini adalah kerana dasar kerajaan berkaitan SABSIDI ini baik YES atau NO akan mencorakkan kehidupan rakyat khasnya dari segi perbelanjaan harian kita.
Datuk Kadir Jasin telah memberi ulasan dan kupasan yang amat bermutu tinggi dari sudut impak sosio – politik.
Pada hari ini kita sebagai rakyat biasa yang berminat, , berasa bertuah kerana saorang pakar ekonomi, PROF DATUK DR NOOR AZLAN , Ketua Kluster Ekonomi dan Kewangan, Majlis Professor Negara telah memberi ulasan dan kupasan yang sangat professional ditinjau dari sudut ekonomi. Rencananya disiarkan oleh Utusan Malaysia sebagai Rencana Perdana / Utama.
Bagi yang belum membacanya , eloklah membacanya ketika jiwa sedang tenang.
Gemasindah turunkan didalam entri kali ini, INTIPATI atau SEDUTAN rencana tersebut :-
QUOTE 1
Hasrat kerajaan untuk menilai dan menstruktur semula sistem pemberian sabsidi dengan menubuhkan Makmal Rasionalisasi Sabsidi dibawah PEMANDU ( Unit Pengurusan Prestasi & Perlaksanaan ) adalah tepat, untuk melonjakkan ekonomi negara. Sabsidi adalah satu isu utama yang perlu ditangani.
QUOTE 2
Beberapa aspek utama yang menjadi asas analisis dan saranan PEMANDU agak MENGGUSARKAN. Ia tidak mencakupi perekonomian sabsidi yang menyeluruh.
Asas analisis yang SEMPIT & SALAH berkemungkinan membawa kepada justifikasi dan strategi rasionalisasi yang TIDAK OPTIMAL. Ianya wajar diperkemas dan dirasionalisasikan semula.
QUOTE 3
Penilaian perlu atau tidak sabsidi dan tatacara rasionalisasi sabsidi yang disarankan PEMANDU AGAK BIAS dan TERLALU TERTUMPU KPD ISU KUANTUM iatu mengurangkan jumlah sabsidi yang ditanggung kerajaan.
Ia kelihatan saperti LANGKAH MENJAGA DOMPET KERAJAAN, TIDAK LEBIH DRPD ITU.
QUOTE 4
Menggerunkan negara dengan cerita kebankrapan ala Greece mungkin GIMIK Pemandu. Rasionalisasi sabsidi adalah inisiatif MENGWUJUDKAN SISTEM BUKANNYA USAHA MENGELAK NEGARA MENJADI MUFLIS.
QUOTE 5
( gemasindah ..pengurangan sabsidi petroleum zaman Pak Lah dibuat berdasarkan harga pasaran dunia..kenaikan harga disebabkan permintaan tinggi dari Cina & India ..masa tu macam macamlah rancangan dan tindakan yang hendak dilakukan untuk atasi perkara ini ...Prof Dr Noor Azlan berpendapat )
Seimbas lihat struktur ekonomi dan sektor benar MASIH LAGI ..SAMA.TIDAK BERUBAH....jangan leka sebab ekonomi india & cina akan melonjak semula...semakan sabsidi amat kritikal...kecekapan ekonomi perlu dipertingkatkan.
QUOTE 6
Prestasi ekonomi negara sejak krisis ekonomi 1997-98 AGAK KAKU, seolah olah ada yang mengikat kita dari terus MELONJAK . Kewujudan sabsidi secara meluas menyebabkan agihan sumber yang tidak optimal.
QUOTE 7
Bukan semua sabsidi ditakrif sebagai BEBAN KPD KERAJAAN .
Sebahagiannya adalah KOS SOSIAL yang perlu ditanggung oleh kerajaan.
Dalam konteks ini ADALAH TIDAK WAJAR kos itu DIKATEGORIKAN SEBAGAI SABSIDI. Ianya adalah kos pembangunan negara yang menjadi tanggungjawab kerejaan yang memerentah.
Contohnya kos kesehatan dan kos pendidikan.
Rakyat yang sehat dan berpelajaran adalah aset utama pembangunan negara
( gi )
QUOTE 8
Longgokan kos sosial didalam bakul yang sama berkemungkinan mencetus takrifan dan strategi yang salah...perlulah diambil kira perekonomian dan asas analisis yang tepat dalam rasionalisasi sabsidi.
QUOTE 9
Struktur persaingan dalam rantaian bekalan yang memberi ruang pada kuasa monopolistik membolehkan manipulasi harga berlaku.
Tanpa peraturan dan perundangan serta tahap persaingan yang mencukupi penghapusan kawalan harga yang dicadangkan PEMANDU berhadapan risiko manipulasi harga yang selalu menghantui pemikiran rakyat . ( gi ...contohnya monopili bekalan gula oleh Robert Kuok )
QUOTE 10
Untuk sekalian lama , perhatian polisi lebih tertumpu kepada penentuan harga yang melibatkan perbincangan antara kerajaan dan pembekal utama.
Dengan struktur monopolistik PIHAK INDUSTRI YANG MENJADI PENENTU UTAMA. Ini melibatkan sabsidi berbillion RM.
Gemasindah.................
....tertanya juga kenapa Kluster Ekonomi , Majlis Professor yang terdiri dari cendikiawan ekonomi , tidak dilibatkan dalam PEMANDU ????. Eloklah ini difikirkan semula.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Salam..
BalasPadamSiri perdebatan Syeikh Ahmad Deedat dengan Mubalig kristen subtitle bahasa Malaysia/Indonesia. sila kunjungi
http://www.youtube.com/user/mnoors9
T Kasih