Ramai cerdikpandai melayu merasakan bahawa dasar kerajaan pimpinan Najib macam takut nak tolong melayu aje...lebih kepada usaha nak tarik sokongan bukan melayu ..hingga sebagai reaksi balas tertubuhlah Majlis Perhimpunan Melayu diterajui Perkasa. Dr Mahathir pernah buat kenyataan bahawa orang melayu sekarang ini sudah tidak boleh bergantung harap kepada parti melayu lagi baik UMNO apatah lagi PAS..Dasar luarnegara Najib pun dah lebih condong kepada apa yang Amerika hendak sudah lari daripada dasarluar yang diasaskan oleh Dr Mahathir yang condong kepada negara islam..sebab itulah duta kita dipanggil balik.kerana tidak menyokong cdgn embargo Amerika terhadap iran ..entahlah kita hanya rakyat yang kerdil....Gemasindah dalam entri kali ini salinkan beberapa pandangan orang melayu melalui tulisan diblog untuk bacaan dan maklumat pembaca sekalian../ silalah beri pandangan / cadangan ...
ENTRI DARI DIN TURTLE mengenai MEB –
Friday, March 19, 2010
MEB dan Melayu
Terlebih dahulu saya meminta maaf kerana menyepikan diri buat beberapa hari tanpa notis. Tak ramai pun, adalah 2-3 pengunjung tetap yang pastinya kecewa tiada posting baru buat menceriakan hari :) Terus terang.... saya berperang dengan diri sendiri. Antara menerima hakikat bahawa tulisan saya ini tidak bermakna, tidak mengubah apa2, dengan ledakan dari dalam diri yang mahukan dunia mendengar/membaca apa yang terpendam.
But then, i came back to my senses, to the first moment when i decided to start blogging. Semangat yang ada masa tu, the whole setup plus the first post, all done within 3hours ! (Hahaha... padahal tak sampai pun 3 bulan berblog.) I blog not to change anything, siapalah saya ! Tapi saya berblog untuk meluahkan apa yang saya rasa. Period.
OK, kali ni saya tetap teruskan peringatan saya kepada orang2 Melayu betapa perlunya kita terus memberi peringatan dan tekanan kepada Najib supaya tidak memperjudikan nasib bangsa Melayu dalam versi Pelan Ekonominya yang kini digelar MEB. Akhir2 ni kita mendengar janji2 beberapa Menteri berkenaan MEB dan Melayu antaranya :
- Datuk Nazri berkata MEB tidak akan menghapuskan hak istimewa bumiputera tetapi akan memfokuskan kepada kerjasama dengan bukan bumiputera
- TPM berkata MEB sebagai instrumen perpaduan antara rakyat berbilang kaum. Memberi tumpuan kepada aspek kreativiti dan inovasi sebagai pemangkin bla bla bla baca sendirilah...
Terbaru mantan Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin berkata MEB perlu naikkan daya saing pada peringkat global, serantau dan domestik....
Saya sedar saya bukannya pandai dalam ekonomi dan semua kata2 diatas sememangnya sedap didengar, tak kisahlah faham atau tidak. Cuma satu yang saya tahu - cakap orang politik tak boleh dipegang ! Hari ni cakap bentuk bulat, esok cakap bentuk bujur, lusa bentuk 4segi, tulat bentuk 3segi ... last2 cakap tak kisahlah, janji 1Matematik ! Cuma Najib je yang sendiri belum janji akan menjaga kepentingan Melayu dalam MEBnya
Whatever lah ! Janji bila MEB itu keluar nanti, Hak dan Masadepan Orang Melayu TETAP terpelihara. Orang Melayu masih belum mampu bersaing dengan cina and thats a fact ! No such thing as fair game when for starters the playing field is not level.
You nak bekerjasama dengan cina, you nak be creative or you thinking of globalisation ... fine, banyak faedahnya, tapi apapun - jangan sekali2 memperjudikan hak orang Melayu ! Period.
