.
Salam saudara pembaca Melayu - Islam yang dihormati,
Sejak kebelakangan ini gemasindah sentiasa sahaja memulakan entri dengan menujukan SALAM DOA KESEJAHTERAAN kepada saudara saudara seagama dan sebangsa dengan gemasindah yaitu bangsa Melayu yang beragama Islam.
Dengan beraninya kita boleh mengatakan semua orang Melayu di negara kita ini beragama Islam. Orang menggunakan istilah SINONIM untuk menjelaskan hubungan keintiman antara dua entiti ini yaitu bangsa Melayu dan Agama Islam.
Barangkali dari segi fakta kitalah satu satunya bangsa yang keseluruhannya mengaku beragama Islam didunia ini. Jika ada saorang Melayu berhajat untuk menukar agamanya , masyarakat Melayu tidak dapat menerimanya secara terbuka. Perkara sebegini ( menukar agama ) tidak menjadi isu yang panas pada bangsa lain.
Memperjuangkan nasib bangsa Melayu berdasarkan kasih sayang kepada bangsa Melayu itu dirujuk sebagai Nasionalisma Melayu. Dari segi guna bahasa ia tidaklah tepat tetapi dari segi maksud orang sedia maklum kerana perkataan itulah yang biasa digunakan.
Parti PAS yang landasan perjuangan politiknya diistiharkan sebagai menegakkan negara dan sistem politik Islam , enggan menggunakan istilah Nasionalisma Melayu walaupun sasaran sokongan politiknya ialah masyarakat Melayu yang beragama Islam itu.
Parti UMNO pula sejak ditubuhkan memang jelas ideologinya yaitu memperjuangkan nasib bangsa Melayu dan mempertahankan satu satunya negara Melayu yang ada yang kini dikenali sebagai Malaysia.
Maksud mempertahankan negara ialah satu satunya negara Melayu didunia ini mesti diperentah oleh bangsa Melayu sepanjang waktu dan sepanjang zaman.
Hari ini ketika melawati laman blog saudara DIN TURTLE , gemasindah berasa amat terkejut membaca komen komen pembaca di-laman blog saudara din yang berkisar kepada dua perkataan yang menjadi fokus penulisan gemasindah yaitu MELAYU & ISLAM.
Terdapat semacam perbalahan pendapat antara dua kumpulan pembaca dari segi ideologi politik yang wajar digunakan dalam politik negara.
Satu pihak mengatakan perjuangan politik orang Melayu tidak wajar dibuat berdasarkan perjuangan bangsa tetapi sepatutnya dilakukan berdasarkan fahaman Islam yang universal.
Yang sebenarnya apa yang hendak dikatakan ialh bukannya perjuangan politik Melayu tetapi perjuangan politik orang Islam hendaklah berlandaskan ideologi politik Islam.
Jika diguna istilah perjuangan orang Melayu, maka ia akan menjadi satu perjuangan yang dilakukan berlandaskan semangat bangsa bukannya memperjuangkan masyarakat Islam.
Satu pihak lagi menekankan bahawa memperjuangkan bangsa dalam konteks Malaysia bermaksud juga memperjuangkan Islam kerana bangsa Melayu & Islam adalah SINONIM. Ianya hanya masalah pengistilahan bukannya perbezaan matlamat.
Satelah meneliti komen komen tersebut gemasindah hanya dapat tersenyum sambil menggeleng-gelengkan kepala . Pertamanya polemik tersebut jika diteruskan tidak akan ada penghujungnya kerana masing masing menggunakan pelbagai fakta sebagai memperkuatkan hujah. Keduanya tiada hakim yang boleh memutuskan siapa yang benar dan siapa yang salah.
Jikalah gemasindah dijemput dan diterima sebagai hakim, verdict penghakiman gemasindah adalah teramat mudah..kedua –dua pihak betul belaka ..tiada yang salah kerana sebenarnya kedua-duanya berhajat untuk memperjuangkan bangsa Melayu yang beragama Islam dan yang satu pihak lagi juga memperjuangkan orang Islam yang didalam konteks Malaysia ini kebanyakannya berbangsa Melayu.
Jadi gemasindah ucapkanlah syabas kepada kedua-duanya.
Namun begitu gemasindah suka juga mengemukakan pendapat peribadi berkaitan polemik / perbalahan pendapat ini kerana , isu ini sebenarnya digunakan untuk memecahkan perpaduan umat Melayu yang beragama Islam itu atau orang Islam yang berbangsa Melayu itu. Yang menggunakan isu ini sebagai modal politik ialah Parti PAS. UMNO menjadi pihak yang defensif.
Pertamanya kita wajar faham adalah amat baik sekiranya negara kita Malaysia ini diperentah secara Islamik. Baca sekali lagi yang digunakan ialah istilah pemerentahan secara Islamik bukannya pemerentahan cara Islam atau Islamic States.
Kedua istilah ini adalah berbeza dari segi maksud yang merangkumi pelbagai aspek..
Gemasindah tidak dapat menggunakan istilah Islamic States kerana gemasindah tidak faham akan apakah yang dikatakan Islamic States itu. Jika hanya menggunakan Hukum Hudud boleh diistilahkan sebagai Islamic States , maka ianya adalah terlalu simple dan menggambarkan pemahaman erti Islamic States yang amat dangkal.
Namun begitu mestilah jelas difikiran kita apakah yang kita maksudkan dengan Islamik itu. Kedua kita juga mesti faham dengan fahaman yang jelas akan istilah sistem politik Islam itu. Jelas maksudnya ialah mestilah ada cara pemerentahan yang tersusun dengan rapi yang merangkumi setiap aspek yang berkaitan dengan urusan pemerentahan dan pentadbiran negara.
Pada gemasindah adalah lebih mudah dan bersesuaian dengan keadaan semasa jika kita memerentah negara ini berlandaskan nilai nilai murni agama Islam. Ini adalah kerana nilai nilai murni agama Islam itu bersifat universal atau global.
Inilah sebenarnya yang cuba dilakukan oleh Dr Mahathir dahulu melalui dasar Menerapkan Nilai Nilai Islam.
Dalam Islam hanya ada dua perkara yang diutamakan , pertama hubungan manusia dengan manusia dan yang kedua hubungan manusia dengan Allah. Yang pertama adalah zahir manakala yang kedua bersifat batin.
Hubungan antara manusia bermula dengan unit terkecil yakni bermula dengan hubungan antara individu dan seterusnya berkembang meluas kepada anatara kumpulan individu dengan kumpulan individu yang lain, terus membesar menjadi hubungan antara bangsa dengan bangsa dan akhirnya kepada hubungan antara negara dengan negara.
Asas hubungan itu pun terlalu mudah yaitu berlandaskan sifat keperibadian Baginda Rasullullah yakni SIDDIQ – AMANAH – TABLIQ – FATONAH.
Jika sistem ekonomi yang hendak dilaksanakan inilah asasnya. Jika sistem sosial hendak dilaksanakan ini jugalah asasnya. Jika sistem perundangan yang hendak dijalankan ini jugalah asasnya.
Pemerentahan satu satu negara matlamatnya adalah satu yakni memberi kesejahteraan dalam segala aspek kepada semua rakyat berlandaskan 4 sifat diatas.
Yang lain bukannya matlamat tetapi cara cara atau methodologi yang dipilih untuk mencapai matlamat tersebut.
Jika kita mengkaji sejarah Islam, sebenarnya ada pelbagai cara pemerentahan yang dilaksanakan dari segi methodoliginya. Dizaman Baginda masih hidup bagindalah yang memerntah dengan dibantu oleh para sahabat.
Dizaman Khalifah , para sahabatlah yang memerentah.
Kita juga berasa hairan, kenapa dua sahabat Baginda yang menjadi Khalifah dibunuh orang termasuk Saidina Ali, sahabat dan menantu Baginda Rasul.
Ini adalah ankara permainan politik Muawiyah ...hingga kedua cucu baginda Rasul pun dibunuhnya. Inilah yang dikatakan politik yaitu PERMAINAN KUASA. Kita mahukah mengaku sistem politik Muawiyah dan Dinasti Dinasti salepas itu hinnga ke Daulah Othmaniah sebagai politik Islamic States ?
Kita dapati apa juga sistem pemerentahan yang diamalkan jika ianya melanggar Sifat Rasul Yang Empat itu ..pasti akan hancur. Yang menghancurkan bukan manusia , yang menghancurkan ialah Allah.
Kita sebenarnya tidak faham secara jelas , apakah yang dimaksudkan dengan orang orang yang merasakan diri mereka lebih Islam dari orang lain yang mendesak supaya negara ini mestilah diperentah secara Islam.
Berdasarkan apa yang dilakukan oleh pemerentah yang ada , Islam di Malaysia ini nampaknya amat terpelihara. Yang mungkin belum diadakan barangkali hanya Hukum Hudud .
Barangkali yang menjadi isu ialah bukan pemerentahan tetapi orang yang memerentah yang melanggar dan tidak mengamalkan Sifat Sifat Rasul.
Bagi yang menyanggah perjuangan mempertahankan hak Melayu dan dasar dasar keistimewaan Melayu berlandaskan hujah ianya dibuat berdasarkan konsep perjuangan perkauman yang tidak adil kerana tidak dibuat berlandaskan konsep Islam yang universal, gemasindah ingin mengatakan bahawa ianya memang dibuat berlandaskan konsep Islam yang universal yaitu melebehkan orang Islam yang miskin berbandinga orang Islam yang kaya atau mendahulukan orang Islam sambil tidak melupakan orang yang bukan Islam.
Janganlah mereka lupa secara kebetulan orang Islam berbangsa Melayu itulah yang miskin, yang ketinggalan , yang susah, yang terhimpit, yang bodoh, yang tidak berharta, yang tidak bermodal dan macam macamlah yang kita semua sedia maklum.
Banyak lagi yang boleh dikatakan.
Sebagai rumusan gemasindah ingin mengatakan bahawa adalah amat bodoh dan amat merugikan jika kita bertelagah mengenai pengistilahan.
Apalah bezanya melakukan sesuatu yang baik untuk masyarakat Melayu yang semuanya beragama Islam atau kita katakan melakukan untuk masyarakat Islam yang semuanya terdiri dari bangsa Melayu .
Gemasindah petik kata kata Tun Dr Mahathir semasa berucap di Perhimpunan GERTAK saperti dilapurkan oleh Din Turtle :-
Asal sebut saja Melayu, akan dicop rasis. Kita bukan merampas hak sesiapa tapi mempertahankan hak kita. Mungkin satu hari nanti kita boleh melupakan faktor kaum tapi bukan sekarang.
Sejarah membuktikan bila wujud satu kelompok yang terlalu kaya dan majoriti yang lain miskin, akan timbul kekacauan. Dan apatah lagi jika perkara yang sama terjadi berasaskan kaum. Kita bukannya menuntut samarata tapi keadilan.
Walaupun Melayu adalah majoriti, 60% rakyat negara, tapi kerana rebutkan kuasa, 60% majoriti pengundi itu telah menjadi minoriti bilamana ia terbahagi 3. Kita hanya perlu menyalahkan diri sendiri. Bila kita sudah tidak berkuasa, tidak ada siapa yang akan menjaga kepentingan kita.
t
Orang Melayu dalam keadaan cemas sekarang, keadaan menjadi genting. Kita harus bertindak atau kita akan jadi seperti Melayu Singapura. Bukannya untuk merusuh atau merampas hak orang lain, tapi kita berhak menuntut semula hak kita.
Gemasindah juga sebut maksud Firman Allah berkaitan kepada siapakah sedekah hendak didahulukan ..pertamanya ibu bapa, selepas itu adik beradik dan barulah kepada orang lain.
Nota kaki :-
Rencana ini juga telah disiarkan didalam laman blog din turtle.
sila juga layari http://fakirabdillah.webs.com ....MELAYU DULU ...BARU 1 MALAYSIA Bagaikan Burung Yang Patah Sayap Bertongkatkan Paruh Ku Terbang Jua....
Isnin, 28 Jun 2010
Khamis, 24 Jun 2010
Persepsi Masyarakat Cina Terhadap UMNO dan MCA
Saudara pembaca Melayu – Islam yang dihormati.
Ikutilah pandangan saorang anak muda dari Gemas yang memilikki semangat cintakan bangsanya yang tinggi mengenai pandangan politik kaum Cina di Gemas sabuah pekan kecil dimana kebanyakan penduduknya mengenali satu sama lain.
Saperti yang gemasindah selalu sebutkan kaum cina tidak akan memberi sokongan sama sekali kepada Barisan Nasional pada PRU 13 ini, melalui apa parti komponen BN sekalipun, kerana mereka teramat yakin dengan adanya sokongan Melayu PAS & PKR cita cita mereka untuk memerentah Malaysia, yang dulu hanya merupakan angan angan akan dapat direalisasikan.
Mana mana manusia cina yang tidak menyokong visi ini dianggap sebagai pengkhianat bangsanya.
Fakta inilah yang perlu diakui oleh Pemimpin Tertinggi UMNO sebelum terlambat, kerana apa juga strategi dan perancangan yang hendak dilakukan perlulah berlandaskan fakta yang betul
Nama pena penulis muda ini ialah ROCKDATBONE saorang anakmuda yang selalu berada di-dalam perhatian gemasindah.
Silalah baca dan fikirkan …
……………………………………………………………………………........................................................
Masyarakat Tiong Hua pada hari ini dengan nyata dan jelas lebih condong ke arah Pakatan Rakyat dan DAP.Bagi mereka MCA sudah lagi tidak berfungsi dalam menjalankan tanggungjawab membela kaum cina.
Sebenarnya inilah hakikat yang dimainkan oleh PAS (Nizar) dan DAP.Mereka membakar semangat orang Cina dengan mengatakan MCA dan MIC bertuankan UMNO.Benarkah begitu?Jika benar semakin tersepit UMNO kerana berjuang seorang diri.
Seorang kawan saya berbangsa Tiong Hua berkata untung orang UMNO jadi anak emas kerajaan.Saya dengan sinis berkata "Bila masa orang UMNO untung,Cina lagi untung,sudah kaya lagi mau jadi PM".Kawan saya bercakap lagi "Mesti la mau jadi PM maa..sebab ini UMNO sudah banyak tipu orang,kalau itu Lim Kit Siang jadi PM mesti ini Malaysia jadi lagi kaya,Cina kan pandai berniaga".
