Rabu, 31 Mac 2010

KELUH KISAH ORANG MELAYU ....sambungan

KELUH KISAH ORANG MELAYU ….sambungan

Gemasindah ucapkan berbanyak terimakasih kdp bro gotahlantun & iwanali84 atas komen komen yg segera berkaitan entri bertajuk diatas.

Sebagai rakyat yg kerdil kita ada juga peranan …teruskan meluahkan perasaan kita sebagai rakyat…guna blog ..kerana akhirnya ..Allah akan makbulkan juga usaha murni kita itu.

Kita juga bersyukur kerana Tun Dr Mahathir masih hidup dan PPN & PERKASA telah diwujudkan. Faktor Dr M ni saya rasa akan diambil berat oleh Tok Najib sebab dia tahu Pak Lah terpaksa turun kerana peranan Dr M..Najib juga tahu ..Dr M ramai penyokong..setakat hari ini Dr M ..guna bahasa diplomasi ..kerana menurut Dr M …Najib masih baru…Harap Tok Najib janganlah tunggu sampai Dr M guna cara terusterangnya…buruk padahnya.

Berkaitan …dasar tolong melayu ..dan berkaitan …UMNO ..Dr M dah beri nasihat dia pada Najib secara ..diplomasi juga…lihat petikan lapuran ucapan Dr M dibawah semasa merasmikan mesy agung PERKASA…
Tun Dr. Mahathir Mohamad pagi ini menegaskan bahawa UMNO perlu kembali menjadi juara massa Melayu dan mendengar aspirasi akar umbi. Kegagalan UMNO ini jelas melihatkan pelbagai NGO Melayu ujud dan aktif kebelakangan ini, bak cendawan selepas hujan. Pemimpin UMNO perlu peka kepada aspirasi orang Melayu dan mendekati mereka agar peranan UMNO sebagai parti politik massa.
Namun begitu, beliau juga mensarankan agar PM Dato’ Seri Najib memberikan lebih ruang dan peluang untuk mendengar aspirasi orang Melayu dan akar umbi UMNO.
Tun Dr. Mahathir mengulas bahawa Dasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan tindakan ‘kejuteraan sosio’ untuk mengurangkan jurang sosio-ekonomi antara kaum dan membasmi kemiskinan, tanpa mengambil atau menafikan hak mana mana pihak. Peluang pembangunan ekonomi untuk orang Melayu diujudkan dari dasar ini berpaksikan kepada kek ekonomi yang diperkembangkan
Mesej jelas Tun Dr. Mahathir ialah Kepimpinan UMNO wajar memberikan tumpuan kepada orang Melayu dan menentukan kepentingan mereka dipelihara. Kuasa undi pada tangan Melayu itu amat penting dalam menentukan kerajaan yang bakal dilantik
Mesej ini jelas untuk menentukan bahawa semua warga Malaysia sedar keadaan sebenar dan apa apa rancangan seterusnya negara, terutama yang akan digariskan oleh Model Ekonomi Baru Malaysia yang akan diumumkan PM Dato’ Seri Najib pada 30 Mac ini akan tidak merugikan orang Melayu, sebagai majoriti penduduk Malaysia dan ianya lebih bersifat meneruskan program strategik, agenda dan kesinambungan DEB.