Model ekonomi baru dan agenda Melayu
Posted on Friday, March 19 @ 19:06:30 PDT by tokdalang
Oleh Datuk Saleh Majid
TIDAK lama lagi Model Ekonomi Baru (MEB) akan diumumkan. Teka-teki tentang apakah kandungan model itu masih berterusan. Setakat ini, yang kita tahu hanya inovasi, kreativiti dan pendapatan tinggi. Itu saja. Lain daripada itu, agak sendirilah.
Pada Ahad lalu, satu perbincangan meja bulat tentang perkara tersebut anjuran Majlis Perundingan Melayu (MPM) dan Kementerian Perindustrian dan Perdagangan Antarabangsa (MITI) telah diadakan. Perkara utama yang dibincangkan, apakah MEB ini akan mengambil kira beberapa kelemahan di kalangan orang Melayu pada hari muka.
Kelemahan dari segi pendapatan yang rendah, kelemahan dari segi jurang pendapatan antara kaum yang kian meluas, jurang antara Melayu bandar dan luar bandar yang luas dan pencapaian masyarakat perniagaan dan perdagangan Melayu setakat ini yang belum setakat mana dan penguasaan orang lain atas ekonomi negara kita.
Kelemahan-kelemahan itu tidak payah diulang berkali-kali kerana umum mengetahui penguasaan orang Melayu dalam ekonomi negara begitu rendah dalam semua bidang. Hakikatnya, semangat Dasar Ekonomi Baru (DEB) dahulu perlu diteruskan. Banyak yang mengkritik mengatakan dasar itu bersifat diskriminasi kerana mengutamakan suatu kaum, sedangkan kaum bukan Melayu mendapat manfaat lebih daripada RM80 bilion.
Banyak negara lain di dunia mengamalkan dasar seperti DEB yang diamalkan oleh Malaysia. Misalnya, di India dinamakan dasar pertumbuhan dengan kesamarataan, di China - dasar pertumbuhan inklusif dan di Eropah - dasar pertumbuhan meluas. Malah Piagam Bangsa-bangsa Bersatu dan Bank Dunia bersetuju bahawa tindakan affirmative diperlukan dan penting demi kestabilan rakyat. Ketidaksamaan akan membawa kepada ketidakstabilan.
Pada masa ini, ada pihak mengatakan bahawa DEB telah menyebabkan pelabur asing tidak mahu melabur di negara kita, sedangkan hakikatnya pelabur asing tidak masuk sebanyak dahulu adalah kerana sudah banyak negara yang muncul menarik sama pelabur asing dan kita tidak bergerak ke arah industri berteknologi tinggi. Kita telah menjual negara kita berasaskan gaji yang rendah, sedangkan negara yang gaji buruh yang tinggi menerima pelabur asing dua kali ganda daripada kita. Pelabur asing tidak datang ke sini sebanyak dahulu kerana kita mempunyai tenaga kerja yang berkemahiran hanya sebanyak 25 peratus daripada jumlah keseluruhan tenaga kerja.
Kemudian, tengoklah siswazah yang keluar dari institusi pengajian tinggi kita yang kebanyakannya tidak mahu diterima oleh sektor swasta kerana beberapa kelemahan seperti berkomunikasi dalam bahasa Inggeris, pengetahuan am, keyakinan diri dan kelemahan memilih bidang yang tidak secucuk dengan keperluan industri.
Jadi, walaupun kita bercakap berdegah-degah tentang pentingnya modal insan, modal insan Melayu begitu lemah jika dibandingkan dengan bangsa lain. Kita lihat Universiti Tuanku Abdul Rahman dapat keistimewaan untuk pelajarnya yang boleh menggunakan hospital dan klinik-klinik kerajaan, sedangkan Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia terpaksa mengadakan kemudahan untuk pelajar perubatan mereka sendiri. UiTM yang baru menubuhkan fakulti perubatan juga terpaksa membangunkan kemudahan sendiri.