Saya bertanya kembali kenapa kembali kenapa mahu Lim Kit Siang jadi PM?Kenapa bukan Ong Tee Keat ke?Chua Soi Lek ke dari MCA?Dia jawab itu orang tak boleh pakai sebab diaorang kaya semua masuk poket sendiri.
Saya terdiam,begitu bersemangat semangat Kebangsaaan Cina ini.Bukan dia seorang sahaja yang bercakap demikian,ramai lagi kawan saya berbangsa Cina mempunyai perpekstif yang sama.
Jadi saya merumuskan di sini:-
1)Bangsa Tiong Hua sudah tidak mahu kuasa politik dikuasai oleh orang Melayu.
2)Mereka juga terasa tergugat dengan semakin ramai bangsa Melayu yang mahu berniaga dan mengacau periuk nasi mereka.
3)Mereka ingin berkongsi negara tetapi tidak mahu berkongsi kekayaan (sikap tamak orang berniaga).
4)MCA bukanlah parti bangsa Cina lagi tetapi merupakan parti untuk kroni kaum Cina.(Sebagaimana propaganda PAS dan PKR menfitnah UMNO).
5)Mereka rasa mereka lebih superior dan pandai dari orang Melayu.
6))Mereka tidak paham tentang kontrak sosial di mana orang Melayu telah berkorban dengan memberikan mereka kewarganegaraan.
Oleh itu bangsa Melayu perlulah bersatu,jangan berpecah lagi.Orang yang menentang perpaduan ini sebenarnya adalah PENGKHIANAT AGAMA DAN BANGSA.
Hanya Raja Melayu dan Allah dapat menyatupadukan orang Melayu.
AMPUN TUANKU SEMBAH PATIK HARAP DIAMPUN.Kita orang Melayu sudah cukup dengan ayat tersebut.Lebih sinonim lagi dengan Raja atau Sultan,bagi saya yang berasal dari Negeri Sembilan,Yang Di Pertuan Besar lebih dekat di hati saya.Raja mengikut definasi kamus dewan ialah 1. orang yang mengetuai dan memeritah sesuatu bangsa 2. kepala negara 3.kepala negeri.Oleh itu definasi sebenar Raja Melayu ialah orang yang mengetuai dan memerintah bangsa Melayu.
Dalam waktu ketika orang Melayu berpecah kepada empat,masyarakat Melayu sebenarnya tercari-cari kuasa Neutral yang boleh mendamai dan menyatukan mereka.Masyarakat Melayu cuba beralih kepada NGO tapi hakikatnya ada yang suka dan ada yang tidak.Adakah kita sebenarnya terlupa yang kita mempunyai pemimpin yang tinggi darjahnya yang tidak terlibat secara langsung terhadap politik.
Inilah hakikatnya,orang Melayu sudah terlupa akan adanya Raja mereka.Sebenarnya Raja Melayulah yang boleh menyatupadukan orang Melayu.
Rasionalnya saya huraikan di sini:-
1) Orang Melayu yang benci terhadap Umno tidak mampu menidakkan kuasa Raja Melayu sebagai Amirul Mukminin.
2)Orang Melayu yang benci terhadap Pas tidak mampu menidakkan kuasa Raja-raja Melayu
3)Bila dua golongan orang Melayu ini mendengar kuasa Neutral maka bersatulah mereka.
Tetapi perpaduan ini bakal wujud jikalau Raja Melayu :-
1) Bersikap kasih kepada rakyat dan rajin menjenguk rakyat baginda seperti Sultan Johor dan Sultan Pahang.
2)Mencontohi Sultan Melaka seperti Sultan Muzaffar Syah.
3)Kurangnya krisis dalaman dalam kerabat di Raja.
4)Raja-raja Melayu dengan terang menegur Pemimpin Melayu.
Kita orang Melayu yakin dan percaya terhadap Sultan dan Raja Melayu.Sesungguhnya raja Melayu lah yang mampu menyatupadukan umat Islam dan Melayu di bumi bertuah ini.Kedaulatan Raja Melayu tidak boleh sangkal oleh sesiapapun di Bumi bertuah ini.
Namun pada hakikatnya hari ini ada segelintir rakyat Malaysia mula mempertikaikan peranan Raja Melayu ini.Ini cukup menyedihkan dan membimbangkan saya.Mereka mulai mempersoal tentang elaun raja-raja dan hal hal lain.Ini bukan sahaja telah berlaku di Malaysia sahaja malah telah berlaku di negara-negara yang bercirikan Demokrasi Monarki contohnya di United Kingdom.
Kita tidak mahu Raja Melayu hilang kuasa dan hilang peranannya.Oleh itu Tuanku,Raja-Raja Melayu sembah patik harap diampun.Patik adalah pacal yang hina.Harap tuanku jenguklah kami di pelusuk negeri, kerana Tuanku raja berdaulat,kebanggaan kami di seluruh negeri.Tegurlah pemimpin Melayu kami tuanku kerana tuankulah penyatu kami.
Rabu, 23 Jun 2010
INDUSTRI KAMPONG ----PERLU DIAKTIFKAN SEMULA
INDUSTRI KAMPONG
Salam saudara pembaca yang dihormati,
Hari ini gemasindah sebagai ahli GEMAS HOMESTAY menerima kedatangan anak angkat saorang pelatih INTAN yang akan tinggal bersama kami selama 2 minggu.
Pelatih ini merupakan salah saorang dari 107 pegawai muda MCS / PTD yang dihantar oleh INTAN keseluruh kampong di Daerah Tampin, NSDK untuk membuat “ OBSERVATION “ berdasarkan tajuk tajuk yang disediakan oleh INTAN.
Tajuk “observation “ pegawai muda yang tinggal di rumah gemasindah ialah INDUSTRI KAMPONG. Satu tajuk yang menarik perhatian Gemasindah sendiri kerana hasrat kerajaan untuk menjayakan Program Industri Kampong ini merupakan satu hasrat yang lama yang sudah dilupakan kerana tidak ada yang berjaya walaupun banyak wang telah dibelanjakan.
Jikalah hasrat serta usaha kerajaan untuk mewujudkan industri kampong ini berjaya, maka ianya sudah pasti akan mendatangkan banyak peluang pekerjaan disamping menambah pendapatan usahawan desa..dan peningkatan ekonomi negara secara amnya.
Gemasindah berpendapat dengan menjadikan cerita gagal sebagai landasan - program industri kampong ini perlu digiatkan semula secara lebih serius sebagai satu program utama untuk mereformasikan ekonomi luarbandar.
DEFINASI YANG TEPAT – INDUSTRI KAMPONG IALAH SME
Pertamanya perlu jelas tentang apa yang dirangkumkan dalam istilah Industri Kampong itu. Pada hemat gemasindah industri kampong hendaklah jangan dipisahkan dari rancangan kerajaan untuk mengembangkan dan memperkukuhkan peranan dan sumbangan SME Negara.
Industri kampong juga hendaklah diperluaskan skopnya. Tidaklah sesuai lagi kita bertumpu kepada pengeluaran kerepek ubi , rempeyek, dodol atau kuih bahulu yang merupakan “ low value” produk sahaja. Barangkali dari segi matlamat dan rancangan kita boleh menjadikan industri kampong sebagai industri memasang kereta mainan remote control sebagai contoh atau penghasilan electronic board dan lain lain produk yang bersesuaian.
Definasi Industri Kampong ialah pertamanya mewujudkan pusat industri desa yang mengeluarkan produk produk berasaskan bahan bahan asli yang terdapat di kampong – kampong dan yang kedua membawa masuk pengilang pengilang kecil yang menghasilkan produk produk tertentu dengan menggunakan tenaga pekerja dikampong kampong.
Yang demikian cara kita memandang Industri kampong itu perlulah dipelbagaikan atau diubah. Ini hendaklah dilihat dari beberapa aspek.
Yang pertama saperti yang dilakukan pada satu ketika dahulu ialah bertumpu kepada penghasilan produk produk berasaskan bahan bahan asli / raw material yang terdapat dikampong-kampong.
Yang kedua ialah mengimpot pengilang pengilang berskala kecil menghasilkan produk produk tertentu yang boleh dihasilkan dengan menggunakan tenaga pekerja dikampong kampong.
Yang ketiga ialah berkaitan “seriousness” atau tumpuan kerajaan sendiri untuk mewujudkan industri kampong ini. Pada peringkat awal ianya tidaklah patut dilakukan berdasarkan faktor keuntungan jangka pendek sahaja. Ianya perlu dilakukan berobjektifkan faedah jangka panjang yakni untuk mereformasikan sistem ekonomi luar bandar yang kini berlandaskan pertanian berskala kecil yang dilakukan secara kerja sambilan untuk cukup makan sahaja ( non – commercial )
Sudah begitu lama , perkara mereformasi sistem ekonomi desa ini dibincang dan dilaksanakan berasaskan konsep yang tradisi yakni ekonomi berasaskan pertanian. Maka ujudlah tanah pinggir, rancangan Felcra, RTB Risda dan Felda.
Kita amat bersyukur juga atas apa yang telah dilakukan, tetapi sudah wujud keperluan merubah secara serius asas asas kegiatan ekonomi desa ini kepada satu sistem yang lebih bertumpu kepada pengkomersialan kegiatan ekonomi desa itu , Dan ini boleh dimulakan dengan penghasilan “ value added products” hasil hasil kampong.
Barangkali sebagai contoh , kita boleh menggalakkan petani petani kampong menanam cili besar untuk dibekalkan kepada pengilang SME yang mengeluarkan cili sos yang dibina dikawasan khas Industri Kampong itu sendiri. Atau FELDA dengan kerjasama MARDI boleh memulakan pengeluaran makanan binatang berasaskan buangan sawit di rancangan Felda sendiri.
KAJI PUNCA KEGAGALAN
Sapeti yang disebut terdahulu cerita industri kampong ini adalah cerita lama yang menyedihkan kerana ianya penuh dengan cerita kegagalan yang amat merugikan baik dipihak kerajaan mahupun pihak penduduk kampong yang menjadi pihak yang sepatutnya menerima manfaat.
Kenapa gagal ?
Mencari punca gagal inilah yang wajib dilakukan oleh pihak yang bertanggungjawab. Dan setelah sebab sebab kegagalan dikenalpasti barulah boleh perancangan baru dibuat untuk dilaksanakan.
Pada gemasindah, punca kegagalan utama ialah sikap tidak serius kerajaan sendiri. Adakah patut satu rancangan murni yang bertujuan untuk meningkatkan ekonomi penduduk kampong diserahkan kepada agensi saperti KEMAS untuk melaksnakannya sedangkan KEMAS itu ditubuhkan untuk tujuan kemasyarakatan dan sememangnya tidak memilikki kepakaran dan keupayaan melaksanakan program serius seumpama industri kampong ini.
Maka yang ditumpukan oleh KEMAS ialah kegiatan yang dikatakan sebagai aktiviti industri kampong saperti menggorengkan kerepek ubi dengan menggunakan dapor sabak tanah, menggoreng remepeyek didapur rumah dan sebagainya. Memang ada dibangunkan beberapa kawasan khas industri desa tetapi ianya menjadi tempat lembu lembu melepak dan tidur.
Jika kerajaan serius untuk REFORM EKONOMI DESA ia hendaklah diterajui dan di pantau oleh agensi peringkat tinggi yang mempunyai kepakaran yang boleh - pertamanya membuat satu masterpalan yang terperinci , satu peruntukan khas disediakan dan sakurang-kurang satu agensi atau kumpulan pemantau pakar dilakukan diperingakat negeri jika tidak dapat ditubuhkan diperingkat daerah.
INDUSTRI APA YANG PERLU DITUMPUKAN &
JANGAN HANGAT - HANGAT TAHI AYAM.
Perlulah ada kajian yang menyeluruh dan terperinci tentang industri apakah yang perlu dibuat di kampong kampong. Kajian bukan sahaja dibuat dari aspek produk yang hendak dihasilkan tetapi juga meliputi pertamanya aspek pasaran yang tidak perlu bertumpu kepada pasaran domestik semata-mata tetapi juga pasaran eksport.
Kedua teknik dan cara produksi. Adalah amat rugi jika MARDI umpamanya membelanjakan jutaan RM untuk mengkaji dan mengeluarkan mesin atau alat pengeluaran canggih tetapi tidak digunakan.
Ketiga yang perlu diteliti ialah aspek modal baik modal kewangan mahupun modal insan. Pemilihan peserta peserta industri kampong perlulah dibuat berdasarkam merit, minat , kesungguhan , ilmu, kepakaran dan sebagainya dan bukan berdasarkan faktor politik.
Keempat ialah penglibatan kerajaan secara serius , berterusan dan bersungguh-sungguh.
Dalam hal ini pertamanya mestilah ada agensi khusus pelaksana, kedua mesti ada peruntukan yang mencukupi , ketiga mesti ada badan penyelaras diperingakat daerah jika boleh , keempat mesti diwujudkan satu kawasan industri kampong sekurang-kurangnya pada peringkat daerah dan akhirnya pada setiap mukim lengkap dengan prasarana asas.
Kelima produk industri kampong hendaklah dibuat mengikut piawaian khusus agar mutu terjamin dan dapat dipasarkan. Itulah sebab ianya hendaklah dimasukkan sebagai produk SME.
AGENSI PERLAKSANA
Janganlah diberikan tanggungjawab ini kepada agensi yang tidak ada ilmu dan kepakaran saperti KEMAS.
PESERTA
Kriteria pemilihan peserta hendaklah berasaskan faktor bukan politik
LOKASI & PRASARANA
Kalau boleh disetiap mukim diadakan kawasan industri kampong
MODAL
Halangan utama ialah orang kampong rata rata miskin dan tiada modal. Kerajaan perlulah menyediakan Tabung Khas industri kampong dan permudahkan cara cara mendapat modal dan percepatkan urusan kelulusan - jangan sampai berbulan bulan. Masalah yang kita hadapi ialah birokrasi. Untuk tidak lulus makan masa 6 bulan. Dan pastikan tiada amalan korupsi dalam memilih peserta dan dalam memberi modal.