Terang Tun Dr. Mahathir, pemanipulasian fakta mengenai ‘kuota’ untuk pelajar Melayu ini dimodalkan agar Kerajaan ditekan untuk bergerak kepada dasar yang lebih liberal dan kurang memihak kepada orang Melayu
Pandangan & peranan PERKASA yang dianggotai ngo ngo melayu …yg juga disertai oleh ramai cendikiawan dan nasionalis melayu …saya rasa akan juga diambil kira oleh Tok Najib …. Ibrahim Ali berkata ( dlm ucapan perasmian PERKASA )
Pelbagai soal yang dibangkitkan Presiden Perkasa Dato’ Ibrahim Ali diulas oleh Tun Dr. Mahathir, terutama isu sosio-ekonomi. Pada hakikatnya, orang Melayu masih lagi tertinggal dalam jumlah mutlak
Pada hakikatnya bukan sahaja melayu gemas macam kita ini yang meluahkan perasaan ..diseluruh negara melayu menyatakan rasa bimbang masing masing berkaiatan MEB..gemasindah turunkan beberapa komen yang diluahkan melalui pelbagai blok :-
Tetapi mengapa terdapat suara-suara sumbang yang menuduh Melayu menafikan hak mereka… ( bukan bumiputera ) termasuk pemimpin Melayu ini menjadi apologetik dan seolah olah takut dan malu-alah untuk mempertahankan apa yang sebenarnya digariskan dalam Perlembagaan….?” Relevenkah pemimpin Melayu seperti ini?
DS Najib nampaknya sudah ambil Cabang lain dari Tun Dr Mahathir..Adakah orang Melayu mahu ikut Cabang DS Najib, Yaitu Cabang 1Malaysia Semua sama rata ATAUCabang Tun Dr Mahathir, Yaitu Melayu Mesti Mendapat Keistimewaan.Sudah Tentu Melayu Mahu Keistimewaan… Siapa tak nak mesti Bodoh!
Kerana kelemahan pimpinan UMNO sejak pemerintahan yang lalu, dan DSN nampak memberi perhatian lebih kapada kepentingan bukan Melayu
Liberalisasi ekonomi, Kementerian yang menjaga kepentingan Melayu dibubarkan, tugasnya diagihkan kapada lapan agensi Kerajaan, MRSM dipotong peruntukannya sehingga 60%, semua ini mencurigakan sama ada Model Ekonomi Baru akan melesapkan atau merencong hak dan kepentingan Melayu diDEB. Jika ini berlaku, tentu upacara PPN dan NGO Melayu saperti yang diadakan tadi akan dihadziri berpuluh ribu Melayu dimasa akan datang
DSN mesti tentukan ciri-ciri DEB semua ada didalam MEB. Kurang tak boleh, lebih boleh. Jika tidak, dan jika kepentingan bukan Melayu dilebihkan, Majlis Tertinggi UMNO perlu ambil tindakan. Akan bertambah rosak hak dan kepentingan Melayu jika dibiarkan. Mesti ada cara lain bagi menaikkan ekonomi negara tanpa menjejas hak dan kepentingan Melayu. Kalau dia tidak boleh buat, gesa dia tarik diri, beri orang lain buat.

Kalau cakap fasal open competition dan sebagainya diMEB kita mesti bantah. Melayu mula berniaga dengan ramai hanya bila DEB mula ditahun 1970. Pulak dah nak lawan Cina open competition. Itu mengarut. Depa sudah kontrol ekonomi negara. Berniaga adalah bersaing hingga mati – tutup kedai pesaing. Banyak ada “killer instinct” diantara peniaga, itu sebab depa berjaya. Lihat diUS, hingga ada undang-undang anti-trust, anti-monopoly. Sebab tabi’at semula jadi peniaga nak “swallow the smaller competitors.”
………….setelah dua parti Melayu ini bercakaran, dan setelah kedua-duanya pula mengidamkan imej liberal, tidak berani menjadi 'ethniccentric' atau even 'religious freak', majoriti senyap Melayu mula gundah gelana. Mereka merasakan perjuangan mempertahankan Article 153 menjadi yatim piatu dengan para poli-tikus Melayu haluan kiri kanan depan belakang malu-malu mengakui ketuanan Melayu ataupun Islam.
Hari ini, seramai 10,000 orang menghadiri perhimpunan Perkasa di PWTC. Mereka hadir tanpa adanya pertandingan Presiden, Timbalan, Naib atau MKT. Mereka hadir bukan kerana ada 'habuan' seperti ketika Perhimpunan Agung UMNO(PAU). Mereka hadir kerana kesedaran pentingnya mempertahankan hak-hak istimewa orang Melayu.
Komen A.Kadir Jasin….
Akan tetapi, satu perkara pokok yang wajib kita akui dan terima adalah, sama ada pada era Abdul Razak atau era anaknya, situasi masih belum berubah. Majoriti daripada yang miskin dan memerlukan bantuan masih Bumiputera.

