Rabu, 16 Jun 2010

BELAJAR MANDARIN & TAMIL - REAKSI MELAYU



Salam bahagia saudara pembaca Melayu – Islam yang dihormati

Saudara saya blogger Aspan Alias memberi gelaran baru kepada DS Najib. Gelaran baru itu ialah TPM yang bermaksud TIDAK PERNAH MUKTAMAD.

Kita pula merujuk kepada TS Muhyidin Yasin sebagai TPM juga yang bermaksud Timbalan Perdana Menteri. Barangkali saudara Aspan boleh juga mengggunakan gelaran TPM – TPM kepada TS Muhyidin kerana kelmarin beliau mengumumkan bahawa pembelajaran Bahasa Mandarin & Tamil akan diwajibkan di sekolah sekolah Kebangsaan dan hari ini pula meminda kenyataan itu kepada Pelajaran Pilihan.

Ini sudah pasti memberikan hak kepada Aspan untuk merujuk beliau sebagai orang kuat DS Najib yang juga mengamalkan dasar TPM – TIDAK PERNAH MUKTAMAD.

Kenyataan TPM nampaknya mewujudkan pelbagai reaksi pro & kontra rakyat khasnya orang Melayu. Kalau merujuk kepada komen komen diakhbar nampaknya lebih ramai yang membantah dari yang menyokong. Ada juga yang memberi cadangan cadangan baru.

Saperti yang gemasindah selalu sebutkan , apa juga yang kerajaan BN –UMNO hendak lakukan sentiasa sahaja mendapat bantahan rakyat khasnya orang Melayu yang berasa kurang selesa dengan dasar dasar baru itu

Gemasindah turunkan dilaman ini beberapa komen & reaksi rakyat :-

KOMEN MEMBANTAH
.

Komen Tun Dr Mahathir


Cadangan itu tidak wajar dilaksanakan. Ini kerana kerajaan pastinya perlu mengeluarkan peruntukan untuk menyediakan guru guru terlatih didalam bahasa ini yang setakat ini masih kecil bilangannya.

Komen Gemasindah –


Untuk menguruskan perbelanjaan terancang pun kerajaan tidak ada duit hingga bercadang nak hapuskan sabsidi – Ini nak tambah pula belanja yang kurang mendesak saperti cadangan ini dan cadangan membina bangunan parlimen baru di Putrajaya ....kenalah belanja ikut poket

Komen Mohd Khuzairi Ismail , penulis rencana Utusan Malaysia


Akhbar Utusan mengulas dengan panjang lebar perkara pembelajaran bahasa Mandarin & Tamil ini melalui rencana tulisan Mohd Khuzairi Ismail. Intipati rencana :-

Nampaknya kedudukan Bahasa Melayu dalam sistem pendidikan negara tercabar lagi. Dasar mewajibkan bahasa Mandarin & Tamil disekolah meletakkan status bahasa itu setaraf dengan bahasa Melayu dalam sistem pendidikan negara.

Apabila dasar ini dikatakan akan menggalakkan perpaduan , kita sebenarnya sudah memberi takrifan bahawa bahasa Melayu gagal memainkan peranan tersebut. Sedangkan bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan , maka seharusnya menjadi bahasa pemersatu dikalangan masyarakat majmuk di negara ini.

Sabenarnya jika elemen perpaduan itu benar benar mahu dilahirkan dari sistem pendidikan , kerajaan seharusnya menumpukan usaha untuk menjayakan sekolah satu aliran ( dengan menutup semua sekolah vernakular / jenis kebangsaan )

Perlaksanaan dasar mewajibkan subjek bahasa Mandarin & Tamil tidak menjamin bahawa sekolah vernakular akan digabungkan dengan sekolah kebangsaan. Sebaliknya sekolah sekolah vernakular akan terus kukuh kerana adanya dana berterusan dari kerajaan sendiri.

Komen Gemasindah :–


Jelas cadangan ini bermotifkan politik bukan bertujuan untuk nation building dan pendidikan sabenarnya. Ianya juga merupakan satu strategi & taktik lemah untuk menarik kaum lain menghantar anak anak mereka kesekolah kebangsaan .

Kita berasa hairan kenapakan DS Najib & TS Muhyidin tidak dapat menerima hakikat bahawa kaum cina dan india tidak lagi dan tidak akan menyokong BN – UMNO lagi kerana inilah peluang keemasan mereka untuk memerentah Malaysia dimana mereka telah berjaya mendapat sokongan orang Melayu yang mencukupi untuk menang selesa didalam PRU 13 nanti.

Kenapa jadi hidung tak mancung pipi tersorong sorong....terhegeh hegeh merayu kasih orang yang tak sudi tetapi menyampah pada kita ?

Yang perlu ditumpukan ialah mendapatkan semula sokongan orang Melayu. UMNO & BN kalah didalam PRU 12 dahulu disebabkan ahli UMNO dan orang Melayu marah pada UMNO dan lari kepada PAS & PKR. Tak kan perkara mudah ini pun DS Najib tak faham.

Jika UMNO berterusan menyakitkan hati orang Melayu dengan dasar dasar pro Cina & India-nya , maka bertambah pastilah PR akan menang pada PRU 13 nanti.