LATIHAN & PERALATAN
Penggunaan cara tradisi saperti sabak atau dapur kayu api, dibuat dibelakang rumah bawah pokok rambutan saperti dahulu hendaklah ditamatkan. Gunakanlah pengeluaran secara jentera canngih dan teknik yeng moden.
Peserta hendaklah dilatih terlebih dahulu sebelum memulakan projek. Utamakan mereka yang berilmu , yang ada visi seperti graduan dari kampong yang masih menganggur...atau generasi kedua felda yang ramai itu.
Pemasaran produk hendaklah dilakukan oleh agensi sedia ada atau jika perlu ditubuhkan agensi pemasaran khasnya kerana inilah kelemahan utama penduduk kampong apatah lagi networking pemasaran dikawal ketat oleh saudagar cina.
PERANAN MARDI
Pihak MARDi yang telah banyak menjalankan R&D dalam hal pengeluaran peralatan ini hendaklah dilibatkan secara aktif diperingkat tinggi dan peringkat latihan usahawan.
MENGIMPOT INDUSTRI KE KAMPONG
Kerajaan juga hendaklah melakukan kajian terhadap cadangan ini dan melaksanakannya.
Gemasindah.....its only a piece of my mind.
Isnin, 21 Jun 2010
SERUAN JIHAD SIBER TOK NAJIB ...UMNO vs PR ..
Salam pembaca Melayu - Islam yang dihormati.
Nampaknya ucapan DS Najib semasa merasmikan mesyuarat UMNO di Perak agar orang UMNO memerangi propoganda Pakatan Pembangkang melalui media internet menarik perhatian bloggers pro UMNO. Pada mulanya gemasindah mahu juga menulis tajuk ini ..apa yang terlintas difikiran adalah sama dengan apa yang telah dicatatkan oleh rakan rakan bloggers yang lain.
Gemasindah memilih pandangan blogger CSI untuk bacaan saudara sekalian.
Dari laman blog CSI................
ADA KE BLOGGER UMNO ?.....
Bila DS Najib bersuara suruh jentera UMNO hentam pembangkang di cyberspace, jentera UMNO mana yang Najib maksudkan tu? Tambah pulak bila Najib suruh gunakan cyberspace. Musykil sungguh spy.
Spy nak tanya, berapa kerat pemimpin UMNO baik yang dok diatas ataupun di Bahagian dan Cawangan yang tahu menatang apa cyberspace tu? Berapa orang jentera UMNO yang betul-betul aktif di dunia maya bagi menjawab dakyah pembangkang terhadap kerajaan?
Ada sesetengah jentera UMNO tu, nak on komputer pun tak tau, macam mana nak hentam pembangkang di cyberspace?
Kalau Najib nak suruh pejuang pro kerajaan yang terdiri dari bloggers, Facebookers dan juga yang aktif di Twitter hentam pembangkang, bukan semua depa ni ahli UMNO. Kalau ada pun dua tiga kerat ahli UMNO, ramai juga diantara pejuang maya pro kerajaan ni yang langsung tak aktif di Bahagian dan juga cawangan. Kerana apa? Kerana karenah birokrasi lahh. Bukannya Najib tak tau perangai elit sesetengah pemimpin UMNO.
Lagi satu kalau nak "perang" dengan pembangkang, mesti kena ada peluru. Selama ni spy tengok, para pejuang maya pro kerajaan langsung tak dibantu oleh UMNO dan kerajaan. Peluru kena cari sendiri, senapang pun kena sewa pakai duit poket sendiri. Takdak satu pun yang bercop UMNO dan kerajaan. Sedangkan Kickdefella punya senapang dan peluru di sponsor dengan harga 4juta. Banyak tu bhaii...
Kalau Najib nak harapkan jentera UMNO lawan pembangkang di cyberspace, Najib seumpama harapkan pada pagar yang selama ni dok kenyang makan padi laaa.. Tapi kalau bab nak tunjuk hebat, laju saja puak ni mengaku semua blogger dibawah kawalan mereka. Padahal, yang kenyang sampai boroi perut adalah depa. Bloggers jugak yang kurus keding macam plywood dan ada bloggers yang nak isi minyak motor pun terpaksa pecah tabung anak.
Sebelum nak suruh jentera Umno hentam pembangkang di cyberspace, cuba Najib atau Ahmad Maslan pi jenguk laman rasmi jentera UMNO bahagian dan cawangan seluruh negara. Bukan setakat labah-labah buat sarang..., taik tikus pun bertimbun setinggi KLCC. Macam mana nak lawan pembangkang di ruang siber kalau jentera UMNO nak update blog dan web pun setahun sekali macam nak tunggu hari raya haji.
Nasib baik laa ada Bloggers pro kerajaan macam House PK si anak Malbari tu, Facebookers macam Anti PKR club dan juga geng Twitter macam Singh Is Kingg yang buat kerja hentam pembangkang secara percuma. Cybertroopers pro kerajaan yang spy tak sebut disini jangan lah pulak kecik hati. Kalau nak taip satu-satu, tak cukup ruang bhaii... Lu orang tahulah sapa diri lu yee.
Jadi, spy suka nak sarankan kepada DS Najib dan juga kepimpinan kerajaan, sambil-sambil tunggu jentera UMNO belajar buat blog dan daftar Facebook, eloklah dekati para pejuang maya pro kerajaan yang umpama samurai tak bertuan ni semua. Bagilah sedikit sokongan dan bantuan dari segi kebajikan dan juga kelengkapan.
Kumpulan ni semua tak payah susah-susah nak ajar dah. Dah lama depa jadi RAMBO hentam pembangkang secara solo. Semua geng ni dah masak dengan putarbelit pembangkang. Kalau Najib dan pemimpin UMNO lainnya sanggup berkerjasama dengan kumpulan pejuang pro kerajaan ni, spy yakin 100% pembangkang tak akan mampu bertahan lama di cyberspace.
Cuba bayangkan selama ni cybertroopers pro kerajaan hentam pembangkang cuma pakai pisau, selepas ni kerajaan hulur bantuan M16 yang KJ jumpa masa kursus Wataniah, meleleh punggung pemimpin pembangkang kena hentam bhaii.
UMNO sekarang ni bukannya tak kuat, tapi UMNO sekarang ni cuma tak buat kerja dan juga tak bersatu. Nak menang kena ada usaha. Nak usaha kena tau caranya. Kalau tak tau caranya..., kenalah bertanya. Kalau kena gayanya, InsyaAllah berjaya.
Hit em deep and hard. Thats the only way you will win the war.
Spy Leman melaporkan dari Petronas Bandar Kinrara, Puchong Selangor
DEB - Legasi Tun Razak......
Salam pembaca Melayu – Islam yang dihormati.
Pandangan adik YAB Perdana Menteri Malaysia, saorang lagi putera Allahyarham Tun Abdul Razak mengenai DEB, membuatkan gemasindah teringat kepada peristiwa sedih dimana gemasindah bersama-sama puluhan ribu rakyat Malaysia ketika itu berbaris disepanjang Jalan Bangsar Kuala Lumpur menunggu ketibaan Jenazah Allahyarham Tun yang baru sampai di lapangan Terbang Subang ketika itu.
Air mata berlinang dan menitis satu kesedihan dan rasa hiba yang bukan dibuat-buat. Malah gemasindah yang ketika itu sedang menuntut di Universiti Malaya menangis tersedu-sedu bila jenazah Allahyarham Tun dibawa lalu secara perlahan melintasi barisan rakyat berbilang kaum yang sama sama bersedih .
Hari ini membaca jawapan jawapan Datuk Seri NAZIR Tun Abdul Razak, terhadap soalan soalan wartawan Utusan berkaitan DEB baru, yang terbayang dipandangan mata gemasindah ialah Allahyarham Tun Abdul Razak yang memperkenalkan DEB pada tahun 1971.
Dan rasa hiba tiba tiba melanda jiwa...sedih bukan sahaja teringat kepada Allahyarham Tun tetapi tentang keadaan Melayu yang diperjuangkan oleh Allahyarham sepanjang hayatnya hingga tiada siapa yang tahu dalam senyumnya yang tipis itu Tun sebenarnya menyorokkan kesakitan yang ditanggungnya.
Gemasindah tidak dapat membayangkan akan betapa sedihnya Tun jika beliau masih ada bersama kita melihat pencapaian DEB yang diilhamkan satelah dilaksanakan melebihi 30 tahun dan membaca komen anaknya Datuk Nazir yang berkata :-
......DEB telah disalahgunakan. DEB yang diperjuangkan sekarang adalah berbeza dengan aspirasi yang dibawa oleh Tun Razak dan Tun Ismail. Siapa yang mendapat manfaat daripada DEB sekarang ? Adakah orang ramai atau kelompok tertentu ? Adakah orang Melayu atau sekumpulan Melayu terpilih ?
Jawapan jawapan yang lebih tegas dari abangnya DS Najib Razak mengingatkan kita bahawa semangat cintakan bangsa dan negara serta agama Tun Razak masih mengalir segar ditubuh Datuk Nazir.
Gemasindah hanya berharap pandangan si adik berkaitan DEB yang direncanakan oleh ayahnda mereka akan menguatkan semangat dan iltizam siabang untuk melaksanakan janji nya ketika merasmikan Kongres Ekonomi anjuran MPM baru baru ini.
Untuk merakamkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Datuk Nazir, gemasindah turunkan dilaman ini catatan penuh wawancara Mingguan Malaysia dengan Datuk Nazir
MM – DS dilihat kritikal mengenai DEB ekoran kenyataan terbuka tempohari , ramai Melayu yang kurang senang dengan pendirian tersebut. Apa reaksi DS ?
DSN – Saya bukan pengkritik DEB kerana saya setuju bahawa dasar berkenaan telah membantu Malaysia mencapai pertumbuhan ekonomi yang kukuh, selain kestabilan politik.
Apa yang saya tegaskan adalah keperluan kepada KAJIAN MENYELURUH terutamanya dari aspek PELAKSANAAN. DEB diwujudkan pada tahun 1971 dan untuk tempoh perlaksanaan 20 tahun. Kita sudah mencapai 40 tahun sejak ia dilaksanakan. Jadi kita PERLU MENILAI SEMULA DEB dalam konteks dan keperluan semasa, keadaan ekonomi terbuka yang dipraktikkan di Malaysia serta mengambil kira persaingan sengit untuk meraih pelaburan diantara negara.
Ketika DEB dilancarkan Allahyarham Tun Razak berkata :- DEB bukan tujuan untuk mempromosikan kepentingan kaum tertentu tetapi ia adalah rangka untuk kemajuan dan perpaduan negara.
Pada jangka panjang DEB adalah mengenai PERPADUAN. Tetapi sekarang kita sudah hilang tumpuan mengenai matlamat asal untuk mencapai perpaduan yang dinyatakan dalam DEB. Bagi pihak tertentu DEB menjadi PUNCA PERPECAHAN kerana DEB ini DISALAHGUNA oleh pihak tertentu untuk meraih keuntungan.
MM – Apakah DS melihat matlamat DEB masih relavan ?
DSN – Bagi saya matlamat DEB membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat MASIH RELAVAN dan perlu DIKEKALKAN tetapi pada masa yang sama kita perlu MENAMBAH SATU LAGI MATLAMAT membina dan mengwujudkan MASYARAKAT BUMIPUTERA YANG LEBIH KOMPETITIF . Ini sangat penting untuk memastikan kelangsungan orang Melayu.
Untuk mewujudkan orang Melayu kompetitif kita tidak dapat lari daripada MENGKAJI SEMULA CARA DEB DILAKSANAKAN. Kita tahu atas nama DEB saham syarikat yang disenaraikan diagihkan kepada bumiputera tetapi persoalannya SIAPAKAH YANG LAYAK DAN SIAPA YANG MERAIH KEUNTUNGAN ?
Anda lihat pemberian AP, siapa yang dapat ? ...bagi saham siapa yang dapat ? Saya lihat ORANG YANG SENANG DAPAT, SENANG JUGA MENJUALNYA !.
Semasa saya menguruskan penyenaraian pada 1990an , ada seorang usahawan yang kami gelar Lord Of The Second Board, tetapi kemahirannya ialah mendapat peruntukan dari MITI. Sejauh manakah ia membantu bumiputera dalam jangka panjang ?.
Sebab itu kita perlu MENENTUKAN DENGAN JELAS MASA YANG DIBERIKAN UNTUK PERLINDUNGAN KEPADA BUMIPUTERA. Bumiputera boleh bersaing dalam peruntukan 30% dikalangan bumiputera dan pada masa yang sama bersaing dalam 70% yang disaingi semua pihak.
DEB perlu adil dan UNTUK MELAYU BERJAYA, Malaysia perlu berjaya sapenuhnya. Semua kaum perlu menyumbang bagi kejayaan tersebut. Malaysia tidak mampu menjadi sebuah negara perpaduan sekiranya terdapat perbezaan polisi selama-lamanya.
Sebab itu perlu mewujudkan TEMPOH MASA untuk melaksanakan kerana sasaran kita mestilah satu bangsa Malaysia.
MM – Terdapat pandangan yang menyatakan bumiputera masih belum bersedia ?
DSN – Saya adalah penyokong DEB yang kuat semasa di universiti tetapi DEB telah disalahgunakan. DEB yang diperjuangkan sekarang berbeza dengan aspirasi yang dibawa Tun Razak & Tun Ismail. Siapakah yang mendapat manfaat daripada DEB sekarang ? Adakah orang ramai atau kelompok tertentu ? ADAKAH ORANG MELAYU atau SEKUMPULAN MELAYU TERPILIH ?
Jadi apakah salahnya sekiranya DEB DIBERI PENILAIAN SEMULA ?
Kerajaan perlu menangani isu ini tanpa berat sebelah dan motif politik. Sudah sampai masanya kita perlu DEB yang diterima oleh semua pihak.
MM – tetapi bukanlah satu kerja mudah untuk mengubah DEB ?
DSN – Memang sukar untuk dilaksanakan kerana tidak mudah seseorang melepaskan kuasa yang sedia dipegang. Fikirkanlah anda saorang ahli politik dan berkuasa membuat peruntukan saham, godaannya amat kuat. Katakan anda seorang menteri yang terbabit dalam memperuntukkan saham itu dan juga seorang ahli politik, semua kawan dan penyokong akan mendatangi anda , anda akhirnya terpaksa berkompromi. Kita hanyalah manusia biasa dan KITA KENA HENTIKAN GODAAN INI.
Jadi kerajaan kena mengkaji semula DEB dan MELETAKKAN PROSES YANG BETUL supaya orang tidak tergoda UNTUK MENYELEWENGKANNYA.
MM – Bagaimana DS melihat mereka yang menentang perubahan dilakukan ?
DSN – Pihak yang TERLALU TAKUT kepada perubahan adalah MEREKA YANG MENDAPAT MANFAAT DEB. Merekalah yang membuat bising sedangkan HAK SEMUA BUMIPUTERA ADALAH LEBIH PENTING.
Jadi TUGAS PEMIMPIN adalah melaksanakan peranan mereka bagi SEJUMLAH MAJORITI BUMIPUTERA.
Saya dilabelkan dengan pelbagai tanggapan kerana menyatakan pandangan tentang isu ini tetapi BAGAIMANAKAH BUMIPUTERA BOLEH MENJADI LEBIH BAIK JIKA DEB TIDAK BOLEH DIDEBATKAN ?
MM – Mungkin generasi Melayu Baru lebih mudah menerima cadangan kajian semula DEB berbanding Melayu yang tipikal ?
DSN – Saya pernah berjumpa seorang professional Melayu diluar negara yang enggan kembali ke Malaysia kerana berpandangan orang Melayu yang berjaya tidak diterima dinegara ini. Ini kerana kejayaan orang Melayu sering dikaitkan dengan DEB.
Mala ada dikalangan mereka tidak mahu balik kerana beranggapan DEB bukan untuk mereka tetapi untuk Kumpulan Melayu Terpilih.
BUKAN SEMUA DEB PERLU DITUKAR SAPERTI BIASISWA DAN PERBELANJAAN KERAJAAN UNTUK MEMBANTU BUMIPUTERA WAJAR DIKEKALKAN.
Saya hanya membuat cadanngan supaya segmen tertentu dalam DEB DIKEMASKINI.
Itu sahaja.
Gemasindah.................
Alangkah baiknya dan bangganya kita jika kata kata dan ungkapan diatas keluar dari ANAK SULUNG Allahyarham Tun Razak.
Tetapi marilah kita berdoa agar kata kata si-adik akan difikir semasak-masaknya oleh si-abang agar RUH TUN RAZAK BETAMBAH AMAN & BAHAGIA dan LEGASI KETURUNAN TUN RAZAK TERUS MENYINAR TERANG DIBUMI MELAYU INI.
Ahad, 20 Jun 2010
TDM - KEMANA MELAYU - Komen Rakyat....
Salam saudara pembaca Melayu – Islam yang dihormati
Sewaktu gemasindah menaip entri ini ahli ahli UMNO Bahagian Tampin sedang bersidang di Tampin. Persidangan waktu malam yang pecah rekod kerana ini kali pertama ianya dilakukan diwaktu malam di Negeri Sembilan ini.
Sebab persidangan diadakan pada waktu malam ialah kerana Ketua Bahagian yang menjawat jawatan Menteri JKR terlalu sibuk.
Perkara ini telah gemasindah ulas dahulu namun nak sebut sekali lagi bahawa jika hendak menghadiri persidangan Tahunan UMNO Bahagian yang membolehkan dia jadi menteri pun tidak ada waktu, jadi bagaimanakah agaknya dia mentadbir UMNO Bahagian yang kini sedang menghadapi masalah kemerosotan sokongan dan bagaimana pula dia hendak bertumpu kepada hal hal rakyat khususnya untuk membawa pembangunan ke Tampin dan mendampingi rakyat yang mengundinya ?
Nasibnya baik juga kerana ahli ahli UMNO Tampin telah lama dididik supaya menjadi ahli yang patuh kepada apa saja arahan dan apa juga yang dibuat oleh pemimpinnya.
Entri gemasindah masih lagi bertumpu kepada reaksi rakyat terhadap entri KEMANA MELAYU Tun Dr Mahathir.
Hal UMNO Tampin biarlah diurus oleh pemimpinya yang dah jadi Menteri Penuh Malaysia. Nak bertambah baik atau GO HOME pada PRU 13 nanti diserah kepada Allah jualah. Dato Saziman kalau UMNO kalah pun “ no hal “ sebab orang orang dia kata dia dah lama jadi jutawan dah. Betul atau tidak , bukan menarik minat gemasindah.
KOMEN 3
By Ir. Syahrizan
Dear Malays and Bumiputeras,
The non-malays has always been known to have the label of money $$$ on their foreheads. Their immigrant ancestors went to Peninsular, Sabah and Sarawak in the name of making more money $$$ regardless whether its halal or haram.
Seriously, if these greedy non-malay money-mongers ever manage to take control of the country, they've forgotten one thing, the Malays as well as the Bumiputeras are willing to go out for full-blown war to win back their country. Defending our ancestral land has always been in our blood.
Don't forget our ancestral heroes against the Europeans British, Japanese; Tok Janggut, Mat Kilau, Rosli Dhobi, Rentap and etc. Don't forget our brave Malay and Bumiputera soldiers during the Communist threat in Malaysia and Indonesia's confrontation; Leftenan Adnan, Sergeant Hassan and etc.
Is there any Leftenan Ah Chong or Sergeant Muthusamy recorded in the history? Nahhh, it is because there are non! They all cowardice in their shops and plantations, "duduk atas pagar" (D.A.P.) watching the Malays and native Bumis fight to defend their country, while their reap the country off its wealth and benefits.
But before we ultimately finger pointing these non-malays, I have to admit, let's focus on cleaning the dirty hands of our own people; the UMNO and gang (gang includes MCA and MIC and other component parties).
Potential leaders with very good background are held off-field by their corrupted rivals. We all saw what happened during the last UMNO youth election? Justice is still not serve here and then. The Malays themselves are corrupted and prefers shortcut to make money $$$. Eventually we will become just like these non-malays money-parasite or worst.
Conclusion; what's the difference having the non-malays (instead of a Malay) to rule the country when the Malays themselves are at their most shameful and weakest state? I say we just vote the non-malay leaders and see what happen. Maybe it will get even better god knows? I rest my case! Sheesh! Wake up Malay!
KOMEN 4
By libzim
Apakah dia pengalaman yang pahit sangat bagi Nik Aziz sehingga dia tidak mahu memaafkan UMNO atau berkerja sama dengan UMNO? Tapi Nik Aziz sanggup bekerja sama dengan DAP yang telah terang-terang menetang "konsep negara islam".
Dia juga sanggup memaafkan Karpal Singh yang pernah menghina Ugama Islam dengan alasan Karpal tidak paham Islam (dengan lain perkataan menghina islam adalah dibolehkan kepada orang bukan islam).
Yang peliknya bila lesen judi dikeluarkan untuk membolihkan orang bukan islam berjudi, bukan main lagi ditentang penyokong PAS. Kesimpulannya disini, bukanlah ugama menjadi keutamaan bagi Nik Aziz & sekutunya, tetapi parti politiknya.
KOMEN 5
By kuhan
Yang Amat Dihormati Tun,
Saya selalu terfikir adakah agama Islam itu sendiri yang menyebabkan berlakunya perpecahan di kalangan bangsa melayu dan orang islam. Orang islam secara keseluruhannya berpecah belah sejak kewafatan Baginda Rasulullah lagi.
Terdapat begitu banyak mazhab hingga berlakunya perang saudara di kalangan mereka. Di negara kita juga sama dengan adanya ramai melayu yang merasakan diri mereka terlalu arif dalam soal agama islam.
Mereka ini mentafsir dan menghukum dengan sewenang-wenangnya seolah-olah mereka ini sangat pandai dan betul. Perjuangan mereka ini sangat sempit. Mereka hanya ingin menegakkan negara islam dan melaksanakan hukum syariah. Itu sahaja yang mereka fikirkan dan tahu.
Mereka ini tidak terfikir langsung untuk menjadi negara islam yang maju dan disegani. Mereka hanya tahu untuk memikirkan cara bagaimana lelaki dan wanita harus dipisahkan semasa hendak membayar di kaunter, memaksa kedai ditutup pada waktu solat jumaat, menangkap orang yang berpakaian tidak senonoh, menangkap dan memalukan orang yang melakukan khalwat, menangkap orang yang tidak berpuasa, merotan orang yang minum arak dan lain-lain lagi.
Pendeknya, mereka ini hanya tahu menangkap dan menghukum seolah-olah islam hanyalah berkenaan dengan perkara tersebut sahaja. Mereka ini tidak nampak perkara-perkara besar yang amat dititikberatkan oleh ajaran islam.
Mereka ini tidak nampak tentang perlunya melahirkan jurutera-jurutera islam yang akan membina masjid, hotel, rumah, dan sebagainya supaya kehendak islam boleh diamalkan di dalam pembinaannya. Mereka ini tidak nampak keperluan untuk melahirkan saintis-saintis islam yang boleh mencipta pelbagai keperluan untuk kemajuan hidup orang islam, keperluan melahirkan doktor-doktor islam yang akan merawat anak-anak dan isteri mereka sesuai dengan ajaran islam.
Mereka ini sebenarnya bagi saya adalah orang yang sangat pendek akalnya. Bagi mereka biarlah orang lain yang mengusahakan kehidupan di dunia, biarlah orang lain yang mencipta segalanya, biarlah orang lain yang menguasai ilmu Allah, mereka hanya inginkan syurga sahaja walaupun belum tentu lagi mereka akan merasainya.
Mereka inilah Tun yang menyebabkan melayu berpecah-belah. Mereka ini yang kononnya sangat arif tentang agama yang menggunakan agama untuk kepentingan politik mereka. Mereka ini kalau sangat pandai, ceburlah bidang yang kononnya mereka pandai, janganlah jadi wakil rakyat yang hanya tahu berbohong dan putar belit.
Ke sana sini dengan jubah dan berserban dan dengan sombongnya menuduh orang, memfitnah orang dan menghukum orang. Bagi saya Tun mereka ini tidak menyumbang langsung untuk kemajuan islam dan sepatutnya dicela seumur hidupnya.
Sedarlah wahai melayu bahawa islam itu bukan berkenaan kiamat dan syurga sahaja. Ia adalah berkenaan hidup dan mati bukan hidup untuk mati!
Terimakasih Tun.
Sabtu, 19 Jun 2010
KEMENTERIAN PKS gantikan MECD ????
CADANGAN KEMENTERIAN PKS....
Kalau DS Najib Tak Mahu Juga Buat...Hai ..Osahlah BEGAR DS Najib ni.....
Salam saudara pembaca Melayu – Islam
Dalam salah satu entri terdahulu, gemasindah bertanya akan sebab sebab DS Najib membubarkan MECD yang tugasnya ialah untuk membantu usahawan bumiputera. Jika dikatakan MECD dibubar kerana matlamat dah tercapai..memang ianya cerita KATUN DOREMON. Jadi outlah sebab itu. Jika dikatakan sebab tidak ada peruntukan, setiap tahun kerajaan buat belanjawan.
Apabila MECD dibunuh dan dikapankan, reaksi orang ramai dari semua lapisan masyarakat melayu hiruk pikuk betul. Ramai juga cerdekpandai Melayu yang bersemangat Melayu yang tinggi tidak putus putus menulis , menasihatkan DS Najib hingga ketahap MERAYU supaya DS Najib, bukan sahaja menubuhkan semula MECD tetapi juga supaya menjadikan MECD sebagai kementerian berprofil tinggi.
NAMUN DS NAJIB TERUS JUGA BUAT DEK....berdetik pun tidak. Memang DS Najib bukan lagi DEGIL tetapi sudah menjadi mengikut istilah orang Negeri Sembilan BOGEK yakni satu tahap degil yang amat tinggi hingga sampai ketahap LANTAK KAULAH JANG.
Barulah hari ini apabila membaca ulasan Tun Dr Mahathir , gemasindah mendapat jawapan sebenar tentang KE-BOGEK- AN DS Najib itu . Ikutilah lapuran akhbar Utusan berkaitan cadangan TDM agar kerajaan menubuhkan KEMENTERIAN PKS :-
Kuala Lumpur 17 jun – Bekas Perdana Menteri , TDM menyokong cadangan mewujudkan KEMENTERIAN PKS menggantikan Kementerian Pembangunan Usahawan / MECD yang ditutup tahun lalu.
TDM berkata , beliau bersetuju dengan cadangan penubuhan kementerian itu supaya usahawan PKS terus mendapat pembelaan kerajaan. Menurut TDM ( baca yang ini = gi ) BELIAU TIDAK TAHU DIMANA SILAPNYA SEHINGGA KERAJAAN MENUTUP MECD tetapi ia mungkin KERANA DESAKAN BEBERAPA PIHAK YANG SENTIASA MENIMBULKAN ISU KONONNYA DEB TIDAK ADIL PADA MEREKA.
USAHA KERAJAAN MEMBANTU MEMBANGUNKAN USAHAWAN BUMIPUTERA TIDAK MENGHALANG PERTUMBUHAN EKONOMI NEGARA YANG MENINGKAT 8% antara 1987 – 1997.
Beliau berkata demikian sewaktu menerima kunjungan hormat 16 AJK Simposium Ushawan PKS Dalam 1 Malaysia disini hari ini.
Kunjungan hormat itu diketuai oleh Pengerusi Eksekutif Konsortium Usahawan Makanan dan Indsutri Asas Tani, Syeikh Ahmad Dusuki, Pengerusi GIATMARA yang juga Penaung KOMITA dan Pengarah Urusan MYDIN, Datuk Ameer Ali Mydin.
Pada pertemuan itu, TDM selaku penaung simposium yang diadakan pada 22hb April yang lalu menandatangani RESOLUSI SUPAYA KERAJAAN MENUBUHKAN KEMENTERIAN PKS saperti yang terdapat di India & United Kingdom.
Resolusi itu juga antaranya mencadangkan supa SME Bank, SME Corporation, Institut Keusahawanan Negara, TEKUN & MARA diletakkan dibawah Kementerian PKS itu supaya PKS mendapat pembelaan.
Menurut Syeikh Ahmad Dusuki, resolusi itu akan diserahkan kepada DS Najib dalam masa terdekat.
KOMEN Gemasindah.