Saya kurang pasti apakah perbincangan tempoh hari yang dihadiri oleh berpuluh badan bukan kerajaan dan ahli akademik akan menzahirkan apa yang dihajatkan iaitu bantuan kepada masyarakat dan usahawan Melayu tidak akan dipinggirkan dalam MEB. Memandangkan pengumumannya akan dibuat pada akhir bulan ini, kita tertanya-tanya apakah input-input daripada perbincangan tersebut akan diambil kira oleh pihak-pihak bertanggungjawab. Salah seorang penceramah hari itu mengatakan kalau tindakan affirmative ini tidak diteruskan, maka orang Melayu akan jadi seperti Melayu di Singapura yang dipinggirkan. Di Pulau Pinang, sudah nampak tanda-tanda itu akan berlaku. Masih ada orang Melayu yang tidak sedar.
Pendirian yang telah dibuat pada hari meja bulat itu adalah NGO-NGO Melayu tidak boleh berdiam diri menelan apa jua yang diberi walaupun kepentingan Melayu diketepikan. Memang ada pihak-pihak menyarankan agar kerajaan tidak memberi bantuan lagi kepada orang Melayu, menyarankan biar yang besar berkuasa, berdayasaing dengan sikap brutal dan macam-macam lagi yang menunjukkan sifat picik dan jumud mereka.
Apa yang lebih menyedihkan adalah orang Melayu sendiri yang sudah hidup selesa turut sama menyarankan dihapuskan DEB atau sebarang dasar sedemikian. Tengkuk mereka sudah lepas, maka mereka tidak peduli tengkuk orang lain. Golongan itu juga berfikiran sempit mempunyai blindspot dalam pemandangan mereka. Mereka ini tidak sedar apa yang berlaku. Kalau pelaksanaan yang menjadi masalah, jangan keseluruhan dasar hendak dibuang. Kita tidak bakar kelambu kalau marahkan nyamuk.
Kita kena lihat kalau ada kebocoran dan ketirisan dalam pelaksanaan dahulu, di mana yang bocor dan di mana yang tiris. Kalau perlu semua yang terlibat kena pergi sekolah balik. Kalau ada yang didapati bersalah, patut dihukum, jangan dipindahkan saja ke lain jabatan. Lihat saja laporan Ketua Audit Negara penuh dengan kejanggalan. Berapa orang yang kita dengar kena ambil tindakan?
Justeru, penglibatan kerajaan diperlukan untuk memberikan keseimbangan.U/M
Melayu diserang... Dimanakah Umno ?
Artikel terbaru saudara Ridhuan Tee menarik perhatian saya dimana beliau memberi komen tentang resolusi yang diluluskan AGM MCA ke 56 pada 7 Feb 2010. Tidak perlu saya ulas atau tokok tambah apa2 kerana beliau telah mengupas isu2 tersebut dengan mantap sekali. Beliau lebih mengenali kaumnya sendiri. Cuma angle saya pula - Semua benda yang kita duk kutuk bagai nak rak tentang tuntutan dan komen melampau cina chauvinis - penambahan bukan Melayu dalam perkhidmatan awam, sekolah cina dan pengiktirafan UEC, silibus BTN dan lain2 adalah juga menjadi tuntutan MCA !
Kita duk bantai paper cina diatas kebiadaban mereka, padahal member kamcing Umno sendiri dalam BN pun ikut sama biadab ! Ya Allah..... Umno tak kata apa ke ?? Tak nampak lagi ke permainan mereka ?
Cuba ingat balik..... tiap kali ada golongan mereka samada dari Dap atau dari Dong apakenamanya membuat tuntutan melampau atau kenyataan biadap, pernah tak MCA ataupun Gerakan yang menjadi rakan kongsi Umno dalam BN bangun dan berdiri bersama Umno dan mempertahankan tindakan2 Umno melalui Barisan Nasional selaku kerajaan, menunjukkan kefahaman mereka diatas kewajaran dan keadilan asas2 DEB, dan cuba memberi penerangan kepada kaum mereka ? Tak pernah kan ..