Tidak perlulah kita mengingatkan beliau dan para penasihat beliau yang merangka MEB itu mengenai peruntukan Perlembagaan yang memberi keistimewaan kepada orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak sambil menjamin hak kaum-kaum lain.

Seperkara lagi, pelaksanaan MEB akan hanya berkesan dan mengatasi pencapaian DEB jika disertai oleh penyelarasan dan pemantauan yang rapi serta bebas daripada rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.

Komen blogger JMD
1- Guane yang NEAC ( konsultan yang ditugaskan buat MEB ) kata dah buat research yang lengkap, buat survey giler and segala data2 statistik dalam merangka MEB sedangkan TPM baru 2-3 hari lepas kabor kerajaan baru nak update data2 tentang pengagihan harta dan pencapaian negara mengikut kaum.... itu pun lepas TDM bunyi. Kalau MEB dirangka menggunakan data lama, kantoi la.... takut kita kena kencing je ngan NEAC. Sekali lagi, kalau NEAC kata mereka pakai data terkini, wakpe TPM kata data terbaru takdok lagi .... haaa.... siapa yang kencing ni ?

Jadi jika MEB ingin menjadikan sektor swasta sebagai penggerak utama ekonomi dalam keadaan ekonomi dikuasai satu kaum, maknanya cari penyakit ! sedangkan salah satu target utama MEB adalah agar SEMUA kaum dapat menyumbang dan berkongsi kekayaan negara.
Kalau suatu industri penting seperti bahan mentah dan logistik dimonopoli oleh beberapa kumpulan orang, gerenti orang yang sama akan dapat projek. Tak gitu ? Tak pasal2 ekonomi negara akan menjadi seperti kesan akuarium dimana ikan hok bapok besar akan makan dulu makanan yang kita beri dari atas... dan ikan hok halus2 hanya dapat lebihan cebisan2 makanan tadi.
Kerajaan akan menjual beberapa hartanah miliknya yang punya nilai amat tinggi kepada pihak swasta di Jalan Ampang, Jalan Lidcol dan Jalan Stonor . JMD heran ( aku heran gak ) kenapa kerajaan ingin menjualnya kepada pihak bukan kerajaan. Kerana Kerajaan akan mengurangkan potensi harta dimilikinya padahal kerajaan boleh meminta agensi2 dibawah nya (seperti UDA, PNB atau PHB ) untuk memajukan tempat2 tersebut tanpa kehilangan hakmilik jika mahu digunakan alasan kerajaan tidak mampu untuk memajukannya. Kalau dah hilang sesuatu yang amat bernilai seperti ini, amat sukar untuk mendapatkannya semula. Bila dah jual, usah harap nak dapat balik.

Satu lagi inisiatif kerajaan adalah dengan menyenaraikan dua anak syarikat Petronas kedalam Bursa Malaysia untuk mengurangkan campurtangan kerajaan baik secara langsung atau tidak langsung dalam aktiviti perniagaan mereka. Siapakah yang akan membeli dan memiliki saham2 syarikat ini akhirnya ? Apakah rakyat berpendapatan rendah mampu beli saham2nya ? Apakah dengan cara ini pengagihan harta secara saksama dapat dilakukan ? Apakah 18% akan menjadi 38% atau ia akan menjadi makin kurang? Bagaimana langkah ini boleh memberi manafaat kepada Malaysia akhirnya ?
Najib ni berbeza dgn Tun Mahathir dalam "mereka-cipta" sesuatu dasar. Nampanya Tun M, very involved, faham satu persatu, macam dia jadi tukang arah, consultant tukang bantu. Sebab tu la, apabila Tun M bentangkan, ianya jelas dan tak kelabu asap dan agak susah utk mematah hujahnya kalau tak betul-betul involve. Si Najib ni macam serah aje kat con-setan. Cakap lebih kurang kemudian con-setan ini akan bagi dia laporan la. Baca lebih kurang kemudian bentangkan. Org jadi kelabu asap semua, tak jelas, tak detail. Cakap pun mcm dia sendiri tak faham.