Gemasindah percaya apa yang disebut oleh TDM yakni berkaitan sebab sebab DS Najib membubarkan MECD adalah benar. Apapun mengetahui tindak tanduk dan dasar flip flop DS Najib selama menjadi Perdana Menteri sebab sebab yang disebut oleh TDM kelihatan amat munasabah.
Inilah perangai DS Najib yang paling tidak disukai umat Melayu, yakni TIDAK MENUNJUKKAN KOMITMEN YANG TEGAS , YANG BERANI , YANG KONSISTEN , YANG KENTAL ,
YANG BERANI MENGATAKAN AKU MELAYU, AKU PRESIDEN PARTI MELAYU, AKU PERDANA MENTERI TANAH MELAYU SUKA AKULAH BUAT APA YANG HENDAK AKU BUAT UNTUK TOLONG BANGSA AKU.
Alangkah seronoknya jiak kita dapat mendengar DS Najib berkata saperti diatas.
Gemasindah ....berharap sangatlah DS Najib berani menubuhkan KEMENTERIAN PKS ini. Cepat-cepatlah hantar Resolusi itu Datuk Syeikh Ahmad Dusuki. Jangan berlengah lagi.
Jumaat, 18 Jun 2010
MENEMPAH MAUT SEBELUM AJAL......ada berani ka !!!!!
Salam saudara pembaca Melayu – Islam yang dihormati,
Kita sememangnya biasa mendengar bidalan / perumpamaan PANTANG MAUT SEBELUM AJAL tetapi jarang sekali mendengar bidalan berbunyi MENEMPAH MAUT SEBELUM AJAL.
Sebenarnya tidak ada pun bidalan sebegitu. Ia hanya tajuk entri gemasindah untuk merujuk kepada gembar gembur yang dimainkan oleh akhbar Utusan Malaysia sejak 2-3 hari kebelakangan ini mengenai ura ura agar DS Najib mengadakan Pilihanraya Umum Mengejut dalam masa terdekat ini berlandaskan kajian Merdeka Research yang mengatakan 72% rakyat menyokong kepimpinan DS Najib.
Apakah matlamat atau maudhok Utusan memainkan isu ini , gemasindah tidak pasti dan memilih untuk tidak mempedulikannya. Namun begitu gemasindah percaya bahawa ianya adalah satu permainan yang bijak jika ianya dibuat untuk tujuan TEST MARKET.
Permainan akhbar Utusan ini bermula dengan pertanyaan wartawannya kepada Tun Dr Mahathir . Permainan diteruskan dengan mengajukan soalan yang sama kepada DS Najib.
Gemasindah akan catatkan jawapan TDM dan DS Najib selepas ini.
Hari ini akhbar Utusan meneruskan permainan ini dengan menyiarkan ulasan ulasan Dolah Berdawai dan juga Hishamuddin.
Jika Utusan Malaysia sudi bertanya kepada gemasindah pertanyaan yang sama saperti yang ditanyakan kepada TDM, jawapan gemasindah adalah saperti berikut .
ADA BERANI KA MENEMPAH MAUT SEBELUM AJAL.
Gemasindah yakin dan percaya ini jugalah jawapan sahabat sahabat blogger pencacai UMNO.
Kami bukanlah sekumpulan orang orang professional yang berwibawa yang membuat kajian terperinci saperti MERDEKA RESEARCH tetapi sepanjang ber-blogging ( lebih lebih lagi blogger senior ) kami tahu dan mengerti akan tahap sokongan rakyat terhadap UMNO & BN dan VERDICT kami tetap berbunyi :-
KALAU NAK TEMPAH MAUT...BOLEH JUGA BUAT PRU 13 SEKARANG.
Kalau DS Najib tidak percaya akan verdict kami itu, DS Najib bolehlah lagi gunakan duit rakyat untuk menggaji APCO ke APKI ke APTUH ke untuk membuat kajian dan syor mereka saperti mana mereka lakukan dalam kes MEB yang amat terperinci dan tepat kajiannya itu.
Apa pula agaknya reaksi Nuar Brahim, Nik Ajis, Karpal Singh & Lim Kit Siang. Kenapakah mereka senyap dan sepi ?. Gemasindah yakin Tuan Guru Nik Aziz selalu saja menadahkan tangan agar DS Najib bersetuju dengan syor supaya Parlimen dibubarkan dan PRU 13 diadakan sekarang.
Itulah sebabnya mereka senyap dan sepi, agaknya.
Komen Hishamuddin
Sekiranya apa yang Barisan Nasional janjikan itu dapat ditunaikan dan rakyat dapat merasainya , esok pun boleh buat pilihanraya.
Komen Dolah Bedawai
Baguslah tinjauan mendapati sokongan terhadap Perdana Menteri meningkat. Saya tidak mahu komen tentang pilihanraya....terpulanglah pada Najib.
Komen TDM
Kerajaan boleh menimbangkan kemungkinan mengadakan PRU dalam masa terdekat berdasarkan tahap pupulariti Najib sekarang.
Komen DS Najib
Tarikh PRU tidak boleh dibincangkan sekarang kerana tumpuan kerajaan kini adalah bekerja untuk rakyat dan memperkukuhkan parti terlebih dahulu.
KOMEN PALING MENARIK..KOMEN JACKPOT CEPUMAS..( maaf terlupa dari blog mana )
DARI BLOGGER PENYOKONG UMNO. .
SEBENARNYA MAHATHIR SINDIR PERDANA MENTERI NAJIB
Tidak ada sesiapapun yang sensitif dan boleh berfikir akan menerima anjuran Mantan Perdana Menteri Tun Dr.Mahathir supaya pilihanraya diadakan sekarang sebagai anjuran yang ikhlas dan penuh dengan keyakinan.
Mahathir membuat anjuran itu berasaskan kepada kadar penerimaan rakyat 72 peratus terhadap Perdana Menteri Najib hasil kaji selidik Merdeka Center.
Kata Mahathir "Alhamdulillah Najib sudah ada 72 peratus. Yang saya tahu ketika saya menang sehingga dua pertiga kerusi, masa itu rating saya hanya 60 peratus sahaja tapi menang.
" Jika 72 peratus ,boleh menang lebih dua pertiga.Boleh buat sekarang(pilihanraya)" katanya.
Kenyataan ini amat jelas suatu sindirian tajam terhadap Najib yang sekalipun "terbang tinggi" tetapi sebenarnya menghadapi masalah besar diakar umbi terutama di Kedah dan Terengganu.
Akhir akhir ini kepercyaan ramai semakin goyang terhadapnya kerana pendiriannya yang tidak tetap. Dia juga flip flop macam Pak Lah. Banyak keputusan yang telah dibuat dan diumum ditangguh,ditarik balik atau dibatal.Petronas nampak seperti sudah tidak terkawal dan bebas melantik bukan Melayu memegang jawatan penting.
Yang terkini ialah gaji minimum bagi pengawal keselamatan ditangguhkan dan lesen judi sukan bola yang sudah dikeluarkan mahu ditarik balik.Rakyat berada dalam keadaan yang tidak pasti samaada akan dibatalkan atau tidak.
Mahathir jelas pendiriannya menyokong pengeluaran lesen judi dan beliau menunjukan Pas bermain politik kerana di negeri negeri yang dikuasai PKR atau Pas perjudian yang telah berlesan tidak pula mahu diharamkan.
Sebenarnya Dr.Mahathir adalah menyindir Datuk Nanjib atau mengingatkan beliau supaya jangan syok sendiri dengan angka Merdeka Center yang sebelum ini banyak memberikan gambaran negatif terhadap Barisan Nasional. Nampaknya Merdeka Center macam dah dapat upah.
Gemasindah............jangan sekarang UMNO akan menemui AJAL kalau tak berubah jugak 2013 pun akan temu ajal juga. BERUBAH & KERJA KUAT-lah takleh relax lagi...
Khamis, 17 Jun 2010
RINTIHAN HATI MELAYU INSAF .........
Salam Bahagia saudara pembaca Melayu – Islam,
Gemasindah rasa ramai daripada pembaca laman ini juga pengunjung setia blog Yang Berbahagia Tun Dr Mahathir. Itulah yang gemasindah lakukan setiap hari.
Gemasindah amat bersyukur kepada Allah kerana mengurniakan kepada kita rakyat Malaysia saorang pemimpin bernama Mahathir Muhammad.
Pada hemat gemasindah orang saperti Cikgu Pencen pun mengakui akan sumbangan Tun tetapi memilih untuk berlaku tidak jujur kepada dirinya sendiri demi kepentingan politik parti yang disokongnya.
Ini pada gemasindah merupakan perkara yang salah , kerana sebagai orang Islam kita hendaklah berpegang kepada perkara yang benar dan jangan sekali-kali membuat dan menyebarkan fitnah.
Pada entri kali ini dan beberapa entri akan datang, gemasindah berhajat untuk menyiarkan komen komen pelbagai lapisan rakyat menyuarakan pendapat masing masing dalam pelbagai perkara khasnya berkaitan orang melayu.
Kita sangat berharaplah , pemimpin tertinggi UMNO yakni DS Najib & TS Muhyidin melawati laman blog Tun Dr Mahathir supaya mereka dapat tahu pandangan dan perasaan rakyat. Terakhir TDM menulis tentang perpaduan Melayu.
Kita haraplah DS Najib & TS Muhyidin dapat bertemu dengan TDM untuk sama sama bermuzakarah mencari jalan dan merencanakan strategi serta rancangan demi survival melayu. Ini adalah wajar kerana kedua –dua mereka itu memang pun anak murid politik TDM.
.....................................................................................
KOMEN KOMEN DARI LAMAN CHEDET.
KOMEN SATU
Oleh : Pokok Sena
Dalam ketiga parti mewakili kaum Melayu di atas sebenarnya semuanya tidaklah sempurna. Namun bagi saya, dibawah UMNO rakyat masih boleh hidup aman sejahtera dan semua hak serta keadilan kaum lain juga terjamin.
Manakala bagi PAS dan PKR juga yang bersengkongkol dengan DAP yang terang-terangan parti rasis dan anti Islam, ternampak pakatan ini hanya untuk kepentingan politik, pilihan raya dan untuk memecah-belahkan kuasa politik Melayu. Amat rapuh sekali tapi kesanya Melayu juga yang rugi.
Saya telah lama menolak PKR kerana Anuar Ibrahim, saya juga akan menolak PAS kerana terpesong dari perjuangan asal serta berkerjasama dengan dan sering diperkudakan DAP.
Saranan saya, jika Perdana Menteri selaku Presiden UMNO dan Pengerusi BN mahu memenangi/mendapat kembali sokongan 'total' Melayu ( sokongan Melayu yang banyak mempertahan BN dari kalah PRU baru-baru ini ) maka perlulah:
Pertama : Lebih tegas dengan parti komponen
UMNO perlulah TEGAS dengan t pemimpin GERAKAN (serpiha n/ proxi DAP dalam BN ), MCA dan MIC yang sering mengeluarkan kenyataan rasist yang mengguris perasaan kaum Melayu.
Jika mereka bersuara boleh kerana dibuat atas dasar kebebesan bersuara, Jika Bumiputera bersuara contoh seperti Dato Mukriz ( sekolah satu aliran ) dan Ketua Bahagian Bukit Berndera ( fakta sejarah ) dikatakan sebagai rasist. Kaum Melayu amat terluka TUN.
Kedua BERTEGAS untuk wujudkan sekolah satu aliran kebangsaan.
Anak-anak kita perlu disemai dengan semangat perpaduan sejak mereka disekolah lagi dan medium pendidikan telah terbukti amat berkesan dalam menyemai semangat patriotik seperti yang dilakukan China, Jepun dan Korea.
Perlu ada keazaman / iltizam /kesungguhan dan ketegasan politik dalam isu ini. Biarkan jika MCA, GERAKAN dan MIC ingin mengugut untuk keluar BN, banyak lagi parti politik baru yang sedang tumbuh dan memperjuangkan kepentingan semua kaum.
Mengapa mereka masih ingin mempertahankan idealogi pendidikan negara asal sedangkan sudah lama dan bergenerasi serta menjadi warganegara Malaysia.
Kesamarataan sering dituntut tetapi mereka masih bersikap pentingkan diri sendiri. Bagi saya mereka tidak menghormati pengorbanan kaum Bumiputera selama ini. PERPADUAAN antara kaum amat penting dalam kejayaan negara bangsa. Di Malaysia ia seperti api yang malap dan sering menyala. Perdana Menteri perlu tegas.
UMNO perlu menyingkirkan Ketua Pemudanya ( Khairi Jamaludin ) & Nazri Aziz Yeop
Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaludin ternyata korupsi dan banyak menyalahgunkan kuasa serta pengaruh Tun Abdullah semasa zaman pemerintahannya.
Terlalu banyak impak negatif yang dibawa Khairi terhadap negara. Selain itu, UMNO juga perlu menyingkirkan Nazri Aziz yang ternyata gagal dalam tugasan porfolionya dan teramat kurang ajar serta tidak mengenang budi terhadap Tun Mahathir.
Bayangkan dia hidup 22 tahun dibawah kejayaan pemerintahan Tun, untuk menjaga kedudukan politiknya sanggup memaki hamun Tun. Inikah contoh pemimpin yang ingin dijadikan teladan kepada masyarakat. Keseluruhanya orang Melayu amat marah dengan Nazri Aziz. Cuba analisis kekalahan BN pada pilihanraya lalu, ini adalah salah satu faktor. Selainnya,
Ketiga Tukar Menteri Dalam Negeri & Buang Nor Mohamed Yakob
Perdana Menteri perlu menukar Menteri Dalam Negeri dengan orang yang lebih tegas dan berani serta bijak menggunakan undang-undang yang ada untuk menjaga keamanan serta mencegah dari berlakunya kekacauan dalam negara.
Contoh mudah ialah perhimpunan dan pembohongan Hindraf yang Malaysia mengamalkan pembunuhan etnik, KDN lambat bertindak dan ia telah menular. Banyak lagi contoh situasi dimana Menteri Dalam Negeri hanya memberi amaran sahaja. Maka tidak hairanlah jika ramai menggelarnya Hishamudin menteri 'amaran'.
Nor Mohamed Yakob juga perlu dibuang dari kabinet, terlalu banyak GLC yang muflis dan musnah di atas tindakannya.