SMS Pembaca Utusan

Sudahlah negara kita yang ada sekolah Tamil dan Cina, disekolah Melayu pun nak dimasukkan bahasa mereka ? Kerajaan bagi muka sangat bertambah naiklah tocang mereka

Prof Datuk Dr Abdul Latif Abu Bakar – Gapena


Kita tidak boleh paksa murid murid belajar bahasa bahasa tersebut kerana ia agak menyukarkan.

Cadangan ini akan lebih berkesan sekiranya kedua-dua bahasa tersebut diwajibkan kepada murid murid India & Cina di sekolah kebangsaan manakala pelajar Melayu diberi pilihan belajar bahasa Arab

Komen Gemasindah :-

Kita boleh paksa sebenarnya maklumlah kita YANG BERKUASA tetapi janganlah mimpikan kejayaan

Kenapakah isu ini sengaja ditimbulkan. Orang Cina & India tidak ada pun membuat desakan. Kenapa TS Muhyidin tiba tiba sahaja menimbulkan isu ini ? Kenapa kerajaan UMNO hingga tidak cukup siang berfikir untuk membela kaum bukan melayu dan terus menerus menyakitkan hati orang Melayu ?

Muhd Faisal Abd Aziz – PKPIM


Cadangan ini terlalu awal untuk dilaksanakan kerana penguasaan bahasa Melayu dikalangan pelajar masih tidak memuaskan.

KOMEN MENYOKONG


Abd Razak Idris dari Banting,

Soal bahasa Mandarin & Tamil mahupun bahasa Malaysia diwajibkan untuk setiap pelajar tidak perlu dipolitikkan mahupun dipolemikkan. Jika ada kebaikan ia patut disegerakan perlaksanaannya.

Jika anak anak kita mampu berbahasa Tamil & Mandarin secara tidak langsung perpaduan dapat dieratkan dan tidak akan wujud lagi tembok penghalang dalam faham-memahami budaya kaum dan bangsa lain.

Komen gemasindah :–


Komen saudara kita ini terlalu simplistik – mudah sangat nak satukan 24juta jiwa jiwa rakyat Malaysia ..ajar sahaja bahasa Mandarin & Tamil ..terus bersatu sajalah kaum kaum di Malaysia ini...sungguh kelakar)

Datuk Abd Aziz Hussein – Bekas SUK Pahang

Sambil mengalu-alukan langkah kerajaan itu – kerajaan juga disyorkan menjadikan bahasa Arab sebagai salah satu mata pelajaran wajib

Komen Gemasindah :–


Maka bertambah gilalah otak anak anak kita –kena belajar 5 bahasa setiap hari yakni – Bahasa Melayu – Bahasa Inggeris – Bahasa Tamil – Bahasa Mandarin & Bahasa Arab- datuk ini agaknya fikir belajar bahasa bahasa ini senang – bukan sahaja kena belajar bercakap – kena juga belajar tulisan – mandarin , tamil dan jawi –

Suruh saja datuk ini jadi murid pertama – gugur tak uban dia. Bahasa bahasa ini kalau kita tidak gunakan untuk bercakap setiap hari , dia akan lupa dan akhirnya lupus dari ingatan

Prof Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hasan


Langkah ini membolehkan setiap kaum mempelajari bahasa ibunda masing masing dan tidak akan mengganggu proses memertabatkan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

Komen Gemasindah :-


Apa Professor ini nak cakap, gemasindah tak faham. Tidak ada siapa pun dilarang belajar bahasa ibundanya. Tak kan Professor ini tidak tahu golongan elite cina dan india tidak gunakan bahasa ibunda mereka untuk berkomunikasi dirumah- mereka berbahasa inggeris.

Isu yang timbul ialah mewajibkan semua anak Malaysia belajar 4 bahasa. Belajar 2 bahasa pun anak kita dah pening apalagi belajar 4 bahasa....bertambah peninglah dan hasilnya tentu negatif.

KOMEN NEUTRAL


Hashim Adnan - NUTP

Cadangan ini perlu dilakukan secara bertingkat-tingkat dengan menyediakan prasarana terlebih dahulu – tak boleh buat secara sambil lewa macam dasar matematik dan sains dulu.

Komen Gemasindah :-


Guru guru dah fobia dah tentang TPM ini = TIDAK PERNAH MUKTAMAD . Belanja jutaan RM ..kemudian batal ..banyak dah pengalaman guru guru...berubah ikut menteri...lain menteri ..lain dasar ..bila gagal menteri tak salah ...yang salah cikgu.

2 ulasan:

  1. Salam Tuan,

    Panjang post kali ni :) Yang paling saya suka -
    Kenapakah isu ini sengaja ditimbulkan. Orang Cina & India tidak ada pun membuat desakan. Kenapa TS Muhyidin tiba tiba sahaja menimbulkan isu ini ?

    Ya, kenapa ?? TPM tahu ia akan jadi isu, dan pengumuman itu seperti disengajakan.... untuk alih perhatian rakyat ?

    Apapun, tujuan sebenarnya untuk apa ? Perpaduan ? Makanya kita kajilah semua negara didunia ini bagaimana mereka menjadikan bahasa sebagai alat perpaduan, bagaimana 1 bahasa, yakni bahasa kebangsaan didaulatkan ketahap kefasihannya menjadi syarat utama untuk pendatang diterima menjadi rakyat.

    Saya ulang - SEMUA NEGARA DIDUNIA ! Kenapa yang kita ni nak jadi yang pelik ???

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam