Selasa, 30 Mac 2010

GEMASNEWS - SOAL JAWAB

GEMASNEWS - SOALJAWAB

Baru baru ini gemasindah macam ditemuduga aje oleh saorang sahabat . Malu juga rasanya almaklumlah gemasindah hanya saorang rakyat kerdil..bukan banyak sangat pengetahuan …namun apa yg kami bincangkan gemasindah catatkan juga dalam blog ni..silalah bagi komen…

Soal Selama 4 penggal Y.Bhg Dato’ Yasin jadi wakil rakyat gemas apakah jasa jasa yang patut diingat oleh orang gemas ?

Jawab 4 penggal jadi wakil rakyat tulah yg patut di-ingat ..rekod agaknya

Orang yg dapat rumah kg halacara baru patut ingat pada tok yasin..gitu jugalah org org yg dapat lot rumah dekat tabung haji londah..gitu jugalah org org yg dapat lot lot kebun di bukit bentan yg kini ditanam betik dan pisang oleh sijefri cina mantin tu

Orang jelai patut ingat dan terimakasih pada Tok Yasin sebab dijelailah paling banyak cawangan baru umno ditubuhkan..maka ramailah yang boleh jadi ketua dan ajk cwgn

Orang londah pula patut ingat , zaman tok yasin ramai taiko taiko lahir di londah antaranya pak itam dolah, tok mail romol dan beberapa taiko taiko kecil yg lain

Orang londah juga patut ingat , tebing sungai muar banyak runtuh sebab aktiviti ambil pasir..tak pernah berhenti…

Orang politik spt ketua ketua cawangan perlu ingat keseronokan selalu dibelanja makan mee goreng di stesyen keretapi gemas, sekarang sejak tok yasin takda ..sunyi pula rasanya…

Tabung Haji juga patut ingat pada Tok Yasin. Pada zaman Tok Yasinlah hampir 7,000 ekar tanah hutan digemas diberikan kepada Tabung Haji melalui MAINNS.

Tambahan ..bukan jawapan pd soalan :-

Seluruh Malaysia lebar juga ladang sawit tabung haji..tapi sampai hari ini dividen TH tak dapat lawan ASB…tambang kemekah dan kos tunai haji ..selalu sahaja naik..kalaulah bukan kerana nak naik haji..agaknya orang islam lebih baik simpan duit dalam ASB ya tak ?




Soal Kenapa Dato’ Yasin digantikan dengan Y.Bhg Ir Jamlus ?

Jawab Kok nak ikutkan hatinya barangkali Tok Yasin nak jadi wakil rakyat sampai mati. Allah dah tentukan sampai setakat tu ajelah. Dah lama sangat.

Soal Kenapa Ir Jamlus hanya sepenggal jadi YB. Kan elok kalau diteruskan ..dia saorang professional muda yg diperlukan oleh parti dan kerajaan ?

Jawab Ketentuan Tuhan. Allah yang menentukan segala-galanya.

Soal Yalah tu ..tapi dari segi politik …?

Jawab Dari segi politik..ini akibat kesilapan percaturan politik abang ipar Jamlus..Dato’ Waad. Waad ingat Saziman orang yang setia pada dia…yang akan bantu dia ..terus ada kuasa politik di tampin. Waad silap sebaik sahaja jadi Ketua Bahagian ..dan jadi Timb Menteri Saziman mula tunjuk diri dia yg sebenarnya…terus lantik adik sepupunya KJ jadi ajk tambahan …didalam satu mesyuarat ajk umno bhgn tampin kj pernah dengan mendabik dada mengistiharkan dirinya sebagai bakal perdana menteri malaysia dari tampin….waduh seronoknya.

Untuk terus berkuasa ..di Tampin perlulah saziman campakkan waad bersekali dengan suku sakatnya ..termasuklah Ir Jamlus.

Soal Selama jadi wakil rakyat sepenggal ada ke apa apa jasa Ir jamlus yg patut diingat ?

Jawab Ada ke ? sekejap sangat.

Soal Pada pandangan bro ..patut ke Jamlus digantikan ?

Jawab Jamlus adalah calun terbaik bagi orang gemas menguasai politik tampin. Ingat ..saziman bukan orang tampin..asal orang semerbok, rembau..tak tinggal di-tampin pun..tinggal kl..dia guna tampin untuk tapak politik dia ..itu saja.

Kalaulah gemas nak lahirkan bakal menteri besar jamluslah orangnya berdasarkan kelulusannya..dia pun anak peneroka pasir besar…Cuma dalam politik …sebab baru.. dia kena banyak belajar lagi dari segi cara bercakap…lebih lebih lagi ..bab minum teh sama-sama org umno…( hal kocik tapi bosa padah ee )

Sayang ..sayang..

Soal Kenapa cikgu zainab yang dipilih ganti Jamlus ?

Jawab Kehendak dan strategi saziman. Pandai dia main politik…sebenarnya dah tertulis dalam kitabul mubin rezeki kak nab dan …..

Soal Strategi macam mana bro ?

Jawab Dah menjadi amalan pemimpin UMNO ..tak suka cerdikpandai dalam ajk bahagian …sebab dia nak tonjol dia sorang yg pandai..tu sebab dalam set ajk saziman dia sorang yo ..yg kelihatan pandai dan intelek. Jamlus bukan budak bodoh ..belajar di USA ..jadi kenalah dibuang ?

Soal Termasuk cikgu Zainab ?

Jawab Hiss ..takkan termasuk Kak Nab. Dia orang cerdik pandai ..bekas guru besar dan berjaya pula dalam perniagaan NUTRIMATIC…

Soal Dah tu kenapa saziman pilih dia sebagai calun ?

Jawab Sebab kak nab ketua wanita UMNO bahagian tampin. Dah jadi tradisi wanita UMNO tak lawan toke…ciri ini iaitu tak melawanlah yg dicari oleh saziman. ..sampai hari ini kita tengok kak nab tak pernah melawan..hingga ada org kata apa juga nak dibuat..dia tanya tok jiman dia dulu..benar atau tidak..tak taulah..org yg cakap

Soal Pada pandangan orang gemas ?

Jawab Semua orang gemas ?... tak tahulah kena tanya dia oranglah…selalunya mana yg kuat menyokong kata bagus ..mana
Yang tak suka … macam macamlah dia orang kata…tapi ramai yang tak ambil peduli..terutamanya anak anak muda

Soal Bro macam mana ?

Jawab Ini soalan perangkap ni…..kalau tak jawab dengan jawapan yang cantik..nanti kak nab kata gemasindah ni bukan kawan dia….

Pada gemasindah ..dari segi politik..permainan saziman cantik…dari segi politik gemas…sayanglah…kerja kuat macam mana pun susah nak suruh kak nab berusaha jadi ketua bahagian…jadi hajat kita nak kan satu hari nanti menteri besar negeri sembilan datang dari gemas terbantutlah…tambahan pula kita lihat takda pun kak nab tonjolkan atau groom anak gemas yg ada kelulusan yg baik dalam politik gemas…setakat nak tonjolkan zaki naib ketua pemuda tampin boleh juga lah tapi tak dapat pergi jauh pun….tak kemana pun..tak tahulah Kehendak Allah ..kok Kak Nab kita pulak pecah tradisi…jadi MB Wanita pertama Malaysia..!!

Soal Dari segi membangunkan gemas apa perancangan Datuk Zainab ?

Jawab Yang merancang dia..tanyalah dia..,,berani ke kak nab buat rancangan tanpa tanya tok jiman dia dulu ?

Soal Betul ke universiti malaya nak buka cawangan di gemas ?