Akhirnya tangani isu Anuar Ibrahim dengan bijak. Beliau merupakan politikus yang amat licik. Namun dari segi perlaksaan serta tindakannya amatlah meragukan.
Terlalu banyak isu yang perlu ditangani untuk menyatukan Melayu dibawah UMNO, namun jika UMNO sendiri yang masih tidak mahu berubah
"APAKAH PILIHAN YANG KAMI ADA" Tun..
KOMEN KEDUA
Oleh : Zulfadzli : http://reformasimindaguru.blogspot.com
Assalamualaikum Tun,
Mempertingkatkan Bukan Mempertahankan. Saya melihat banyak pihak yang mengajak orang Melayu mempertahankan hak mereka. Saya khuatir dengan mempertahankan hak akan menyebabkan survival Melayu semakin nipis. Kita tidak mengajar Melayu berjuang. Maka apa akan jadi pada generasi melayu akan datang?
Penguasaan ekonomi adalah faktor penting dalam survival sesebuah bangsa. Walau politik dipegang oleh bangsa lain, tetapi penguasaan ekonomi akan menentukan kekuatan bangsa tersebut.
Kekuatan ekonomi boleh menyebabkan sesuatu bangsa itu berdiri dengan sendiri. Lihat sahaja Israel. Mereka menguasai dunia.
Maka, marilah kita memikirkan mekanisma sebenar bagaimana untuk memajukan ekonomi Melayu serta melaksanakannya. Inilah ertikata perjuangan yang sebenar. Sekadar mempertahankan hak sahaja akan menyebabkan generasi Melayu akan datang merempat. Melayu pada hari ini hanya merosakkan Melayu pada generasi akan datang.
Oleh itu, marilah kita MEMPERTINGKATKAN kualiti bangsa Melayu dan bukan sekadar mengajak bangsa Melayu MEMPERTAHANKAN hak mereka. Saya amat berharap, para KOMENTAR di blog chedet ini dapat memberikan INPUT SERTA TEKNIK BAGAIMANA UNTUK MEMPERTINGKATKAN KUALITI BANGSA MELAYU SECARA TEKNIKAL
HUKUM SULA CIKGU PENCEN PAS.....
Salam Sejahtera pembaca Melayu – Islam yang dihormati,
Saya turunkan disini sebahagian dari rencana saorang cikgu pencen didalam laman blognya yang 100% menyalahkan Tun Dr Mahathir yang katanya menyebabkan orang Melayu susah, menderita , berpecah belah dan sebagainya.
Lalu dijatuhkannya hukuman orang berzina terhadap Tun Dr Mahathir yaitu DI- SULA HIDUP HIDUP.
Nasib baiklah cikgu ini sempat pencen dan duduk tepi sawah di Teluk Intan. Jika dia dan parti PAS-nya memerentah habis kita semua di- SULA-nya. Kalau Tun Dr Mahathir pun jadi makanan dia ..apa lagi kita yang kerdil ini.
Jelas sekali cikgu pencen itu menulis mengikut Nafsu Amarahnya..satu tahap jiwa yang paling rendah ..mengikut tafsiran Ahli Tasauf....menunjukkan keperibadian atas sikit daripada kerbau.
Inilah akibat KETAKSUBAN kepada TAQLID yakni mengikut membabi buta tanpa sedikit pun mahu menggunakan otak untuk berfikir. Apa yang pemimpin PAS-nya kata dia seronok terkinja – kinja sedangkan sebagai bekas cikgu dia sepatutnya cerdik dan pintar. Kalaulah ramai cikgu Melayu macam cikgu pencen ini alamak jahanamlah anak bangsa.
Dalam ilmu Tasauf , kejahilan saperti cikgu ini disebut sebagai JAHIL MURAKKAB..yakni bukan sahaja tidak tahu akan perkara perkara asas tetapi bila diberitahu kepada dia akan kebenaran itu, dia menolak hidup hidup. Dalam bahasa Melayu mudah istilahnya ialah cerdik tidak boleh diikut bodoh tidak boleh diajar.
Mentaliti sebegini-lah yang melanda kebanyakan pemimpin pemimpin dan ahli ahli parti PAS juga PKR walaupun dari segi kelulusan akademik ramai yang berkelulusan tinggi tetapi dari segi berfikiran waras dan cerdik ramai yang gagal lulus ujian IQ.
Dan mentaliti sebegini jugalah yang kini melanda kebanyakan pemimpin tertinggi UMNO dan kroni-kroninya. Bertaqlid politik secara membuta tuli.
Alangkah malangnya Melayu yang jelas perlu ditransformasikan semula. Inilah yang hendak dilakukan oleh Tun Dr Mahathir yang mendatangkan kemarahan cikgu pencen kita itu hingga menjatuhkan HUKUM SULA kepada “orang tua itu “.
Kenapa ini berlaku ? Kerana nilai nilai murni Keislaman sudah punah ranah dijiwa mereka. Kenapa punah ranah sedangkan mereka mengaku pejuang Islam tulin ? Kerana sifat sufat murni itu telah diganti dengan sifat sifat tercela yakni, amat suka kepada dunia, hasad, dengki, dendam kesumat, merasakan diri lebih islamik dari orang lain yakni ujub dan riak, mabuk kuasa walaupun belum berkuasa, memikirkan diri berkuasa sedangakan ianya Kudrat Allah belaka dan yang paling teruk saperti dikatakan diatas ialah terkena penyakit JAHIL MURAKKAB.
Cuba pembaca fikirkan apa yang cikgu pencen ini tulis.
Pertama apakah kesalahan Tun Dr Mahathir hingga hukumnya di-sula hidup hidup.
Apakah selama Tun menjadi Perdana Menteri tidak ada langsung kebaikan yang dilakukannya . Yang dibuatnya hanya kerja kerja mudarat yang sedikitpun tidak ada mendatangkan kebaikan kepada rakyat khasnya orang Melayu termasuk cikgu pencen itu.
Adakah semasa Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri dahulu masyarakat Malaysia khasnya orang Melayu, bergaduh sesama sendiri, berbunuh-bunuhan , berpecah belah, fitnah memfitnah, caci mencaci, tidak langsung ada kebebasan hingga ramai penyokong PAS dipenjara, dibunuh , rakyat hidup penuh menderita dan macam macam lagi kenegatifan hingga wajar dihukum bunuh..melalui cara yang dahsyat yaitu SULA ..cucuk mulai lubang dubur hingga keubun ubun dengan buluh runcing ?
Atau melayu mula berpecah, fitnah mula bertaburan sesuka mulut bercakap dan jari menaip salepas Dolah Bedawai melepaskan Nuar Berahim dengan niat untuk memalukan Dr Mahathir.
Atau salepas Tuan Guru Nik Aziz PAS, mendapat ilham melupakan perjuangan Islamnya, kerana termakan gula gula ketamakan untuk berkuasa Nuar Berahim yang telah berjaya menusuk qalbu Tok Guru itu hingga “ KENENENGAN” hingga sanggup menelan air air ludah Karpal Singh & kahak kahak Lim Kit Siang ?
Maka bermulalah EPISOD terancang DAP untuk memusnahkan dan menghancurkan Melayu-Islam melalui tangan tangan dan lidah lidah Melayu PAS-PKR.
Dan melayu dengan mudahnya berpecahlah ..berpecah dengan berbekalkan hampir semua sifat sifat tercela yang dimurkai Allah. Dan meraka mulalah menggunakan pelbagai ayat ayat Al-Quran untuk menghalalkan fatwa fatwa sesat yang mereka buat sendiri.
Tak cukup dengan itu mereka bekalkan pula ayat ayat Al-Quran kepada kuncu kuncu Karpal Singh & Lim Kit Siang agar mereka terus berludah & berkahak untuk dijilat oleh para pengikut Melayu – Islam PAS & PKR.
Bagi melayu yang berfikiran waras dan masih mahu menggunakan otak, akan jelaslah kepada mereka status keperibadian manusia melayu-islam saperti cikgu pencen ini yang jelas perlu disekolahkan semula disekolah TAUHID.
Gemasindah.......minta Allah bukakan hati melayu-islam supaya benar benar jadi muslim termasuk diri gemasindah sendiri.
.....................................................................................
Dari blog cikgu pencen........PENGHUKUM SULA
Orang tua yang patut di sula hidup2.~~
Ber abad2 menjadi PM memerintah negara, akhirnya mengakui kaum melayu akan jadi minoriti dan tersisih serta terpinggir. Menyalahkan kaum nya kerana berpecah dan tidak bersatu. Dengan secara tidak langsung beliau mengakui kegagalan nya dalam menyatukan bangsa melayu selama memerintah.
64 tahun UMNO menjaga melayu, akhirnya bekas pemimpin nombor 1 nya mengaku kegagalan UMNO memperkasakan kaum nya sendiri. Kebodohan melayu ialah kerana terlalu percaya dan berharaf kepada UMNO.
.....................................................................................
Intipati ucapan Dr Mahathir di perhimpunan GERTAK
Asal sebut saja Melayu, akan dicop rasis. Kita bukan merampas hak sesiapa tapi mempertahankan hak kita. Mungkin satu hari nanti kita boleh melupakan faktor kaum tapi bukan sekarang.
Sejarah membuktikan bila wujud satu kelompok yang terlalu kaya dan majoriti yang lain miskin, akan timbul kekacauan. Dan apatah lagi jika perkara yang sama terjadi berasaskan kaum. Kita bukannya menuntut samarata tapi keadilan.
Walaupun Melayu adalah majoriti, 60% rakyat negara, tapi kerana rebutkan kuasa, 60% majoriti pengundi itu telah menjadi minoriti bilamana ia terbahagi 3. Kita hanya perlu menyalahkan diri sendiri. Bila kita sudah tidak berkuasa, tidak ada siapa yang akan menjaga kepentingan kita.
Orang Melayu dalam keadaan cemas sekarang, keadaan menjadi genting. Kita harus bertindak atau kita akan jadi seperti Melayu Singapura. Bukannya untuk merusuh atau merampas hak orang lain, tapi kita berhak menuntut semula hak kita.
Rabu, 16 Jun 2010
BELAJAR MANDARIN & TAMIL - REAKSI MELAYU
Salam bahagia saudara pembaca Melayu – Islam yang dihormati
Saudara saya blogger Aspan Alias memberi gelaran baru kepada DS Najib. Gelaran baru itu ialah TPM yang bermaksud TIDAK PERNAH MUKTAMAD.
Kita pula merujuk kepada TS Muhyidin Yasin sebagai TPM juga yang bermaksud Timbalan Perdana Menteri. Barangkali saudara Aspan boleh juga mengggunakan gelaran TPM – TPM kepada TS Muhyidin kerana kelmarin beliau mengumumkan bahawa pembelajaran Bahasa Mandarin & Tamil akan diwajibkan di sekolah sekolah Kebangsaan dan hari ini pula meminda kenyataan itu kepada Pelajaran Pilihan.
Ini sudah pasti memberikan hak kepada Aspan untuk merujuk beliau sebagai orang kuat DS Najib yang juga mengamalkan dasar TPM – TIDAK PERNAH MUKTAMAD.
Kenyataan TPM nampaknya mewujudkan pelbagai reaksi pro & kontra rakyat khasnya orang Melayu. Kalau merujuk kepada komen komen diakhbar nampaknya lebih ramai yang membantah dari yang menyokong. Ada juga yang memberi cadangan cadangan baru.
Saperti yang gemasindah selalu sebutkan , apa juga yang kerajaan BN –UMNO hendak lakukan sentiasa sahaja mendapat bantahan rakyat khasnya orang Melayu yang berasa kurang selesa dengan dasar dasar baru itu
Gemasindah turunkan dilaman ini beberapa komen & reaksi rakyat :-
KOMEN MEMBANTAH.
Komen Tun Dr Mahathir
Cadangan itu tidak wajar dilaksanakan. Ini kerana kerajaan pastinya perlu mengeluarkan peruntukan untuk menyediakan guru guru terlatih didalam bahasa ini yang setakat ini masih kecil bilangannya.
Komen Gemasindah –
Untuk menguruskan perbelanjaan terancang pun kerajaan tidak ada duit hingga bercadang nak hapuskan sabsidi – Ini nak tambah pula belanja yang kurang mendesak saperti cadangan ini dan cadangan membina bangunan parlimen baru di Putrajaya ....kenalah belanja ikut poket
Komen Mohd Khuzairi Ismail , penulis rencana Utusan Malaysia
Akhbar Utusan mengulas dengan panjang lebar perkara pembelajaran bahasa Mandarin & Tamil ini melalui rencana tulisan Mohd Khuzairi Ismail. Intipati rencana :-
Nampaknya kedudukan Bahasa Melayu dalam sistem pendidikan negara tercabar lagi. Dasar mewajibkan bahasa Mandarin & Tamil disekolah meletakkan status bahasa itu setaraf dengan bahasa Melayu dalam sistem pendidikan negara.
Apabila dasar ini dikatakan akan menggalakkan perpaduan , kita sebenarnya sudah memberi takrifan bahawa bahasa Melayu gagal memainkan peranan tersebut. Sedangkan bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan , maka seharusnya menjadi bahasa pemersatu dikalangan masyarakat majmuk di negara ini.
Sabenarnya jika elemen perpaduan itu benar benar mahu dilahirkan dari sistem pendidikan , kerajaan seharusnya menumpukan usaha untuk menjayakan sekolah satu aliran ( dengan menutup semua sekolah vernakular / jenis kebangsaan )
Perlaksanaan dasar mewajibkan subjek bahasa Mandarin & Tamil tidak menjamin bahawa sekolah vernakular akan digabungkan dengan sekolah kebangsaan. Sebaliknya sekolah sekolah vernakular akan terus kukuh kerana adanya dana berterusan dari kerajaan sendiri.
Komen Gemasindah :–
Jelas cadangan ini bermotifkan politik bukan bertujuan untuk nation building dan pendidikan sabenarnya. Ianya juga merupakan satu strategi & taktik lemah untuk menarik kaum lain menghantar anak anak mereka kesekolah kebangsaan .
Kita berasa hairan kenapakan DS Najib & TS Muhyidin tidak dapat menerima hakikat bahawa kaum cina dan india tidak lagi dan tidak akan menyokong BN – UMNO lagi kerana inilah peluang keemasan mereka untuk memerentah Malaysia dimana mereka telah berjaya mendapat sokongan orang Melayu yang mencukupi untuk menang selesa didalam PRU 13 nanti.