Dan resolusi2 terbaru Mca ini pula hanya mengesahkan satu fakta - mereka sepakat ! Walau berbeza platform samada parti politik maupun Ngo, mereka bersatu hati dalam memperjuangkan kaum mereka. Dan mereka juga sepakat dalam apajua tuntutan dan komen mereka yang melampau dan biadap ! Cara mereka menyerang Melayu dari luar begitu agresif dan serangan dari dalam pula agak berlapik tapi tidak bezanya, baik dari luar maupun dalam mereka senada menyerang hak2 Melayu.
Tapi apa reaksi Umno ?? Apa reaksi parti yang gah menjual nama sebagai parti yang satu2nya memperjuangkan nasib orang2 Melayu ? Apa reaksi pemimpin2 Melayu yang hebat berpidato dikampung2 Melayu seolah merekalah pahlawan Melayu zaman moden ini ?
' nah, mu ambillah pitih ni, upgrade komputer yang ada dimakmal komputer sekolah mu yang dah tersedia lengkap '
' apa dia? ramai sangat murid cina dalam satu kelas ? nah pitih, mu buat sekolah cina baru'
' ambillah... tak pe eh... tak cukup duit, kita ambil dari bajet sekolah Mara'
' apa dia, tak cukup 81% ? takpelah.... kita liberate ekonomi kita... mu pandai2lah...'
' kita akan lebihkan kerjasama dengan kaum cina....'
Kenapa yang pemimpin2 Melayu kita ni terlalu jaga hati mereka yang sedikit pun tak pedulikan hati kita ?
Kenapa tidak bersatu hati dengan orang Melayu lain yang bukan Umno dalam perjuangan Melayu mereka ? Kenapa tidak menyokong perjuangan MPM secara terbuka? Kalau tak nak join pun atas sebab2 politik sempit, paling tidak kutuklah cina2 yang memperlekehkan orang2 Melayu yang cuba memperjuangkan nasib mereka sendiri, tidakkah niat kita sama ?
Pemberian untuk orang Melayu ? Laa.... tak cukup lagi ? kan kita dah mansuhkan cukai kereta buggy... nak apa lagi ??
Kenapa Umno seperti meletakkan cina di level yang lebih tinggi dari kita, seperti apa yang Umno mahu lakukan perlu kelulusan dan pujian dari mereka. Nak pertahankan bangsa sendiri pun kena berlapik takut cina terguris perasaan. Tapi bila cina menuntut hak Melayu atau tika cina komen tentang hal sebatan orang Islam, apakah mereka ada menimbangkan perasaan Melayu bakal terguris atau tidak ?
Saya kenal ramai orang2 Umno punya semangat perjuangan Melayu yang tinggi tapi suara mereka hilang... kerana suara Umno adalah suara Presidennya. Kalau kuat Najib, kuatlah Umno. Kalau lemah lembut Najib, maka lemah lembutla Umno. Namun sebagai orang politik yang pure, suara ahli tetap menjadi perhitungan. Makanya bersuaralah Umno ! Pertahankanlah maruah Melayu !
Demi masadepan anak cucu kita, perdengarkanlah kepada Najib betapa perlunya kita terus mempertahankan semangat DEB dalam pelan ekonomi MEBnya. Lihatlah betapa cina memperhebatkan serangan mereka akhir2 ini ... apakah itu satu kebetulan dengan pengumuman MEB yang semakin hampir? Apakah tidak mungkin mereka cuba mempengaruhi Najib supaya memberikan mereka lebih kelonggaran untuk lebih mengikis hak2 Melayu ?
Dan apakah tindakan Umno ?
Betul ke MEB terus bantu Melayu ?
Saya ingin menyentuh soal ekonomi kali ni. Hah, ingat saya tak pandai ekonomi... ? Tolonglah sikit....... memang tak pandai pun sebab tu saya minta tolong ! Tapi dengan sedikit apa yang saya tahu dan pembacaan saya dilaman2 blog membuat saya terpanggil untuk menyentuh tentang Model Ekonomi Baru yang bakal dilancarkan penghujung bulan ini.