Jawab Memang. Tanah pun dah lulus..jika nak bolehlah tanya Pejabat Tanah Gemas. Dengarnya UM nak bina fakulti BIO - SAINS. Jambatan menyeberang landasan KTMB dekat taman desa permai pun dah siap.. bila nak bina bangunan ..tak taulah agaknya tunggu bajet kot !! maklumlah ekonomi malaysia belum puleh sepenuhnya.

Soal Saya tengok di KTMB macam ada projek mega aje ? Bro tahu ke ?

Jawab Adalah pertanyaan dari bro rockdat dalam komennya diblog saya.
Saya dah tanya kawan kawan dlm KTMB. Mengikut maklumat projek tu ..projek landasan berkembar Seremban – Gemas. Sekarang ni dari Padang Besar ke seremban dah siap dah..sedang dibuat ..projek seremban gemas ..akan dibuat ..dalam peringkat runding terakhir dgn kerajaan negara cina ialah landasan berkembar gemas – johor baru

Dengar cerita ..bangunan stesyen lama dikekalkan..bangunan stesyen baru dibuat dekat padang kelab..nampak macam hebat je tiang bulat besar besar betul..macam nak buat bertingkat-tingkat..macam KL Central kut..kenalah panggil Gemas Central bila siap nanti. Projek dijangka siap pada tahun 2013.

Bila siap nanti ( 2013 ) mungkin KTMB akan larikan teren antarabandar ( intercity xpress ) Gemas-KL . Tren lajulah tu... kalau hegeh hegeh macam sekarang tak gunalah belanja billion RM ya tak ? Tempoh perjalanan yang singkat ( sokojap yo ) barangkali akan membawa rahmat kepada pembangunan gemas..yang untung cina gemaslah sebab dlm kwsn majlis daerah semua tanah milik cina..india sorang mendiang perumal ..melayu..nil / yeelek.

Saya kata barangkali sahaja sebab ktmb sekarang tak cukup gerabak yg dia org panggil EMU. Untuk landasan KL / Ipoh pun tak cukup ..Ipoh ke Padang Besar kira dah lama siap landasan berkembarnya..belumpun beli gerabaknya…agaknya kerajaan nak swastakan perkhidmatan teren kot ? KTMB sekarang jaga prasarana shj ..khidmat dikelola oleh swasta…YTL / Francis Yeoh dan TS Al-Bukhari tentu minat..kalau gitu mmg baiklah ..harapkan budak budak KTMB ..yg ada skrg…tambah punah ada…

Gemasindah memang suka kat keretapi…maklumlah tompek main konda-kondi…kelas sebelas nama rumahnya.

3 ulasan:

  1. salam bro gemasindah ... boleh mintak tolong check tak dengan UM..sebab dengar dengar dari daripada UM..diorang takde pun nak buat universiti cawangan bio-sains atau pertanian di gemas..muehehee..um lagi satu..rasanya kalau lulus permohonan tanah tuh..permohonan tuh bukan dari UM tp dari anak syarikat UM..

    p/s lgpun bro gemasindah ex student um kan..muehehe

    BalasPadam
  2. salam bro cucuhapi thank you

    adalah betul bahawa projek dilaksana oleh anak sykt um bhgn pengkomersialan - prof yg jaga projek tu kawan gemasindah..dulu dtg lawat projek adalah singgah minum teh..tahun ni bajet yg dapat cuma cukup tolak tanah shj ..kata prof..agaknya yg nak didulukan ..um beting k.pilah..apapun syukurlah ada institusi kat gemas ..kata prof ..jumlah student l.k 2000 org ..luas kwsn 500 ekar lebih shj..mungkin banyak yg menyewa kat luar nanti..

    tumpuan um gemas ialah phyto-kimia ckp mudah akar kayu / herba...prof ni mmg pakar ..di m'sia tak ramai org mcm dia..

    bila ekonomi izinkan..agaknya terbenalah kampus um gemas tu..

    gemasindah....
    sdg pujuk ceo stamford college dato halim samat buat cwgn di gemas...

    BalasPadam
  3. biar la den jadi yB la acik ha...lotih den donga sumo camni

    BalasPadam