Kenapa jadi hidung tak mancung pipi tersorong sorong....terhegeh hegeh merayu kasih orang yang tak sudi tetapi menyampah pada kita ?
Yang perlu ditumpukan ialah mendapatkan semula sokongan orang Melayu. UMNO & BN kalah didalam PRU 12 dahulu disebabkan ahli UMNO dan orang Melayu marah pada UMNO dan lari kepada PAS & PKR. Tak kan perkara mudah ini pun DS Najib tak faham.
Jika UMNO berterusan menyakitkan hati orang Melayu dengan dasar dasar pro Cina & India-nya , maka bertambah pastilah PR akan menang pada PRU 13 nanti.
SMS Pembaca Utusan
Sudahlah negara kita yang ada sekolah Tamil dan Cina, disekolah Melayu pun nak dimasukkan bahasa mereka ? Kerajaan bagi muka sangat bertambah naiklah tocang mereka
Prof Datuk Dr Abdul Latif Abu Bakar – Gapena
Kita tidak boleh paksa murid murid belajar bahasa bahasa tersebut kerana ia agak menyukarkan.
Cadangan ini akan lebih berkesan sekiranya kedua-dua bahasa tersebut diwajibkan kepada murid murid India & Cina di sekolah kebangsaan manakala pelajar Melayu diberi pilihan belajar bahasa Arab
Komen Gemasindah :-
Kita boleh paksa sebenarnya maklumlah kita YANG BERKUASA tetapi janganlah mimpikan kejayaan
Kenapakah isu ini sengaja ditimbulkan. Orang Cina & India tidak ada pun membuat desakan. Kenapa TS Muhyidin tiba tiba sahaja menimbulkan isu ini ? Kenapa kerajaan UMNO hingga tidak cukup siang berfikir untuk membela kaum bukan melayu dan terus menerus menyakitkan hati orang Melayu ?
Muhd Faisal Abd Aziz – PKPIM
Cadangan ini terlalu awal untuk dilaksanakan kerana penguasaan bahasa Melayu dikalangan pelajar masih tidak memuaskan.
KOMEN MENYOKONG
Abd Razak Idris dari Banting,
Soal bahasa Mandarin & Tamil mahupun bahasa Malaysia diwajibkan untuk setiap pelajar tidak perlu dipolitikkan mahupun dipolemikkan. Jika ada kebaikan ia patut disegerakan perlaksanaannya.
Jika anak anak kita mampu berbahasa Tamil & Mandarin secara tidak langsung perpaduan dapat dieratkan dan tidak akan wujud lagi tembok penghalang dalam faham-memahami budaya kaum dan bangsa lain.
Komen gemasindah :–
Komen saudara kita ini terlalu simplistik – mudah sangat nak satukan 24juta jiwa jiwa rakyat Malaysia ..ajar sahaja bahasa Mandarin & Tamil ..terus bersatu sajalah kaum kaum di Malaysia ini...sungguh kelakar)
Datuk Abd Aziz Hussein – Bekas SUK Pahang
Sambil mengalu-alukan langkah kerajaan itu – kerajaan juga disyorkan menjadikan bahasa Arab sebagai salah satu mata pelajaran wajib
Komen Gemasindah :–
Maka bertambah gilalah otak anak anak kita –kena belajar 5 bahasa setiap hari yakni – Bahasa Melayu – Bahasa Inggeris – Bahasa Tamil – Bahasa Mandarin & Bahasa Arab- datuk ini agaknya fikir belajar bahasa bahasa ini senang – bukan sahaja kena belajar bercakap – kena juga belajar tulisan – mandarin , tamil dan jawi –
Suruh saja datuk ini jadi murid pertama – gugur tak uban dia. Bahasa bahasa ini kalau kita tidak gunakan untuk bercakap setiap hari , dia akan lupa dan akhirnya lupus dari ingatan
Prof Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hasan
Langkah ini membolehkan setiap kaum mempelajari bahasa ibunda masing masing dan tidak akan mengganggu proses memertabatkan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.
Komen Gemasindah :-
Apa Professor ini nak cakap, gemasindah tak faham. Tidak ada siapa pun dilarang belajar bahasa ibundanya. Tak kan Professor ini tidak tahu golongan elite cina dan india tidak gunakan bahasa ibunda mereka untuk berkomunikasi dirumah- mereka berbahasa inggeris.
Isu yang timbul ialah mewajibkan semua anak Malaysia belajar 4 bahasa. Belajar 2 bahasa pun anak kita dah pening apalagi belajar 4 bahasa....bertambah peninglah dan hasilnya tentu negatif.
KOMEN NEUTRAL
Hashim Adnan - NUTP
Cadangan ini perlu dilakukan secara bertingkat-tingkat dengan menyediakan prasarana terlebih dahulu – tak boleh buat secara sambil lewa macam dasar matematik dan sains dulu.
Komen Gemasindah :-
Guru guru dah fobia dah tentang TPM ini = TIDAK PERNAH MUKTAMAD . Belanja jutaan RM ..kemudian batal ..banyak dah pengalaman guru guru...berubah ikut menteri...lain menteri ..lain dasar ..bila gagal menteri tak salah ...yang salah cikgu.
Selasa, 15 Jun 2010
MELAYU & UMNO .....
Salam saudara Melayu- Islam.
Akhirnya perhimpunan melayu - insaf anjuran GERTAK dapat juga dibuat salepas ditangguhkan . Alhamdulillah.
Membaca tulisan DIN TURTLE mengenai sambutan yang tidak seberapa memberi gambaran ...bahawa perhimpunan itu saumpama gagal mencapai matlamatnya kerana pelbagai sebab.....
Sebab utama ialah objektif mengadakan perhimpunan itu ..yaitu untuk menyedarkan orang melayu yang menjadi lemah akibat berpecah belah..Maksud gemasindah ialah PERPECAHAN MELAYU & KETIDAKSADARAN MELAYU lah yang menyhebabkan tidak ramai yang hadhir..
Dari segi perpecahan umat melayu ...sekurang-kurangnya umat melayu boleh dibahagikan kepada empat kumpulan utama ...pertama melayu UMNO yang barangkali spt kata din turtle berasa malu malu dan takut serta bimbang, kedua kumpulan melayu PAS yang sememangnya membenci Tun Dr Mahathir kerana amat sayang kepada Karpal Singh & Lim Kit Siang, ketiga kumpulan Melayu PKR yang pasti tidak datang punya sebab memandang Tun sebagai orang yang menganiaya Nuar dan terakhir ialah melayu tidak berparti...agaknya merekalah yang menjadi kumpulan 3,000 orang yang hadir itu.
Gemasindah amat bersetuju dengan brader din bahawa agenda ini sepatutnya diterajui oleh UMNO kerana UMNO menganggap dirinya sebagai payung melayu...tetapi ahli UMNO yang selalunya bersikap saperti kerbau ditindik hidung itu ...tidak berani hadhir barangkali kerana ....tidak diarahkan hadhir...gitulah cara UMNO.
Gemasindah turunkan dilaman ini rencana penuh din turtle ....untuk bacaan saudara sekalian. Mudah2an akhirnya Allah akan membuka hati semua umat Melayu-Islam agar bersatu semula.
..............................................................
UMNO BUKAN LAGI JUARA MELAYU
Sebelum saya nukilkan apa yang saya fahami dari ucapan TDM semalam, ada seperkara yang mencuit2 hati, minta izin untuk potong line, supaya ditulis lebih dulu kalau tak ia makan dalam. Makin difikir makin berbulu hati...
Persoalan yang bermain difikiran saya - DIMANA UMNO DALAM PROGRAM MELAYU BANGKIT Kuala Terengganu semalam ??
Walau pun saya bukan ahli Umno, tapi Umno begitu dekat dihati saya dan saya terima dakwaan Umno itu adalah parti yang mewakili orang Melayu. Seingat saya, dulu kalau ada apa saja isu orang Melayu pasti Umno ada, Hidup Melayu begitu sinonim dengan Umno. Tapi itu semua zaman TDM jadi presiden.... sekarang saya jadi berbulu je ngan Umno. APAKAH UMNO MASIH RELEVAN KEPADA PERJUANGAN MELAYU ?
Apa masalahnya untuk turut sama dalam Melayu Bangkit ? Malah seharusnya Umno yang menjadi tunggak utama dibelakang Gertak yang menganjurkannya. ( Oya, jangan salah faham, bunyi ganas Gertak tapi sebenarnya dalam slang Terengganu ia seperti..... jembatan. Ngo ni pun satu, carilah nama yang tak aggresif...macam Manja ke, Comel ke... )
Program Melayu Bangkit setahu saya adalah semata2 kerana orang Melayu, memberi peringatan kepada orang Melayu supaya bersatu, jangan leka, supaya bangkit mempertahankan hak dibumi Melayu .... BUKANKAH ITU JUGA PERJUANGAN UMNO ?? Apakah semua itu bukan lagi merupakan asas perjuangan Umno yang gah mendakwa mewakili Melayu ? Kalau iya mewakili Melayu, kenapa menjauhkan diri ?
Melayu Bangkit bukannya medan mengutuk kaum lain, malah tidak disebut pun perkataan cina atau india atau apa saja kaum lain. IA LEBIH KEPADA PERINGATAN SESAMA MELAYU TAPI DIMANA UMNO ?? Mana ada kaitan dengan 'menjaga hati kaum lain'. Bagi saya dan hadirin yang datang, atas semangat Melayu yang membara dihati, saya expect siapa saja (individu, parti atau ngo ) yang mengaku memperjuangkan Melayu akan hadir, gah bersemangat, menunjukkan kepada dunia Melayu masih kuat, bersatu.
Apa masalahnya Umno ??? Orang Umno memang hadir tapi mereka malu/takut untuk menunjukkan Umno mereka...kenapa ?? Kenapa harus malu atau takut untuk dikaitkan dengan Melayu Bangkit ??
Saya benar2 kecewa dan sedih ... bayangkan program semulia Bangkit Melayu dihadiri hanya 3000 orang Melayu.. Terasa seperti perjuangan Melayu telah dibelot oleh mereka yang selama ini melaung2kan Hidup Melayu ! Hidup Melayu !
Jika ada orang UMNO yang baca ini, tolong berikan penjelasan kerana saya kini beranggapan UMNO bukan lagi memperjuangkan Melayu ! Seperti dakwaan umno terhadap Pas yang mempertikaikan kewajaran Pas menggunakan nama Islam dalam nama dan perjuangan mereka, saya juga mempertikaikan kewajaran UMNO menggunakan nama Melayu dalam perjuangan mereka.
Dan saya menuntut Umno supaya jangan menyalahgunakan gambar keris yang ada pada lambang UMNO kerana keris melambangkan jiwa dan semangat juang orang Melayu ! Kerana bagi saya Umno bukan lagi juara Melayu.
Jiwa Melayu kepala bu*** dia kalau lepas hunus keris kena minta maaf !! Jadi sebelum Najib sendiri akur kepada tuntutan cina supaya gugurkan gambar keris pada lambang Umno ( konon provokatif dan Najib pula gunakan alasan keris tidak menunjukkan moden ) lebih baik tukar gambar keris tu sekarang. Tukar gambar submarine ke....
Satu lagi, saya terbaca di Mingguan Malaysia semasa pelancaran Jelajah 1Malaysia, dikatakan Khairy menyelar mereka yang berpolitik sempit... maksud Khairy apa ? Memperjuangkan kaum sendiri kini dah jadi 'politik sempit' kepada Umno ?? PEMUDA UMNO JUGA DAH TAK ADA TELUR !!
Sebenarnya disebalik keterujaan saya bertemu TDM semalam, hati saya sedih. Mungkin ia turut sama dikongsi TUN....... Kini Melayu terpaksa dirayu untuk bangkit. Terpaksa dirayu untuk mempertahankan diri. Dimanakah semangat Melayu sekarang .......?
PERANGAI YAHUDI MENGIKUT AL-QURAN
Ruangan MEGA AGAMA telah menyusun sifat sifat sesat bangsa Yahudi mengikut apa yang dijelaskan Allah di-dalam Al-Quran.
Didalam satu entri sebelum ini gemasindah ada mencatatkan bahawa perangai bangsa yahudi malah beberapa bangsa lain juga masuk bangsa melayu kita, tidak pernah berubah sejak zaman nenek moyang mereka dahulu hinggalah kezaman moden ini dimana manusia telah berjaya mencapai tahap ilmu yang tinggi. Malah bangsa yahudilah yang memilikki jumlah ilmuan bertaraf PhD yang paling ramai didunia ini.
Perlu juga kita ingat bahawa kesemua makhluk yang ada dan yang telah tiada didunia ini kesemuanya dicipta oleh Tuhan yang sama yaitu Allah SWT.
Maka jelaslah akan kenyataan Allah : Al-Baqarah : 88 / 120 / 145
Hati mereka sudah tertutup ....kerana dilaknat Allah yang disebabkan kekufuran mereka sendiri.
Kadang –kadang apabila membaca maklumat tentang kezaliman dan kekejaman orang orang yahudi ini, kita tidak dapat membayangkan dimanakah fitrah mereka sebagai manusia kerana apa yang mereka lakukan jiwa kita tidak dapat memahaminya. Kita tidak memahami bagaimanakah saorang manusia atau kumpulan manusia boleh menjadi sezalim itu .....saolah-olah hati mereka dibuat daripada besi.
Barangkali ini adalah kerana hati kita yang tidak pernah dididik menjadi keras saperti batu menyebabkan kita tidak dapat mengerti bagaimanakah saorang manusia saperti kita juga boleh bertindak saperti binatang ganas yang hanya mempunyai naluri sahaja, tanpa otak dan tanpa hati.
Namun begitu haruslah juga kita mengingatkan diri bahawa kita sebagai bangsa Melayu/ Islam juga sedang menghadapi kemungkinan akan dizalimi oleh manusia berbangsa lain yang juga memilikki ciri ciri sifat ganas bangsa yahudi jika kita terus berhati lembut dan terus lupa akan diri kita yang sebenarnya.