Najib ni cakap aja berbunga, tapi dia sendiri agaknya tak tahu apa yang dia cakap. Ingat dulu dia kata, tolenransi saja tak cukup, kena ada penerimaan. Orang soal balik, nak menerima mcmana kalau tak ada toleransi? Nak toleransi macamana kalau sesama sendiri tak faham bahasa? Nak faham bahasa macamana kalau Najib tak endah aja dlm memperkasakan Bahasa Kebangsaan, dok jaja bahasa Mandarin pula. Org India komplen kenapa tak ada bahasa Tamil kat blog 1Malaysia dia masa dia introduce bahasa cina dulu. Sekarang dah ada bahasa tamil. Org dok tanya lagi, bila pula bahasa urdu, singh, hokkien, tionghua, dayak, senoi, kadazan, iban, murut, kelate, ganung, den etc etc?

Najib faham ke apa dia 1-Malaysia dari segi bahasa dan identiti Malaysia ni? Ke 1-Malaysia tu 1-rojak, malah kalah rojak sekalipun?
Pandangan ..anakomak
Mengapa Perkasa WUJUD? Kerana PEMUDA sudah hilang sifat KEJANTANANNYA untuk menyuarakan agenda bangsa. Jika tidak mampu jangan pula PERLEKEH PERKASA!

Semalam Malaysiakini membawa cerita mengenai KJ dan pandangan beliau terhadap PERKASA. Kata KJ, PERKASA sebagai sebuah pertubuhan yang konon-kononnya membawa PERJUANGAN BANGSA , hanyalah sebuah PERJUANGAN yang penuh RETORIK semata-mata.

Tetapi untuk memperkatakan UMNO berjuang untuk memperkasa bangsa dan memajukan Melayu sementara Perkasa hanya untuk mempertahankan agenda Melayu ada tidak benar. Perkasa muncul sebagai satu Pertubuhan yang membawa unsur-unsur " check and balance" di dalam senario politik terkini, dimana parti-parti baik UMNO, PAS dan PKR yang ditunjangi MELAYU , dok terkinja-kinja cuba mendapatkan sokongan bukan Melayu sehingga sanggup "barter-trade" hak-hak dan kesitimewaan Melayu.

Disinilah peranan sebenar PERKASA sebagai sebuah badan yang bertanggungjawab agar parti-parti politik bertunjangkan kepimpinan MELAYU baik UMNo, PKR dan PAS tidak sesekali lari dari tangunngjawab terhadap agenda bangsa sendiri.

Begitulah bro bro semua …kita kat gemas ini bukan kesaorangan…melayu diperingkat grass root sudah mula bangkit…percayalah ..jika UMNO masih dengan keangkuhannya termasuk Kak Nab & Tok Jiman di tempat kita ini…mereka akan GO HOME akhirnya…bersama-sama Tok Najib & Geng Geng Penakut & Pemalunya…..

Kita lakukan ini kerana kita sayang pada UMNO….Melayu & Islam ….
Kita bukannya penyokong Pakatan Rakyat……

2 ulasan:

  1. goyang gak dgr...xpe ada masa mtk gi brief pasal PERKASA ni..kita montah lae.br nak kaji2 parti yg bleh ddk..dalam umno kono ada lesen kontraktor dulu br bleh join ngan pemuda umno..xpo umno xnak den..den konolah cr sapo yg nak...

    BalasPadam
  2. Terimakasih iwanali84

    Taklah camtu UMNO parti untuk semua melayu...kalau belum jadi ahli ..eloklah ambil borang..mohon jadi ahli..untung2 ada peluang jadi kontraktor.

    Bila kita aktif dalam kegiatan parti atau belia..minda kita tentu berkembang..kerana kan kita dah bertambah kenalan...networking tambah baik ..dalam menjalani kehidupan ini tak kiralah apa profession kita...kan faktor networking itu penting....

    Dah tu memang menjadi tuntutan agama kita berbaik-baik dan bantu membantu sesama insan.

    Salam takzim..semuga kehidupan sdra bertambah ceria.

    BalasPadam