Bukan nak memandai mengupas atau memotong apa pakar2 ekonomi kita kata tapi lebih kepada menyuarakan kebimbangan saya terhadap pembelaan nasib orang Melayu dibawah Najib ngan pelannya. Yang saya paling heran, kenapa media tidak memberi penekanan kepada peristiwa penting yang bakal berlaku ini, kerana pelan ini bakal menggantikan DEB dan pelan2 selepasnya yang masih mengekalkan semangat DEB dalam menentukan nasib orang Melayu dimasa depan. Bukan benda kecil woh...! Kalau tidak kerana saya melayari blog2 mereka yang bijak pandai, saya pun tidak akan tersedar perkara ini.
Kenapa saya bimbang ? Bendanya belum keluar pun lagi, tunggulah ia keluar dulu baru kita bincang... kata seorang pengomen disalah satu blog tersebut. Bagi saya, bila dah keluar, semua orang dah baca, masa tu susah dah nak komplen. Nak ubah apapun pastinya akan mengundang kritikan/bangkangan mana2 pihak dan pastinya mengambil masa yang lama hanya untuk berdebat. Senang cerita, kalau pelan tersebut nyata merugikan Melayu dan memberi kelebihan kepada kaum lain, agak2 bila Melayu komplen bangsa lain akan tersenyum ? ahhh... lu manyak pandai ahh, okayla, kita kasi ubah. Kasian sama you... apalagi you mau tukar ?
Yang pasti perbincangan perkauman akan lebih hebat dan akan menimbulkan pelbagai masalah lain. Habis semua yang tak puas hati akan diungkit. Jadi bagi saya, lebih baik kita luahkan kebimbangan kita SEKARANG, sebelum pelan itu keluar. Biar Najib tahu apa kehendak Melayu.
Laa... bukan ke Najib tu Melayu , takkan dia tak tahu apa kehendak kaumnya sendiri ? Itu terpulanglah pada tuan2 sendiri membuat tafsiran, tapi saya..... BIMBANG ! Ada 3 blog yang saya beri perhatian, secara ringkasnya...
Bigdogdotcom - Model Ekonomi Baru : Tidak untungkan Melayu Secara Langsung , berkata
- NEM akan berprinsipkan ...apalagi kalau bukan tema 1Msia: Rakyat diutamakan, pencapaian ditingkatkan.
- Sejak setahun pemerintahan Najib lebih kearah liberalisasi ekonomi,
- mereka yang menganggotai Majlis Perundingan Ekonomi Negara (MPEN) yang dipertanggungjawapkan untuk melakar pelan ekonomi baru, dimana orang Melayu adalah golongan minoriti
- Najib banyak menggunakan konsultan asing dalam pentadbirannya
Dato A.Kadir Jasin dalam artikel MEB: Pemerintah Sedia Hadapi Risiko Politik menyuarakan kebimbangannya jika Perkara 153 Perlembagaan Negara diabaikan dalam pelan baru itu.
- Dasar2 selepas DEB tetap memelihara hak istimewa kaum bumiputera
- berbeza dengan MEB yang dikatakan akan membebaskan ekonomi dari subsidi, ekonomi terbuka kepada global
- merujuk kenyataan Menteri Kewangan Kedua, Ahmad Husni Hanadzlah pada 5Mac yang dengan angkuh mengatakan risiko politik tidak akan menghalang pemerintah daripada melaksanakan MEB
OutSyed The Box pula mengulas perjumpaan dengan TDM berkata Muhyiddin menegaskan MEB akan berlandaskan keperluan bukannya kaum. (NEP will be 'need based' and not race based).
Nah.... ketiga2 mereka saya golongkan sebagai bijak pandai dan mereka sendiri risau ! Saya yang baca lagilah teramat risau. Kalau nak sebut perjuangan Melayu, Najib ni agak kurang menyuarakannya. Mungkin dia lebih banyak bersuara dalam hati jadi saya tak dapat dengarlah yang itu.