Semua orang tahu, bangsa Arab yang ada sekarang sudah kehilangan identiti bangsa yang pernah memerentah dunia , kerana perpecahan yang berlandaskan nafsu nafsi dan kepentingan duniawi. Dalam erti kata lain, masalah Palestine hanya akan dapat diatasi walau macam mana zalimnya pun bangsa yahudi itu jika semua bangsa Arab khasnya dan semua umat Islam kembali kepada seruan untuk menjadi umat Islam yang satu.
Ini adalah kerana saperti mana yang dijanjikan Allah kebenaran tetap mengatasi kebathilan. Kenapakah kita jadi bergini...kerana kita juga telah menjadi bangsa yang sudah tidak lagi berada dijalan yang benar dari segi pengertian ...satu ummah.
PERANGAI BURUK YAHUDI
Al-Baqarah : 75 / 91 / 93 / 120 / 145
Bangsa yahudi itu amat keras hati dan amat zalim
Ali- Imran : 110 dan An-Nisa : 55
Kebanyakan orang yahudi itu orang fasik hanya sedikit beriman kepada Allah
Al-Maidah : 82
Allah telah memberi peringatan bahawa bangsa yahudi itu ialah musuh orang islam yang paling bahaya
Al-AnAm : 20
Allah juga telah memberi peringatan bahawa orang yahudi itu mengetahui kekuatan dan kelemahan orang orang Islam pada tahap saperti mereka mengenal anak anak mereka
Al-Baqarah : 75 / 91 / 101 / 140 / 145 dan ayat ayat didalam surah lain
Al-Baqarah : 76 / 101 / 120 / 146
Orang yahudi adalah mahir dalam mengubah & memutarbelitkan kebenaran dan menyembunyikan kebenaran
Al-Baqarah : 171
Memekakkan telinga kepada seruan kebenaran, membisukan diri untuk mengucapkan perkara benar, membutakan mata terhadap bukti kebenaran dan enggan menggunakan akal untuk menimbang kebenaran.
Ali – Imran : 71
Mencampuradukkan yang benar dan yang salah , yang hak & yang batil
Al- Baqarah : 94 / 111 / 113 / 120
Ultra rasis – dimana menganggap bangsa dan agama yahudi adalah bangsa istimewa.
An-Nisa : 53
Tidak akan ada kebaikan untuk seluruh manusia jika mereka memimpin.
Al-Baqarah : 206 / 212 / 247
Berlaku sombong dan memandang rendah terhadap orang Islam
Ali – Imran : 24 / 94 . Al-Maidah : 41
Mengada-adakan perkara perkara dusta dan suka kepada pendustaan.
Isnin, 14 Jun 2010
APA NI TS MUHYUDIN ...dah lupa ke atau khayal ?
APA NI TS MUHYIDIN ...DAH LUPA JANJI KE ?
MELAYU MUDAH LUPA KE PEMIMPIN UMNO YANG KHAYAL ?
Dalam entri baru baru ini gemasindah menulis berkaitan bala bala Allah yang berterusan menimpa UMNO. Apa juga yang dilakukan oleh kerajaan BN yang diterajui UMNO menimbulkan polemik dan menyakitkan hati orang Melayu yang menjadi tunjang UMNO
Dalam entri baru baru ini juga , Gemasindah memetik tulisan Prof Datuk Dr Ibrahim Kling yang membincangkan konsep Nation Building & kecelaruan konsep 1 malaysia berkaitan cadangan menjadikan Brickfields sebagai LITTLE MADRAS.
Kita mengatakan konsep 1 malaysia yang matlamatnya sama saperti slogan Malaysia Boleh Tun Dr mahathir mendatangkan kecelaruan berterusan akibat tiada definasi yang tegas dan muktamad oleh DS Najib sendiri.
Akibatnya bukan Melayu secara keseluruhan mentafsirkan 1 malaysia berdasarkan selera masing masing. Maka berterusanlah tuntutan dan desakan agar diwujudkan kesamarataan semua kaum dalam segala serba serbi bidang , baik politik mahupun ekonomi, pendidikan, budaya dan agama.
Sedangkan perelembagaan malaysia menjamin keistimewaan melayu melalui perkara 153 Perelembagaan Persekutuan. Semuanya telah dinodai oleh pemimpin Melayu UMNO tanpa segan dan tanpa rasa bersalah.
Yang anehnya , pemimpin Melayu UMNO yang dalam majlis majlis UMNO berdegar – degar bercakap tentang perjuangan Melayu menjadi keliru yang amat sangat dalam perjuangan mereka, kerana tanpa berfikir panjang melaksanakan dasar dasar yang bertentangan dengan dasar dasar mereka yang lain.
Jelas sekali dengan sombong dan angkuh kepimpinan tinggi UMNO tidak memperdulikan pertamanya rintihan dan rasa hati akar umbi Melayu UMNO dan yang kedua tidak ambil kisah pandangan pandangan cedikiawan melayu yang terus menerus memberi nasihat dan pandangan supaya kepentingan melayu dijaga.
Terakhir ialah rancangan TS Muhyidin selaku Menteri Pelajaran untuk memperkenalkan pengajaran bahasa Mandarin & Tamil disekolah sekolah kebngsaan dengan alasan ianya praktikal untuk menyatukan kaum.
Ini adalah alasan yang amat janggal dan kelihatan amat bodoh dan tidak selari langsuung dengan konsep integrasi negara atau nation building
Akar umbi UMNO mahu kerajaan mengwujudkan sistem satu sekolah berlandaskan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar utama dan memansuhkan Sekolah Cina & Sekolah Tamil. Ini kerajaan melayu UMNO tidak berani lakukan. Yang hendak dilakukan ialah sebaliknya saperti yang dinyatakan diatas.
Sejak zaman Kesultanan Melaka lagi, Bahasa Melayu menjadi bahasa perantaraan atau lingua franca bukan sahaja di Tanah Melayu tetapi juga di Nusantara ini. Dan sejak lama juga Bahasa Inggeris menjadi bahasa lingua franca global.
Rakyat dipasar dan diwarung kopi pun setiap hari berakap melayu antara satu sama lain tanpa mengira bangsa ...kenapa pula nak diubah supaya berbahasa mandarin atau tamil bila meminta secawan teh atau membeli setengah kilo ikan bilis ?
Insaflah wahai pemimpin Melayu UMNO yang sekarang ini entah apa bangsanya. Jangan terus menerus mengkhianati bangsa sendiri dan lepas itu menuduh orang lain yang menjadi pengkhianat.
Dulu Tun Dr Mahathir perkenalkan pengajaran sains & matematik dalam bahasa Inggeris dengan niat supaya anak malaysia khasnya melayu dapat bersaing diperingkat global sbb buku buku sains & matametik dlm bahasa inggeris & kita kurang penterjemah Muhyidin batalkan atas alasan Nasionalisma Melayu & Integrasi Nasional..sekarang nak ajar Mandarin & Tamil.....nasionalis ke ? Integrasi Nasional ke ?
Inilah sifat melaun atau .............muna.....namanya. TAUBAT-lah.
Ahad, 13 Jun 2010
SUMPAH MELAYU - MELANGGAR SUMPAH BURUK PADAHNYA....
SUMPAH MELAYU DATO ONN.......................
Sebagai Memulihkan Semula Ingatan
KAMI, umat Melayu beragama Islam pada hari ini berjanji tidak akan berhasad dengki, khianat dan iri hati, bertelagah dan berbalah sama sendiri.
KAMI berjanji akan bersatu padu dan patuh menegakkan agama Islam. KAMI juga berjanji akan bekerja kuat untuk menyara diri dan keluarga kami.
KAMI sedia bersaing sesama umat Melayu dan kaum-kaum lain dengan jujur dan terhormat.
KAMI umat Melayu bersumpah setia untuk:
Mempertahankan kepentingan dan hak Melayu;
Mempertahankan kedaulatan Raja-Raja Melayu;
Memperjuangkan ikhtisad dan pelajaran bangsa Melayu; dan
Mempertahankan maruah Negara supaya aman sejahtera.
...............................................................................................................................
Saudara pembaca yang budiman,
Dato nenek kita semasa bersatu untuk memperjuangkan Kemerdekaan kita dulu telah bersumpah dan berjanji saperti dinyatakan diatas.
Sekarang ini hasil dari titik peluh , keringat, penat lelah, air mata , wang ringgit malah pengorbanan mereka dalam segala serba serbinya , kita telah dapat menikmati kehidupan yang lebih baik daripada mereka.
Begitulah halnya dengan perjuangan dan pengorbanan kita pada hari ini, akan dinikmati oleh anak dan cucu cicit kita pada masa akan datang. Kita mestilah meninggalkan kehidupan yang lebih baik dan sempurna kepada generasi melayu yang akan menggantikan kita.
Dalam keadaan sekarang ini adakah mampu kita melakukannya ?
Cuba kita tanya diri kita sendiri apakah sumpah perjuangan nenek moyang kita dahulu masih lagi kita pegang dan perjuangkan ? Atau kita telah melanggar dan durhaka terhadap mereka ? Kita telah melupakaannya ?
KAMI, umat Melayu beragama Islam pada hari ini berjanji tidak akan berhasad dengki, khianat dan iri hati, bertelagah dan berbalah sama sendiri.
Sekarang ini melayu tidak berasa apa apa pun melihat tauke tauke cina yang kaya raya, tetapi amat irihati atas kejayaan bangsanya sendiri. Macam macam fitnah dan cemuhan yang ditaburkan. Amat memalukan !!!!
Sekarang ini kita menjadikan hasad dengki sebagai permainan hidup untuk menjatuhkan sesama melayu hingga kita sanggup menjadi pengkhianat bangsa dengan bersekongkol dengan bangsa lain untuk memusnahkan bangsa sendiri.
Sekarang ini kita yang pada angka menjadi bangsa majoriti ( 62% ) berpecah-pecah kepada tiga kumpulan utama menjadikan kita bertambah lemah dan menjadi kaum minoriti dinegara sendiri.
Saban hari tanpa penat dan tanpa lelah kita bertelagah sesama sendiri tanpa sedikitpun berhenti dan berfikiran waras berdasarkan iman sebagai orang islam. Perangai kita lebih teruk dari perangai orang kafir zindik.
KAMI berjanji akan bersatu padu dan patuh menegakkan agama Islam. KAMI juga berjanji akan bekerja kuat untuk menyara diri dan keluarga kami.
Sepatutnya kita bersatu berjuang bermati-matian hingga ketitisan darah terakhir memperjuangkan agama islam kita.
Lihatlah apa jadi bila Kalimah Allah mahu diliberalisasikan ...bagaimanakah tahap iman dan Tauhid saudara melayu kita yang sama sama berjuang dengan penganut agama kristian supaya Kalimah Allah diliberalisasikan ? Nauzubillah min zalik.
Lihatlah betapa lesunya ulamak ulamak kita dalam memerangi fahaman Islam Liberal yang dibiayai oleh Asia Foundation tajaan Yahudi / Kristian untuk mencelarukan Aqidah muslim ....siapakah yang menjadi baruanya .....melayu ...melayu..yang berjuang menjayakan agenda hasad dan dengkinya....Amat malang dan amat memualkan.
Yang disibukkan oleh ulamak ialah rasa ego dan perasan pandai ..hinggakan perkara cabang cabang dijadikan agenda utama perjuangan Islam mereka ...hingga ketahap mereka takut kepada orang yang sudah mati ..ketakutan ketahap phobia.
KAMI sedia bersaing sesama umat Melayu dan kaum-kaum lain dengan jujur dan terhormat
Bagaimanakah kita boleh bersaing secara saksama bila kita membiarkan diri kita menjadi lemah akibat perbalahan sesama sendiri.....
Bagaimanakah cara berfikir dan tahap iman saorang pemimpin melayu yang telah dengan rela dan penuh nafsu berjuang untuk menjadi pemimpin bangsanya dan satelah diberi amanah lupa untuk menunaikan amanah bangsanya.
Sebaliknya menggunakan amanah bangsanya untuk kepentingan dan kekayaan diri sendiri dan kroni kroninya ? Pemimpin sebegini pasti menerima hukum Allah Cubalah lihat apa terjadi kepada Dolah Bedawi yang terpaksa turun takhta dengan cara yang amat memalukan....
Soalnya pemimpin yang ada sekarang tidak juga mahu insaf dan belajar ..masih terus melakukan perkara perkara yang mungkar.
KAMI umat Melayu bersumpah setia untuk:
Mempertahankan kepentingan dan hak Melayu;
Hak melayu yang terpelihara oleh perkara 153 telah dinodai oleh pemimpin Melayu UMNO yang pasti akan menerima bala ...tidak lama lagi.
KAMI umat Melayu bersumpah setia untuk:
Mempertahankan kedaulatan Raja-Raja Melayu;
Amat pelik orang melayu mengetuai perdurhakaan kepada Raja Raja Melayu yang menjadi lambang menjaga kepentingan bangsa dan agamanya. Jelas mereka telah murtad dari menjadi Melayu.
KAMI umat Melayu bersumpah setia untuk:
Memperjuangkan ikhtisad dan pelajaran bangsa Melayu; dan
Mempertahankan maruah Negara supaya aman sejahtera.
Yang ini telah lama dinodai oleh pemimpin Melayu UMNO hingga mereka tidak berani membantu anak bangsanya menjadi pandai dengan senang..biasiswa yang menjadi hak melayu melalui perjuangan nenek moyang kita dulu sudah diganti dengan pinjaman ......Haprak betul siTanggang pemimpin UMNO ini. Pasti mereka akan menerima sumpahan nenek moyangnya.
Yang terakhir ialah pembasmian Kementerian tolong Melayu dan pengurangan peruntukan bumiputera ...jelas lagi perangai si-Tanggang durhaka pemimpin melayu – UMNO yang kita amanahkan.
Nak fikir pun dah malas dah....pasti pengkhianat bangsa akan menerima padahnya. Gemasindah nak ingatkan pemimpin UMNO bahawa mereka juga kena teliti diri mereka sendiri...janganlah asyik menuduh pemimpin PAS & PKR menjadi pengkhianat bangsa melayu....tidak menunaikan amanah satelah diberikan lagi teruk dari cakap cakap...........
Jangan kuat berkokok ..tetapi ekor bergelumang tahi......lihatlah kedalam diri.
Langgan:
Catatan (Atom)