Jumaat, 4 Jun 2010

BENARKAH KITA FAHAM AKAN AGAMA YG KITA ANUTI.....sambungan


BENARKAH KITA MEMAHAMI AGAMA YANG KITA ANUTI.....
Sambungan...

Jadi hinakah menjadi orang kurang pandai atau bodoh itu sedangkan kita telah berusaha ?

Kepandaian dan pencapaian akademik atau apa apapun pencapaian manusia ini memangnya berperingkat – peringkat, bertingkat – tingkat. Ianya bukan ditentukan oleh manusia itu sendiri tetapi oleh Penciptanya.

Janganlah diherankan kerana Allah telah menunjukkan KeagunganNya.

Kalau semua orang pandai dan semuanya mahu menjadi doktor, siapa pula ingin menjadi jururawat atau pemberseh hospital dan siapa pula akan menjadi buruh kalau semuanya mahu menjadi jurutera ?

Bagaimanakah cara pentadbiran yang perlu diadakan jika kita mempunyai lebih ramai jurutera berbanding buruh ?

Peringkat peringkat atau LEVEL tiada menunjukkan apa apa kesalahan dan kelemahan. Malah ianya menunjukkan Keindahan , Keagungan dan Kebijaksanaan Allah sebagai Yang Maha Menciptakan.

Oleh itu janganlah kita merungut kepada Tuhan atau menyesali takdir kerana Allah menyatakan bahawa sesaorang manusia yang diciptakanNya itu dicipta mengikut keupayaan yang dikehendakkkiNya......yang dikehendakki Allah ..bukan kehendak kita.

Bagaimanakah sesuatu yang belum dicipta boleh meminta kepada penciptanya tentang bentuk , keupayaan dan keadaan dirinya ?

Semua kepingan besi ( ms plate ) dikilang Proton mahu menjadi Proton Perdana tetapi jurutera menentukan sebahagian menjadi Iswara , Gen 2 , Waja dan Perdana. Kemudian jurutera itu mengistiharkan pula bahawa Perdana-lah kereta terbaik yang dikeluarkannya.

Adakah patut Iswara, Gen 2, Waja, Savvy dan sebagainya itu mempertikaikan kenapakah jurutera itu menjadikan dirinya sebagai dirinya sekarang dan bukan Perdana yang terbaik itu ?

Dan adakah layak bagi besi besi yang menjadi Iswara atau Savvy itu memaki hamun jurutera penciptanya sedangkan ia telah keluar dari bentuk besi yang berkarat itu , yang tersimpan sekian lama menjadi dirinya sekarang, yakni tercipta tanpa sedikitpun ia boleh meminta untuk diciptakan ?

Saudara pembaca yang budiman,

Dikilang Proton jurutera pencipta telah menentukan dan mengakui bahawa Perdana adalah kereta terbaiknya. Tidak pula jurutera itu mengatakan bahawa yang lainnya seperti Iswara, Waja atau Savvy tidak baik.

Maka patutkah Perdana V6 menyatakan kepada yang lain bahawa dia lebih proton dari yang lain ?

Seperti yang kita semua yakini, Islam-lah agama terbaik dan satu satunya agama yang diterima Allah.

Bagi kita orang Melayu amatlah kita beruntung dan bersyukur kerana kita dilahirkan dalam keluarga Melayu Islam. Maka islamlah kita tanpa diislamkan oleh sesiapapun.

Kita juga faham bahawa mengikut Ilmu Sosiologi, perangai, watak, keyakinan dan budaya saorang manusia itu banyak dipengaruhi oleh persekitarannya.

Tentulah kita lebih beruntung dari kawan kita yang dilahirkan sebagai Cina atau India. Bagaimana pula dengan sahabat kita yang dilahirkan dinegara yang penganut Islam menjadi minoriti saperti di Cina , Jepun & Korea ?

Sudah tentu mereka lebih sukar jadi Islam berbanding kita akibat faktor persekitaran sedangkan hanya Islam merupakan agama yang diakui Allah. Tidaklah ada daya upaya sesaorang itu untuk menentukan bangsa dan keturunannya dan ditempat manakah dia dilahirkan.

Maka adilkah Allah membezakan keturunan dan persekitaran sasaorang itu sedangkan sebab itulah dia akan dihumbankan keneraka ?

Iman kita menjawab : Sudah tentulah Allah SWT Maha Bijaksana dan Maha Adil seperti FirmanNya :_

Rahmatku Mengatasi Segala-galanya.

Maka wajarlah kita fahami akan Firman ini.

Bersambung....................

Tiada ulasan:

Catat Ulasan