Najib pun tak pernah saya dengar melawat kampung2 pendalaman dan menyaksikan sendiri rakyat yang daif, yang memerlukan bantuan seperti buggy untuk menyenangkan kehidupan mereka. Tak macam Khalifah Lim Umar Eng yang saya baca dalam buku sering menyamar sebagai rakyat biasa, menyaksikan sendiri bagaimana rakyat biasa hidup.
Jadi dari apa yang saya baca dan dengar tentang Najib, saya teramatlah bimbang akan MEB Najib ni. Habis tu nak buat apa ? Balik ke awal tulisan saya tadi... MINTA TOLONGlah mana2 pihak yang prihatin akan nasib Melayu, termasuklah orang Umno... tengok2kanlah Najib ni. Kalau dah nampak masalah akan mendatang, janganlah ditunggu nak tengok dulu masalahnya apa baru nak tangani. Kalau dah boleh agak apa masalahnya, dari sekarang kita elakkan. Tidak pun kita buat sesuatu supaya Najib benar2 faham/sedar akan kehendak kaumnya sendiri sebelum dia mempublickan Pelan ekonomi barunya.
MPM ? emmm.... demo nak ? Najib kalau orang demo dia selalu tunduk.... :))
PERTAHANKAN HAK MELAYU
Saya menerima pandangan dari seorang pembaca yang sering memberi komen2 bernas dimerata2 blog dan saya ucapkan terimakasih kepada Aku kerana sudi kesini walaupun saya masih baru. Sekarang cuti sekolah dan trafik agak slow jadi sayang kalau ramai yang terlepas jika diperapkan dibahagian komen jadi saya postkan disini. Pandangan Aku very simple, tak perlu nak perah otak, very the straightforward dan merupa seruan kepada semua Melayu supaya bangkit dan beri mesej yang terang dan jelas kepada Najib supaya jangan di sisihkan hak Melayu dalam apa juga Pelan Ekonomi barunya.
Kita mesti sentiasa hebohkan, bisingkan dan warwarkan supaya jangan dicairkan DEB atau kikiskan hak dan kepentingan Melayu. Kita mesti "pre-emptkan" ura-ura berbuat demikian. Kita mesti bantah mana-mana cadangan yang menghala kapadanya.
Panggillah apa apa nama pun, asalkan dasar ekonomi negara tidak menjejas hak dan kepentingan Melayu yang ada sejak mulanya DEB. Lebih boleh, kurang tidak boleh.
Kita sudah banyak teruk sejak mula Long Jaafar dan Ngah Ibrahim membawa masuk pelombong Cina dari Penang untuk tolong memodenkan perlombongan bijehnya diLarut dipertengahan abad19. Cina membawa masuk kongsi gelap, penjahat dan gengster yang berperang antara mereka dan melibatkan pelombong Melayu. Menurut M.A Fauzi Basri (kemudiannya Professor) dibukunya, "Sejarah Kesultanan Negeri Perak", pada suatu ketika ada 350 lombong Melayu tetapi akhirnya gengster Ghee Hin/ Hai San menguasai industri perlombongan dinegara ini.
Mengikut Zainal Abidin Wahid (kemudiannya Professor juga) diKertas Kerja yang mengandungi bukti-bukti sejarah, yang dibentangnya diKongress Sejarah 1978, British mahukan Melayu hanya menjadi petani dan penangkap ikan. Maka mereka bina hanya sekolah Melayu dikampong-kampong, berbelas batu diantara astu sama lain, hanya diperingkat rendah, hanya empat tahun pelajaran. Tapi mereka bina begitu banyak sekolah Inggeris, diperingkat rendah dan menengah, dibandar-bandar dimana banyak Cina tinggal.
Bukan menyebut nama bijak pandai ini sebab mahu menunjuk pandai pulak - hanya mahu memberi bukti benarnya apa yang saya katakan itu. Supaya pembaca benar-benar sedarkan betapa malang nasib kita dan betapa pentingnya kemudahan DEB diteruskan, malahan diperkuatkan. Saya tahu ada banyak yang membaca blog ini walau pun tidak meninggalkan komen.
British tidak menggalakkan atau menolong Melayu berniaga sedikit pun. Tetapi mereka memberi Cina lesen melombong, pajakan tanah lombong, lesen bermacam judi (senang buat duit), lesen berniaga getah dan bermacam lagi. Sekarang Cina menguasai ekonomi negara. Mengapa NEB mesti dicairkan atau hak Melayu dikikis? Tidak boleh sama sekali. Jika dibuat demikian, saya tidak relakan, sampai mati.
Tengku A Rahman disumpah sampai salepas dia mati kerana melepaskan Singapura ketangan Cina. Janganlah sampai ada lagi Melayu disumpah sampai salepas mati sebab merosakkan hak dan kepentingan Melayu lagi. Saya harap dan berdo'a tidak.
Ma'af jika saya berbunyi keras berkenaan perkara ini. Tetapi ini amat penting bagi kaum Melayu.
Aku.
Saya masih baru diarena blog namun ingin saya menyeru kepada 'abang2' bloggers yang lain agar dapat kita dapat terus memberi peringatan kepada Najib dari sekarang hingga MEB diumumkan supaya jangan dipinggirkan hak2 Melayu yang selama ini menjadi teras DEB dan pelan2 yang menggantikannya.
Serius ni, jangan bila dah diumum dan ternyata Najib meneruskan polisi bagi mukanya dalam MEB, baru kita nak bising.... payahlah. Waktu itu mungkin kita akan berperang dengan mereka yang diberi muka oleh Najib. Takkan mereka pula nak mengalah selepas menang !
Jadi sebelum masalah cari kita, baik kita elakkan dari sekarang. Satu lagi, saya bimbang perhatian yang terlalu kearah kes liwat anwar yang kebetulan kesnya didengar semula 25 Mac ini sehingga perkara besar ini kita terlepas pandang. MENYESAL KEMUDIAN TIDAK BERGUNA !
MEB: Pemerintah Sedia Hadapi Risiko Politik
A Kadir Jasin
[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]
OLEH sebab saya, seperti juga rakyat jelata Malaysia yang lain, tidak “privy” kepada Model Ekonomi (Model Baru Ekonomi?) – New Economic Model – yang khabarnya akan diumumkan penghujung bulan ini, maka saya hanya boleh bertanya dan membuat andaian.
Bagi saya, buatlah apa pun dan gunakanlah apa jua label, tetapi semuanya tidak berguna dan tidak sah jika Perlembagaan dan Rukun Negara tidak dihormati.
Ia tidak berguna dan tidak sah jika kepentingan majoriti, sama ada daripada aspek bangsa, agama, status ekonomi atau wilayah diabaikan.
Perlembagaan menjamin hak semua rakyat jelata dan memberi beberapa keistimewaan kepada orang Melayu dan anak negeri Sarawak dan Sabah sebagai bangsa tuan rumah.
Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan amat jelas dan terperinci mengenai hal ini dan memberi kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong melaksanakannya.
Kalau pemerintah boleh melesenkan orang bukan Islam membuka kedai judi, kedai arak dan pusat-pusat istirahat yang kemudiannya menjadi sarang pelacuran, kenapa pemerintah tidak boleh terus mengeluarkan lesen dan memberi biasiswa, latihan dan pekerjaan kepada orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak?
Benarlah tempoh laku DEB sudah berlalu dan digantikan oleh Dasar Pembangunan Nasional dan selepas itu oleh Dasar Pembangunan Wawasan, tetapi hak istimewa orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak kekal.
Kemiskinan kembali mengancam dan jurang pendapatan semakin meluas. Matlamat menyusun semula masyarakat masih belum terlaksana.
Jadi, bolehkah sesiapapun, khasnya para pembesar Melayu dan Bumiputera dalam pemerintahan, mengatakan persetan (go to hell) dengan orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak yang miskin kerana sekarang masa melaksanakan dasar ekonomi bebas?
Bolehkah sesiapapun, khasnya para pembesar Melayu dan Bumiputera dalam pemerintahan, mengatakan persetan (go to hell) dengan orang miskin dan orang berpendapatan rendah kerana pemerintah wajib menghapuskan subsidi, membuka pasaran dan melaksanakan tender terbuka selaras dengan tuntutan negara maju?
Perkara 153 Perlembagaan
Apakah peruntukan 153 Perlembagaan seperti berikut tidak bermakna lagi?
“Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan ini dan undang-undang persekutuan mengikut apa-apa cara yang perlu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan untuk memastikan perizaban bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak apa-apa perkadaran yang difikirkan munasabah oleh Yang di-Pertuan Agong daripada jawatan dalam perkhidmatan awam (selain perkhidmatan awam sesuatu Negeri) dan daripada biasiswa, danasiswa dan keistimewaan pendidikan atau latihan yang seumpamanya atau kemudahan khas lain yang diberikan atau diadakan oleh Kerajaan Persekutuan dan, apabila apa-apa permit atau lesen dikehendaki oleh undang-undang persekutuan bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan, maka, tertakluk kepada peruntukan undang-undang itu dan Perkara ini, daripada permit dan lesen itu.”
Apakah keghairahan pemerintah memperkenalkan MEB yang dikatakan akan membebaskan ekonomi daripada subsidi dan membuka seluas-luasnya kepada persaingan global menghalalkan segala-galanya.
Bukankah Perkara yang sama mengatakan: “Menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain.”?
Apakah subsidi terlalu buruk dan terlalu membebankan pembayar cukai sehingga pemerintah perlu mengorbankan kepentingan rakyat jelata miskin tanpa mengira bangsa, tempat dan wilayah?
Apakah kontrak pembelian (procurement) pemerintah terlalu besar sehingga negara luar seperti Amerika Syarikat wajib turut diberikan habuan?
Atau apakah Perjanjian Perdagangan Bebas begitu penting dan kritikal sehingga hak dan keistimewaan orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak seperti termaktub dalam Perlembagaan terpaksa diabaikan?
Umno dan Risiko Politik
Nampaknya begitulah. Apa tidaknya, apabila Menteri Kewangan Kedua, Ahmad Husni Hanadzlah, pada 5 Mac dengan angkuh mengatakan risiko politik tidak akan menghalang pemerintah daripada melaksanakan MEB.
Dengan sombong juga dia berkata persaingan mungkin tidak disukai oleh sesetengah penyokong Barisan Nasional “yang menyokong agar dasar ekonomi yang berasaskan bangsa dan naungan politik diteruskan.”
Soalnya, apakah Umno yang ditubuhkan sebagai parti nasionalis Melayu yakin hak dan keistimewaan orang Melayu perlu dikorbankan atas nama MEB, penghapusan subsidi dan persaingan global?
Atau Umno bukan lagi United Malay National Organisation yang memperjuangkan hak orang Melayu, tetapi sudah menjadi United Malaysian Nasional Organisation?
Apakah mekanisme perundingan massa seperti Kongres Ekonomi Bumiputera dan Majlis Perundingan Ekonomi Negara (Mapen) tidak berguna lagi kerana kini wujud Majlis Penasihat Ekonomi?
Buat sementara waktu ini, nampaknya kita rakyat jelata hanya boleh bertanya, berharap dan berbahas sesama sendiri dalam sidang, seminar dan perhimpunan massa anjuran badan-badan bukan kerajaan Melayu.
Kalau seperti kata Ahmad Husni Hanadzlah, risiko politik tidak akan menghalang pemerintah daripada melaksanakan MEB, maka apa yang tinggal kepada kita adalah menanti saat ia datang melawati kita dan kita bertindak balas ke atasnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan